Sabtu, 7 Disember 2013

Jin Merawat ?

Ketika saya sedang merukyah rakan ter-
sebut...rakan  itu  memberitahu ada aura
panas  masuk  dari  hujung  jari  kakinya
dan naik hingga ke paras betis...

Pada  mulanya saya anggap ianya kesan
daripada  tindakbalas  angin  bisa dalam
bahagian kakinya yang mengalami gejala 
akan lumpuh gangguan...

Tapi kemudiannya saya mula merasakan
ada sesuatu yang tidak kena...

Apabila rakan itu menutup mata dan me-
numpukan perhatian kepada punca aura
panas  tersebut.....ia.. nampak.. seorang 
wanita  muda  bertudung sedang meniup
hujung-hujng jari kakinya...

Dari  perempuan  muda  itu  punca aura 
panas tadi...

Saya  menarik  nafas  sambil  membaca
Ayat  Kursi  dalam  hati.....dalam  masa
yang sama saya bayangkan membuat
sebatang lembing...

Dari  menarik nafas perlahan-lahan saya
lepaskan  nafas  dengan cepat sekaligus
merejam  niat  menyasarkan  jantung jin
tersebut...

Dengan izin Tuhan...rakan itu dapat me-
rasakan  aura  panas  itu  terhenti  serta
merta...

Dengan ma'rifat ( membuat bayangan )
kita  boleh menyediakan senjata...tapi 
dengan  kita  sertakan doa atau keber-
katan  ayat-ayat  qur'an...alat  senjata
kita itu akan mempunyai kelebihannya.

Wallohu a'lam

18 ulasan:

  1. As Salam tuan,
    Apa tanda2 jin cmpur tgn dlm rawatan selain dari pesakit bg tau?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Maaf saya juga kurang pengalaman tentang
    hal ini...tapi sebaik-baiknya pagar diri dan
    pesakit sebelum mula merawat lagi...

    Cuma mungkin kita boleh rasa gerak hati...
    atau mendapati ada tindakbalas yang tidak
    sepatutnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..

    Seeloknya sblm rawat pesakit.. perawat perlu:-
    1-benteng diri sendiri
    2-benteng ahli keluarga terdekat
    3-benteng rumah
    4-benteng diri pesakit

    Insyallah jin tak dpt campur tangan dlm proses rawatan sama ada menyerang atau membantu rawatan. Jangan minta tolong jin dan jangan izinkan kalo jin sengaja nak bantu sukarela. Bukan sy anti jin tp ada sebabnya.

    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkh tuan...

      Alhamdulillah...terima kasih tuan atas panduan lengkapnya...

      Rasanya tuan...saya ada satu soalan...
      tapi saya tak perlu nyatakan..kerana
      bunyi soalannya betul-betul sama
      macam soalan rakan KI Ib kita...

      Harap pencerahan tuan...

      Wallohu a'lam

      Padam
  4. Tuan UM..
    Boleh kongsi sebab musabab jangan terima bantuan dari jin?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..

    Jin kalo offer bantuan tu pasti ada udang sebalik mee. Bukan saje2 tuan. Tu la antara sbb jin tu akan jadi saka. Saka datuk nenek pun da tak terkira jumlahnya. Lg la nk terima saka baru. Terima bantuan maknanya terima mereka dlm hidup kita.

    Tp jin tu akan ckp 'Aku dihantar oleh Allah untuk bantu kamu..' sbb kamu org soleh atau sebab kamu org ikhlas.. dengar mcm sedap je bunyinya.

    Yg penting hati kita ni nk kna jaga tuan. Nnt lama2 pasti akan bergantung pada khidmat jin tu.

    Sukma/rawan/roh kita punya kekuatan 1000 kali ganda dari yg terkuat dikalangan mereka. Takda pekdah terima mereka. Pasti akan ditarik sedikit demi sedikit ke jalan kesesatan. Hasbiallahu lailaha illa hua alaihi tawakkaltu wahua robbul arsyil azim.. cukuplah Allah bagiku tiada yg disembah melaikan Dia dan Dialah Pemelihara/Pentadbir Arasy yg Agung.

    BalasPadam
  6. Sambungan..

    Ada kurang sikit kat tafsiran ayat tu ..dan kepadamu aku berserah diri..

    Tp terpulangla..ada juga yg suka kawan ngn jin. Kawin ngn jin pun ramai. No coment. semua ada alasan dan pegangan masing2.

    BalasPadam
  7. Salam wktb,
    Benar tuan UM ulas tu,
    Allah swt dah bgtau dlm AlQuran surah al'anaam ayat 100 laranganNya bersekutu dgn jin.
    Wallahu'alam

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

    Alhamdulillah...terima kasih tuan-tuan atas
    segala perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. as salam. mungkin saya antara mangsa saka keturunan. nampaknya macam susah nak selesaikan. saya azam mahu melawannya. saya tak mahu dirawat semata tetapi saya kalau boleh mahu mendalami kaedahnya. saya tertarik dengan kata-kata UM "Sukma/rawan/roh kita punya kekuatan 1000 kali ganda dari yg terkuat dikalangan mereka." Saya masih mencari walaupun nampak terlalu perlahan dan tersekat2. Azam tak saya lupakan. Minta pencerahan dari tuan rumah dan UM atau sesiapa yang arif. Jazakallahu khoir.

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam wbkth Ahlia...

    Nampaknya dalam perkara ini tuan rumah pun
    mengharap pencerahan dari tuan....

    Cuma sekadar pengalaman....saya mulakan
    dari amalan ayat Manzil...kemudian amalkan
    ilmu pernafasan secara berguru...dan tambah
    ma'rifat iaitu menggunakan serba sedikit
    kekuatan roh dengan latihan membayangkan
    sesuatu (ini tak masuk dengan amalan yang
    wajib...)

    Disamping itu kita kena belajar tentang kea-
    daan atau situasi yang kita sedang hadapi
    berkaitan gangguan...dan dengan izin Tuhan
    saya cuba menghuraikan serba sedikit ber-
    kaitannya melalui blog rnj dan nh ini...

    Saya yakin...kalau kita benar-benar bertekad
    nescaya Tuhan akan membuka laluan untuk-
    nya...dan jangan lupa...tujuan paling asasnya
    adalah mencari keredhaan Tuhan dalam apa
    yang IA uji ke atas kita...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. Tuan Junied, saya insyaAllah sudah mengamalkan Manzil, doa2 harian dari hadis Nabi saw, ayat2 Munjiyyat, ayat2 pelindung, ayat2 ketenangan dan ayat2 penyembuh. Sudah merasakan kesannya dalam kehidupan alhamdulillah. Cuma saya tidak berguru. Tekad untuk mencari pun baru terlintas di hati. Sebab saya tak sangka masih lagi perlukan rawatan. Saya tak faham ini semua tetapi sekiranya benar keletihan yang amat sangat sampai dalam solat pun rasa nak terlelap dan mengaji pun al-quran boleh terlepas ada disebabkan gangguan ini, saya azam untuk mencari dan melawannya. Semoga ini menjadi asbab untuk saya membantu ahli keluarga pula. Sementara masih ada masa. InsyaAllah. Mohon doa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah...sebaik-baiknya jadikan amalan
      biasa sunat taubat dan hajat selepas solat
      isya...sentiasa memohon keampunan untuk
      diri...ibubapa...keluarga dan semua orang
      Islam...serta mohon kemudahan dan pe-
      tunjuk atas segala hajat samada yang ber-
      kaitan dunia atau akhirat...serta amal Yasin
      setiap pagi dan malam...Insha Allah..

      Wallohu a'lam

      Padam
  12. Assalamualaikum..

    Bagi tuan yg berminat utk mendalami ilmu hikmah. Sy bukakan rahsia 3 sumber kekuatan dlm diri manusia. Banyak lagi..tp yg 3 ni pun sudah memadai.

    1. Tenaga dalam.. boleh dibangkitkan dengan kaedah pernafasan tertentu. Tips utk menguasai ilmu ini adalah nafas yg panjang.

    2. Tenaga makrifat..boleh dikuasai dengan selalu berfikir sesuatu secara mendalam. Sbb tu org slalu kata fikir dulu sebelum bertindak. Ilmu makrifat juga dikenali ilmu bayangan atau ilmu minda bawah sedar.

    3. Tenaga getaran suara.. boleh manipulasi sama ada dari getaran peti suara jika berkata2 dgn lidah atau getaran qolbu untuk jenis bacaan dalam hati.

    Kena tahu juga tempat keluar tenaga dari tubuh badan kita.

    Kalau sekadar zikir dan wirid yg biasa tak perlu guru. Niatkan utk mendapatkan Rahmat & Redha Allah.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth tuan...

      Alhamdulillah...kalau boleh tuan saya
      dan pastinya rakan lain juga ingin tahu
      serba sedikit tentang tempat keluar
      tenaga dari tubuh badan kita ini...

      Wallohu a'lam

      Padam
  13. Wslm..

    Kawasan tapak tangan.. ada lima lubang kecil dan satu lubang besar.

    Kawasan mulut..melalui hawa nafas atau prana.

    Ubun2 & dahi..lebih bersifat tenaga makrifat.

    Mata..kekuatan tenaga ain.

    Ada yg bersifat boleh menarik dan mengeluarkan tenaga. Ada juga yg sifatnya hanya mengeluarkan tenaga sahaja. Boleh rujuk guru2 tua utk mendapatkan seninya.

    Apabila jiwa menguasai raga. Maka tiada lagi istilah batas ruang dan waktu. Belajarlah memanfaatkannya.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  14. Terima kasih kpd Tuan Junied dan Umat Muhammad. Alhamdulillah insyaAllah saya istiqamah (dengan seruan tuan insyaAllah menambah azam saya untuk lebih istiqamah) Yassin dan solat2 sunat tersebut. Ada seorang tuan guru perawat mengijazahkan doa Nabi Khidir selepas merawat saya. Terkini saya tambahkan dengan solat tasbeh dan solat syukur. Selain gerak hati dari Allah, ada juga yang diambil dari guru pengajian kitab. Cuma saya sulit nak memaham hal-hal tenaga ini apatah lagi sekadar membaca dan cuba membayangkannya. Nak mencari guru-guru tua seperti tidak mungkin tetapi tak taulah boleh sahaja Allah memudahkannya bila-bila masa. Buat masa ini setakat ini sahaja yg dpt saya amalkan. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua insyaAllah ameen.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.....terima kasih tuan-tuan atas
    segala info dan perkongsiannya....

    Seperti yang disebutkan...sesiapa yang meng-
    amalkan ilmu-ilmu yang diketahuinya...nescaya
    Tuhan akan memberikan kepadanya ilmu-ilmu
    yang belum diketahuinya...Insha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam