Selasa, 16 Disember 2014

' Daging Sembelihan Bangkai '...

Ada sesuatu yang aneh di majlis perkahwinan
anak  perempuan  pakcik tersebut...lalat-lalat
bangkai   menggerumuni   hidangan-hidangan 
masakan dagingnya.

Kerika saya cuba memakan  secebis  daging
goreng...walaupun  kelihatan   masih baru di-
masak......daging  itu  berbau  busuk  seperti
bangkai.

Tuhan lebih tahu akan perkara sebenarnya...
dan rasanya kita tidak perlu buat sebarang
andaian atau sangka buruk.

Ia  mungkin  sekadar berpunca dari sesuatu 
sebab berkaitan teknikal.

Cuma  seperkara...arwah  bapa  pakcik itu 
ketika hidupnya terkenal sebagai pengamal 
tarekat.

Namun  tarekat   itu  hanya  panggilan  atau 
gelaran  penduduk tempatan...sedangkan ia 
lebih kepada ilmu perbomohan berasaskan 
mentera.

Melalui  pemerhatian  kepada salah seorang
pengamal  aliran  ini yang merupakan antara
yang terkenal setelah ketiadaan bapa pakcik
tersebut...ilmu ini sangat mementingkan hidup
harmoni dengan bangsa jin.

Maka  asal  saja  ada orang yang sakit kena
gangguan...maka ayam disembelih...sebagai
satu cara memujuk atau tanda meminta maaf
jika asalnya dari silap si sakit...atau meminta
agar jin pengganggu pergi.

Berpandukan  sakit.....kalau  lebih  berat...
mungkin lebih seekor ayam akan disembelih
atau  kalau '  ayam tak boleh angkat ' maka
binatang  yang lebih  besar  seperti kambing
atau mungkin kerbau  dan  lembu yang akan
disembelih.

Kadang-kadang  sembelihan  itu  dibuat  di 
rumah...tapi kalau jin pengganggu itu tinggal
di  sesebuah  tempat  seperti hutan...sungai...
batu...pokok dan sebagainya...maka biasa-
nya binatang itu akan disembelih di tempat
tersebut.

Seperkara yang nyata...sembelihan itu bukan
di buat semata-mata kerana Allah...walau di-
baca  Bismillah...tapi juga atas  sesuatu  niat
yang  ada  kaitan  dengan  makhluk-makhluk 
halus yang mengganggu ( jin ).

Maka dengan sendirinya sembelihan itu men-
jadi suatu sembelihan berunsurkan sihir.

Syarat  sah  menyembelih...orang Islam...dan
pisau  yang    tajam...dan   hendaklah  dibuat
dengan  niat  mencari keredhaan Allah tanpa
mencampurkan    ia  dengan  sebarang unsur-
unsur  syirik  atau sihir yang akan menjadikan 
binatang  sembelihan  itu sebenarnya bangkai 
binatang semata-mata...dan haram di makan.

Orang-orang  berpengalaman  secara peribadi
menceritakan...bahawa daging binatang yang 
disembelih dengan sesuatu tujuan yang dikait-
kan dengan jin...maka  rasa  daging  binatang 
itu akan menjadi tawar dan cepat busuknya.

Antara perkara  lain yang menjadikan binatang
sembelihan itu  bangkai  adalah dengan meng-
anggap bahawa dengan  tumpahnya  darah ke 
tanah...maka akan hilanglah bala atau penyakit
atau umur  seseorang  yang di maksudkan akan 
bertambah panjang....

...atau dengan menganggap bahawa roh binatang
yang mati itu akan membawa penyakit atau bala
pergi...yang  kerananya  perlu saiz binatang yang
sesuai.

Contohnya penyakit atau nasib buruk yang berat
hanya akan dapat diangkat oleh binatang-binatang
besar...seperti kambing atau kerbau lembu.

Ia adalah perbuatan mensyirikkan ( menyekutu-
kan ) Tuhan dengan binatang yang disembelih.

Secara ringkasnya...setiap sesuatu  sembelihan
yang di buat untuk sebarang  upacara berkaitan
sihir...atau  ada  unsur-unsur syirik di dalamnya
maka  jadilah  binatang  itu  bangkai dan bukan 
binatang sembelihan ( halal ).

Dan  jika  atas  sesuatu tujuan yang baik sekali-
pun...tidak akan menjadikan perkara sihir atau
syirik itu jadi halal contohnya tujuan perubatan
...keselamatan atau pagar kawasan .

Selain itu binatang juga akan menjadi bangkai
apabila si penyembelih ikhlas kerana Allah...
namun tuan punya binatang tersebut punya niat
berunsurkan sihir atau syirik.

Wallohu a'lam

Khamis, 11 Disember 2014

Sebaik-baik jin...sama seperti sejahat-jahat manusia...( 3 )

Bayangkan  anda  meninggalkan kucing kesayangan
anda si Comel dengan sepinggan ikan goreng dalam
sebuah bilik.

Kalau anda masih ada di situ...tentu  saja si Comel
yang  manja itu akan duduk  dengan  penuh ' adab 
dan sopan '.

Tapi  pada pendapat anda...kalau anda tinggalkan
si Comel ' sekor-sekor ' dengan ikan goreng itu...
berapa lama si Comel akan dapat bertahan dengan
' imannya '...sejam...dua jam...atau mungkin hanya
dalam  beberapa  minit  sebelum dibahamnya ikan
goreng tersebut.

Memang begitu adatnya...kerana  si Comel  hanya
seekor  binatang  yang ada perasaan tapi tidak ber-
akal...maka ' keimanannya '  hanya  bergantung
sejauh sekadar mana anda masih dapat melihatnya.

Bagi  golongan  jin  yang  umumnya  lebih dikuasai 
oleh perasaan (nafsu) berbanding akalnya...sebesar-
besar ujian bagi mereka adalah kelebihannya yang
tidak tercapai oleh penglihatan manusia.

Tubuh manusia bukan hanya menyediakan tempat
tinggal  selesa  malah  makanan  sedap  bagi jin...
maka  pada  pendapat  anda...sejauh  mana  anda
akan dapat  mempercayai  jin...apabila jasad  anda 
sudah  tersedia  untuk  dimasuki  dan dikuasai oleh 
makhluk tersebut...?

Tidak semua jin jahat...terutama jin yang berusaha
mengelak diri dari manusia...tapi hampir semua  jin  
yang mendampingi manusia adalah 'si kucing comel' 
dan  setiap  anda yang menjadi manusia dampingan-
nya adalah 'ikan gorengnya'.

Wallohu a'lam

sebaik-baik jin...sama seperti sejahat-jahat manusia...( 2 )

Dari sudut perangai...kedudukan manusia di atas dan
binatang pula di bawahnya.

Sementara  kedudukan  jin...adalah di tengah-tengah 
antara kedua-duanya.

Ia bermaksud...kalau  kita  manusia hendak berbuat
jahat...biasanya  kita  akan  berfikir dan menilai baik
buruknya...iaitu samada ia perlakuan baik atau jahat
kerana kita  di samping ada perasaan...kita juga ber-
akal.

Kalau binatang pula...makhluk  itu  akan  buat  apa
saja  yang  di ingininya  tanpa berfikir  atau  menilai 
samada  ianya  perlakuan baik atau buruk...kerana
binatang itu tidak berakal.

Jin pula  makhluk  yang ada perasaan juga ada akal
fikiran...namun apabila jin itu terasa hendak melaku-
kan sesuatu  maka jin itu sekadar ada pertimbangan
atau  penilaian yang  sangat sedikit akan kewajaran
atau baik jahatnya...malah tentang halal haramnya.

Ini kerana secara semulajadinya ( secara umum )jin 
itu lebih dikuasai oleh perasaannya berbanding akal 
fikirannya.

Dengan kata lain...'jin yang sangat baik'  itu   kalau 
tiba-tiba  terlintas  niat jahat dalam hatinya kepada 
anda...maka jin itu akan melakukannya tanpa mem-
perdulikan padah yang anda tanggung kerananya.

Kerana itu...jin  liar  atau  yang  tak  ada  apa-apa
kepandaian  akan  cabut  lari  mengelak  daripada
manusia.....tapi  bagi  jin  yang  ' berkesempatan '
terutamanya  jin-jin ilmu samada ilmu sihir...saka...
tangkal  dan  sebagainya...jin  itu akan ' menelan '
seseorang  manusia  itu  sehabis-habisnya  tanpa
sebarang had atau peraturan.

Hanya yang akan menghalang jin itu daripada ber-
tindak  semahu-mahunya.....adalah  keterbatasan
kemampuan jin tersebut .

Seperti dikatakan...kalaulah golongan jin itu dapat 
melakukan segala-galanya ke atas manusia...pasti
makhluk  yang  bernama  manusia itu akan pupus
dari muka bumi ini.

Wallohu a'lam

Selasa, 9 Disember 2014

Sebaik-baik jin...Sama seperti sejahat-jahat manusia...( 1 )

Tekanan darah tinggi...tapi darah sihat dan normal...
mungkin  tekanan itu dari sebab Puan A yang turut
mengalami gangguan fikiran dan perasaan...

...ada gejala strok atau lumpuh sebelah badan...tapi
ianya  terlalu  muda  untuk  penyakit  tersebut....lagi
pula tidak ada puncanya yang dapat dikesan.

Ini ulasan doktor bagi gejala penyakit yang di alami
oleh Puan A...

...dan ada gejala sakit jantung...untuk ini doktor beri
ubat tapi Puan A tidak memakannya kerana Puan A
sendiri masih ragu-ragu samada ia benar-benar sakit
jantung.

Puan A jumpa  beberapa  orang bomoh terutama di
luar daerah...semuanya  beri  ulasan  sama...Puan A
disihir oleh bapa mertuanya sendiri.

Namun apabila seorang rakannya membawa Puan A
berjumpa saya...saya ada kesimpulan lain.

Bapa mertua Puan A telah memasang sendiri tangkal
pendinding rumah pada rumahnya...malah beliau yang
memang 'orang pandai' kampung menyembelih seekor
ayam dalam proses tersebut.

Maka  semua  gangguan  juga  penyakit  yang Puan A
alami  adalah kesan  dari jagaan jin tangkal berkenaan.

Dalam  rumah Puan A padat dengan  angin bisa sehingga  
mereka sekeluarga dapat merasakan panas yang luarbisa 
iaitu  tidak munasabah  dalam  rumah mereka sendiri.

Ini  menunjukkan  jin telah tinggal sama...mungkin dalam
satu jumlah  yang banyak...atau  telah  beranak  pinak di
dalamnya.

Puan A juga  mempunyai  sikap  aneh...iatu   ia  sangat
gemar pada pisang emas...dan  dalam  masa yang sama
takut  keluar  rumah...malah  ia  sentiasa menutup tabir
tingkapnya di waktu siang  agar dalam rumahnya  terus
dalam keadaan suram.

Apa yang berlaku adalah..bapa mertuanya itu memasang
tangkal  itu  dengan niat baik...iaitu untuk menjaga rumah
dan  keluarga  mereka...iaitu  entahkan sedar atau tidak...
ia telah mengamanahkan jin untuk menjaga mereka.

Dengan kata lain ia telah menyihir ahli keluarganya sendiri.

Kalaulah ia tahu perangai jin yang sebenar...pasti ia akan
menghindarkan mereka dari jin-jin tersebut.

Bagi anda yang memasang tangkal sihir...bererti anda telah  
memasang  atau  mengenakan  sihir  kepada diri...keluarga 
dan rumah anda malah kepada anak cucu keturunan anda.

Maka sudah selayaknya semua  mereka yang menanggung
akibatnya...menuntut anda pada hari Akhirat kelak.

Wallohu a'lam