Khamis, 10 November 2016

PENUTUP : DUNIA MISTERI ( 3 TJK )

1. TERIMA KASIH RANAU

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ahli keluarga saya...termasuk  ibu mertua  dan  keluarga
begitu juga saudara mara...saudara sekampung...rakan-
rakan  juga   ketua  jabatan....kepada  pemimpin   parti
setempat daripada parti kerajaan dan  bukan  kerajaan
seterusnya  kepada  pertubuhan Islam...jawatan  kuasa
masjid daerah...Jabatan Pelajaran daerah ranau...guru-
guru...sekolah-sekolah dari Ranau juga Beaufort serta
Tambunan...

...kepada  kelab-kelab  sukan.....politik.......kumpulan
keluarga.. .orang  persendirian  dari  mana-mana  juga 
yang telah  memberi  sumbagan berupa usaha...ikhtiar
serta pakaian...wang ringgit...barangan dapur dan se-
bagainya...dari  sebab  kemusnahan  kediaman  saya
pada Julai lalu dalam suatu kebakaran.

Semoga Tuhan mempermudahkan kita semua akan
petunjuk dan hidayahnya....dan lagi dipermudahkan
segala  urusan kita...sentiasa  terpelihara  daripada
bala dan bahaya yang membinasakan di dunia....dan
lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.

Segala kebaikan tuan puan...saudara saudari semua
hanya Tuhan yang dapat membalasnya....Amin

2 . Kebesaran Tuhan
                   ...jam 2 .10 minit pagi....
Ketika  api sedang begitu marak membakar rumah ke-
diaman saya yang merupakan rumah kayu lama...ter-
dengar suatu letupan yang saya pasti adalah letupan tong
gas...tapi saya merasa pelik...letupan itu \terlalu perlahan'
bagi sebuah tong gas...sepertinya lebih kuat bunyi mercun.

Namun esoknya saya dapat tahu letupan  itu  mengejut-
kan jiran-jiran yang tinggal 3oo meter dar i situ  kuatnya
hingga disangkakan  mereka  ianya letupan  sebuah  lori
tanker minyak...dan menggegarkan  rumah  rakan yang
terletak  setengah  km hingga disangkanya gempa bumi
dan bunyi itu masih dapat menggegar cermin rumah yang
terletak 5 kam dari situ dimana rumah itu terletak di
lereng bukit bertentangan...malah api itu masih dapat
di lihat dengan jelas.

Serentak letupan itu sebuah semburan api yang begitu
besar berlaku tapi kami tidak perasan akannya kerana
ia menuju ke arah bertentangan.

Sebesar-besar  kesyukuran  kepada  Allah  yang me-
lindungi kami termasuk ahli keluarga...rakan-rakan
sekampung...rakan-rakan bomba ( terima kasih atas
usaha keras tuan-tuan...kebaikannya saya terasa
hingga kini )...malah pelajar di asrama Putri SMK
mat Salleh yang asramanya terletak hanya di
seberang jalan...

...iaitu melindungi kami daripada kecemasan....
ketakutan...malah kecederaan yang pasti pada
adat asalnya mungkin parah ataupun  lebih dari-
pada itu.

Ketika itu saya...anak buah dan seorang rakan
bomba hanya berada 30 kaki saja daripada
tong gas tersebut ketika ianya meletup.

Ini semua hanyalah tanda-tanda kekuasaan Allah
semata-mata yang berkuasa melakukan segala
yang di kehendakiNYA.

Ia   mengingatkan   saya   keadaan alam kubur...
iaitu  kalau  ada  dua   kubur  bersebelahan...di-
mana  salah satu penghuninya berada  di-taman
-taman syurga yang seluas 70 hasta atau sejauh
mata  memandang...kemudian y ang sebelahnya
lagi diseksa dalam jurang neraka yang membakar..
namun pasti mereka masing-masing pada tempatnya
sendiri tanpa tersentuh atau diketahui keadaannya
antara satu sama lain...wallohu a'lam


3. Kuman atau jin ?...

Sebulan sebelum kejadian di atas...anak lelaki saya
Fz tahun empat di tahan di unit jagaan rapi HDW
setelah dibedah kerana apendiks pecah.

Hari ke enam doktor benarkan pindah ke wad
biasa...namun doktor itu beritahu...mereka sudah
bagi suntikan antibiotik kuat selama 6 hari
itu tapi mereka merasa pelik kerana masih ada
kuman dalam perutnya.

" kami tidak tahu dari mana datangnya kuman
kebal ini...' ujarnya.

Apabila doktor keluar saya letak tapak tangan
atas perut Fz dan buat satu set pernafasan ber-
serta fatihah dan Ayat kursi.

Fz beritahu ia merasa ada aliran karan pada ibu
jari kaki kirinya...kesimpulan mudahnya ada jin
dalam perut dan masuk melalui ibujari tersebut.

Saya membuat satu set rawatan kisar berserta
ayat Kursi...dengan izin Tuhan Fz tak rasa lagi
karan tersebut.

3 hari di wad biasa akhirnya fz dibenarkan pulang
dan tidak lagi timbul perkara kuman tersebut.

Kdang-kadang kehadiran jin dapat dikesan oleh
pihak hospital sebagai kuman atau seperti
serangan kuman...kalau ubat tidak berkesan
ia mungkin hanya sekadar jin.

Seperkara lagi...dalam masa tiga hari selepas
pembedahan...doktor dapati Fz kehilangan 3
pain darah...tapi tidak ada sebarang punca
dapat dikesan...tiada pendarahan luar atau
dalaman.

Saya berpendapat....

...sebenarnya tidak ada kes terkurang darah
tapi semasa pembedahan darah tambahan
itu sudah ada bendnya yang minum.

Ini kerana Fz sering di dapati demam pada
masa luar masa melawat...tapi apabila saya
ziarah...suhu badannya normal menandakan
ada gangguan datang sebelumya.

Seminggu lebih selepas pulang ke rumah
saya buat pengisian dan Fz nampak 3 ekor
makhluknya yang ikut pulang dari hospital
dan jin itu yang meminumnya.

Perkara biasa gangguan berlaku dihospital
kerana jin itu mungkin cuba pindah atau
ada kematian hingga jin itu hilang badan
tumpang....Wallhu a'lam

akan bersambung Insha
Allah...