Jumaat, 27 April 2012

Angin Bisa (41)...Jin Pindah 'Rumah' ?

"...Ada orang sakit hati pada anak saya kan ?..." cepat
saja ibu itu bertanya...

Kalau difikirkan...memang mudah saja ibu itu 'merasa
tahu' angkara siapa yang menyebabkan anak
perempuannya sakit...

Apabila anaknya bertunang semula setelah putus tunang
sebelumnya...tiba-tiba saja anaknya itu jatuh sakit...ia
merasa  sakit  pada  bahagian  bahu yang kemudiannya
melarat  kebahagian  tengkuk serta ke bahagian kepala.

Kerana itu juga ia dipanggil pulang kekampung oleh ibu-
nya....sambil berubat...

Yang paling mudah difikir...ialah ia tentunya ulah bekas
tunangnya tersebut...

"..kalau kau tengok..siapa yang buat..."tanya ibu itu pada
saya...terus terang saya jawab tidak tahu...saya tak pan-
dai 'tengok' jarak jauh...

..cuma saya beritahu anak perempuannya itu pasang niat
nak tengok punca sakit dan gangguan semasa dirukyah...

Dua puluh minit rukyah..anaknya itu beritahu tak nampak
apa-apa..tapi apabila saya bertanya adakah ia ingat seseor-
ang semasa dirukyah...ia beritahu...ada...iaitu rakan pere-
mpuan sekerjanya...

Rakannya  itu  sering tidur dibiliknya dan antara perkara
yang  diperhatikannya siapa sahaja orang yang berselisih
faham dengannya...pasti akan jatuh sakit...

Rakannya itu juga takut berseorangan atau diam dikhala-
yak ramai...serta selalu mengigau masa tidur...

Sebenarnya  anak  perempuannya itu bukannya kena sihir
tapi ada tanda-tanda sebahagian makhluk halus pendam-
ping rakannya itu telah berpindah kepadanya...

Sejak ia mula sakit ia juga akan merasa pening sakit kepala
dan amat lesu biarpun ia baharu saja berniat hendak solat
atau membaca Qur'an seperti sebelumnya...

Biasanya kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang di sen-
gajakan...tapi ia lebih kepada jin pendamping sesorang itu
memilih oarang lain sebagai 'rumah baharu'nya...

Gejala sakitnya bukan nak membinasakan seperti mana
sihir biasa..tapi lebih kepada gejala jin nak bina 'rumah
selamat dan selesa'...

Namun hasil akhirnya adalah sama..iaitu...binasa..kecuali
Tuhan mengkhendaki hasil yang sebaliknya...

Dua puluh minit rukyah agak singkat bagi gangguan yang
sudah berbulan lamanya...tapi dengan izin Tuhan...ia
cukup untuk membuat pesakit merasakan kedua belah
bahu..serta tengkuknya terasa panas membahang....dan
kepalanya pula terasa berat...

Kerana agak mengejar masa...saya sambung dengan kaedah
cubit cabut yang bagi saya antara cara yang agak 'ekstrim'
untuk jin...bukan saja boleh mencedera...malah mungkin
boleh membunuh jin yang lemah dan berupa sebesar semut.

Dengan izin Tuhan..ia sekadar memerlukan masa beberapa
minit saja...hingga hilang bahang panas juga berat kepalanya.

Wallohu a'lam



Ahad, 22 April 2012

Angin Bisa (40)...Bedah Batin Angin Bisa ?

Seorang rakan meminta pendapat.....sudah berbulan
lamanya ia merasa sakit pada tenggorok...sedang-
kan sementara itu pakar dari hospital mengesahkan
ia tak ada sebarang masalah...

Seorang perawat pula mengatakan tenggoroknya 'dah
teruk' dan perlu dibedah batin yang akan memakan
kos ribuan ringgit...

Bagi saya...lebih baik ia mencari rawatan dekat dan
tidak membebankan...kerana kalau ia terus dalam
keadaan tidak mampu mempertahankan dirinya...
maka dalam waktu tertentu 'penyakit' itu akan
datang semula...

Rakan itu dapat menerima pendapat saya...dan men-
cari perawat yang cuma seminit dua perjalanan
kereta dari rumahnya...

Beberapa minggu kemudian ia sembuh...tapi sakit itu
terus datang hilang cuma ia mudah meminta rawatan
kerana dekat...

Setahun lebih kemudian ia minta rawat pula pada
saya...

Saya tidak pasti samada penyebab sakitnya itu masih
seperti dulu atau ianya dari punca lain kerana keputu-
san 'scan mudah' tenaga dalam menunjukkan...

Sebenarnya tak ada masalah pada tenggorok rakan
tersebut...

..tapi ada lingkaran angin bisa atas kulit pada bahagian
leher...tengkuk dan dan bahu kanannya...

...menunjukkan pada masa-masa tertentu...ada 'sesu-
tu' datang duduk pada bahunya...kerana itu ia merasa
badan atau bahunya berat...dan pada masa  yang
sama...'sesuatu' itu melingkarkan tangannya pada
bahagian leher...maka tekanan dari luar itulah yang
menyebabkan tenggoroknya merasa sakit...

Maka apabila rakan itu merasa tenggoroknya sakit
ia pasti akan merasa bahunya berat...dan badannya
letih lesu...

Sebenarnya rakan itu ada saka...dan juga pernah
bertapa duduk ditengah sungai waktu malam...

Wallohu a'lam


Rabu, 18 April 2012

Di Ufuk Timur (61)...Bukan Kebahagiaan...

Tidak  akan  bahagia  orang yang mencintai dunia
walaupun dunia itu datang mencurah-curah kepada-
nya...kerana dunia itu adalah tuannya...

Semakin  banyak tuannya...maka akan lebih sibuk
hambanya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (60)...Hakikat Penderitaan...

Memperturutkan kemahuan nafsu adalah penderitaan
yang sengaja dicari oleh manusia...

Wallohu a'lam

Selasa, 10 April 2012

Angin Bisa (39)...Kerenah Jin Tua...

Petang itu....salah seorang adik perempuan saya meng-
hantar .mesej....meminta  tolong tengokkan anak lelaki-
nya .yang baru Tingkatan satu...apabila tiba-tiba sahaja
budak tersebut jatuh sakit....demam...sakit perut...sakit
kepala dan muntah-muntah mungkin 'kerana celupar'...

Tak  lama  kemudian...anak buah  saya tu pula mengha-
ntar mesej minta rawat kerana ia mungkin 'ada tersalah
cakap'...

Saya rasa pelik dan ingin pula  nak tahu apa sebenarnya
yang berlaku...

Malam itu saya datang ke rumahnya....baru saya faham...

Petang tadi.....adiknya  tiba-tiba .gatal-gatal badan tanpa
sebab dan  ketika ia asyik mengaru-garu anak buah lelaki
ini berkata...tumbuk  saja mata benda yang kasi gatal tu....
tak lama kemudian..ia mengalami demam..sakit kepala...
dan muntah-mintah.

Saya  memintanya menutup mata dan mula merukyahnya
dengan  Fatihah...tiba-tiba anak buah tersebut (FHN) me-
mberitahu  ada 'benda' bergerak  dalam  lengan  kirinya...
iaitu seorang perempuan tua berambut putih mengerbang.

Dari petangnya lagi..lengan kiri FHN sering menggeletar
kuat tapi ia tak merasa sebarang kesakitan.....

Makhluk  itu marah kerana kata-katanya yang 'kurang so-
pan' petang tadi....

Apabila  saya  cuba menarik jin  tersebut  keluar  melalui
hujung jari-jari tangannya...sebaliknya ia masuk lebih dal-
am ke bahagian dada...

Saya  rasa  agak geram dengan kerenah 'perempuan tua'
tersebut dan menyerangnya dengan Ayat 1 hingga 11 As
Soffat berserta pernafasan...

...FHN beritahu jeritan perempuan tua itu bergema dalam
dadanya...

Kemudian saya menariknya keluar melalui ubun-ubun.....

Demam...sakit kepala..sakit perut sudah hilang dengan izin
Tuhan...tapi FHN masih muntah sekali-sekala...

Saya memintanya menumpukan perhatian ke bahagian pe-
runya......dan .FHN. beritahu .ada. seketul .batu. sebesar
penumbuk di dalamnya...

Sebenarnya ia adalah angin bisa jin dan saya mencubit ca-
butnya  beberapa  kali sehingga ia tinggal sisa seperti pasir
dan saya mengulanginya beberapa kali hingga ia tak terasa
lagi...

FHN rasa agak lega walaupun ia masih rasa nak muntah..'
tapi ia tak sekerap seperti tadi...

Jin tadi merupakan jin buangan tapi masih merayau dan me-
ngganggu sesiapa sahaja yang dapat didekatinya...

Seorang rakan memberi petua agar membuang sedikit nasi
ketanah sambil berbisik.....itu sebagai tanda meminta maaf
kepada 'perempuan tua' tadi atas keterlanjuran kata-kata...

Kebetulan  ibu  baru  sahaja  selesai memasak...maka saya
ambil nasi...dan  tentu  rasanya  lebih sedap kalau dicampur
ikan masin goreng...dan sayur tumis...

...lalu  duduk  menemani ibu makan...dan...untuk jin tadi?..
tak payah...perbuatan begitu pada pendapat saya bukan sa-
haja menyalahi akidah...tapi juga akan membuat jin tersebut
bertambah sombong.....dan. lain. kali kalau dia teringin nak
makan nasi campur ikan masin...tentu ia akan 'buat hal' lagi...

Seperti yang telah saya duga..saya kemudiannya sibuk mera-
wat selama dua minggu..apabila beberapa ahli keluarga kecil
silih berganti  demam  tiba-tiba..kerana  jin  tua  itu memang
'seekor pendendam'...

Wallohu a'lam







Ahad, 8 April 2012

Di Ufuk Timur (59)...Rahsia Istana Firaun...

Iaitu kenapa Firaun itu binasanya di lautan...dan ia sejahtera
daripada bala Tuhan selagi ia masih duduk dalam istananya...

Kerana disebutkan...bahawa atas pintu istananya itu ada ter-
tulis kalimah....Bismillaa hirrohmaanirrohiim...

Firaun yakin pada kebenaran kalimah tersebut yang telah di-
tulis  semasa  ayahnya masih hidup.....dan beliau itu seorang
yang soleh...maka Firaun terpelihara keselamatannya dalam
istana...

Tergelincirnya Firaun itu dari sebagai anak orang soleh kep-
ada mengaku dirinya Tuhan itu kerana ia di uji dengan keme-
wahan...kekuasaan dan kesenangan semata-mata....

Maka bagi sesiapa yang Tuhan kehendaki kepadanya keba-
ikan nescaya Tuhan akan menjaganya dari berbagai perkara
yang melalaikan...

Sedangkan  sebahagian  besar  perkara yang melalaikan itu
adalah kesenangan-kesenangan nafsu...

Wallohu a'lam

Rabu, 4 April 2012

Di Ufuk Timur (58)...Akibat Kenyang...

Jauhilah  daripada  penuh perut dengan  makanan dan mi-
numan kerana yang demikian  itu akan merosakkan tubuh
...mewariskan  penyakit  dan  malas mengerjakan solat...


Sebaliknya bersederhanalah dengan makan minum kerana
ia memperbaiki tubuh dan menjauhkan dari melampaui ba-
tas...( R. Bukhori)

Selasa, 3 April 2012

Di Ufuk Timur (57)...Balasan Pembunuh...

Barang siapa yang membunuh seseorang mu'min 
dengan  sengaja (tanpa hak)....maka  balasannya  
adalah Neraka Jahannam...ia  kekal di dalamnya
....dan  Allah murka kepadanya...serta mengutuk-
nya...dan  menyediakannya  untuknya azab  yang 
berat lagi keras...Terjemahan ayat 93 An Nisa'.


Dan  disebutkan  barang  siapa membunuh orang 
lain....tanpa  suatu  sebab  yang  dibenarkan oleh 
agama..maka malaikat akan  terus  menerus  me-
mbunuhnya  dengan  pisau  Neraka (seksaan tan-
pa kematian)...


...dan ia di alam kubur akan disembelih oleh mal-
aikat  dengan pisau  dari  Neraka berulang-ulang
dan berterusan hingga ke hari Kiamat...


Andaikan  penduduk  langit  dan bumi semuanya 
bersekutu  dalam  menumpahkan darah (membu-
nuh)  seorang  mu'min nescaya  Allah akan mele-
mparkan kesemuanya ke dalam Api Neraka.
....(R.Attirmizi).


Tiap dosa mudah bagi Allah mengampunkannya..
kecuali jika seseorang sampai matinya dalam ke-
adaan  kafir..atau  seseorang  yang telah membu-
nuh orang mu'min dengan sengaja tanpa hak...
( R Annisa'i , al hakim )


Siapa  yang membantu untuk membunuh seorang 
mu'min  walau hanya  dengan  beberapa  kalimah 
(ucapan) nescaya ia  akan  menghadap  Allah dan 
di antara kedua matanya tertulis....putus asa dari 
rahmat Allah.....Huraian maksud Hadis...


Perkara  pertama yang dihisab pada Hari Akhirat
pada seseorang itu ialah solatnya...


Dan perkara pertama yang akan diputuskan huk-
mannya di anatara sesama manusia ialah urusan
darah...( R. An Nasaa'i )


Wallohu a'lam

Isnin, 2 April 2012

Angin Bisa (38)..Jin Jaga Jin...

Seorang rakan..apabila ia berpindah ke rumah 
baharunya...sering  dicekik  lembaga yang tak 
kelihatan ketika mula melelapkan mata di wak-
tu malam...


Ia mendatangi seorang bomoh..dan bomoh itu 
memberi  kepadanya  tangkal berbungkus kain 
kuning untuk digantung diatas pintu utama...


Hasilnya 'mujarab'...gangguan itu menjadi san-
gat  jarang  berlaku....tapi kemudian rakan itu 
mula merasa tak sihat.


Sudah  ramai  bomoh  didatanginya...dan aga-
nya  rakan  itu sudah kehabisan ikhtiar hingga 
tiba-tiba ia datang dan minta buatkan air doa.


Apabila saya meletakkan jari telunjuk pada te-
ngkuknya  rakan  itu  merasa  haba  panas dari 
hujung jari mula meresap naik ke bahagian be-
lakang  kepala  juga turun ke  bahagain  tulang 
belakang  yang mana ia sentiasa merasa sakit
...berat dan tak selesa...


Semua bahagian resapan bahang panas itu me-
nunjukkan adanya  angin  bisa  jin...maka pen-
yakitnya itu tak sesuai untuk rawatan hospital.


Rakan itu sudah ke hospital dan darah atau se-
bagainya semua dalam keadaan normal...


Apabila saya melekapkan tapak tangan ke beli-
kat kanannya...rakan itu merasa bahang  panas 
atas  kulitnya..ia adalah kesan angin bisa yang 
menunjukkan kesan jin yang duduk atau berga-
yut padanya dan menyebabkan rakan itu selalu 
lesu keletihan tanpa sebab...


Rakan itu juga mengalami kerunsingan dan ker-
esahan berpanjangan tanpa sebab menunjukkan 
ada angin bisa pada bahagian otak dan dadanya.


Kesimpulannya...jin  bomoh  tadi mungkin telah 
menghalang jin  pengganggu  dan  menjaga rak-
an  tadi...tapi  jin  liar atau jin bomoh  itu sama 
sahaja...kalau  dah damping orang pasti ia akan  
'makan' orang tersebut...


Di atas juga adalah satu cara 'scan' mudah ten-
aga dalam....dan dalam masa  beberapa minit...
anda akan tahu penyakitnya samada melibatkan 
gangguan jin atau sekadar sakit biaasa...dan an-
da  boleh  mengetahui setakat  mana angin bisa
meresap atau padat tidaknya dalam tubuh sese-
orang..dan anda akan tahu gejala utama yang di 
deritai oleh pesakit tersebut...


Saya  telah  menghuraikan sekadar mana mampu 
dalam blog ini juga blog rahsia nampak jin..akan 
berbagai  gejala ganguan juga penempatan serta 
laluan masuk jin ke dalam badan.


Kalau  sekadar untuk 'scan' mudah cara ini...anda 
tak perlu membaca rukyah kecuali kalau untuk me-
mastikan  ada  atau  tidak adanya  'kubu' jin pada 
bahagian-bahagian tertentu badan pesakit...


Walaupun ia khusus untuk pengamal tenaga dalam
...namun saya niatkan ia untuk  kegunaan  sesiapa 
sahaja yang mahu memanafaatkannya dengan izin 
Tuhan...iaitu  kalau anda  faham gejalanya...tanpa 
mempelajari  ilmu perubatan  pilihan  ini  pun anda 
akan dapat tahu sekiranya ada gejala gangguan pa-
da diri seseorang atau istimewanya pada diri sendiri 
dan keluarga.


Dan setakat kesimpulan saya sehingga  kini...tena-
ga dalam yang disatukan dengan rukyah itu ada ke-
lebihannya  berbanding  tenaga  dalam atau rukyah 
semata-mata...Insya Allah...


Wallohu a'lam





Angin Bisa (37)...Pontianak Pendamping?....

Senja itu...ketika  menziarahi  seorang rakan dari KK...
seorang anak buah yang duduk seorang di kaki lima ter-
kejut  apabila  satu bayangan putih melintas di hadapan-
nya.

Ketika kami pulang...salah seorang ahli keluarga tak da-
pat tidur...kerana  sebaik  sahaja  ia  melelapkan  mata...
muncul   muka  perempuan  yang  menakutkan  mengilai
kuat...

Seorang  rakan lain yang menziarahinya malam itu...apa
bila ia berjalan pulang...ia merasakan ada sesuatu meng-
ekorinya...dan  anaknya  yang  baru  berumur beberapa
bulan menjadi gelisah tak dapat tidur hingga siang...

Esoknya  saya bertanya pada rakan dari KK tersebut...
ia  memberitahu...semalam jam 3 pagi ia mendengar su-
ara  perempuan  ketawa  beberapa kali tapi ia tak pasti
suara itu dalam rumah atau diluar pintu belakang rumah-
nya...

Tapi ia memberitahu...di KK ia kadang-kadang merasa
seram tanpa  sebab dalam biliknya...seperti ada sesuatu
yang  tak kelihatan menemaninya...dan sudah beberapa
kali  ia bermimpi  perempuan berambut panjang datang
kepadanya...

Ia pernah dirawat...dan saya terfikir mungkin pontianak
yang  mendampinginya dulu sudah kembali kepadanya...

Ia sebenarnya jin betina...kalau disebut jin betina...rasa-
nya  biasa  saja...tapi kalau kita sebut pontianak...meny-
eramkan pula...kalau  kita  panggil 'cewek'...seronoklah
agaknya kita yang didampinginya....

Satu benda...lain-lain  istilah...menimbulkan kesan yang
berbeza  pada  hati kita...cuma di sini bukan soal istilah
tapi  bagaimana makhluk yang mendampingi seseorang
seseorang boleh mengganggu orang lain tanpa kawalan
malah pengetahuan manusia dampingannya...

Dan biasanya  inilah  yang  berlaku pada bomoh jin...ia
tak dapat  mengawal jin dampingannya daripada meng-
ganggu  dan menyakiti..malah menjadi saka pesakitnya.

Wallohu a'lam



Ahad, 1 April 2012

Di Ufuk Timur (56)...Terima ketakutan...

Apabila  engkau takut kepada sesuatu perkara...maka
engkau masuklah ke dalamnya...kerana ketakutanmu
dalam berusaha menghindarinya akan lebih berat ke-
padamu...daripada ketakutanmu dalam mengharungi-
nya...Pesan Saidina Ali RA.


Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (55)...Benci Kebaikan...

Jangan tinggalkan sesuatu semata-mata kerana engkau
tak menyukainya...kerana  tidak  semua kebaikan itu...
engkau akan suka...


Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (54)...Dugaan Dan Reaksi...

Rintangan dan dugaan yang engkau hadapi itu tidak se-
penting reaksi engkau terhadapnya...


Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (53)...Halangan Besar...

Tidak ramai orang yang insaf dapat memperbaiki dirinya
kerana halangannya banyak...


...dan sebesar-besar halangannya..adalah nafsunya sen-
diri...


Wallohu a'lam