1. Sakit sebenar...
Badan sakit kerana gangguan jin itu...sementara...
engkau tinggalkan tubuh kasarmu ini...maka hilang
darimu segala gangguan dan kesakitannya.
Hati sakit iaitu yang tidak redha dan tidak mahu
bersabar dengan ujian Tuhan...takut jin takut syaitan
adalah penyakit yang sebenar...kerana tanpa rahmat
hidayah Tuhan...engkau akan ditimpa kesakitan
sebenar di alam kubur dan lebih hebat lagi di alam
akhirat.
Apa juga ujian yang Tuhan hadapkan itu baik susah
atau senang...adalah agar jadi jalan engkau menuju
kepadaNYA...persoalannya hanya tinggal...hati
engkau mahu...atau tidak...
Wallohu a'lam
2. Jangan Ragu-Ragu...
Apabila engkau tidak merasa ragu-ragu lagi bahawa
kematian itu pasti akan datang kepadamu...
...maka janganlah engkau merasa ragu-ragu mem-
buat persediaan untuk menghadapi saatnya.
3. Engkau Seorang Penunda...
Ada orang yang sering menunda-nundakan taubat
dan ketaatan dari saat ke saat...
...namun ia akhirnya tahu bahawa ia hanyalah se-
orang penunda...apabila ia mula disentuh oleh
saat kematiannya.
4. Merasa Diri baik...
Ada orang yang merasa dirinya baik...sedangkan
ia hanyalah seorang yang tidak nampak kejahatan
dirinya sendiri.
Orang yang nampak kejahatan diri...akan sibuk mem-
perbaiki diri...orang yang tidak nampak kejahatan
diri sendiri...akan sibuk melihat kejahatan orang
lain.
Ada pula orang yang merasa diri baik...semata-
mata kerana ia melihat kejahatan orang lain...
5. TUHAN MERANCANG
Engkau merancang...tapi Tuhan juga merancang...
maka yang akan terjadi itu adalah apa yang Tuhan
rancang...samada ia sesuai atau tidak dengan
apa juga yang engkau rancang...
...namun yang pasti...engkau sekadar tahu apa
yang engkau harap...dan apa yang engkau tidak
harap...
...sedangkan Tuhan itu lebih tahu apa yang lebih
baik untukmu.