Selasa, 3 Disember 2013

Masjid Lama Di Alam Jin ?

Rakan  yang diserang jin tua itu sempat
'menyusuri' asal usul jin pendekar ter-
sebut...

...dan  ia  dapati  jin berasal dari sebuah
masjid lama...

Ianya jin pendekar kerana yang meletak-
kan  jin  tersebut  untuk  menjaga masjid
tersebut adalah seorang ahli silat kebati-
nan...

Ianya  ada  4  'orang'  pendekar dengan
warna pakaian yang berbeza...

Ia berlaku pada jam 9 malam....dan jam
10.30 malam...salah  seorang  rakan
menelefon meminta rawat di rumahnya...

Dari siang tadi kaki kirinya sakit..seperti
ada urat yang kejang pada bahagian
bawah pahanya...

Saya  dapati  ada  laluan  jin pada ibujari
kaki kirinya terus ke urat yang kejang dan
sakit tersebut...

Saya gunakan kaedah sentap dan dengan 
izin  Tuhan...kejangnya jadi lega...dan ada
sesuatu seperti ulat besar bergerak dalam 
ibu jarinya tersebut...

Ulat besar biasanya bererti jin ilmu...maka
saya sentap sekali lagi...

Rakan yang sedang menutup mata itu mem-
beritahu...ulat itu adalah seorang lelaki ber-
pakaian pendekar...dan makhluk itu pulang
ke tempatnya...iaitu sebuah masjid lama...
sama tempatnya dengan apa yang rakan
pertama tadi beritahu sebelumnya...

Cuma kini ia ada enam orang....semuanya
berpakaian pendekar...

Masjid tersebut merupakan masjid lama dan
merupakan masjid pertama di Ranau...tapi 
telah dirobohkan pada tahun lima puluhan 
atau awal enam puluhan setelah masjid baru-
nya di bina di Kampung Lingkudau...

Sekarang masjid baru yang jauh lebih besar
terdapat berhampiran pekan Ranau.

Namun  'dalam'  alam jin...masjid itu masih
berdiri teguh...dan rakan pertama yang me-
lihat masjid tersebut tidak tahu tentang per-
kara ini...tapi ia memberikan gambaran yang 
tepat tentang kedudukan....malah ia dapat
melihat bahagian dalamnya dengan jelas...

Ia bukan hanya pada masjid...malah kalau
gangguan seseorang itu bermula dari sebuah
kawasan sekolah sejak lama dahulu...maka
kalau Tuhan izinkan...pesakit itu akan me-
lihat suasana pada masa tersebut walaupun
pada masa sekarang ia sudah berubah 
dengan bangunan serta rupa kawasan baru.

Mungkin itu sebabnya terdapat kejadian
orang yang tidur di surau baru yang bersih
atau rumah besar yang cantik tapi kemudian
paginya...atau pada suatu masa lain ia akhir-
nya tahu bahawa bangunan itu sudah usang
atau pernah ada suatu ketika dulu...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan