Khamis, 25 Ogos 2011

WARISAN SAKA 2 : Kesesatan...arak...Judi Dan Tilik Nasib...

Antara perbuatan yang paling digemari syaitan
adalah minum arak..bermain judi dan bertilik
nasib ( perbuatan-perbuatan syirik )...

Dengan perbuatan-perbuatan ini...syaitan meng-
hasut dan menjauhkan manusia daripada Tuhan...
sambil berusaha mnimbulkan kebencian dan per-
musuhan antara sesama manusia...

Dari sumber-sumber ini...timbul berbagai bentuk
kelalaian...kejahatan...dan sebagainya...ber-
mula dari sekecil-kecil kejahatan hinggalah ke-
pada yang sebesar-besarnya tanpa batasan...

Ia adalah daripada berbagai bentuk penganiayaan
kepada diri sendiri...terhadap keluarga...ter-
hadap rakan-rakan...masyarakat...dan sebagai-
nya...

...dan menyebabkan hilangnya pertimbangan akal
malah mungkin dengan imannya sekali...


JIN DAN KETAGIHAN KEPADA KEJAHATAN...

Dan ada satu perkara lain...iaitu kadang-kadang
ketagihan seseorang manusia kepada arak...judi
dan perkara-perkara khurafat dan sebagainya...
adalah bawaan ( pengaruh ) jin...terutamanya
jin saka atau jin ilmu tuntutannya...

Secara mudahnya...kalau jin pendamping anda su-
ka minum arak...anda akan jadi kaki botol...

Kalau jin pendamping anda suka berjudi...anda
akan jadi kaki judi...

kalau jin pendamping anda itu gemar kepada ilmu-
ilmu atau perkara-perkara khurafat...maka anda
akan turut sama jadinya..dan sebagainya...

Kalau anda dapat melawan pengaruh atau hasutan-
nya....maka akan ada masa...atau mungkin juga
akan sering...anda pasti menghadapi atau merasai
hasutannya...

Hasutan itu samada berupa ' keinginan buatan '
...bisikan-bisikan halus....suara-suara ghoib
atau sebagainya...

Sebaliknya kalau anda berterusan terjerumus ke-
dalam hasutannya...maka semakin lama...semakin
kuat ' cengkaman ' jin itu ke atas diri anda...

...dan mungkin pada suatu ketika...anda tak ter-
lepas daripada pengaruh-pengaruh buruk tersebut
kecuali dengan melemahkan atau menyingkirkan jin
itu daripada diri dan hidup anda...( kecuali
kalau Tuhan mempermudahkanmu ke atasnya walau
dengan cara apa sekali pun...)


...'JIN ROSAK'...

Ada kalangan manusia yang berdamping...terutama-
nya dengan makhluk-makhluk halus yang dikatakan
'Jin Islam '...terutamanya melalui ilmu-ilmu
yang dikatakan Ilmu Kebatinan Islam...

Tapi apabila manusia tersebut terlanggar pantang
contohnya meminum arak...bermain judi...berzina
...menganiaya orang lain...dan sebagainya...
tiba-tiba pula jin yang telah menyertainya dalam
mengerjakan kejahatan tersebut merasa seronok...

...maka boleh jadi keseronokan itu serta merta
menjadi ketagihan pada jin pendamping anda ter-
sebut...

...maka jin itu akan mempergunakan diri atau jasad
anda dalam melakukan atau mengulanginya...samada
secara menghasut...merasuk atau meresap dalam dada
hinggakan apa sahaja yang jin itu inginkan akan
terasa seolah-olah menjadi keinginan anda...

Maka anda juga merasa ketagihan...dan anda akan
'rosak' bersama-sama dengan 'jin rosak ' tersebut.

Harus diingat bahawa keinginan semulajadi dan kein-
ginan dari sebab pengaruh angin bisa jin sangat ja-
uh bezanya...

Boleh dikatakan keinginan dari sebab tekanan bisa
jin itu lebih kuat..dan 'berbisa' daripada keing-
inan semulajadi...

kerana itulah kadang-kadang ada manusia yang tak
dapat...atau sangat lemah menghadapi bawaan jin
tersebut...

...kecuali jin atau angin bisa jin tersebut di-
singkirkan daripada dada...atau kepalanya...

...dan sebagainya...


HASUTAN DI BULAN RAMADHAN...

Keturunan Iblis daripada golongan syaitan asli...
iaitu bangsa jin yang secara semula jadinya tak
akan ada daripada golongan tersebut akan menerima
hidayah hingga hari Kiamat...maka ia dikurung
dalam bulan yang mulia ini...

Golongan syaitan ini tahu kebenaran...tapi sifat-
nya seperti Iblis yang sengaja menolak kebenaran.

Maka golongan syaitan yang kerja professionalnya
menghasut manusia itu tak akan ada gangguannya...

...tapi jin saka yang termasuk dalam golongan jin
yang mungkin akan menerima hidayah...seperti juga
jin bebas yang tak bercampur dengan manusia dan
ada kalangannya yang beriman atau mungkin juga akan
beriman...

Maka golongan ini tetap bersama manusia seperti
pada bulan-bulan lain......malah yang tinggal da-
lam badan itu akan tetap padanya...

Jadi kita akan tetap menerima gangguan dan hasutan
daripada jin-jin golongan ini..temasuk jin saka....

Malah saya dapati pada beberapa hari bulan ini ber-
mula ada antara rakan-rakan yang sebaliknya mene-
rima serangan yang agak lebih hebat daripada bulan-
bulan sebelumnya...samada rakan dari rakan seagama
atau beragama lainnya...

Maka cerita hantu di bulan yang mulia...adalah
merujuk pada golongan jin yang bebas ini...

Wallohu a'lam



Khamis, 18 Ogos 2011

WARISAN SAKA 2 : Kesesatan...

Apabila jin mendampingi seseorang manusia dan
apalagi kalau ia atau angin bisanya masuk ke-
dalam jasad ( sekurang-kurangnya dalam dada
atau kepala ...)

...maka jin tersebut akan memberi sesuatu ke-
san kepada manusia dampingannya dan saya suka
menyebutnya sebagai ' bawaan '...

Biasanya jin yang suka mendampingi manusia itu
adalah daripada golongan jin kafir...atau jin
Munafik ( pada hakikatnya juga kafir )...

Kalau jin kafir yang mendampingi manusia...maka
akan ada bawaan kekafirannya pada manusia terse-
but...

...dan kalau jin Munafik...iaitu jin yang mem-
pergunakan agama Islam untuk memperdayakan manu-
sia...maka bawaannya adalah berbagai kepercayaan
..amalan dan keyakinan yang di ada-adakan...


JIN KAFIR TAK BERAGAMA...

Iaitu apabila anda didampingi jin kafir yang tak
percayakan keujudan Tuhan...maka antara bawaannya
adalah...

1. Anda merasa ragu-ragu dengan keujudan Tuhan...
dan ia boleh berlaku walaupun anda belajar agama.

...tapi kalau anda kurang pengetahuan agama teru-
tama berkaitan ketuhanan...maka akan lebih besar
kesannya.

Maka mungkin akan timbul pada perasaan anda kera-
guan terhadap keujudan Tuhan...

...atau sifat acuh tak acuh...atau tak peduli me-
ngnai perkara berkaitan Tuhan...

2. Anda selalu lupa...dan sangat lalai terhadap
Tuhan...

3.Anda merasa benci...atau muak dengan perkara
berkaitan ketuhanan...

4. Anda mungkin percaya adanya Tuhan...tapi ter-
selit jauh dalam perasaan sifat menentang akan
keujudanNYA...

...dan sebagainya...


JIN KAFIR BERAGAMA...

Iaitu apabila jin tersebut beragama x...maka an-
tara bawaannya...

1. Anda merasai suatu perasaan tertarik kepada
agama x...kadang-kadang ia suatu perasaan halus
yang 'tenggelam timbul ' dalam hati...

Kadang-kadang ia merupakan suatu perasaan tanpa
sebarang sebab atau alasan kenapa anda merasa
tertarik kepada agama x...dan anda mungkin tak
merasa sebarang keganjilan atau gangguan...

...seolah-olah perasaan itu adalah dari hati na-
luri anda sendiri...

Ia disebabkan oleh angin bisa jin yang meresap
dalam dada...sehingga seolah-olah kepercayaan jin
tersebut meresap...atau bersatu dengan perasaan
anda...dan kesannya...

a. Anda merasa tertarik dengan mana-mana ajaran
atau benda berkaitan agama x...

b. Anda beragama Islam...tapi hati anda seolah-
olah beragama x...

2. Anda mungkin pula sering mendengar suara atau
bisikan...atau merasai suatu bisikan dalam hati
yang menyeru anda mendekati atau masuk agama x.


UPACARA KEAGAMAAN DALAM HATI...

Iaitu...boleh terjadi pula...apabila jin beragama
x masuk kedalam dada...maka anda dapat mendengar
atau merasai dengan sangat jelas...suara-suara atau
gema upacara sembahyang agama x sedang berlangsung
dalam dada anda...

...dan boleh jadi pula dalam kepala anda...

...dan boleh jadi juga berkumandang ke cuping te-
linga anda...

Iaitu bergantung kebolehan jin serta laluan masuk-
nya...

Ini terutamanya terjadi apabila jin yang masuk ke-
adalam diri anda itu adalah golongan jin pendakwah
agama x...

...dan sebagainya...


JIN ' ISLAM '...

Biasanya jin Islam yang mendampingi manusia...ter-
utamanya yang merasuk atau masuk kedalam jasad...
atau memasukkan angin bisanya kedalam jasad...
adalah jin Munafik...dan antara bawaannya...

1. Anda sibuk dan awas terhadap kesilapan dan ke-
salahan orang lain..tapi anda sendiri terbiar da-
lam beramal...atau dengan kata lain...tak nampak
kesilapan dan kesalahan diri sendiri...

2. Anda sibuk dengan perkara-perkara sunat...tapi
lalai atau menunggalkan perkara wajib...contohnya
anda sibuk berzikir...tapi tak solat...

3. Biasanya jin Munafik itu akan membisikkan atau
mengajar anda berbagai perkara syirik...

...contohnya...anda boleh meminta segala-galanya
daripada Tuhan...dan Tuhan pasti mengabulkannya
seolah-olah Tuhan itu 'orang suruhan' anda...

Seringkali pula jin itu membisikkan anda dengan
berbagai keraguan dan salah akidah terhadap
Tuhan...

contohnya...

a. Tuhan itu benar-benar ujud atau sebenarnya tak
ujud...

b. Tuhan itu tak memiliki kekuasaan mutlak...

c. Tuhan itu mungkin mungkir janji...

d. Tuhan itu tak adil dan kejam...

e. Tuhan itu tak bersifat Rahmat dan benci kepada
anda...

f. Tuhan itu sengaja menyusahkan dan menganiaya
anda...

g. Tuhan itu tinggal di langit...di atas tanah
atau di dalam tanah...dan sebagainya...

h. Tuhan itu berujud sebagaimana makhluk...

i. Boleh memohon kepada sesama makhluk...seperti
malaikat...jin...kubur...batu-batu...tempat-tempat
keramat...pokok-pokok...tangkal azimat...
dan sebagainya...

...tapi dengan syarat...anda wajib tahu..bahawa
semua benda itu adalah perantara semata-mata...
sedangkan yang mengabulkan permohonan itu adalah
Tuhan...

4. Kadang-kadang jin itu membisikkan...atau mera-
cuninya dengan angin bisa dalam dada...
sehingga seseorang itu merasa dirinya mulia di-
sisi Tuhan...

Malah kadang-kadang jin itu membisikkan kepada se-
seorang bahawa ia adalah Malaikat...Nabi...Imam
Mahdi..wali-wali...manusia pilihan...manusia ber-
kuasa...suci daripada dosa dan sebagainya...

Kemudian tak kurang pula...jin membuat anda memi-
liki sebarang kelebihan ( sebenarnya sihir )...
sehingga anda benar-benar merasa atau yakin den-
gan kemuliaan...dan kehebatan diri...sehingga
bukan sahaja menyesatkan diri sendiri...tapi juga
turut menyesatkan orang lain...

...dan sebagainya...


Seperkara yang mesti anda faham...bahawa banyak
antara jin Munafik itu tinggi ilmu kebatinan
serta ilmu pengetahuan agamanya...dan lebih-
lebih lagi ilmu psikologi...

Dengan bertopengkan agama...dan berbagai tipu he-
lah mudah...atau tipu helah yang sangat halus dan
licik...maka jin itu boleh membuat anda melihat
kebenaran itu sesat...dan kesesatan itu sebagai
kebenaran...atau...

Antara cara paling ' pop-ular ' adalah dengan men-
campur adukkan antara kebenaran dan kesesatan...

...sehingga anda melihat kebenaran itu benar...dan
kesesatan itu juga benar...

Contohnya... ia menyalahgunakan atau menyalahtaf-
sirkan ayat-ayat Qur'an...supaya yang benar itu
kelihatan benar..dan yang sesat itu juga kelihatan
benar...

...dan sebagainya...


JIN BERBILANG AGAMA...

Iaitu ada juga jin yang lebih daripada satu agama-
nya...

Contohnya ia jin Islam...tapi juga jin Kristian...
tapi juga Jin Budha...atau Majusi atau sebagainya.

Apabila jin ini mendampingi anda...maka anda akan
merasai bermacam ajakan atau malah mungkin pak-
saan...kepada kepercayaan berbilang agama...

Memang ada sejarahnya...manusia yang menyatukan ber-
bagai agama menjadi satu...dan mungkin jin itu sa-
lah seekor dari penganutnya...

...atau ia sekadar jin yang bingung dalam mencari
kebenaran...


SIFAT UMUM JIN PENDAMPING MANUSIA...

1. Menjauhi kebenaran...dan menghalang atau meme-
songkan anda dari kebenaran...

2. Menjauhi Tuhan...maka anda akan dihalang dari-
pada melakukan ketaatan kepada Tuhan...atau jin
itu merosakkan akidah anda dalam beramal...

3. Menjauhi ayat-ayat Qur'an...maka ia akan menja-
uhkan anda dari amalan berkaitan ayat-ayat Qur'an.

4. Menjauhi azan dan solat jemaah...maka jin itu
akan menghalang atau menjauhkan anda daripada
masjid...

Malah ada satu tanda seorang isteri ada jin saka
iaitu ia sentiasa cuba menghalang suaminya dari-
pada solat berjemaah di masjid...

Juga ada rakan-rakan yang akan tertidur setiap men-
jelang tengah hari Jumaat...dan akan segar selepas
selesai solat Jumaat...dan sebagainya...

5. Memperdayakan manusia dengan berbagai ajaran ya-
ng di ada-adakannya...

...termasuk mengada-adakan berbagai perkara atau
ajaran pelik...

...di mana kebetulan pula ada segelintir umat Islam
yang tak mencari kebenaran...tapi mencari kepelikan.

Kerana itu ajaran-ajaran yang menyesatkan itu bia-
sanya berbaur dengan berbagai ajaran pelik dan ter-
nyata menarik ramai orang...

Antara ajaran pelik...guru mereka itu malaikat...
nabi atau sebagainya...atau cukup solat Batin
( solat dalam hati sahaja )...puasa Ramadan 3
hari iaitu pada awal..tengah dan hujungnya...
dan sebagainya...


SESAT SECARA LANGSUNG ATAU TAK LANGSUNG...

1. Apabila anda merasa selamat...merasa beruntung
...merasa bangga...merasa ada kelebihan...merasa
ada yang boleh diharap dan sebagainya dari sebab
kerana ada jin yang mendampingi...maka anda jatuh
syirik...

2. Ada juga jin Kafir atau Munafik ini yang minta
hidangan...atau menyuruh memberi hidangan...
...persembahan...ganti rugi... dan sebagainya ke-
pada jin lain...tak kira walau atas alasan apa
sekalipun...

3. Ada juga jin yang mengaku Tuhan...atau makhluk
yang paling hebat...maka beruntung anda yang di-
dampinginya...

4. Biasanya jin juga akan ' menggalakkan ' anda
supaya gerun atau takut kepadanya...atau kepada jin
lain...

5. Ada juga jin yang mengajarkan sihir...dan ia me-
mberitahu pada anda berbagai perkara yang manusia
biasanya tak tahu...sehingga anda merasa hebat diri
dan terpesong...

6. Ada juga jin yang mengajarkan berbagai keperca-
yaan karut...dan antaranya...

a. Ia datang dari Alam Akhirat dan kembali ke dunia
untuk mencari ibunya...

b. Roh orang-orang mati itu mesti diberi hidangan
agar mereka tak mengganggu manusia yang masih hidup.

c. Umur manusia boleh ditambah...iaitu kematian itu
boleh ditangguhkan...

...dan sebagainya...

7. Cara lain jin menyesatkan manusia adalah dengan
cara kekerasan..iaitu dengan mengganggu atau menya-
kiti seseorang yang cuba menghampiri kebenaran dan
ketaatan...

Contohnya dengan menyerang...menyakiti...dan sebagai-
nya kepada seseorang apabila ia cuba berbuat ketaatan
seperti solat...membaca Qur'an...belajar agama...ber-
jumpa ustaz-ustaz dan sebagainya...

Maka manusia tersebut menanggung berbagai gangguan
atau penyakit yang biasanya akan membingungkan bagi
rawatan hospital...sehinggalah ia meninggalkan keta-
aatan atau membatalkan niatnya...

Walaupun anda akan merasa sihat semula...tapi yang
pasti...tanpa pertolongan Tuhan...anda bakal men-
dapat akibat yang lebih berat lagi...

...dan sebagainya

8.GANGGUAN MIMPI...

Kalau sekali sekala anda mengalami mimpi aneh atau
menakutkan...mungkin hanya perkara biasa iaitu lan-
jutan daripada pengalaman atau peristiwa yang anda
hadapi di siang harinya...

Tapi apabila mimpi itu sering berlaku...maka mung-
kin ada jin atau angin bisa jin dalam bahagian otak.

Maka dari sanalah sumber segala mimpi aneh atau bu-
ruk...

Biasanya apabila anda cuba mengerjakan ketaatan...
maka tiba-tiba anda akan mengalami mimpi yang san-
gat menakutkan sehingga perasaan takut itu terbawa-
bawa ke alam sedar...

Semakin ketaatan itu berterusan...semakin aneh
atau buruk mimpi anda...sehinggalah anda meninggal-
kan ketaatan tersebut...

Itu adalah caranya jin menghentikan amalan-amalan
ketaaatan melalui mimpi...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam















Khamis, 11 Ogos 2011

Bahaya Demam Dan Penyakit Misteri...

Sedari dahulu...banyak penyakit misteri yang
menyerang manusia tanpa mengenal masa dan
umur...

Sangat kerap...berbagai penyakit misteri itu
menyerang seseorang dengan 'penanda' awalnya
demam panas misteri...

Antara ciri-ciri demam panas ini...

1. Ia datang tiba-tiba tanpa sebarang penjel-
asan munasabah...

2. Panas badan tak sama rata...contohnya pada
sebahagian badan panas...manakala pada pada
sebahagiannya lagi kurang panas...normal atau
mungkin sejuk...

Contoh lainnya...kepala sangat panas...badan
sederhana panas...atau panas badan cuma hingga
ke paras pinggang...atau tangan panas...tapi
kaki sejuk...

...dan sebagainya...

3. Tapak tangan atau tapak kaki...atau kedua-
duanya sekali sangat panas...lebih panas dari-
pada suhu badan...

Anda boleh tekapkan belakang tapak tangan ke
tapak tersebut untuk menguji suhunya...

4. Badan panas...tapi tapak tangan atau tapak
kaki..atau kedua-duanya sekali...sejuk...

Kadang-kadang sejuk itu cuma sampai keseparuh
anggota...contohnya badan panas...tapi tapak
kaki hingga ke paras buku lali sejuk...atau
tapak tangan hingga ke paras pergelangan pula
sejuk dan sebagainya...

5. Panas melampau...iaitu panas demamnya luar
biasa...

6. Panasnya turun naik pada masa yang singkat.

Kadangkala demam sembuh secara tiba-tiba...
kemudian datang semula juga secara tiba-tiba.

Kadang-kadang hilang datangnya panas itu tak
tentu masa...

7. Anda mungkin bermimpi aneh atau buruk...

8. Apabila seseorang pesakit sedang tidur...
mungkin ada padanya antara gejala-gejala ber-
ikut...

1) Matanya berkelip-kelip...

2) Biji matanya bergerak cepat ke sana sini
dan ada kalanya kelopak matanya yang terbuka
sedikit jelas mempamerkan cahaya mata yang
aneh...dan kadang-kadang seperti memandang
sesuatu dengan penuh tumpuan...

3) Anggota atau jari bergerak-gerak...

4) Tidur terkejut-kejut...

5) Bercakap samada difahami atau tidak...atau
mulut kumat kamit...

6) Senyum....atau ketawa...

7) Ketakutan atau menangis...

8) Mengigau...

9) Berpeluh tapi peluhnya tak sama...ada cuma
titis...dan ada yang besar-besar air peluhnya...

10) Berpeluh hanya pada sebahagian tubuh atau
anggota...

Walau bagaimana pun...tak semua orang demam itu
akan berpeluh...

Berpeluh biasanya tanda akan sembuh...atau turun
panasnya samada sementara atau terus pulih....

...dan sebagainya...

9. Rasa pening atau separuh bermimpi...

10. Kadang-kadang mungkin anda akan mengalami
keadaan badan atau anggota bergerak-gerak tanpa
dapat dikawal...dalam sedar...

11. Anda mungkin dapat melihat benda-benda ghoib
atau mendengar suara-suara atau bunyi aneh...

12. Ada gejala lain yang tak ada kaitan dengan
demam...contohnya...

- lumpuh semua atau separuh badan...

- ada jarum atau benda tajam menyucuk pada ke-
pala...dada...kaki tangan...sendi-sendi dan
sebagainya.

- bisa-bisa atau lemah sendi-sendi...

- badan terasa sakit seperti baru dipukul...
atau sangat letih tanpa sebab munasabah...

- tengkuk atau belakang terasa berat...

- ada benda-benda bergerak dalam badan...apa
juga bentuk gerakannya tapi ianya jelas terasa.

- badan terasa lemah...seolah-olah hilang tenaga.

- sesak atau berat nafas...

- merasa takut tak tentu pasal...

- Merasa marah tak tentu pasal...

- nafas terasa panas...

...berbagai penyakit misteri...dan sebagainya...

13. Anda mungkin sentiasa rasa pening...atau rasa
nak pitam...

14. Pesakit mungkin mengalami rasukan sekejap-se-
kejap..atau berterusan...bergantung kepada niat
sebenar jin pengganggu...

15. Anda mungkin merasa runsing...bingung...atau
sebagainya tanpa sebarang sebab munasabah...

16. Dada rasa berdebar-debar...tanpa sebab muna-
sabah...

17. Anda mungkin dapat merasakan bahang panas itu
datang dari dalam...

18. Atau mungkin bahang panas itu datang dari luar
ke kulit...

19. Muka anda mungkin terasa panas seperti berhada-
pan dengan unggun api...

20. Mungkin pesakit mula tak kenal orang...termasuk
keluarganya sendiri...

21. Kadang-kadang demam panas itu datang secara ber-
jadual...contohnya setiap kali masuk Asar...masuk
Maghrib...setiap malam...dan sebagainya...

...dan ia boleh jadi daripada gangguan saka...sihir
atau serangan daripada mana-mana jin lain...

Maka apabila demamnya datang berjadual...ia bererti
...contohnya setiap Maghrib anda akan demam...yang
demikian itu menunjukkan ada angin bisa jin...
atau jin itu sendiri datang dan masuk dalam badan...

..atau kalau ia memang bersembunyi dalam badan...
maka ia bererti jin tersebut sedang dalam cubaan
merasuk atau menguasai seluruh badan...


TANDA-TANDA LAIN DEMAM MISTERI...

1. Anda merasa badan panas sebahagian atau keselu-
ruhannya...apabila anda berzikir atau membaca
ayat-ayat pembenteng jin...

2. Dari satu segi...kalau anda ada amalan pembenteng
jin...maka panas badan itu bererti jin tersebut
merasa kepanasan atau tak selesa duduk dalam badan
anda...

...dan boleh jadi kepanasan itu membawa kepada
kebakarannya...iaitu anda mula berpeluh...

3. Apabila dirukyah...atau minum air doa...anda
merasa sebarang tindakbalas...dan antaranya...

1) Badan anda bertambah panas...

2) Demam mula turun...

3) Anda berpeluh...

4) Badan terasa semakin ringan...

5) Anda mungkin muntah...

6) Anda mungkin tiba-tiba nak buang air...besar
atau kecil...

7) Anda merasa ada benda bergerak dalam badan...
samada semut-semut...cacing-cacing...angin...atau
sebagainya...

8) Anda merasa pening...mungkin pening dan muntah.

...dan sebagainya...


DEMAM PANAS MISTERI DAN HOSPITAL

Iaitu keadaan demam pada pemeriksaan hospital....

1. Punca demam tak dapat dikesan...

2. Gejala demam mungkin berubah-ubah dan mengeliru-
kan.

3. Anda merasa demam...tapi pemeriksaan mendapati
suhu badan anda normal dan sihat...

4. Demam anda hilang sebaik samapi di hospital...
masuk bilik doktor...masuk wad dan sebagainya...

5. Ubat atau rawatan kurang berkesan atau langsung
tak berkesan.

6. Demam turun sebaik makan ubat...tapi sekejap
saja kemudian demam itu datang semula...

...dan sebagainya...


DEMAM PANAS MISTERI DAN JIN...

1. Panas badan misteri itu antaranya...

1) kerana ada jin dalam badan...

2) kerana ada angin bisa jin dalam badan...


2. Demam berkaitan gangguan jin mungkin bererti...

1) Gangguan biasa jin...

2) Ada jin yang sebati atau sedang cuba menyesuai-
kan dirinya tinggal dalam badan...

...iaitu jin itu cuba 'mengikat' anda kepada seca-
ra kekal...terutamanya jin saka...

3) Apa pun boleh jadi...iaitu jin tersebut akan me-
lakukan apa saja yang boleh ia buat...maka hasilnya
mungkin rasukan...penyakit...atau sebagainya...


3. Sebaiknya demam itu rawatannya dengan ubat hospi-
tal...

...tapi apabila ada tanda-tanda gangguan...maka
menyerahkan seratus peratus rawatan kepada hospi-
tal...mungkin akan membahayakan pesakit...

...atau ia mungkin bakal ada penyakit misteri yang
membawa kesan dalam seumur hidupnya...

Wallohu a'lam

Rabu, 3 Ogos 2011

RUMUSAN GANGGUAN...9 Laluan Hasutan Jin...

Iaitu antaranya ada 9 laluan jin untuk mem-
perdayakan manusia...iaitu...

1.Telinga...

Iaitu samada anda...

- mendengar bisikan...

- mendengar suara yang jelas...

- atau anda tak mendengar sesuatu...tapi anda
merasa kesannya...contohnya anda ada sesuatu
menyuruh anda pergi ke satu tempat...

2.Fikiran...

Iaitu samada anda...

- mendengar bisikan dalam fikiran...

- seolah-olah mendengar suara dalam fikiran...

- atau terbayang sesuatu dalam fikiran...

3.Perasaan...

Iaitu samada anda...

- mendengar bisikan dalam perasaan...

- seolah-olah mendengar suara dalam perasaan...

- atau perasaan anda seperti dirasuk sesuatu...

4.Menjelmakan dirinya dan mengajar sesuatu...

Iaitu jin itu menjelmakan dirinya pada anda men-
yerupai seseorang atau sesuatu makhluk...dan meng-
ajar anda...

5.Jin itu memperdayakan seseorang manusia dan mem-
pergunakannya untuk memperdayakan orang lain...

6.Merasuk seseorang dan memperdayakan orang lain.

7.Merasuk anda sebahagian atau sepenuhnya...dan
memaksa anda melakukan sesuatu samada dengan
paksaan nyata atau paksaan halus...

8.Manyakitkan anda dengan tujuan memaksa anda
melakukan sesuatu...

Contohnya...kalau anda tak buat sesuatu...maka
kepala anda akan terasa sangat sakit dan seba-
gainya...

9.Anda mendengar bisikan atau suara yang jelas...
samada dalam kepala..atau badan seperti dalam
rusuk atau dada...

...dan sebagainya...

Adapun gangguan-gangguan di atas biasanya di-
gunakan oleh jin saka...jin sihir dan jin ilmu
samada dengan tujuan untuk menyesatkan anda...
melemahkan semangat anda...menghalang berbuat
taat dan melakukan sesuatu yang dilarang Tuhan
atau khusus untuk membahayakan orang lain...
dan sebagainya...

Kalau anda tak faham hukum...dan tak faham apa
bendanya yang sedang menghasut anda...
maka semakin besar kemungkinannya anda terpedaya
dan terjerumus kepada penipuan serta hasutannya.

Wallohu a'lam

Nota...Lain-lain laluan...

MIMPI...

Kadang-kadang jin menggunakan mimpi itu sebagai
laluan untuk berhubung dengan manusia...khusus-
nya manusia yang didampinginya...

...iaitu dengan menjelmakan diri dalam mimpi
untuk apa juga tujuan...contohnya mengajar ilmu
atau menyamapaikan sesuatu...malah kadang-kadang
ia jadi tempat jin mengadakan hubungan jenis
dengan manusia...iaitu jin yang menyintai manusia.

Namun lebih kerap...mimpi itu digunakan jin untuk
merunsingkan seseorang manusia...

Contohnya anda mengalami berbagai mimpi buruk atau
aneh...maka anda akan berfikir benda yang bukan-
bukan...iaitu benda yang sebenarnya tak ada...atau
tak akan terjadi...

Maka kerunsingan dan kegelisahan serta berbagai
sangka buruk tentang apa yang akan terjadi akan
melemahkan semangat dan kekuatan anda menghadapi
makhluk-makhluk ini...juga dalam menjalani kehidu-
pan sehari-hari...

Ada pun adab bermimpi aneh atau buruk itu..jangan
sekali-kali diceritakan pada seseorang..kecuali
atas maksud meminta nasihat atau pendapat...bukan
sekadar 'suka-suka'...kerana yang demikian itu
akan membuat syaitan yang membuat mimpi buruk itu
akan seronok dan 'bergumbira'...

Biasanya mimpi tak akan memudaratkan...sebaliknya
salah tanggapan dan pengertian anda sendiri yang
akan membawa anda kepada berbagai perkara buruk
atau negatif...

Atau kata lain...anda akan merosakkan diri sendi-
ri...

BERBAGAI KELEBIHAN...

Iaitu berbagai bentuk kelebihan kepada anda dari
sebab berdamping dengan jin...tujuan utamanya ada-
lah agar anda menerima dan mempertahankan makhluk
tersebut...

Seorang lelaki menceritakan...sejak kecil ia di-
dampingi suatu makhluk yang hanya ia seorang dapat
melihatnya...

Apabila ditanya kenapa tak minta rawat...ia memba-
ntah...katanya kenapa nak halau...itu kawan saya...

Ia tak faham...sakit kepala yang dideritainya se-
lama bertahun-tahun...adalah dari gangguan makhluk
tersebut...

Kesakitan tersebut menyebabkan ia terlalu banyak
mengambil ubat penahan sakit...menyebabkan timbul
pula penyakit lainnya...

Ia mendapat sedikit kelebihan dari sebab berdam-
ping dengan makhluk tersebut...mungkin kerana itu
ia menyangka makhluk tersebut baik kepadanya...

Selasa, 2 Ogos 2011

DUNIA MISTERI (11)...Rahsia Rumah Berhantu...

Selama beberapa tahun tinggal di rumah baru...
sudah dua orang anaknya meninggal dunia...

Akhirnya rumah itu ditinggalkan..dan mereka se-
keluarga kembali semula ke rumah lama...

Yang banyak orang katakan...ada sesuatu pada
rumah tersebut...

Berbelas tahun rumah itu dikosongkan dan terus
terbiar...rumah itu masih berdiri kukuh...walau-
pun catnya dah pudar dan berlumut...

Seorang rakan mengajak seorang lagi rakan yang
berpengalaman...namun rakan berpengalaman itu
cuma sempat berdiri seketika di pintu pagar
rumah tersebut ...sebelum tergesa-gesa mengajak
pergi...

Kisah lainnya...ada rakan-rakan remaja peminat
Siri Seekers...telah meninggalkan alat perakam
semalaman di rumah lama itu...dan ternyata has-
ilnya menakutkan mereka...

Jelas satu suara rakaman memberi amaran...kami
tidak kacau kamu...jangan cuba kacau kami...

Khabarnya untuk keselamatan...rakaman suara itu
telah dibuat laporan ke balai Polis...kerana
mungkin ia juga suara manusia yang datang ke
rumah lama tersebut...

Dari salah seorang ahli keluarga tersebut..juga
kebetulan seorang rakan...menurutnya tak ada se-
barang keanehan semasa ruamh itu baru didirikan
tapi yang menarik perhaian saya...ditepi kawasan
tapak rumah itu ada mata air...

Ketika saya membantu seorang anak buah mengorek
sebuah kolam kecil yang cuma 30 meter jauhnya
dari kediaman saya...saya sangkakan tak akan ada
apa-apa...

...sehinggalah pada suatu petang...apabila anak
buah tersebut hendak pergi ke kolam tadi...ter-
nyata semakin hampir..semakin berat badannya
dirasakan...hinggakan ia terpaksa membatalkan
niatnya...

Selepas itu ada dua atau tiga serangan jin pada
salah seorang ahli keluarga yang dikesannya da-
tang dari mata air tadi...

Alhamdulillah...Tuhan tak izin niat mungkin ba-
las dendam kerana penempatan mereka diganggu...

Yang pastinya...saya dapati mata air tersebut se-
makin kecil airnya walaupun hujan mula turun le-
bat...

Pesan ulama...jangan buat rumah di tempat mata
air kecuali setelah tempat itu dapat 'dirawat'
iaitu tandanya...mata air itu kering sendiri...
bererti 'penduduknya' telah berpindah....

Wallohu a'lam