Jumaat, 25 Oktober 2013

...Arwah Gentayangan...

Sebenarnya  Zn  tidak  hanya mengalami
gangguan daripada jin tangkalnya sahaja.

Ketika  rasa  berat  pada betisnya hilang
dengan izin Tuhan...tiba-tiba saja  ia 
merasa sakit pada belikat kirinya...

Zn menutup mata dan menumpukan per-
hatian...dan Zn melihat sesuatu yang di-
luar dugaannya...

Ia melihat bekas jirannya sedang meme-
gang sebatang buluh...dan hujung buluh
itu ditekan kebelikatnya...

Tak cukup begitu...sebatang buluh lain
dipecah dua hujungnya di sepitkan ke-
paha kiri Zn...

Bekas jiran Zn itu adalah seorang ibu
yang mati kemalangan di jalanraya
depan rumahnya hampir dua puluh 
tahun lalu...

Saya buat gerak pancung pada kedua
batang buluh tersebut...dengan izin
Tuhan Zn merasa terlepas dan lega...

'Arwah' itu kemudiannya menghilang-
kan diri...

Saya tidak faham kenapa ada jin yang
menyerupakan dirinya dengan arwah
tersebut tiba-tiba muncul dan meng-
ganggu Zn...

Malam itu Zn tidur diruang tamu...dan
'arwah' itu datang semula kepadanya.

Kali ini ia datang dengan baik dan ber-
kata "...saya ba ini...bukan orang lain" 
iaitu ia bermaksud Zn tidak perlu
menghalangnya datang dan masuk
badan...kerana semasa hidupnya hub-
ngan arwah itu baik dengan Zn 
sekeluarga...

...dan esoknya Zn merasa ada dua
benda bulat dalam rusuk kirinya...
iaitu pada pendapat saya ialah jin
tangkal serta 'arwah' tersebut...

Dengan izin Tuhan..kedua-duanya saya
tepuk pecah...

Ketika saya leraikan 'tangkal' di tangan
kiri Zn...sebaik sahaja angin panas ke-
luar dari betis kaki kirinya...tiba-tiba
'arwah' itu muncul memperlihatkan 
diri pada Zn...

Terkekeh-kekeh 'arwah' itu ketawa...
dan menuju ke sebuah batu hitam
besar yang terletak 300 meter dari
rumah Zn...

Zn beritahu...di tangan arwah itu ada
'komburongoh'...baru saya faham
akan perkaranya...

Komburongoh adalah tangkal sihir yang
digunakan oleh segelintir golongan tua 
kaum Dusun sebelum masuk Islam lagi...

Pada kes ini jin tangkal sihir yang menye-
rupakan diri dengan ibu tersebut datang
untuk menumpang tinggal dalam badan
Zn yang juga padat dengan angin bisa
jin jenis tangkal yang sama...yang asalnya
kepunyaan arwah nenek Zn...iaitu jin
satu 'geng'...

Dengan panduan seorang rakan...ketika
baru beberapa bulan ambil amalan IT...
saya pernah menyerang 'sekor' jin tangkal 
komburongoh...yang berupa perempuan 
yang sudah sangat tua...

Ternyata lasaknya 'macam Hulk Hogan...'
walaupun kesakitan ...jin itu terus diam
menahan sakit tanpa sebarang cubaan
mempertahankan diri atau lari...

Akhirnya dengan izin Tuhan...jin itu saya 
tumpang sumbat ke dalam botol penghisap 
jin seorang rakan...

Bagi rakan-rakan yang pernah mengalami
gangguan jin jenis ini pasti mengakui
akan 'keperitannya'...

Tiga hari kemudian saya berjumpa dengan

Zn...ia beritahu setakat ini jin itu tidak
ada datang lagi...

...tapi apabila ia keluar ke kaki lima un-
tuk duduk menikmati pemandangan
matahari terbit...tiba-tiba saja ia akan 
merasa sesak nafas sebaik saja duduk 
menghadap ke rumah jirannya tersebut.

Wallohu a'lam

Isnin, 21 Oktober 2013

' Setia ' Jin Tangkal...

Zn merasa tangan kirinya berat...dan pihak
hospital mengesahkan...tidak ada sebarang
masalah ( sihat )...

Tapi kadang-kadang....Zn merasakan suatu
keanehan...terasa seperti ada dua taring me-
nggigit lengan bahagian atas sikunya...dan
sekaligus ia merasa darahnya yang panas me-
ngalir keluar...

....namun  Zn  tidak  dapat  melihat  sebarang 
benda atau darah di situ....

Saya meminta Zn menutup mata...berzikir dan
menumpukan  perhatian pada bahagian lengan
tersebut...sambil merukyahnya dengan fatihah...
Ayat Kursi...ayat Seribu Dinar berserta per-
nafasan...

Dengan izin Tuhan Zn memberitahu ia dapat 
merasakan ada tangkal pada bahagian tersebut.

Tangkal itu diambilnya dari seorang rakan dengan
'khasiatnya' sebagai penjaga diri...tapi sudah di-
buangnya sejak lebih dua puluh tahun lalu...

Saya  meletakkan  hujung-hujung jari tangan ke 
atas bahagian 'tangkal' tersebut...dan mula mem-
baca ayat Seribu Dinar...

Zn merasa tangkal itu cuba bergerak-gerak tak
tentu hala...dan ketika itu saya buat gerak cantas.

Dengan izin Tuhan...Zn merasa tangkal itu putus 
dan terlerai dari lengannya....

Apa yang berlaku...tangkal itu sudah Zn buang
( begitu saja )...namun khadamnya ternyata terus
mengekori malah menumpang tinggal dalam badan.

Anak Zn pernah melihatnya...seorang lelaki ber-
pakaian pendekar lengkap bertanjak...kalau ber-
cakap amat sopan....

Tapi saya tidak tahu apa nilainya 'sopan' tersebut
apabila jin yang sepertinya sudah pada peringkat
akhir 'mengerjakan' Zn cuba membuatnya stroke
iaitu dengan gejala darah tinggi serta lumpuh 
sebelah kiri badan...

Tiga minggu lalu Zn rebah pitam dan sebelah 
badannya mula rasa berat...tapi pemeriksaan 
hospital mendapatinya tiada penyakit...

Jin itu cuba tinggal dalam rusuk kirinya dan Zn 
dapat merasakan benda berbentuk bulat se-
besar penumbuk pada bahagian tersebut...

Setelah pecah dengan izin Tuhan pada hari yang 
sama kali ini jin itu cuba pula bertahan dengan 
bergayut pada bahagian kulit rusuk ( Zn merasa 
seperti ada suatu benda berat melekat pada 
kulit rusuk kiri ).

Kemudian cuba pula bertahan dalam kaki kirinya
menimbulkan rasa panas dan berat...

Kali ini saya gunakan bola aura Bismillah Tujuh...
dan dengan izin Tuhan..'kubu' itu akhirnya pecah.

Angin panas mula keluar melalui hujung-hujung 
jari kakinya...

Nota

1. Kita biasanya menganggap mudah perkara 
mengambil dan menyimpan tangkal dengan 
menganggap kalau dah tak mahu...
boleh buang begitu saja...

Mungkin mudah pada tangkalnya...tapi belum 
tentu pada jin penjaganya...

2. Tidak sedikit kes saka pada sesuatu keluarga 
atau  keturunan  yang berpunca dari jin tangkal...
malah  jin  tangkal  yang berkeliaran tanpa tuan 
boleh  saja  mengekori seseorang yang dijumpa-
nya di tengah jalan dan ikut pulang...dan jadi 
saka...

3. Jin tangkal ilmu biasanya akan menimbulkan 
gejala gangguan fikiran dan perasaan seseorang
dan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak
ganas atau luar biasa dari sebab rasukannya...

Bolehlah kita kata jin tangkal terutama penjaga
diri itu 'gila bergaduh atau bertarung'...atau mem-
binasakan orang lain...

4. Saya pernah melihat seorang lelaki yang di-
masukkan ke hospital dari sebab lemah sebelah
badannya...tiga hari kemudian keseluruhan 
tubuhnya tidak dapat bergerak lagi...

Pada tubuhnya ada tato naga...rasanya ia sesuai 
dan sudah 'cukup syarat' untuk 'scan'...

Menurut seorang rakan kalau ada tato naga besar
maka ada kemungkinan ia juga menuntut sesuatu
ilmu berkaitan jin...

Wallohu a'lam


Jumaat, 11 Oktober 2013

IT...Dan Perisai Cahaya Putih ?

"...ketika saya sedang dirukyah oleh Ustaz
Muhammad dan rakan-rakannya...tiba-tiba
terasa angin sejuk mula meresap masuk ke
hujung-hujung jari kaki saya...

Seluruh  tubuh  terasa  sejuk...dan  ketika itu
saya dapat merasakan suatu benda lain mula
menguasai tubuh saya...

Saya masih sedar...tapi fikiran dan perasaan
saya dikuasai oleh suatu tenaga asing...

Saya mula merasa takut pada ustaz...dan men-
gambil keputusa untuk melarikan diri dengan
merempuh orang ( kumpulan pesakit ) yang 
turut berada di situ...

Saya mula memerhati sekeliling untuk men-
cari ruang...namun saya dapati semua orang
di situ ditutupi oleh suatu perisai cahaya ber-
warna putih...

Saya merasa takut...saya tidak berani untuk
melanggar cahaya tersebut...akhirnya saya
duduk tidak berani ke mana-mana..."

Tahun 2001...diceritakan  oleh  seorang ibu
yang  dirasuki  'syeikh' ( jin munafik  jantan
berserban jubah...dan ketika itu saya belum
lagi mengambil ijazah amalan IT...

Mei 2013...dengan membaca Ayat Seribu
Dinar berserta pernafasan....saya bayangkan 
membuat sebiji bola aura atas tapak tangan.

Saya pindahkan bola aura itu ke tangan se-
orang budak lelaki berumur lapan tahun...

Sudah sebulan ia mengalami gatal dan kurap
pada seluruh tubuh termasuk mukanya...

Ubat hospital dan farmasi ternyata tidak ber-
kesan....dan saya dapati ada tanda-tanda
gangguan...

Budak itu menyapu mukanya sambil menarik
nafas...dan ia merasa hangat pada kulit muka-
nya...

Tanpa ditanya dan kelihatan cukup yakin...
budak itu memberitahu ia dapat merasakan
ada lapisan cahaya putih pada mukanya...

Cahaya itu seperti mentol lampu panjang
( kalimantang ) yang sedang bernyala...

Bagaimanapun ia memberitahu...lapisan itu
mula terbentuk setelah dirukyah ( bersama
pernafasan ) sejak tadi lagi...

Sejak hari itu ubat-ubat hospital dan farmasi
mula menunjukkan kesan...dan tiga minggu
kemudian ia hampir sembuh sepenuhnya
dengan izin Tuhan...

Nota...Sejarah IT ke Ranau...

Yang  berbahagia  Guru  Utama Ustaz 
Muhammad   mula  datang  ke  Ranau
atas  jemputan  salah  seorang saudara
mara  ( sekarang Tan Sri ) apabila ada 
sepohon pokok dikebunnya dikatakan
'keras' hingga ada antara pekerjanya 
yang sakit hingga mati setelah cuba me-
nebang pokok tersebut...

Malah jentera juga dikatakan mati enjin 
tak dapat hidup sebaik saja cuba men-
dekati pokok tersebut...

Saya  kurang  tahu  mengenainya....tapi 
salah seorang rakan yang saya yakini 
menceritakan....Ustaz  menebang  pokok
itu hingga ke tahap sepatutnya ia tumbang
tapi ternyata pokok itu tetap teguh ber-
tahan...

Ustaz melepaskan kapak yang digunakan
kemudian menggunakan 'jurus'...dan 
dengan izin Tuhan...pokok itu tumbang...

Ini adalah kajian bebas saya sebelum meng-
ambil IT lagi...dan saya yakin masih banyak
rahsia IT yang belum saya ketahui...

Wallohu a'lam