Isnin, 16 Disember 2013

Tulang Belakang Penempatan Jin...

Pada  bahagian tulang belakang paras
pinggang.....ada  suatu sambungan di-
mana terdapat 'kolam' air sum-sum.

Apabila  doktor ambil air tulang sum-
sum  maka pada bahagian inilah yang
disuntik...

Kadang-kadang bahagian ini menjadi 
penempatan jin...terutamanya jin saka.

Anda  akan  merasa sakit...bisa-bisa...
atau  mungkin  panas.....dan  mungkin
pula ada masalah atau gangguan pada 
bahagian perut.

Salah satu kelebihan  penempatan ini...
ia mungkin terlepas daripada pengesa-
nan 'scan' perawat...

Bagi  rakan-rakan  seperguruan...pe-
rawat   dan   rakan-rakan   pembaca 
yang mungkin ada kekuatannya...

..anda  boleh menahan  nafas sambil
berzikir  dalam  hati...lalu  menepuk
perlahan-lahan  pada  bahagian 
pinggang yang sakit....

Sekiranya ada jin...maka seseorang
itu  akan merasa semut-semut pada
bahagian  tersebut...pada kaki atau
tangan iaitu bergantung kepada asal 
laluan masuknya...

Anda juga boleh guna kaedah cubit
cabut atas bahagian yang sakit...
sehingga semut-semut atau sakitnya
hilang...dengan izinTuhan....

Wallohu a'lam

25 ulasan:

  1. As salam. Semakin ramai yang menghidap sakit tulang belakang (slip disc) baik lelaki atau perempuan, baik muda atau sudah berumur. Sangat jarang dikaitkan dengan gangguan jin. Kebanyakan dapat rawatan dari doktor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Ahlia...

      Ia boleh jadi dari berbagai punca...dan
      sebaiknya minta rawatan doktor....ter-
      utama kalau jelas ada masalah yang
      dapat dikesan sebagai pincanya...

      Tapi kalau ia buat doktor 'pusing kepala'
      atau ubat tidak.atau kurang berkesan..
      maka sebaiknya minta 'scan'...

      Wallohu a'lam

      Padam
  2. Salam wktb,
    Saya ingin berkongsi sedikit pgalaman mgenai sakit belakang ini.
    Saya ada seorg saudara yg mghidap sakit belakang.Boleh dikatakn hmpir semua adik beradiknya mpunyai simptom yg sama, namun saudara seorg ni mpunyai gejala sakit blkg yg teruk sehingga berulang-alik ke hospital pakar..akhirnya,air tulang sum2 diambil untuk sampel dan didapati tiada jangkitan kuman namun keluarganya myesal krn saudara ini telah cacat akibat pgambilan air tulang sum2 dan meninggal dunia slps itu.
    Kes kedua berlaku di kampung saya, seorg rakan Yus berkerja di penang mengendalikn mesin jangkaut, mgalami sakit tulang belakang dan diambil oleh doktor air tulang sum2nya, jga mgalami kecacatan kekal slps itu.
    Apabila saya mbuat kajian,mmg sakit belakang ini drpd faktor gangguan jin terutama jin saka.Wallahu'alam.

    Ramai org berubat dgn rawatan islam namun tdk sedar bahawa kesembuhan ini dtg dari dua aspek antara perawat dan pesakit itu sendiri.Mungkin perawat hanya 40% dan pesakit 60%, semuanya dgn izin Allah swt.
    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..

    Kalau ikut kaedah rawatan yg sy pelajari. Tulang sulbi adalah tempat pertama yg dirawat. Ada bacaan, pernafasan dan kaedah 'tarik' yg khusus. Tp xdpt nk kongsi sbb tu ilmu haq guru. Kalo ilmu haq keturunan bole sy kongsi.

    Kalau lelaki akan dibuat kaedah usapan. Kalau perempuan cukup sekadar dekatkan tapak tangan dlm jarak 1 inci.

    BalasPadam
  4. As salam tuan,
    Saya teringat pesanan rakan yg juga guru memberitahu peranan tulang sulbi namun saya lupa.Mohon tuan Junied beri pencerahan atau mana2 rakan.
    Wasalam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..
    Tulang sulbi tidak hancur sampai kiamat. Peranannya seperti biji benih . Selepas jasad hancur kita akan dibentuk semula dgn tulang sulbi. Ia juga adalah tempat cakra dasar iaitu salah satu dari 7 cakra major di badan kita. Bole diaktifkan dgn pernafasan melalui ubun2 di kepala.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam tuan-tuan...

    Alhamdulillah...terima kasih tuan UM dan
    rakan-rakan atas segala perkongsiannya.

    Saya pernah berbincang dengan seorang
    rakan yang anaknya juga diambil air sum-
    sum...dengan izin Tuhan...punca penyakit
    berjaya dikesan dan akhirnya ia sembuh.

    Cuma pada awalnya...rakan itu menolak...
    dan akhirnya jumpa ketua doktor dan minta
    penerangan.....malah minta doktor itu sen-
    diri yang menyuntikkan jarumnya...dan bukan
    oleh orang bawahannya...

    Kami berpendapat...suntikan yang kurang
    tepat malah mencederakan saraf....itulah
    yang menyebabkan kesan sampingan
    yang diluar jangkaan...

    Dengan kata lain....sepatutnya hanya yang
    benar-benar pakar dibenarkan buat tugas
    ini..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Boleh sya dapatkn no. talipon En Junied?.

    Sya pernsh berintetaksi dgn En Junied melalui email.

    Sya ingin menerangkn masalah yg sys hadapi mengenai suami sya melalui talipon. Senang nk bercerita.

    Secara ringkas sya ceritakn:

    1) Suami sya sudah 2 tahun mengamalkn Aurat Muhammadiah. Sya sda perasaan "was-was" ke atas Aurad ini atas sebab2 dn perkara2 yg berlaku.

    2) Paling hebat, kami baru balik mengerjakn Haji. Sya banyak bergaduh fi Meksh/Madina suroh suami tinggalkn Aurad kerana sya banysk berdoa minta Allah beri hidaya/penunjuk samada Aurad itu di landasan Allah atau sebaliknya. Penunjuknya, sya rasa "berst/was-was".

    Akibat disuroh berhenti Aurad, suami sya di suroh "menceraikan" sya!!!

    Persoalan sya:

    1) Sya minta pertologan Allah di MekahMadina, waktu sembahyang Tahajud, Hajat dn doa. Sya dapat "penunjuk" yg Auead itu ada hitam dn putih. Sya takut "penunjuk" sya datang dari syairan kalau tidak dari Allah. Sya khuatiri sya ada gangguan juga.

    2) Sya khuatiri Aurad menggunakn pendamping Jin. Tsk masuk akal yg suami di suroh tinggalkn sya hanya kerana sya "was-was dan membantah suami menyertai Aurad. Sudah pasti "pwrintag" ini bukan dari Allah!

    Certa dan detail banyak dn panjang.

    Boleh ka sya di bantu? Kalau guru En Junied ada di Semenanjun, sya ingin hubungi secara berdepan. En Junied jsuh di Sabah.

    Harap dapat membantu sya semata mata kerana Allah. Ameen.

    Fatima, Subang Jaya, Selangor.


    BalasPadam
  8. As salam puan...

    Saya minta maaf banyak-banyak...saya belum
    bersedia untuk memberikan no telefon...
    tapi puan boleh cuba hubungi Tuan Guru Utama
    saya Yang Berbahagia Ustaz Muhammad...
    no 0132073001...atau 0168803001...manalah
    tahu Ustaz masih di semenanjung sekarang.

    Saya kurang arif mengenai petunjuk aurad
    itu ada hitam dan putih...tapi setakat yang
    dapat saya fahami sekarang...ia susunan
    amalan yang baik kecuali ada 'masalah'
    pada bahagian syahadahnya...

    ..tapi dalam masa yang sama...dari peng-
    alaman rakan-rakan...juga penelitian saya
    memang besar kemungkinanannya ada
    penglibatan jin...malah saya pernah di-
    serang semata-mata kerana mengatur
    pertemuan antara guru juga rakan saya
    Ustaz Salihuddin dengan salah seorang
    rakan pengamal aurad ini...

    Ia memang betuk serangan dari jin yang
    suka menampilkan diri dengan berserban
    jubah ( jin fasik atau munafik )...

    Ketaksuban luarbiasa dari pengamal aurad
    ini dengan Tuan gurunya yang sudah kem-
    bali kepada Tuhan...juga menjadi suatu ke-
    raguan bagi saya...dan begitu pula dengan
    pengalaman puan...biasanya kes nak cerai
    antara pasangan suami istei ini adalah ker-
    ja syaitan....dan bukannya 'kerja penutup
    segala aurad '....

    Aurad ini tak panggil jin...tapi setakat yang
    saya fahami...ada kumpulan jin yang 'men-
    gada-ada' disebaliknya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..

    Kebanyakan atau semua ajaran yg menyimpang biasanya akan ada penglibatan makhluk halus. Sama ada guru atau jemaah ikhwan itu sedar atau tidak.

    Segolongan jin tugasnya menanam rasa rindu di kalangan ahli untuk sentiasa pergi ke rumah gurunya. Tidak kira siang malam pasti akan teringat2..

    sekumpulan lagi jin akan menghasut supaya taksub kepada ajaran & kata2 gurunya. Hingga apa yg org lain cakap tidak diterima. Malah kita pula dituduh sesat dan "belum sampai" spt mereka. Di antara ciri2 mereka adalah suka memperlekehkan ustaz2 JAKIM dan mengatakan org yg tak sefahaman dgn mereka sbg syirik sbb tak mengenal Tuhan.

    Hati2 apabila terima baiah @ ijazah dari mana2 guru. Ia bukan sekadar bersalam dan bersyahadah atau cuma terima amalan semata2 tapi kesannya akan ditanggung hingga ke akhirat.

    BalasPadam
  10. Salam tuan,
    Utk pgalaman,saya sendiri hmpir terpedaya seseorg yg ingin mnawarkn bantuan iaitu kekuatan tenaga luar biasa dgn membantu menanam beras di tapak tgn supaya ada kekuatan tumbukan maut dan klebihan mgurut (syarat tdk bole pegang mayat). Nasib Allah swt bg ptunjuk,masa tu saya tlampau taksub dgn ilmu ghoib..Wallahu'alam

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan....

    Salah satu faktor penarik utama ilmu atau
    golongan aeumpama ini ialah ia ada per-
    kara-perkara 'yang lain daripada yang lain'
    sehingga pengamal atau pengikutnya me-
    rasa hanya mereka yang benar...atau
    merasa mereka adalah golongan yang mulia
    atau hebat...atau hanya mereka yang akan
    masuk syurga...

    Terima kasih tuan-tuan atas perkongsiannya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum

    Betul sangat ulasan En Junied mengenai kumpulan Aurad tersebut. Dari pergaulan/pendekatan saya dengan kumpulan Aurad itu, mereka:

    1) selalu "memperlekehkan" orang lain. Kononya orang ini dan itu tak betul. Hanya mereka yang diberi jaminan kerana meteka sentiasa mengadakan Maulud Rasullullah tiap malam Jumaat dan Ahad sejak hampir 100 tahun yg lalu oleh pengasas/wali Allah mereka.

    2) Hanya mereka yang berzikir sampai beratus ratus jumlah dalam sehari!

    3) Mereka Aurad terpilih untuk menyertai Imam Mahadi yang akan mengetuai tentera bendera hitam. Akan tiba waktunya *suami saya kata kemungkinan besar Rejab tahun hadapan bahawa mereka akan diperintahkan "meninggalkan dunua" ini untuk mulakan tugasan dgn Imam Mahadi.( Hanya ahli dan isteri yang ahli saja boleh menyertai!)

    Untuk pengetshuan semua, permohonan untuk keahlian saya telah ditolak tahun lepas atas sebab saya ini "kena perbaiki akhlak" saya!!


    4) Semua "susunan guru" mereka adalah Wali Allah. Dari permulaan Aurad hingga sekarang!

    5) Semua perintah/larangan guru kena ikut. Jika tidak, "ada akibatnya"!!

    6) Mereka sentiasa melawat makam Wali2.

    7) Setelah menjadi ahli tshun lalu, suami diberitahu bahawa akan ada "orang" yg akan berdamping dan "menjaga" suami saya untuk mengawasi perangai suami dan juga meminta pertolongan!!

    Soalan saya:

    1) Adakah mereka sememangnya menggunakan khidmat jin/syaitan untuk meyakinkan/control ahli2?

    2) Bagaimana cara "terbaik" untuk saya menghadapi atau berdepan atau menjalanjan kehidupan "normal" dengan suami yang sudah terpengaruh dengan mereka?

    3) Haruskan saya melaporkan kejadian ini kepada pihak yang berkuasa? Atau hanya berdoa dan tunggu hingga suami "menyertai Imam Mahadi?!!!

    4) Boleh En Junied atau En Umat Muhamad tolong scan untuk saya dapatkan kebih maklumat?

    Harap ada yang sudi memberikan sedikit ulasan pada perkara2 tersebut di atas.

    Terima kasih yang ikhlas dari saya.

    BalasPadam
  13. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Seorang rakan yang saya percayai mem-
    beritahu ia pernah mengesan kehadiran kum-
    pulan jin berpakaian serba hijau ketika men-
    dekati rakan-rakan dari kumpulan tersebut...

    Saya pernah diserang ketika salah seorang
    rakan dari kumpulan tersebut berubat dengan
    guru juga rakan saya...

    ...serangannya berbentuk angin sejuk berbisa
    yang kemudiannya saya dapati biasanya di-
    buat oleh jenis jin jantan berserban jubah ( jin
    fasik atau munafik ) yang mengganggu pesakit
    atau menyerang rakan...

    Saya pernah bermimpi berada di suatu padang
    pasir yang luas terbentang dalam suasana
    suram kemudian bertembung dengan seorang
    lelaki berserban jubah...serta berjanggut tebal
    yang memeluk serta melagakan pipi seperti
    orang arab...sebelum ia berlalu tanpa sebarang
    kata-kata...

    Pernah orang kanan tuan guru keluar dari je-
    maah tersebut kerana mendakwa beberapa
    amalan terutama silat sunda adalah melibat
    kan penggunaan jin...dan tak silap saya
    dua tahun kemudian bekas orang kanan ter-
    sebut meninggal dunia...

    Ada kisah lainnya...tapi rasanya kurang se-
    suai saya nyatakan kerana saya tidak dapat
    berjumpa terus dengan orang yang bersang-
    kutan...

    ...namun secara peribadinya...saya yakin ada
    penglibatan jin dalam kumpulan ini...samada
    ada yang sedar atau tidak...atau nampak tapi
    tidak faham dan sebagainya...

    BalasPadam
  14. Setakat yang saya fahami...tuan guru asalnya
    hanya menitik beratkan fardhu ain dan fardhu
    kifayah yang akhirnya dapat mengangkat je-
    mah tersebut ke suatu tahap amalan dan
    ekonomi yang membanggakan...malah ber-
    jaya memikat hati kalangan paderi kepada
    Islam...

    ...namun apabila tuan guru tersebut mula ter-
    libat juga berminat kepada hal-hal 'ghoib'
    maka mula membawa kepada kekeliruan.

    Ini terutamanya apabila terdapat kalangan ahli
    ahli sufi luar negara yang bermimpi tentang
    alamat-alamat mengenai tuan guru...yang
    pada akhirnya membuat suatu kesimpulan...
    bahawa ia adalah pemuda Bani Tamim...dan
    akan menyambut kedatangan Imam Mahdi
    yang didakwa sejak awal adalah syeikh
    Suhaimi...seorang ulama yang pernah hidup
    di Indonesia tapi kemudiannya 'ghoib'...dan
    akan muncul semula kedunia sebagai Imam
    Mahdi...

    Mungkin dari sini juga timbulnya idea..tuan
    guru bukan meninggal dunia...tapi mengem-
    bara ke alam 'ghoib' dan akan muncul semula
    bersama Imam Mahdi ( syeikh Suhaimi )

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. Walaupun ia diluar kepercayaan saya...tapi saya
    sangat bersetuju dengan pendirian seorang rakan
    iaitu ia yakin bahawa 'abuya' adalah pemuda Bani
    Tamim...tapi kalau 'abuya' meninggal dunia....tak
    juga jadi 'pemuda Bani Tamim'...maka ia akan
    mengakui bahawa ianya adalah dakwaan kosong
    semata-mata...

    Saya berpendapat...memang pihak-pihak ber-
    kepentingan dalam kumpulan tersebut faham
    akan keadaan ini...di mana seandainya 'abuya'
    sudah terputus kaitannya dengan kumpulan
    tersebut..pasti kumpulan itu akan lemah atau
    tersurai...

    Maka timbul lah idea 'bernas' ini....dan kebe-
    tulan sesuai dengan sejarah berkaitan Syeikh
    Suhaimi tersebut...

    BalasPadam
  16. 2. Sebaik-baiknya puan berhati-hati dan sentiasa
    memohon petunjuk juga kekuatan dari Tuhan
    dalam menghadapi perkara-perkara sebegini...

    ...kerana dengan berbagai amalan yang memang
    baik serta 'lebih' dari orang lain...juga berbagai
    'cerita-cerita masa hadapan yang menarik'...ia
    ada kekuatan sendiri dalam memikat hati orang
    lain...yelah...siapa yang tidak mahu jadi orang
    baik-baik...berjuang bersama Imam Mahdi...dan menjadi manusia istimewa berbanding manusia
    lain....?

    Sebaik-baiknya puan amalkan Yasin pagi pe-
    tang...atau pagi malam...berdoa untuk diri...
    suami dan semua saudara seagama..mudah-
    mudahan teguh iman dan memperoleh
    petunjuk hidayah dari Tuhan...sambil be-
    rusaha setakat mana termampu secara
    bijaksana...

    Begitu juga sunat Tahajjud...semoga Tuhan
    memberi kekuatan juga petunjuk jalan ke-
    luarnya...

    BalasPadam
  17. 3. Sebaik-baiknya puan cari orang yang dirasa-
    kan sesuai untuk membincangkan perkara ini
    kerana bukan sekadar lapor sahaja tapi sebarang
    pertimbangan atau strategi perlu diambil kira
    demi kebaikan semua...Insha Allah..

    4. Saya tak pandai 'scan' jarak jauh ni...tapi ha-
    rap-harapnya ada rakan-rakan yang dapat ber-
    kongsi maklumat berkaitan...

    BalasPadam
  18. Seorang adik saya pernah minta rawat pada
    perawat dari kumpulan ini...dan ketika tiba
    satu saat yang mungkin perawat itu rasa
    genting...ia menyeru2 meminta tolong pada
    abuya yang sudah meninggal dunia...

    Pada pendapat saya kalau benar ada...maka pendamping suami puan yang dimaksudkan
    itu adalah jin...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  19. Assalamualaikim

    Ini adalah antara "kejadian2 (yang pelik bagi saya) yang pernah diceritakan oleh suami ketika mengamalkan Aurad:

    1) Semasa mula2 menjadi ahli tahun lepas, suami duberitahu bahawa akan ada "cobaan/dugaan" wanita untuk memikat mereka.

    2) Semasa bermaulid Nabi, kelihatan "orang2 berjubah putih" merenjis-renjis air keatas ahli2 yang sedang bermaulid".

    3) Ketua Maulid, kadang2 tiba2 terdiam tunduk atau merenung tajam ke bawah apabila tiba2 "menerima arahan" ( saya jangkan ianya sebagai bisikan syaitan!)

    4) Seorang penolong ketua, apabila "ditanyakan sesuatu hal tentang penyakit atau masalah", akan memakai kopiah putihnya untuk "mendapatkan jawapan".......

    5) Ketua Aurad dan penolong boleh "mengubati" beberapa penyakit dengan cara alam batin tanpa bercakap2......hanya tunduk dan "fokus".

    6) Mereka pernah diajar "silat terbang" dalam kawasan bergelap, dimana ahli2 tiba2 merasakan seperti ada "power" yang membuat mereka bersilat dan berterbangan dalam gelap!!

    7) Suami pernah disuroh berpuasa selama 3 har di suatu bilik terpencil di rumah Maulid, i tanpa memakan makanan berdaging. Hanya minum susu. Selama berpuasa, tidak boleh keluar dari bilik. Hanya duduk berzikir.Bila waktu malan, terdengar suara anjing menyalak, kucing bergadoh, bunyi pintu ditolak dan sebagainya. Sesetengah ahli pernah dilingkari ular!!

    Sata yakin bahawa semua "gejala2" disebutkan di atas ada unsur2 jn/syaitan.

    Mohon penjelasan dari En Junied dan pembaca/perawat yang arif dalam hal2 sedemikian.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  20. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Ia boleh jadi kesan aura dari amalan...dan
    boleh jadi dari sebab permainan jin...

    2. ia lebih kepada jin...malaikat atau roh ma-
    nusia jauh sekali...yang pasti renjisan itu
    boleh menimbulkan sesuatu kesan pada
    orang yang terkena...

    3. Saya sependapat dengan puan...tapi bagi
    saya ia lebih khusus...iaitu bisikan jin ilmu.

    4. bagi dampingan jin berkopiah putih...ia boleh
    jadi penyebabnya...

    5. Rawatan sebegini pada umumnya...boleh
    jadi rawatan bersih...atau rawatan menggunakan
    jin...

    6. Ia mungkin yang dulunya...atau masih se-
    karang dikenali sebagai silat sunda...yang
    kerananya penolong kanan tuan gurunya
    keluar dan kata ia menggunakan jin ( sihir ).

    7. tempat itu keras...ada ciri-ciri jadi pene-
    mpatan jin....ia seperti juga amalan-amalan
    penuntut sihir yang menghadapi ujian dari
    jin...

    Setakat kajian saya...ia seolah-olah merupa-
    kan gerakan 'bawah tanah' jin yang memperalat-
    kan juga menipudaya manusia sejak dulu...
    dan saya yakin ia suatu pergerakan sejak lebih
    seratus tahun lalu...

    Biasanya apa juga yang dijanjikan...apabila
    sampai pada masa ramalannya...akan selalu
    ditunda dengan berbagai alasan seperti Abuya
    atau imam sengaja menunda...kita belum
    cukup bersedia...tunggu suatu masa yang
    lebih sesuai dan sebagainya....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum.

    Terima kasih kerana En Junied sudi meluangkan masa mengulas pertanyaan2 saya.

    Mengenai ulasan En Junied mengenai ramalan2 mereka yang selalu ditunda, sungguh BENAR sekali kerana:

    1) Pernsh suami memberitahu saya pada hulan Jun yang lepas, ketua "tertinggi" Aurad di Singapura bersama semua ahli2 akan berpindah ke Kelang untuk mempersiapan datangnya Imam Mahadi dan perpindahan iyu dianggap seperti perpindahan "orang2 Muhajirin dari Mekah ke Madina!!!

    Tetapi, hingga hari ini, mereka tidak/belum berpindah......atas alasan "belum sampai masanya"!!!

    2) Mereka sekarang "menganggarkan" perpindahan akan berlaku pada Rejab tahun 2014 pula. Seperti kata En Junied, ini semua alasan... untuk membuat ahli2 tetap bersama mereka!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth puan....

      Sama-sama...

      Kadang-kadang sesuatu itu menarik hati
      seseorang bukan atas dasar kebenaran
      atau tidaknya...tapi atas dasar 'lain dari
      yang lain'...atau sesuatu keadaan yang
      buat ia merasa diri istimewa...

      ...dan inilah caranya tipudaya itu terus
      berjalan dan menguasai walau alasan-
      alasan yang diberi sangat meragukan
      malah biasa juga dikatakan...sesuatu
      perkara atau penundaan itu terjadi
      kerana untuk mengenali atau menapis
      ahli-ahli yang tidak layak atau sekadar
      berpura-pura dalam perjuangan...

      Sentiasalah kita memohon perlindungan
      dan petunjuk dari Tuhan...kerana apa-
      bila ia melibatkan penggunaan jin...
      mungkin kita juga menghadapi usaha
      jin untuk menguasai diri kita...

      Wallohu a'lam

      Padam
  22. As salam..

    Utk makluman modus operandi MO yg diguna oleh mereka sama dgn MO syiah. Kedudukan ketua, ramalan2 dan sebagainya. Malah MO ajaran2 sesat pun lebih kurang sama. Dan sudah tentu ada penglibatan makhluk halus. Bagi mana2 perguruan atau tarekat atau kumpulan keagamaan tertentu yg ada mengajarkan silat batin atau tenaga dalam. Kebarangkalian penglibatan jin adalah sangat tinggi. Walau pun ada amalan wirid,hizib,puasa tertentu. Sentiasala mohon ampun dan petunjuk dari Allah.

    BalasPadam
  23. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Saya bersetuju dengan pandangan tuan...dan
    salah satu kekuatan kumpulan-kumpulan se-
    umpama ini ialah mereka mendidik dan mene-
    kankan kedudukan tuan-tuan guru yang di-
    anggap sangat tinggi dan mulia...

    ...tak kurang pula ada kumpulan yang mem-
    beri pengikutnya makanan atau minuman
    sihir agar jin masuk dan menguasainya agar
    taksub atau taat membuta tuli pada ketua-
    nya...

    ...atau memasukkan jin secara langsung
    terutama melalui ubun-ubun dengan alasan
    didoakan...

    Terima kasih tuan atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam