Jumaat, 21 September 2012

Bila Hati Terlalai...

Rakan itu dengan bangga memberitahu...ia tidak
lagi merasa takut pergi ke mana-mana juga...
kerana ia sentiasa membawa sesuatu yang men-
jadi pelindung dirinya dari segala bahaya...

Apa bendanya......tanya seorang rakan lain.....

Ia  mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya...
dan  ia  adalah sebotol minyak wangi yang ter-
rendam di dalamnya kertas bertulis rajah dan
ayat tertentu...

Beberapa  hari  lalu  saya  terdengar  penjual 
minyak  wangi  tersebut  di  tempat  terbuka
berkata...minyak wangi ini cukup doanya...
cukup solat hajatnya...dan sebagainya...

Tapi yang nyata...rakan  tadi  telah  menyama-
kan minyak wangi itu dengan Tuhan dengan
mengganggap minyak itu berkuasa melindungi-
nya...

Ada tangkal yang halal tapi seperkara yang
pasti syaitan akan sentiasa berusaha menghasut 
dan memperdayakan anda...hingga akhirnya
hati akan bergantung harap kepada tangkal
tersebut...

Wallohu a'lam

Ahad, 16 September 2012

Minyak Wangi Dan Tanda Ada Saka....

Iaitu  tandanya  anda ada saka atau gangguan 
melaluitindakbalas anda terhadap bau minyak 
wangi yang telah dibacakan rukyah...

1. Anda merasa pening...

2. Anda rasa mengantuk...

3. Anda jadi bingung...

4. Fikiran menjadi bercelaru...

5. Anda rasa macam nak pitam...

6. Anda sakit kepala...

7. Haruman minyak wangi anda terbau sangat
busuk...

8. Anda rasa loya...

9. Perasaan anda jadi berkecamuk...

10. Anda merasa marah...

11. Anda merasa benci pada bau juga orang
yang mengenakannya..

12. Anda merasa takut...atau ingin menghindar...

13. Anda merasa letih lesu...

14. Anda rasa panas...

15. Anda asyik memandang orang yang mengena-
kannya tanpa sebarang sebab...

16. Dada rasa berat...atau sesak nafas...

17. Badan rasa bisa-bisa...

18. Ada sesuatu menghasut anda menjauhi diri...

19. Anda merasa dirasuki sesuatu...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam


Khamis, 13 September 2012

IT dan 'Scan' Mudah Tenaga Dalam...Bb...

Iaitu Iman Theraphy dan 'scan' mudah tenaga dalam....

...Apabila saya lekap tapak tangan kiri ke belakang
Bb...tiba-tiba ia merasa kehadiran suatu benda bulat
dalam dadanya...kemudian Bb mula sesak nafas....

Melalui 'scan'...saya dapati ada laluan masuk benda
( jin ) tersebut di ibu jari tangan kanan dan tangan
kirinya...

Saya cuba menarik benda tersebut dengan kaedah
cubit cabut...iaitu menariknya keluar melalui liang
roma...namun tidak berkesan...benda itu terus
bertahan...

Kalau ikut kaedah biasanya...benda itu boleh di-
tarik keluar melalui laluan masuknya...tapi saya
cuba cari 'jalan paling dekat'...

Maka pilihan lainnya adalah melalui mulut...saya 
menolaknya keluar namun sangat  di luar dugaan
Bb merasa sakit pada kerongkongnya apabila
benda tersebut 'tersangkut' di situ...

Ia sebenarnya agak bahaya....kerana Bb boleh
tercekik kerananya...

Ketika itu saya teringat cerita seorang rakan yang
memberitahu ketika ia sakit tekak...seorang
perawat memberitahu ia boleh mengeluarkan
benda yang menyebabkan kerongkongnya sakit
dengan kaedah bedah batin tapi dengan caj
rawatan 3 ribu ringgit Malaysia...

Rasanya saya boleh cuba...bukan cajnya...tapi
kaedah 'bedah' batin walaupun saya tidak tahu
cara perawat tersebut....

Saya gunakan nafas dan zikir...pusatkan tenaga
ke hujung jari telunjuk dan bayangkan ia sebagai
pisau tajam...

Saya 'belah' dari tepi kiri ke tepi kanan keron-
gkongnya...betul-betul  di atas benda tadi...

Kemudian sambil menolak benda itu keluar
dengan tapak kiri dari belakang tengkuknya....
saya tarik benda itu keluar melalui 'luka yang
terbuka' dengan tapak tangan kanan...

Dengan izin Tuhan...ia cuma  mengambil masa
kurang 15 saat untuk mengeluarkannya...apabila
Bb beritahu benda itu sudah keluar dan hilang
sakitnya...

Pada masa-masa biasa...Bb akan mengalami sesak
nafas...tapi ia tidak merasakan kehadiran benda
tersebut...

Baru beberapa hari lalu...neneknya telah dihantar
ke Hospital Queen KK setelah dua hari ditahan
di wad hospital Ranau...

Tiba-tiba  neneknya  mengalami  sesak nafas...
namun  apabila  dipereksa...doktor  mendapati
tiada sebarang masalah atau puncanya...malah
paru-parunya juga didapati bersih...tiada kahak.

Kerana itulah ia dihantar ke Kota Kinabalu...

Pada pendapat saya ia kemungkinan besarnya
adalah dari sebab gangguan jin saka...dan jin
itu telah menurun atau bertambah banyak...
lalu merebak kepada keluarga tersebut...

Malah seorang daripada kakak Bb juga mengalami
gejala sesak nafas tanpa sebarang punca yang
dapat dikesan oleh doktor...

Seperkara lain...anda boleh perhatikan...dengan
sedikit pengetahuan perubatan seperti ini...
anda mungkin tercegah daripada mengeluarkan
kos untuk suatu rawatan yang anda sendiri ber-
potensi untuk merawatnya....

Ini adalah antara kemungkinan kelebihan yang
anda juga boleh dapat dari amalan Pusat Rawatan
Iman Theraphy...dengan izin Tuhan...

Blog  ini  adalah  blog persendirian...dan saya
harap  anda  sudi berkunjung  ke blog resmi
Pusat Perguruan Iman Theraphy untuk mendapat
maklumat yng lebih lengkap mengenai pusat
rawatan ini...

Ustaz pernah memberitahu kami...kalau boleh
biarlah satu keluarga satu perawat...Insya Allah.

Wallohu a'lam




Sabtu, 8 September 2012

'Misteri' Pokok Tumbang...?

"...pakcik..pokok itu sudah tumbang..!" bersemangat
benar anak buah saya AD memberitahu...

Tengahari kelmarin...ketika berada di kolam ikannya
turun hujan panas...

AD dengan sangat jelas ternampak dua kali lintasan
kelibat cahaya terang dihadapannya...kemudian
kelibat itu hilang ke arah pohon tersebut...

Sejak  itu  AD  mula sakit kepala sehinggalah kami
bertemu di gerai adik di waktu senja...

Oleh kerana mengesyaki ianya gangguan...saya me-
nyentuh dahinya dengan hujung jari telunjuk...ber-
serta zikir dan pernafasan...

AD merasa sakit pada semua bahagian kepalanya
terutama pada ubun-ubun...

Saya membuat kaedah cubit cabut beberapa kali
kemudian sambil berbual saya guna pernafasan
dengan isyarat petikan jari dengan niat menyerang
jin yang mengganggu AD...

Kalau ikut teorinya...kalaulah Tuhan izinkan...
maka ia boleh menyebabkan jin tersebut cedera
atau mungkin terbunuh...

Ketika kami berpisah pulang...AD sudah merasa
lega sakitnya...

Esok paginya...AD seperti biasa datang ke kolam
dan tiba-tiba ia merasa ada bendanya yang tak
kena...

Dengan tanpa niat AD terpandang ke arah pokok
tempat cahaya itu menghilang tengahari kelmarin.

AD terkejut kerana ternyata pokok itu sudah
tumbang tanpa sebarang sebab yang dapat di-
fikir munasabah...

Beberapa tahun lalu ketika tiba-tiba muncul bunyi
belalang daun yang amat membingitkan di dapur
saya guna ayat Afahasibtum serta pernafasan
dengan niat menyerang sekiranya ada jin yang
turut sama...(waktu senja)

...tiba-tiba bunyi itu keluar rumah dan turun ke
bawah bukit...dan jelas ke satu kawasan terdapat
batu besar...

Beberapa hari kemudian...sebatang pokok yang
tumbuh atas batu tersebut mula kering seperti
terkena haba panas...

Tuhan lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku
cuma saya ingin beritahu anda...untuk menyerang
atau membunuh jin...anda tidak semestinya punya 
kebolehan 'nampak jin'...semada secara 'nyata'
atau secara gerak hati...atau sebagainya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 7 September 2012

Apabila Jin Sebati Dalam Badan...

Iaitu tanda-tanda jin sebati dengan diri...kalau
anda beramal atau meminta rawat...

1.Anda mengalami gangguan fikiran...kalau 
sudah ada sedia gangguan fikirannya...ia
bertambah kuat...

2.Anda mengalami gangguan perasaan...kalau
sudah ada sedia.gangguan perasaannya...ia
menjadi semakin tidak keruan....

3.Anda mengalami pening...atau sakit kepala.

4.Badan menjadi lesu..berat atau sangat letih.

5.Terasa sakit atau bisa-bisa badan...

6.Anda mula merasa takut tanpa sebab...

7.Anda mula ternampak kelibat-kelibat aneh.

8.Anda mula rasa ada sesuatu mendampingi
atau mengekori ke mana-mana...

9.Anda mula tercium bau-bau aneh...

10.Anda mula mengalami rasukan...menggeletar
tanpa sebab munasabah atau sebagainya...

11.Anda mula bermimpi aneh atau mimpi
buruk...

12.Ada bisikan yang merendah-rendahkan
amalan atau rawatan tersebut...

13.Ada bisikan yang cuba menghasut anda
agar berhenti beramal atau menjauhi perawat.

14.Ada bisikan atau rasukan yang cuba meng-
halang anda beramal atau datang kepada
perawat...

...dan sebagainya...

Biasanya  seseorang  apabila mula beramal
atau mendapat rawatan...tiba-tiba mengalami
gangguan yang semakin kuat...ia menyangka
semuanya tidak berkesan...atau menambah
kuat benda yang mengganggu...

Sebenarnya itu kerana jin yang mengganggu
telah kena kesan rawatannya...kerana itu
ia mula 'lintang pukang'...atau tergganggu...

Kalau amalan atau rawatan tidak sampai
pada jin yang mengganggu pula...anda akan
terus merasa tenang...yelah...jin dalam
badan anda itu 'dok rilek aja'...

Maka antara tanda amalan atau rawatan
yang berkesan atau lebih sesuai...lebih kuat
tindakbalasnya..maka tandanya lebih kuat
jin pengganggunya terkena 'pukulan'...dan
teruskan...

Wallohu a'lam


Rabu, 5 September 2012

...Masa Untuk 'Makan'...

kalau anda  berdamping  dengan  jin......pasti
akan sampai juga masanya nanti pendamping
itu mula membinasakan diri anda...iaitu...

1.Ketika anda lemah kerana usia tua...

2.Ketika anda  lemah  kerana  sakit  atau  
kemalangan...

3.Atau ketika angin bisa jin itu sudah padat
atau sebati dalam diri anda....maka tanpa men-
gira usia atau sihat tidaknya...

...biasanya jin tersebut akan mula 'mengerjakan'
anda...

Ia boleh jadi gangguan fikiran...tekanan perasaan
atau gangguan serta bentuk penyakit pada
fizikal...

...iaitu bergantung kepada kepakaran jin tersebut 
serta sejauh mana anda 'menyerahkan diri' anda
kepadanya...

Wallohu a'lam