Jumaat, 4 September 2015

' Cubaan Membunuh Rawan '...

Apabila rakan itu S menutup mata ia melihat sebuah
patung...pada bahagian kepalanya ada beberapa
batang jarum tertanam...dan mungkin itu salah
satu puncanya S berterusan sakit kepalanya.

Dengan gerakan dan pernafasan...saya mencabut
jarum-jarum tersebut...dengan izin Tuhan.

Tinggal patung berbungkius kain...saya cuba me-
letupkannya dengan gerakan dan ayat 1 hingga
10 As Soffat...namun langsung tak berkesan.

S masih merasa dirinya bersatu dengan patung
itu menunjukkan sihir patung itu masih aktif.

Saya buat gerak dan bungkusan terbuka tinggal
patung yang terdedah...tiada sebarang tanda
gangguan pada patung itu dan saya cuba letup-
kan lagi....namun seperti tadi...patung itu langsung
tak terjejas.

Ini pengalaman pertama saya keadaan ini....dan 
untuk beberapa ketika saya merasa buntu...

Tiba-tiba terlintas dalam hati saya....apabila S
menutup mata dan menumpukan perhatian....
ia merasa dirinya sedang berada dalam patung
itu.

Ia membaca ayat Kursi sambil berniat untuk balik
ke badan...perlahan-lahan ia merasa sedang ber-
ada dikatil hospital iaitu tempat ia berbaring.

Dalam masa yang sama...patung itu mula kelihatan
samar-samar...akhirnya hilang menandakan sihir-
nya juga sudah terlepas..dengan izin Tuhan.

Rupanya rawan S sedang berada dalam patung itu
dan rawan sama sekali tidak terjejas dengan gerak
letup...

akan bersambung...wallohu a'lam