Khamis, 31 Disember 2015

Petua Fatihah 11 DAN 3 Qul Pernafasan. ( Rawatan Diri )

Baca...

1. Istighfar...3x

2. Bismillah...3x

3. Shahadat...3x

4. Salawat...3x

Angkat tangan seperti berdoa...dan dekatkan
ke mulut sehingga anda dapat merasa nafas
sampai pada tapak tangan semasa membaca-
nya.

5. Baca fatihah 11 kali...dengan bersuara...
bukan berbisik...sekurang-kurangnya anda
dengar suara anda sendiri.

6. Tiup perlahan-lahan ke tapak tangan
anda sambil berdoa dalam hati...ya Allah
sembuhkanlah dan hilangkanlah penyakit
saya...Ya Allah...musnahkanlah dan
hilangkanlah segala gangguan dalam
tubuh saya...

....sebelum nafas habis di tiup...tutup muka
anda rapat-rapat...kemudian tarik nafas
melalui hidung perlahan-lahan dan dalam-
dalam.

7. Setelah habis  nafas ditarik....tahan nafas
anda....dengan mata dipejam agar anda
dapat menumpukan perhatian ke dalam
tubuh anda sendiri.

8. sapu kedua tangan ke atas kepala...
turun ke belakang kepala...ke tengkuk
kemudian sapu badan anda di mana saja
dapat di capai hingga ke hujung dua kaki.

9. Duduk tenang semula...kemudian
lepaskan nafas melalu hidung perlahan-
lahan.

Sebarang tindakbalas menunjukkan anda
ada gangguan...ada yang merasa badannya
hangat... atau panas...jantung berdebar
lebih kuat...dan sebagainya...dan ada pula
yang merasa tubuhnya lebih sihat dan
ringan...atau sebagainya.

Kalau jantung berdebar atau ada tempat
tiba-tiba sakit maka rawat dengan petua
menghancurkan jin dalam badan ( kisar )
yang ada dalam blog ini untuk mengeluar-
kannya.

Berdebar itu kerana ada jin dalam jantung
atau tempat sakit.

10.Ulang langkah-langkah di atas tapi dengan
3 Qul dibaca tiga-tiga kali kemudian tiup
tapak sapu muka dan seterusnya seperti
tadi.

11.Penutupnya baca La haula walaa Quwwata
illaa billaah...3 atau 11 kali pada tapak
tangan dan tiup serta sapu seperti tadi juga.

Kalau anda tahu baca Ayat Kursi maka baca
dan sapu sebelum penutup...baca sekali saja
tapi ayat akhirnya mula walaa...baca 11 kali.

Ia di amal pagi petang untuk amalan pen-
dinding juga merawat diri sendiri...bagi
wanita cuti bulan amalkan terus dengan
niatkan baca doa semua suroh-suroh tadi.

Boleh juga dibaca pada mana-mana masa
yang anda pilih sebagai tambahan atau
rawatan.

Pantang sementara makan buah pisang...
telur ayam dan daging binatang berkaki
4...kerana ia boleh mengaktifkan gangguan
atau menguatkan jin yang sakit lemah dari
sebab rawatan atau amalan pendinding.

Buat juga air doa sendiri...boleh guna semua
ayat dan suroh di atas dengan merapatkan
bibir ke muncung botol semasa membaca-
nya....atau ikut sekadar seperti pada tajuk
cara buat air doa sendiri sebagai minuman
harian secara berterusan...Insha Allah...

Wallohu a'lam

Isnin, 28 Disember 2015

SI HATI...


JIN DAN PENYAKIT ( RUANGAN KHUSUS 1 )

Untuk bahagian ini...silalah anda pereksa pada
bahagian ulasan...dan ulasan atau perkongsian
anda amat di hargai..Wallohu a'lam.

Kaedah scan yang biasa saya lakukan...

1.Saya dan  rakan yang minta scan sama-sama
membaca Istighfar 3x...Bismillah 3x...shahadat 3x...
salawat 3 x....kemudian rakan tadi menutup mata
sambil zikir Allah...Allah dalam hati sambil men-
umpukan perhatian...

...dan saya pula membaca fatihah 3x kemudian
satu set pernafasan...dan ayat kursi sekali...
di ikuti sekali set pernafasan...dan kalau Tuhan
izinkan...rakan itu merasa sesuatu tindakbalas...
maka saya minta ia terus menumpukan per-
hatian...

...maka mungkin rakan itu merasa sesuatu...
nampak sesuatu...merasa berada di tempat
lain....atau sebagainya...dan dari sana saya
akan cuba membimbing ia mencari punca
gangguan tersebut...samada unrtuk di musnah-
kan atau dibuat kata pemutus yang kalau
Tuhan izinkan....kita akan terlepas dari sihir
gangguan tersebut.

Kalau sekadar di buang atau di rawat gejala
sakitnya atau gangguannya...umpamanya
kita sekadar cabut panah yang menikam
si pesakit...serangan itu biasanya akan ber-
ulang kerana si pemanah masih bebas dan
akan cuba menyerang semula.

Adapun 'boleh nampak' atau merasa ber-
ada ditempat lain itu bukanlah sesuatu
yang patut dibanggakan kerana semua-
nya itu adalah kesan daripada gangguan
jin pada kita...dan amalan sihir yang mem-
bolehkan kita nampak jin...atau nampak
tempat jauh...atau merasa berada di alam
jin atau tempat lain...hanya sekadar me-
nunjukkan golongan pengamal tersebut
juga pada hakikatnya perlu rawatan.

Maka seboleh- bolehnya saya cuba pasti-
kan akhirnya 'kebolehan menarik' rakan
itu hilang sepenuhnya...dan begitu juga
kalau anda beramal...pastikan sampai
hilang kebolehan yang tidak ada pada
manusia biasa itu.

Kalau rakan itu tidak merasa tindakbalas
maka saya akan merukyah atau menunjuk-
kan amalan Fatihah 11 kali serta 3 Qul
pernafasan sebagai amalan merawat diri
atau pendinding...juga cara membuiat
air doa sendiri ( telah ada dalam blog ini ).

Apa-apa pun kesembuhan itu hanya dari
Allah...dan pelbagai bentuk rawatan kita
hanyalah ikhtiar semata-mata...yang Insha
Allah sembuh atau tidaknya mudah-mudahan
jadi antara amal ibadah kita kepadaNYA.

Wallohu a'lam

Selasa, 24 November 2015

Senjata Berjin Adalah Senjata Berkembar...

Setakat ini  saya simpulkan...bahawa  senjata  yang
berjin...atau  dalam  istilah yang mengelirukan kita
' senjata berkhadam '...adalah senjata berkembar.

Iaitu dalam senjata itu contohnya keris ada satu lagi
keris serupa bentuknya tapi ianya di alam jin.

Biasanya senjata kembar di alam jin itu tidak terikat
untuk terus tinggal dalam kembarnya iaitu keris di
alam manusia...dan boleh keluar atau berpindah ke-
mana-mana termasuk ke dalam tubuh manusia yang
dipilihnya.

Kalau senjata kasar itu dipegang oleh manusia...mana-
kala kembarnya pula dipegang oleh jin.

Jin itu boleh diikat tinggal di dalam senjata alam kasar
namun pada kebanyakan keadaan...biasanya jin itu
bebas keluar masuk atau keluar dan masuk ke dalam
badan tuan punya senjata...atau mana-mana antara ahli
keluarganya atau malah pada orang lain samada di-
kenali atau tidak oleh tuan punya senjata tersebut.

Ini adalah lumrah bagi perangai umum jin yang lebih
cenderung mencari sasaran mudah...atau kata lain...
suka mengambil kesempatan.

Keluar dan berpindah dari senjata kasar...bererti jin
itu membawa sama keluar kembar senjata itu di alam
jin....dan jika jin itu masuk ke dalam tubuh manusia
maka senjata kembar itu akan dibawanya sama.

Pada ketika itu senjata 'berkhadam' tersebut akan men-
jadi senjata kosong.

Kadang-kadang  pula  senjata  kasar  itu hilang  atau
musnah...namun kembarnya di alam jin terus selamat
bersama keluarga tuan punya senjata kasar tersebut.

Ada pula jin yang terus tinggal dalam senjata kasar
tersebut...dan ada pula yang keluar masuk untuk
'urusan tertentu'.

Di dapati ada jin senjata itu yang keluar membawa
senjata kembarnya di alam jin...menyakiti atau men-
yerang manusia yang di pilihnya...samada penyimpan
senjata itu...keluarganya atau orang lain.

Malah ada yang menyerang dengan membawa senjata
kasarnya sekali ( maka jadi senjata terbang ).

Senjata yang pernah digunakan untuk membunuh atau
melukai manusia...atau berburu binatang atau pernah
dijaga dengan diberi darah...maka jin senjata itu kalau
ianya cukup kekuatan maka ia akan ' berdikari ' mencari
darah setelah sekian lama terbiar lapar atau ketagihan
darah.

Maka boleh jadi dengan senjata kasar itu sekali atau jin
itu sekadar menggunakan senjata kembar alam jin untuk
menusuk atau menikam manusia...hasilnya anda rasa
dihiris...ditikam...ditoreh atau sebagainya...

...terutama kalau jin hanya menyerang dari luar ( tidak
masuk badan ).

Kalau masuk badan pula...biasanya anda akan jadi se-
orang yang panas baran...pendendam...angkuh tak mahu
kalah...malah sanggup bertindak melampaui batas ke-
bijaksanaan dan kemanusiaan.

Apabila anda rasa pening...atau takut...atau berdebar...
atau merasa sesuatu senjata atau benda berjin itu berat
daripada sepatutnya...atau benda itu panas..atau ber-
denyut atas tapak tangan...

....maka sebaiknya anda ambil perhatian...bahawa anda
ada gangguan jin...dan mungkin lebih dari itu...jin
benda itu ada dalam badan anda...

Wallohu a'lam

Selasa, 27 Oktober 2015

Teknik Jin...Mengganggu Cara Selamat...

Sudah hampir sejam saya merukyah dan mem-
buat gerakan-gerakan rawatan juga menyerang
namun pedih luka memanjang yang ibu itu rasa 
dari tepi kepala kanan ke tepi kiri kepala...
tidak sembuh-sembuh.

Kalau hilang pun...cuma sekadar beberapa 
minit kemudian sakit luka itu muncul semula
dan memanjang semula seperti asal hingga 
ibu itu mula menyuarakan rasa putus asanya.

Begitulah keadaannya...malah saya juga mula
rasa buntu.

Saya meminta ibu itu menutup matanya se-
mula dan saya cuba membuka 'hijabnya'
pada gangguan tersebut.

Dengan izin Tuhan...ibu itu mula nampak
jari-jari tangan yang kurus berkuku panjang
sedang mengorek kepalanya...dan luka kesan
korekan itulah yang memanjang dari tepi
kepala sebelah kanan ke tepi kepala kirinya.

Ibu itu terus 'memerhatikan' tangan tersebut
yang jelas sangat panjang dan masuk dari 
kaki lima.

Dan di luar kaki lima 'seorang perempuan'
berpakaian serba putih dengan rambut
mengerbang bermata merah terapung-
apung di atas udara.

Setiap kali ia menjulurkan tangannya...
ia mengorek luka kepala si ibu kemudian
menarik tangannya dan menjilat-jilat
kesan darah pada jari-jarinya.

Saya membaca Ayat Kursi kemudian 
menghembus kuat ke arah kaki lima...
si ibu melihat makhluk itu terjatuh atas
lantai.

Kemudian saya membuat gerak peletup
jin....tiba-tiba jin itu terbang laju  ke
sebuah rumah yang terletak hampir
setengah kilometer dari rumah si ibu.

Rumah asal jin itu adalah pada sebuah
tangkal yang disimpan oleh tuannya dia
atas sebuah almari dalam bilik tidur.

Si ibu kenal pada orang tersebut...tapi
pada asasnya...ianya bukan bererti
jin itu disuruh....atau orang itu sengaja-
kan....malah pada sesetengah tempat
jin penjaga sesebuah rumah....tanpa
disuruh pun boleh menyerang jiran-
jiran sekitar...terutama jiran yang sakit
atau banyak gangguan...

...kerana memang dasar perangai jin...
suka mencari kesempatan untuk meng-
zalimi manusia...

...dan seperkara juga...kelihatannya
jin-jin pengganggu manusia semakin
banyak strategi...kerana telah banyak
pengalamannya....maka sudah jadi
'berita biasa'....penyakit 'lain-lain'
tapi tidak ada gangguan jin....sedang-
kan ianya gangguan jin....dan jin itu
sudah berpengalaman  dan tentunya 
ada strateginya yang tersendiri...

Wallohu a'lam

Selasa, 20 Oktober 2015

Cara Menghina Tuhan...

Engkau akan tahu bahawa Tuhan itu engkau
tempatkan pada sehuna-hina kedudukan
dalam hatimu...

...iaitu  apabila  engkau  menjaga  dirimu di-
hadapan penglihatan manusia...

...tapi  apabila  hanya Tuhan melihatmu...
nescaya engkau berbuat sesuka hati.

Wallohu a'lam

Jumaat, 16 Oktober 2015

HADIS...Menuntut Ke Neraka...

Siapa menuntut ilmu dengan tujuan untuk me-
nandingi orang alim...atau untuk berdebat
dengan orang bodoh...atau untuk menarik
perhatian manusia kepadanya...
maka hendaklah ia bersiap-siap untuk mema-
suki Neraka...

Catitan maksud Hadis...

(..Allah Lebih Tahu Akan Segala Perkara...)

Di Ufuk Timur (04)...Paku Bumi...

Diceritakan bahawa asal usul cakerawala ini adalah
daripada satu bintang yang sangat besar...

Apabila bintang itu meletup dan berkecai...serpi-
hannya bertaburan ke seluruh angkasa raya...

Maka daripasa serpihan yang sains moden sebutkan
sebagai gas..tapi Qur'an menyebutkannya sebagai
wap air ( dan Qur'an itu pasti lebih benar )...
maka wap air itu mula bercantum dan semakin padat
lalu membentuk taburan bintang dan planet yang
sangat banyak...

Adapun bumi ketika telah keras paduan wapnya mem-
bentuk satu planet berwarna putih yang sangat panas.

Sehinggalah warnanya berubah dan menjadi lebih sejuk
maka terciptalah bumi itu dengan permukaannya yang
rata...

Dikatakan ketika itu...bumi ini sentiasa berpusing
dari timur kebarat dan sebaliknya...dan kesemua arah
tanpa keseimbangan...

Maka Tuhan memerintahkan para malaikat agar mend-
iamkannya...

Turunlah para malaikat dari langit kepermukaan bumi
dan memegang untuk meratakan putarannya...namun
bumi terus berputar tanpa arah tertentu...

Maka malaikat itu mengadukannya kepada Tuhan...dan
Tuhan memerintahkan agar lebih ramai malaikat turun
padanya...malah sehingga penuhlah muka bumi ini de-
ngan para malaikat..namun bumi terus berputar dan
berpusing kemerata arah tanpa terkawal...

Maka ketua malaikat mengadukan lagi bahawa telah pe-
nuh meraka pada permukaan bumi...namun mereka tak
mampu mengendalikan arah putarannya...

Maka Tuhan pun mencipta padanya gunung ganang serta
bukit bukau...lalu bumi itu berputar pada satu paksi
yang tetap...

Demikian dkatakan bahawa gunung ganang serta bukit
bukau itu adalah paku bumi...

( Catitan sejarah - kalau ada yang silap harap di-
perbetulkan...)

Wallohu a'lam

Angin Bisa 1...4 Tempat Jin Menangis...

Iaitu apabila anda sedang mengalami gangguan
jin...mak anda boleh mendengar suara tangisan-
nya daripada 4 tempat...

1. Kepala...

2. Dalam hati...

3.Dan mana-mana bahagian selain daripada dalam
kepala dan dalam hati...contohnya dalam rusuk
kiri...

Maka salah satu hikmahnya meletakkan tapak ta-
ngan pada bahagian bawah rusuk kiri adalah un-
tuk menutup ruangan kosong padanya daripada
masuk gangguan semasa solat...Wallohu a'lam.

Selain itu...boleh juga dari tempat lain...sepert

4. Dari luar tubuh anda...samada jin itu duduk
bertenggek pada bahu...tengkuk...atau duduk
pada tepi lubang telinga...dan boleh jadi
pula dalam telinga...

...atau suara itu dari tempat yang agak jauh
daripada anda...

Bentuk Tangisan Jin...

1. Anda mendengar suara tangisan...

2. Anda tak dengar tapi anda merasa mendengar-
nya...

3. Anda tak dengar suara tapi anda merasa ada
tangisan biasanya dalam kepala...dada dan seba-
gainya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (6)...Jangan Pandang Remeh Tuhanmu...

Janganlah engkau berbuat dosa...semata-mata
kerana engkau tahu...

...Tuhanmu itu Maha Pengampun lagi lagi Maha
Penerima Taubat...

Kerana yang demikian itu...bererti engkau te-
lah meremehkan Kebesaran dan Keperkasaan
Tuhanmu.

Tak ada dosa meemandang remeh kepada Tuhan...
melainkan...ia sebesar-besar dosa...

Wallohu a'lam

Mata Pint Hati...

Awasilah pandangan matamu....kerana mata itu
adalah  pintu  hati......dan  setiap  sesuatu  yang
engkau  lihat  itu  akan  terus  masuk  ke dalam
hatimu.

Apabila  engkau  tidak  mengawal pandangan
matamu...bererti  engkau sedang menghancur-
kan  hatimu  sendiri...dan  ia  bererti  engkau
sedang menghancurkan hidupmu sendiri

Wallohu a'lam

Rabu, 14 Oktober 2015

' Kampung Belikat Kiri '...

Ketika rakan yang sedang menutup mata itu
menumpukan perhatian...ia melihat sebuah
kampung di mana penduduknya kelihatan
sedang berpesta.

Namun penduduknya itu semuanya berwarna
hitam dengan sepasang tanduk di atas kepala.

Rakan itu memberitahu...kampung itu berada
di dalam belikat kirinya...iaitu sebuah penem-
patan jin di dalam badan manusia.

Apabila rakan itu membaca Bismillah dan
memulakan kata pemutus...semua makhluk
itu terdiam dan menumnpukan perhatian
kepadanya.

Sebaik selesai kata pemutus...rakan itu mem-
baca  Suroh fatihah...tiba-tiba saja lengan
kanannya menjadi berat.

Menurut rakan itu makhluk-makhluk jin 
tersebut tidak mahu keluar dan cuba ber-
tahan.

Tindakbalas tersebut menunjukkan laluan
masuk jin-jin tersebut adalah melalui hujung
jari-jari tangan kanannya.

Walaupun pada asasnya jin itu boleh di 
tarik atau di tolak keluar dari mana-mana
juga arah namun biasanya kalau melalui
laluan yang 'mereka' buat sendiri....ada
kelemahan besar mereka untuk bertahan.

Gejala penempatan jin tersebut adalah
rakan tadi selalu keletihan tanpa sebab
munasabah...dan kadang-kadang belikat-
nya terasa terasa tebal atau kebas.

Wallohu a'lam

Khamis, 8 Oktober 2015

Buta Serapan Jin...

Sudah hampir setahun abang rakan itu ( Hs ) keluar
masuk hospital...namun setelah dua kali X -ray pada
bahagian kepalanya di mana setiap satunya menelan
kos ribuan ringgit...

...namun punca sakit kepala Hs tidak dapat dikesan
dan  tak  cukup  dengan  itu...penglihatannya  mula
merosot sehingga hampir-hampir buta sepenuhnya.

Setelah beberapa hari merawatnya di wad hospital
dari 'scan' menunjukkan ada luka sihir yang dalam
dari atas masuk ke dalam bahagian kiri kepalanya.

Tentu saja peralatan moden tidak dapat mengesan-
nya...tapi sehingga 6 hari berturut-turut merawatnya
saya juga tidak tahu punca penglihatannya yang
semakin hilang...malah doktor dengan peralatan-
peralatan moden tidak mengesan adanya sebarang
punca atau masalah.

Pada hari ke enam itu Hs di hantar ke Hospital
besar K.Kinabalu untuk menjalani x-ray semula
pada bahagian kepala...tapi masih tidak ada se-
barang masalah dapat dikesan.

Dua hari selepas itu  baru  saya  tahu  puncanya...
iaitu  kerana  jin  yang  menyerapi  tubuh apalagi
pada bahagian kepalanya adalah jin betina yang
tidak bermata.

Iaitu bukan hanya tubuh jin yang menyerapi se-
mata-mata...malah 'kecacatannya' juga turut
menyerapi Hs sehingga ia juga tidak dapat me-
lihat...malah pernah sekali saya melihatnya
kerasukan...saya percaya...jin itu juga bisu...
kerana itu ia hanya mengamuk...tapi tidak ada
sebarang suara....

Wallohu a'lam

Bandaraya Jin ?

Ketika itu rakan tersebut sedang duduk bersila
sambil menutup mata di rumah saya...namun ia
merasa berada di rumahnya yang sejauh 15
minit perjalanan kereta .

Ia masuk ke dalam bilik tidur bapanya...dan ia
melihat ada sesuatu ada satu sudut bilik .

Apabila ia  terus  menumpukan  perhatian...ia
melihat benda itu adalah sebilah keris yang ber-
cahaya...dan ada 'seorang lelaki' berpakaian
pendekar duduk padanya.

Saya menggunakan ayat Afahasibtum...pernafas-
an dan gerak sapu...dengan izin Tuhan cahaya
pada keris itu terpadam.

Ketika itu rakan tersebut melihat dari jauh sebuah 
bandaraya maju yang sangat luas...dan mengikut
rasa hatinya...jin dari keris itu pulang ke bandar
tersebut setelah sihir yang mengikatnya pada
keris itu musnah.

Seperkara yang rakan itu perhatikan...di bandar
itu tidak ada bangunan bertingkat.

Itulah tempat asal jin tersebut sebelum dipuja atau
di tarik menjadi khadam kepada keris tersebut .

Sebelum itu seorang rakan dari perawat rukyah
pernah memberitahu saya...kalau tangkal atau apa
juga benda sihir...yang ada rumah jin padanya di-
musnahkan..maka jinnya akan pulang ke tempat
asalnya di alam jin...

Wallohu a'lam

Jumaat, 4 September 2015

' Cubaan Membunuh Rawan '...

Apabila rakan itu S menutup mata ia melihat sebuah
patung...pada bahagian kepalanya ada beberapa
batang jarum tertanam...dan mungkin itu salah
satu puncanya S berterusan sakit kepalanya.

Dengan gerakan dan pernafasan...saya mencabut
jarum-jarum tersebut...dengan izin Tuhan.

Tinggal patung berbungkius kain...saya cuba me-
letupkannya dengan gerakan dan ayat 1 hingga
10 As Soffat...namun langsung tak berkesan.

S masih merasa dirinya bersatu dengan patung
itu menunjukkan sihir patung itu masih aktif.

Saya buat gerak dan bungkusan terbuka tinggal
patung yang terdedah...tiada sebarang tanda
gangguan pada patung itu dan saya cuba letup-
kan lagi....namun seperti tadi...patung itu langsung
tak terjejas.

Ini pengalaman pertama saya keadaan ini....dan 
untuk beberapa ketika saya merasa buntu...

Tiba-tiba terlintas dalam hati saya....apabila S
menutup mata dan menumpukan perhatian....
ia merasa dirinya sedang berada dalam patung
itu.

Ia membaca ayat Kursi sambil berniat untuk balik
ke badan...perlahan-lahan ia merasa sedang ber-
ada dikatil hospital iaitu tempat ia berbaring.

Dalam masa yang sama...patung itu mula kelihatan
samar-samar...akhirnya hilang menandakan sihir-
nya juga sudah terlepas..dengan izin Tuhan.

Rupanya rawan S sedang berada dalam patung itu
dan rawan sama sekali tidak terjejas dengan gerak
letup...

akan bersambung...wallohu a'lam

Isnin, 17 Ogos 2015

Lumpuh...Jin Pada Otak...

Iaitu lumpuh buatan...

Lembaga hitam  jantan  itu cuma  berdiri  kaku
tak bergerak-gerak...namun ia terus merenung
ke arah segumpal saraf.

Renungan atau pandangan beracun itu meng-
halang  isyarat  atau arahan dari otak sampai
kepada bahagian  tangan  dan   kaki   kanan
pakcik itu...hingga tak berupaya menggerak-
kannya sedikit pun.

Lembaga itu adalah jin yang mendiami baha-
gian otak pakcik tersebut....dan dari luar...
kawasan jin itu adalah pada suatu bahagian
seluas dua  inci  garispusat  pada  atas  kiri
kepalanya.

Mengikut pemeriksaan hospital...sepatut-
nya pakcik itu sudah boleh menggerakkan
tangan kanan dan kaki kanannya....

...setelah beberapa  bulan  lalu  tiba-tiba ia
rebah diserang tekanan darah tinggi hingga
tidak sedarkan diri beberapa minggu lama-
nya.

Ternyata bukan sekadar sakit biasa....ada
jin yang turut megambil kesempatan.

" jin itu sedang mendengar perbualan kita?"
saya bertanya....dan pakcik itu mengangguk.

Maka saya ucapkan kata-kata pemutus dan
minta pakcik itu mengikutnya perlahan-lahan
dengan meniatkan bahawa ia sedang ber-
cakap kepada jin pada otaknya itu.

Kemudian pakcik itu membaca Ayat Kursi
dan meniup ke arah makhluk tersebut...
dan sambil pakcik itu baca Ayat Kursi...
saya pula baca Ayat 1 hingga 11 Suroh
As Soffat...kemudian ayat Afahisbtum
serta menggunakan nafas membentuk
pusaran menyedut jin itu keluar.

Dengan izin Tuhan...jin itu hilang namun
meninggal sisa bisa berupa asap hitam
pada saraf yang menjadi sasarannya tadi.

Pakcik itu membaca ayat Kursi dan me-
niupnya...dengan izin Tuhan asap itu juga
hilang.

Bersamaan  itu  benda  hitam  yang  me-
lekap  pada  tengah - tengah   bahagian
punggung  pakcik  itu  juga hilang...

....dan ada satu  laluan  angin  dari   bahagian
kepala turun ke  sepanjang  tulang  belakang-
nya yang menandakan angin bisa jin juga me-
resapi sepanjang tulang belakang yang penuh
dengan saraf.

Laluan itu menyambungkan antara jin pada
otak ke benda hitam itu....yang kesannya
membuat pakcik itu rasa berat untuk duduk
dan terus berbaring sepanjang masa.

Ringkasnya  jin  itu mahu malah berusaha
membuat pakcik itu terbaring terlantar di
atas katil untuk seumur hidup.

3 Nota

1.Satu kes saya jumpa sebelumnya adalah
seorang pakcik yang sudah berumur...

...di mana pada masa mudanya banyak
menuntut ilmu kebatinan.

Sepatutnya ia sudah sembuh dari kemalangan
tapi ia masih tidak dapat berjalan.

Dengan izin Tuhan setelah dirawat gangguan
jin....pakcik itu dapat  berjalan dan bergerak
seperti biasa.

2. Gangguan jin pada saraf adalah di luar ke-
mampuan pengesanan alat-alat perubatan
moden...

...dan kadang-kadang memudaratkan apa-
bila terlalu banyak ujian tidak perlu yang di
buat...

....namun terdapat doktor Islam yang dengan
cepat dapat mengesan batas kemampuan
rawatan hospital.

3. Seorang rakan pernah di rawat dan cuba
dicari punca sakitnya pada bahagian dada...
perut...belakang dan kepalanya hampir
setengah setahun ...hingga akhirnya doktor
memberitahunya.....kami tidak tahu apa
penyakit anda ini.

Maka tidak salah kalau mendapati ada
keraguan...sambil terus minta rawatan
hospital...anda minta juga 'scan' bagi
mengesan gangguan jin.

Penyakit dari sebab gangguan jin adalah
termasuk penyakit zaman moden kini...
terutamanya berpunca dari jin saka...
jin tangkal atau jin ilmu yang kehilangan
tuan.

Seorang ibu sudah lama sakit dada kiri-
nya....apabila ia menutup mata dan me-
numpukan perhatian...ia nampak sebuah
kampung...dan ada seorang lelaki yang
tak ia kenali merenungnya dengan wajah
marah...

Tiba-tiba kampung itu lesap dan ibu itu
batuk kahak darah...dan ketika itu juga
sakit dadanya hilang sebegitu saja dengan
 izin Tuhan

Memang terdapat jin yang bukan hanya
'sekor-sekor' menumpang badan malah
beranak pinak dan berkampung dalam
badan....dan kesakitan yang ditanggung
oleh manusia empunya badan adalah di
luar perkiraan mereka...yang penting jin-
jin itu hidup mewah dan lebih selamat
dari serangan jin lain sebagaimana ke-
adaanya kalau tinggal di luar badan
manusia.

Wallohu a'lam

Jumaat, 14 Ogos 2015

( KISAR ) Petua Hancurkan Jin dalam badan...

Iaitu cara menghancurkan jin dalam badan sendiri...

1. Dekatkan tapak tangan kanan ke mulut.

2. Baca Bismillaahirrohmaanirrohiim tiga kali
dengan nada suara yang jelas ( bukan berbisik
semata-mata )

3. Tiup kuat tapak tangan tadi....

4. Lekap tapak tangan atas tempat yang sakit.

5. Berdoa....Ya Allah hancurkanlah dan hilang-
kanlah penyakit ini hingga tak bersisa....

..Ya Allah seandainya ada gangguan jin...( ia-
itu ada jin dan penempatan jin..atau angin
bisa jin pada tempat sakit ) maka hancurkan-
lah sehancur-hancurnya jin ini dan segala angin
bisanya.

6. Baca Ayat Kursi....dan serentak itu apa-
bila mula saja baca Ayat Kursi....sapu tempat
yang sakit itu dengan sapuan secara bulatan.

Niatkan dalam hati untuk menhancurkan
segala penyakit..jin dan angin bisanya.

Habis baca Ayat Kursi....baca takbir ( Allohu
akbar ) tujuh kali....tapi kali ini niatkan dalam
hati untuk memungut semua hancuran pen-
yakit juga jin serta angin bisanya

Pada takbir ke tujuh terus buat gerakan
pusaran tapi tekankan sedikit tapak tangan
kemudian genggam niat menggegam hancuran
dan sisa-sisa penyakit...jin dan angin bisa
sentap dan tarik buang ke sisi.

Boleh di dua kali lagi jadi tiga kali kesemua-
nya pada tempat-tempat sakit.

Buat pagi petang atau sekali sehari atau bila
bila masa mengikut pilihan sendiri.

7. Jika ianya dibuat lebih dari sekali pada
satu masa untuk kali kedua hingga seterusnya
cuma perlu mula dari ayat kursi ( sambil
'mengisar ' ) .

Nota

1. Jika sakit kepala maka tempat 'pusaran' adalah
atas ubun-ubun kemudian tepat pada tempat yang
sakit...

2. Kalau  selalu  mimpi  aneh  atau  buruk...maka
tempat pusarannya pada ubun-ubun dan bahagian
belakang kepala.

3. Kalau nak 'sapu habis' kepala maka kisar pada
ubun-ubun...atau ubun-ubun...dahi....belakang
kepala...tepi kanan kepala dan juga tepi kiri.

4. Kisar maksudnya umpama sebiji buah jatuh
ke dalam mesin pengisar maka hancur berkecai
buahnya...iaitu buah tersebut umpama jin...angin
bisa...penyakit dan sebagainya.

Dan hancuran itulah yang perlu dibuang dengan
takbir kerana jika dibiarkan terus dalam badan
boleh menyebabkan 'keracunan'.

5. Kalau jin pada jantung...iaitu sakit atau selalu
berdebar...sesak nafas...dan sebagainya...maka
kisar bertentangan jantung.

6. Kalau 'serangan kuman' pada paru-paru...atau
berair dan sebagainya...maka kisar atas dada
kanan dan dada kiri.

7. Kalau gastrik...maka pada uluhati....jika sakit
itu tembus sampai ke belakang pun...cukup dari
depan tapi niat hancurkan jin atau penyakit...
dari depan hingga ke belakang.

8. Kalau perut atau rahim...maka atas perut atau
rahim....

....atau kalau ketumbuhan...atau panas sakit ber-
pindah dalam perut maka kisar pada semua
tempat berpundahnya juga atau bahagian
bengkak atau luka dalam.

9. Kalau sakit seperti kena pukul maka tempat
sakit....

...kalau lutut maka atas kepala lutut....dan se-
bagainya.

10. Rawatan diri ini sebaiknya dibuat setiap
hari walau hilang sakitnya kerana mungkin
ada sisa bisa dan racun malah jin yang ber-
diam diri pada tempat tersebut.

Iaitu tidak ada masa tertentu...sekurang-
kurangnya anda rasa puas hati bahawa sakit
itu tidak berulang lagi.

11. Petua di atas adalah minima dan tidak
ada sebarang halangan kalau anda mahu
tambah bilangannya atau tambah ayat serta
suroh lain.

12. Boleh pula baca Bismillah dan tiga Qul
tiup pada tapak tangan sebelum meletak-
kan tapak tangan itu atas tempat sakit.

Kalau mampu buat tiga set baca 3 Qul itu
serta sapuan atau kisaran pada tempat
sakit....iaitu baca tiga Qul sekali sekali
dan kisar kemudian ulang baca tiga Qul
dan kisar begitulah hingga tiga kali.pada
setiap tempat sakit.

13. Seorang rakan berbangsa Pakistan sen-
tiasa membaca Qur'an setiap hari namun
tiga Qul 'jarang-jarang'...dan ia kena sihir.

Seperkara  kita ingat  bahawa  tidak ada
ayat atau suroh dalam Qur'an yang dapat
menggantikan tempat tiga Qul dalam
amalan penjaga diri....ini adalah kelebihan
khusus 3 Qul.

Rawatan ini adalah untuk apa juga jenis
jin dalam badan...

Wallohu a'lam

Khamis, 13 Ogos 2015

'Darah Tinggi Jin'

Ibu itu sering sakit pada bahagian atas kepala...
dan jantungnya sering berdebar-debar tanpa 
sebab munasabah.

Kebelakangan     ini....ia  merasa  belakang 
kepalanya sakit seperti dicengkam sesuatu
dan ketika itu doktor mendapati tekanan
darahnya naik ( tinggi ).

Ada juga doktor yang berpengalaman dan
ia kata pada pesakit...sebenarnya dari ujian-
ujian pihak hospital menunjukkan ia tidak
ada ciri-ciri sebagai pesakit darah tinggi
namun...ada sesuatu yang membuat tekanan
darahnya menjadi tinggi.

Dari segi gangguan...ada angin bisa jin pada
bahagian kepala dan dadanya....maka kesan-
nya fikiran dan perasaan seseorang itu men-
jadi sangat sensitif dan tertekan walau pada
punca perkara kecil.

Kemudian ada masanya jin akan mencengkam
belakang kepala atau urat leher belakang
kepalanya....sehingga menimbulkan kesan
sesorang itu sedang mengalami tekanan darah
tinggi,.

Apabila fikiran-fikiran runsing dan tekanan-
tekanan perasaan dari sebab gangguan jin
ini anda turutkan....kemudian dari sebab
sakit urat atau belakang kepala itu anda
yakin sedang mengalami serangan takanan
darah tinggi....

...maka tekanan darah anda lambat laun 
akan benar-benar tinggi...bukan kerana
anda sememangnya ada darah tinggi tapi
kerana anda memperturutkan perasaan
dan fikiran...

...kemudian  ditambah  kesakitan  pada
bahagian  urat  atau  belakang   kepala....
membuat  anda '  stress  memuncak '...
tekanan darah anda akan mendadak atau
menjadi tinggi secara mengejut.

Satu kes saya percaya ada kaitan dengan
'permainan darah tinggi jin ini.'....hasilnya
mangsa itu kini mengalami lumpuh sebelah
kiri badan.

Sasaran jin darah tinggi itu kini adalah 
isterinya yang mengalami tekanan kerana
keadaan suami yang sihat menjadi ter-
lantar serta hilang punca pendapatan.

3 nota

1. Biasanya jin yang terlibat sudah ber-
pengalaman lama dan menjadi pakar
dalam bidang ' meninggikan tekanan
darah'....maka kalau anda pula kurang
berpengalaman dan lemah semangat...
anda akan mudah saja tertipu dan men-
jadi mangsa.

2. Sasaran utama jin ini adalah orang 
yang sedang menghadapi ujian berat
kerana tekanan akan melemahkan
aura...semangat dan pertahanan diri
anda.

Ciri-ciri utama sering runsing tanpa
sebab atau runsing berlebihan....

...perasaan sering merasa tertekan
tanpa sebab atau berlebih-lebihan....
jantung pula sering berdebar....

...dan anda merasa urat belakang leher
atau belakang kepala anda seperti di
cengkam sesuatu....dan kadang-
kadang bukan rasa dicengkam...tapi
urat belakang leher menjadi keras.

Dan anda mungkin sering pening....
atau mengantuk...rasa berat kepala
atau sakit bergantung kepada kadar
gangguan.

3. Saya pernah 'scan' ibu itu dan ia
melihat seorang perempuan muda 
berambut panjang berpakaian serba 
hijau ( jin ) mendampinginya...

....namun ibu itu mempertahankan
makhluk tersebut dan tidak mahu 
ianya dibuang kerana yakin makhluk
itu baik

Anda perlu tahu...bahawa apabila
sesekor jin mendampingi seseorang
manusia....biasanya pasti ada ke
zaliman dan penganiayaan makhluk
jin itu kepada manusia tersebut...

...malah orang itu mungkin menjadi
pusat serangan jin tersebut kepada 
mana-mana juga ahli keluarganya.

Secara mudahnya jin pendamping 
manusia itu adalah syaitan...dan
syaitan itu bukan teman...tapi ada-
lah musuh anda

Wallohu a'lam

Selasa, 11 Ogos 2015

Jin Batu Cari 'Tuan'.....

Ianya sebiji batu kecil leper berwarna coklat dengan 
uratnya yang jelas kelihatan....memang 'cantik' di-
pandang.

Menjawab pertanyaan rakan tadi....saya bayangkan...
kalau didapati ianya ada jin pendamping...batu itu
pasti berkecai saya hentakkan dengan batu...dengan
izin Allah...

...sebagaimana yang biasa saya buat pada benda-
benda jenis batu atau cincin berkhadam.

Seminggu kemudian rakan itu memberi tahu saya....
pada malam selepas ia memperlihatkan saya batu
itu...esok paginya rakan itu mendapati batu dalam
simpanan lacinya itu hilang.

Berbulan sebelumnya...batu itu tiba-tiba muncul 
dalam longgokan cincin-cincin simpanannya....dan 
rakan itu sudah pastikan benar...tidak ada sesiapa 
yang dapat atau pernah membuka lacinya itu.

Ia sebenarnya lebih kepada jin batu yang mahu
mencari 'tuan'...dan biasanya jin seumpama ini
adalah jin pernah bertuan dan sudah kehilangan
tuannya.

Dengan kekuatan dan pengalaman yang didapati-
nya dari manusia sebelumnya....jin itu sudah
pandai mencari tuannya sendiri...dan seperti
biasa...bakal tuannya adalah seseorang yang jin 
itu pandang sebagai mangsa mudah.

Maka sebaiknya anda beringat apabila tiba-
tiba mendapat sesuatu secara tidak wajar...
tidak kira apapun bendanya...kerana ia
mungkin beerti anda sedang menjadi sasaran 
jin....bukan tuan tapi 'makanan'...

Cara lain jin cari tuan adalah datang melalui
mimpi...menyerupai seseorang...mahu ber-
sahabat...atau menawarkan perlindungan...
menyampaikan amalan apa juga bentuknya
atau menyerupai bayi...juga mungkin men-
yerahkan sesuatu benda samada benda
itu hanya dalam mimpi atau mungkin anda
terjaga dan bendanya ada di tangan atau
di sisi dan sebagainya.

Namun hanya seperkara anda perlu ingat
..apabila jin memilih anda...ia sama seperti
' kucing yang memilih ikan goreng...iaitu 
anda...'.

Jin juga suka perkara nudah dan tidak akan
sengaja mencari nahas...maklumlah jin juga
adalah makhluk lemah dan hanya akan 
memilih manusia yang lebih lemah.

3 Nota

1. Seorang ibu yang dihadiahkan sebentuk
cincin emas yang telah dijampi oleh se-
orang bomoh wanita...cuma dapat ber-
tahan beberapa malam...sebelum cincin
itu hilang dari simpanannya secara tiba-
tiba ketika ibu itu sedang tidur.

Ibu itu sentiasa membaca Bismillah 6 pagi
petang...dan secara teorinya...jin pen-
damping cincin itu lari kerana kepanasan.

2. Apa juga benda atau alat sihir termasuk
tangkal dan sebagainya yang dijaga jin...
biasanya ada rumah jin di dalamnya.

Maka untuk memusnahkannya perlu cara 
khusus agar rumah jin itu juga turut musnah.

Seperkara  lagi...pilihan  lain  untuk  benda
sihir  ini  adalah  dengan memusnahkan atau
menarik  keluar  rumah  jin darinya tanpa
perlu memusnahkannya...namun untuk
orang awam atau umum...lebih baik kalau
benda itu dimusnahkan sekali...

...terutama kalau kita tidak dapat mempasti-
kan  samada  masih  ada  rumah  jin padanya
atau sudah musnah.

Ini kerana  benda itu dapat jin gunakan balik
iaitu  selagi  masih  ada sisa penempatannya
dalam benda tersebut.

3. Sengaja memberikan benda atau alat yang
ada pendamping jin kepada  orang lain  ada-
lah dilarang...dan apa juga  nanti  kezaliman
atau  penganiayaan...atau  malah  kesesatan
yang  di  alami  oleh  si penerima kerananya
akan  menjadi  tuntutan  di  akhirat  ke atas
anda yang sengaja memberinya.

Wallohu a'lam

Selasa, 4 Ogos 2015

Sakit Jantung Dan Jin Batu Unik...

Sejak awal minggu...jantungnya semakin kuat
berdebar-debar tanpa sebarang sebab mun-
sabah.

Apabila rakan itu A menutup mata dan me-
numpukan perhatian...ia melihat dua lembaga
hitam dalam jantungnya.

Melalui beberapa maklumat serta 'scan'...
ternyata dua ekor jin itu adalah pendamping
sebiji batu berupa telur putih yang disimpan-
nya secara suka-suka.

Saya letakkan batu itu ditengah-tengah tapak
tangan kirinya....kemudian menarik...dengan
izin Tuhan...salah seekor darinya dapat dapat
ditarik masuk ke dalam batu...namun seeekor
lagi terus bertahan dalam jantung.

Berpandukan maklumat dan 'scan'...ternyata
ada sebuah 'lubang ghoib' pada dada kirinya
dan dengan meletakkan batu itu padanya
jin yang seekor lagi dapat ditarik masuk ke-
dalam batu tersebut.

Setelah itu barulah jantung rakan tersebut
menjadi normal semula.

Namun rakan itu masih terasa ada sesuatu
di dalam dada kirinya...dan saya meminta-
nya terus berzikir dan menumpukan per-
hatian.

"...eh ! ada tengkorak kepala dalam dada
kiri saya.." kata rakan itu separuh ter-
kejut.

Bagaimana pun saya minta rakan itu terus
menumpukan perhatian ke tempat lain
dengan niat mencari asal usul tengkorak
tersebut.

Rakan itu beritahu ia nampak sebiji teng-
korak di atas sebuah meja dalam bilik
tapi ia sendiri tidak tahu di mana letak-
nya bilik tersebut.

Saya minta rakan itu membaca ayat Kursi
kemudian meniup ke arah tengkorak ter-
sebut dengan niat untuk menghancurkan-
nya...tapi rakan itu meniup lembut sangat.

Tengkorak itu bergerak sedikit sahaja 
kata rakan tersebut...saya meminta ia
terus menumpukan perhatian.

Kali ini saya gunakan gerak peletup jin
dengan ayat 1 hingga 10 As Soffat.

Dengan izin Tuhan....dalam sekelip mata
tengkorak itu hilang dari pandangannya...
dan pada masa yang sama tengkorak
dalam dadanya juga lesap tanpa bekas.

Esok petangnya....saya belek-belek batu
putih berupa telur tersebut...memang ia-
nya ada keunikan tersendiri.

Apabila saya letakkan batu itu ke tapak
tangan kelihatan cahaya putih nipis me-
nerangi disekelilingnya ( biasan cahaya ).

Oleh kerana rakan itu sudah memper-
cayakan saya untuk buat tindakan se-
baik mana mampu...jawapannya....

...saya letak batu telur putih itu atas batu
dan menukulnya.

Batu itu berkecai seperti meletup lagak-
nya...serpihannya melayang dan salah
satu kena pada hujung ibujari kaki kiri-
nya...dan serta merta darah mula meng-
alir.

Memang serpihannya cukup tajam...
bukan seperti batu biasa.

Secara teorinya ada rumah jin dalam 
batu tersebut...dengan memecahkannya
samada boleh membunuhnya...atau
boleh jadi pula jin itu kembali ke tempat 
asalnya sebelum di ambil atau dipanggil 
oleh manusia terdahulu.

Adapun tengkorak berkenaan...ianya
mungkin dulunya di simpan dan di puja
oleh seseorang namun mungkin orang
tersebut sudah meningal atau membuang-
nya.

Maka jin ilmu dari tengkorak tersebut 
dengan pengalamannya terdahulu men-
cari dan memilih seseorang manusia 
menjadi rumahnya atau sasaran baru-
nya ( yang kita biasa kata mencari
tuan...)

Kerana itu kita perlu musnahkan
tengkorak tersebut yang menjadi asas
kekuatannya....atau menjadi syarat
asas jin tersebut mendampingi manusia.

Wallohu a'lam

Khamis, 23 Julai 2015

PETUA MUDAH BUAT AIR DOA SENDIRI...

Iaitu cara mudah buat sendiri air doa...

1. Contohnya..air dalam botol mineral 1.5 liter...
buka tutupnya...

2. Dekatkan muncung botol ke bibir agar apa-
bila membaca suroh atau doa...nafas sampai
pada air.

3. Baca fatihah satu kali...kalau dengan 7
waqaf atau 7 kali berhenti lebih baik....
dengan suara jelas dan sekurang-kurangnya
dengar sendiri atau lebih kuat lebih baik.

4. Lafazkan doanya...

. Ya Allah jadikan air ini ubat dan penawar
kepada segala penyakit dalam badan saya...
sebutkan semua sakit yang dirasa maka lebih
baik

Ya Allah jadikan air ini penawar kepada
segala bisa-bisa dan racun-racun dalam
badan saya samada ia dari angin...air...
makanan...atau dari mana juga asalnya.

Ya Allah jadikan air ini racun yang sangat
bisa sehingga dapat membunuh dan men-
hancurkan segala jin yang ada dalam
badan saya samada jin saka...jin sihir...jin
tangkal...jin ilmu atau jin yang datang dari
mana juga.

Tiup air sekuat hati..

5. Baca Suroh Al Ikhlas sebaik-baiknya
3 kali...dan tiup air sekuat hati.

6. Baca Suroh Al Falaq satu kali...tiup
air sekuat hati...

7. Baca Suroh An Naas satu kali...tiup
air sekuat hati....

Ini sudah memadai dan kalau anda mahu
tambah ayat atau suroh lain...maka ter-
pulang pada anda...dan sebaiknya
setiap selesai membaca satu-satu suroh
atau ayat tiup air sekuat hati.

Air ini guna minum dan sapu muka....
campur air mandian dan pula boleh
renjis 4 penjuru bilik.

Asalkan ikut petua ini...anda tak perlu
risau kalau anda buat dengan rasa kurang
yakin....kerana Insha Allah ia berkesan
dengan izin Tuhan...

....dan setiap kali anda buat air baharu...
anda akan bertambah yakin...

Keyakinan dan keikhlasan serta peng-
harapan kepada Tuhan akan membeza-
kan kekuatan kesan antara seseorang
dengan orang lain....walau ia guna petua
yang sama.

Air ini untuk diri dan boleh pula untuk
anak-anak atau ahli keluarga lain....
atau untuk sesiapa juga orang lain...
sebaiknya jadi minuman harian walau
sekali dalam sehari namun secara ber-
terusan.

Nota

1. Boleh pula ditambah kaedah di atas
dengan fatihah sekali itu dibaca ayat
Iyyaaka na'budhu wa iyyaaka nas ta
iin...7 kali....sambil kita niatkan dalam
hati tujuan atau hajat kita...contohnya
seperti niat minta Tuhan jadikan air
itu ubat...penawar....dan pembakar
serta pemusnah semua jin dalam badan
baru kita sambung ayat Ihdinash....
sehingga habis suroh.

2. Boleh dan lebih baik pula sebelum
memulakan fatihah baca Istighfar 3x...
Bismillah...3x...salawat 3x....

3. Dan boleh pula sebelum baca fatihah
niatkan fatihah itu hadiah kepada Rasul-
lullah SAW...keluarga dan sahabat
beliau....serta kepada ibubapa dan
sekelian kaum muslimin....dan kepada
niat kita...mudah-mudahan mendapat
limpah rahmat dan keberkatan dari
Tuhan...

Iaitu terpulang kepada cara mana yang
kita pilih sendiri...

...Insha Allah akan bersambung...

Wallohu a'lam

Selasa, 14 Julai 2015

Dunia Lain...Akhirat Lain ?

Bagaimana engkau katakan bahawa hal dunia ini
lain urusan...dan hal akhrat itu lain urusan...

...sedangkan apa juga  yang  ada  dalam  fikiran
dan  hatimu  itu....apa  yang  engkau  ucapkan...
apa  yang  engkau  kerjakan....dan  segala 
urusanmu di dunia ini...

...segala-galanya  inilah  yang  akan Tuhan tanya
dan pertanggungjawabkan kepadamu di akhirat
kelak.

Pada saat itu tdak ada perkara mudah...kerana
dosa  sehalus  debu  pun.....kalau  tidak  Tuhan
ampuni...sudah  cukup  untuk  menjerumuskan
engkau ke dalam neraka.

Wallohu a'lam

Sabtu, 11 Julai 2015

' Gigitan Jin Tanpa Jin... '

Apabila  ibu itu menutup mata dan menumpukan
perhatian......ia   melihat   seekor  anjing  sedang
menggigit belakang pinggang kanannya.

Bahagian tersebut sering sakit berdenyut sejak
minggu sebelumnya lagi selepas balik dari meng-
hadiri majlis doa selamat dirumah salah seorang
anak perempuannya.

Saya membuat kaedah sentap dan cubit cabut
kemudian membayangkan kepala anjing sedang
melekat pada pinggangnya itu dan memancung-
nya.

Namun ternyata tidak berkesan...hanya  sakit-
nya  berkurang   sedikit   sahaja....sedangkan
anjing itu tidak terjejas.

Ini  pengalaman  pertama  saya  menghadapi
keadaan sedemikian...maka  saya  minta ibu
itu terus menumpukan perhatian...untuk men-
cari punca masalah atau gangguannya.

Ibu  itu  memberitahu  merasa diri sedang ber-
ada di luar...iaitu  di  hadapan rumah....
dan  ada  seekor  anjing menggigit dan ber-
gayut pada pinggangnya.

Saya  meminta  ibu  itu  melepaskan dirinya 
sendiri dari jin anjing tersebut.

Ibu  itu  membuat  kata  pemutus   Bismillah...
Ya Allah  kembalikan  saya ke  badan  saya
sendiri..dan  Ya  Allah   sekiranya   ada  jin
yang  mengganggu  ini  cuba ikut...Ya Allah
hancurkan  jin   ini    sehancur-hancurnya
hingga tak bersisa sedikit pun ...

....kemudian  membaca  fatihah sekali tapi
ayat  Iyyaka  na'budhu  wa iyyaaka nas ta 
eiin ulang 7 kali....

Ketika  itu  si  ibu merasa  sudah berada
dalam  badannya  semula.....dan dengan
izin Tuhan...kesakitan  tadi  tidak terasa
lagi.

Kemudian  si  ibu   terus  menumpukan  per-
hatian  pada sakit  kepalanya...ternyata   ada
suatu  benda  seperti  taring  kumbang   men-
cengkam  atas bahagian atas kepalanya yang 
sakit.

Kali   ini   si   ibu   merasa  berada   di  tepi
jalanraya   besar  100  meter  jaraknya  dari 
rumah  dan  ada  suatu    makhluk    seperti 
binatang  duduk  menggigit  atas  kepalanya.

Kali  ini  saya minta ibu  itu buat  cara  yang 
sama  seperti  tadi...dan dengani izin Tuhan
...sakit   berdenyut  pada   kepalanya  juga 
sembuh serta merta.

Menari rawan keluar  kemudian  menyakiti 
atau menyerangnya adalah salah  satu tipu 
helah bangsa jin yang bertujuan untuk 
mengelakkan kesan rawatan...

Kerana ini ada orang sakit  gangguan  tapi 
tidak ada jin pada badannya...

....dan sembuhnya hanya  berkurang  atau 
sembuh sementara kerana punca masalah-
nya tidak terjejas...


Wallohu a'lam