Khamis, 28 Jun 2012

Angin Bisa (42)...Rakan Jin ?

Ketika DY minta 'scan' kerana merasakan ada
sesuatu  yang  tidak  kena....saya memintanya
menutup  mata...dan  saya membuat pengisian
ke bahagian dahinya ( otak depan ).


DY memberitahu ia dapat merasakan ada suatu 
makhluk mendampinginya...dan ianya perempuan 
( jin betina...)

Makhluk itu berambut panjang dan berpakaian
serba putih..datang dari kawasan kebun pisang
di  belakang rumah mereka...

Makhluk itu cuma nak berkawan....dan 'ia'
turut mengikut DY apabila ia pergi ke sekolah-
nya di keningau...


Namun ada 'perkara' lain lagi...dulu bilik DY
di rumah yang dibina sejak tahun 60'an itu...
pernah digunakan oleh seorang lelaki yang
gemar menyimpan tangkal dan belajar ilmu
kebatinan...


Walaupun lelaki tersebut sudah lama berpindah
tapi ternyata ada makhluk-makhluk halus yang
pernah di pujanya...masih datang-datang ke bilik
tersebut...


kerana itu orang yang baru sekali tidur di situ 
pasti akan merasa gangguan seperti rasa seram...
ada 'benda lain' dalam bilik..nampak kelibat dan 
sebagainya....


Bukan hanya pada bilik...sebaliknya pada mana-
mana tempat juga apabila ia pernah menjadi tem-
pat pemujaan atau tempat panggil jin...biasanya
tempat itu akan terus menjadi tempat singgah...
tempat 'bertandang'...atau mungkin menjadi
tempat tinggal makhluk-makhluk tersebut....


Maka apabila ia dihuni...atau dibuat tempat ting-
gal...termasuk mendirikan bangunan atau rumah
...biasanya ia akan ada gangguan kecuali jika
terlebih dahulu tempat di rawat...di bersihkan
atau di pagar....


Akhirnya...apabila DY membuka matanya..ia ber-
tanya...betulkah apa yang saya bagitau tadi tu
pakcik ?


...rasanya...ada yang aneh pada pertanyaan DY...


Wallohu a'lam

Selasa, 5 Jun 2012

'Scan' 10...Punca Bunuh Diri ?

Mungkin ramai yang merasa pelik apabila seorang
kanak-kanak yang baru berumur 12 tahun mengambil
keputusan membunuh diri semata-mata kerana
permintaannya lambat ditunaikan...

Cuma sekadar cerita rakan-rakan........yang saya tak
pasti akan kebenarannya...kanak-kanak itu dikatakan
sebelumnya sudah sering mengalami histeria...

Kalaulah ianya benar...maka tindakan kanak-kanak
tersebut bukanlah sesuatu yang ia senagajakan...atau
bukan suatu kejadian normal...

Histeria menunjukkan penguasaan jin yang agak padat
pada bahagian otak (fikiran) juga dada (perasaan)...

Maka ia boleh jadi membunuh diri tanpa sedar...atau
separuh sedar..atau kerana ada sesuatu seperti bisikan
atau makhluk yang menghasutnya...

..atau kanak-kanak tersebut merasakan suatu tekanan
yang  hebat  dari  sebab  kecewa...yang mana antara
kesan  angin  bisa  jin  pada fikiran dan perasaan...

...anda akan mengalami keadaan tertekan berlebihan
seperti marah...takut...kecewa.....sedih.....dendam...
dan sebagainya...walau hanya  disebabkan  suatu
perkara kecil...

Anda  se  tekanan anda anda rasakan ternyata jauh
lebih hebat...tak sesuai dengan sebab musababnya.

Gangguan ini banyak menyumbang kepada permusuh-
an...kebencian...keserakahan dan sebagainya...

...bukan hanya dengan hubungan anda sesama rakan
atau jiran...seseorang yang tak dikenali dan sebagainya
malah  gangguan ini banyak menyumbang kepada
kehancuran rumahtangga dari sebab tak puas hati
tau malah kecurangan pasangan...

Gangguan  ini  juga menyumbang  kepada  pelbagai
tekanan jiwa zaman moden...di mana semakin ramai
orang yang tak faham dengan kesan gangguan jin...
maka gangguan tersebut terus meresap lebih dalam
tanpa sebarang halangan...

Ada rakan yang kata...ia tak perlu rawatan...ia akan
terus bersabar melawan perasaannya yang sering tak
keruan...namun seperkara ia tak faham...

...apabila semakin padat angin bisa jin dalam bahagian
kepala atau dadanya ia mungkin akan sampai kepada
suatu keadaan tak sanggup melawan perasaan...
( rasukan perasaan )...selain penyakit...

Ia seperti sakit gigi pada awalnya anda mungkin dapat
bersabar...tapi kalau dah parah...sakitnya sampai 'naik
kepala'...ketika itu baru anda sedar...sepatutnya dari
awal lagi anda berubat atau cabut gigi tersebut...

Wallohu a'lam

'Scan' 9...'Insomnia' Dan Penyakit Ganjil Perut...

Saya merasa pelik apabila apabila di'scan'...tidak ada se-
barang tanda adanya angin bisa jin pada bahagian kepala
GW sedangkan sudah beberapa bulan ia mengalami ke-
sukaran tidur malam tanpa sebarang sebab yang jelas...

...malah...juga tidak ada sebarang tanda adanya jin atau
angin bisa pada bahagian perutnya yang menyebabkan
GW terpaksa dipapah ke wad kecemasan Hospital
Ranau di waktu malam kerana sakit perut...sedangkan
pemeriksaan X-Ray serta contoh darahnya menunjuk-
kan GW tidak ada sebarang penyakit...

Tapi persoalan tersebut mula mendapat jawapannya
apabila saya tanyakan...GW memberitahu ia sering me-
rasa ada makhluk yang tidak kelihatan turut memenuhi
ruang bilik tidurnya di waktu malam...dan pada ketika
perutnya mula terasa sakit serta ada suatu benda ber-
gerak dalam perutnya...

...kadang-kadang ia dapat merasakan benda dalam
perut itu seperti berduri atau berbulu tajam mencucuk
ke bahagian dinding perutnya...

Tapi semasa di'scan'...saya dapati tidak ada tanda-
tanda gangguan pada bahagian perutnya namun apa-
bila saya 'scan' bahagian tangan kanannya...

...ternyata ada laluan jin pada jari tengah...dan ketka
itu ada 3 ekor bersembunyi pada lengannya...serta
seekor pada urat leher kanannya...

Mungkin benda itu sudah berpengalaman dan cuba
mengelirukan dengan mengosongkan kawasan baha-
gian perutnya agar ia kelihatan tak ada sebarang
gangguan....

Setelah menarik keluar makhluk-makhluk tersebut
melalui jari tengah tadi dengan izin Tuhan...saya
meminta GW duduk bersila sambil menutup mata.

Saya merukyahnya dalam masa dua puluh minit...
dan ketika itu GW dapat merasakan ada angin atau
wap panas (angin bisa jin). keluar melalui ubun-
ubunnya...

Nota

1.Sealin daripada kesan gangguan angin bisa atau
jin pada bahagian mata...atau dalam kepala...
seperkara lain yang boleh menyebabkan seseorang
itu sukar tidur malam adalah apabila ada jin dari luar
badan sedang memerhatikannya dan berniat jahat...

Ia akan membuat anda merasa rimas dan gelisah
tanpa sebab...

Bukan saja dalam satu ruang yang sama...tapi anda
juga merasakan kesan yang sama walaupun jin ter-
sebut berada di luar rumah....

Maka apabila anda merasa gelisah tanpa sebab...
dan kadang-kadang berseta panas badan...baca-
lah ayat-ayat pendinding diri seperti Fatihah...
salawat...Ayat Kursi...3 Qul dan sebagainya...
dan kalau perlu...ambil wuduk...

Renjiskan juga air doa sekurang-kurang pada 4
penjuru bilik..minum serta sapu sedikit ke muka.

...atau minta rawatan yang sesuai...

2.Sakit perut GW disebabkan oleh gangguan jin
yang keluar masuk perutnya...

Ketika sakit...GW juga merasakan perutnya pa-
nas hingga ke bahagian bawah dada...dan ia
menunjukkan kawasan 'jajahan' jin pada tubuh-
nya...

Tanpa rawatan...bahagian perut GW mungkin
akan menjadi penempatan jin...dan apa juga
penyakit boleh timbul...

Seorang pakcik cuma ada 'sekor' jin saja dalam
perutnya...namun ia menderita sakit perut hin-
gga ke akhir hayatnya dengan penyakit barah
perut...

3.Angin bisa jin yang keluar melalui ubun-ubun
itu boleh jadi berasal dari mana juga...mungkin
kepala...perut...anggota atau sebagainya...
tapi ubun-ubun seringkali menjadi laluan keluar
masuk jin dalam badan selain hujung jari kaki
dan jari tangan...

Wallohu a'lam