Jumaat, 24 Jun 2011

DUNIA MISTERI (08)...Jin Barang Buangan...?

Malam masih awal...baru saja jam 7 apabila
seorang rakan membuang sampah dari rumah
ke tong sampah besar di Pekan...

Ia membawa bersama anak-anaknya...

Rakan itu tertarik dengan sebuah kipas lama
yang telah dibuang...dan membawanya pulang.

Selepas solat jamaah...rakan itu melihat sa-
lah seorang anak lelakinya yang berumur 11
tahun menepuk-nepuk tepi kepala serta telin-
ganya sendiri...

Budak itu mendengar suara ramai yang menyanyi-
kan lagu...jinggle bell...dalam kepalanya...

Apabila dirukyah...budak itu merasakan ' orang
ramai' itu terbang lari keluar...

Selepas itu...hingga hari ketiga...' orang ra-
mai ' itu datang ke sekolahnya...tapi tak lama
apabila budak itu membaca 3 Qul...

Akhirnya...benda itu tak pernah datang lagi...

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI (07)...Petang Yang Mencabar...

Petang itu..saya menghadiri majlis akad nikah
salah seorang ahli keluarga dekat...

Kebetulan menjadi saksi...saya mengambil kese-
patan ' menumpang ' tuah mendengar Pak Imam
berceramah ringkas tentang kewajipan suami
isteri...

...namun ada bendanya yang ' tak beruah '...
kepala saya mula terasa panas...dan perlahan-
lahan...menjadi sakit...

Tanda-tanda yang ada menunjukkan ada serangan
benda halus...tapi saya yang sememangnya tak na-
mpak benda halus...tak dapat mengesan punca ser-
angan...

...cuma saya yakin jin ini bertindak sendiri
tanpa ada sesiapa pun manusia yang menyuruhnya...

Sekembalinya ke rumah pada waktu Maghrib...ada
pesanan daripada seorang rakan yang meminta saya
datang ke rumahnya..kerana ada seseorang nak mi-
nta rawat...

Jam 9 malam..saya bersama seorang rakan dengan
memandu kereta pergi ke rumah rakan yang mening-
galkan pesan tersebut...dan kepala saya masih
terasa panas dan sakit...

Dalam perjalanan...tiba-tiba rakan itu memberi-
tahu..ia dapat merasakan ada lembaga putih be-
rambut panjang menumpang duduk di tempat duduk
belakang...

Saya bukannya tak percayakan rakan tersebut...
tapi saya tak berminat nak tengok melalui cermin
atau pandang ke belakang...

Saya membaca Ayat Afahasibtum...sekali...tarik
nafas...tahan serta membacakan Fatihah juga ayat
Kursi...kemudian membayangkan ada bola api di-
tempat duduk belakang...

Bola itu saya ' letupkan '...tiba-tiba rakan itu
memberitahu...benda itu dah terbang keluar dan
ia merasa pening...

Orang yang minta rawat itu adalah WT...keluarga ra-
kan yang meninggalkan pesan...

Sudah tiga hari belakangnya sakit seperti ditusuk
benda tajam...dan benda tajam itu tembus daripada
belikat kiri ke dada kiri...

Dua puluh minit rukyah...WT tak nampak sesuatu ke-
cuali angin yang berpusar...kemudian ia melihat
sebatang kayu runcing dihisap masuk kedalamnya...

Selain itu..ada tangan menyentuh pergelangan tangan
kanannya...dan dirasanya...tangan ghoib itu cuma
ada dua batang jari...

Dengan menggunakan nafas dan zikir..saya 'mencabut'
benda tajam tadi...dan WT merasa agak lega walaupun
masih terasa sedikit bisa seolah-olah kesan luka
pada tempat yang sakit tadi...

Sekadar penelitian saya...kesan-kesan tikaman ghoib
itu sakitnya seperti ditikam benda tajam..atau lebih
berbisa...

...tapi pada hakikatnya hanya sekadar angin bisa jin
sahaja...

Maka apabila angin bisa itu dapat ditarik atau ditawar
...sakitnya akan hilang serta merta... atau beransur
hilang.

Jam 10 malam...ketika melangkah keluar dari rumah
itu...rakan seperjalanan tadi memberitahu...makhluk
berbaju putih dan berambut panjang itu datang semula
dan dengan pasti ia berkata...benda itu adalah ' pon-
tianak '...( Jin betina )

Kali saya gunakan Ayat 1 hingga 10 As Soffat...dan
peletup jin...

Rakan itu memberitahu makhluk tersebut dah lari...

Perjalanan pulang kali ini tak ada gangguan...tapi
sesampai saya di rumah...kepala masih terasa panas
dan sakit...

Sebelum tidur saya membaca Fatihah 3x..Yasin 1x dan
Lau anzalna 3x...kemudian tiga Qul 3 x setiap satu.

Jam 3 pagi terjaga...panas dan sakit dah hilang se-
penuhnya dengan izin Tuhan...

Wallohu a'lam

Isnin, 20 Jun 2011

DUNIA MISTERI (06)...Tenaga Dalam VS ' Voodo ' ( 2 )..

Sudah seminggu lebih...ZA merasa tubuhnya pa-
nas membahang siang dan malam tanpa sebarang
sebab yang munasabah...

Beberapa hari lalu...saya telah memberikan
kepadanya air doa...tapi ternyata panas badan-
nya tak berkurang...malah terus bertambah hin-
gga memaksanya menelefon saya...

Ia dah cuba meminta rawatan pada salah seorang
rakannya..tapi rakan tersebut menolak kerana
menurutnya penyakit ZA itu dah teruk sangat...

Saya meminta ZA baring sambil menutup mata...
kemudian saya meletakkan tapak tangan kanan se-
inci di atas ubun-ubunnya...

Saya merukyahnya dengan Fatihah...salawat...Ayat
7...Ayat Kursi...3 Qul...Doa Nabi Khidir as dan
Ayat-Ayat Sihir...

Saya jangkakan angin panas itu boleh ditarik ke-
luar melalui ubun-ubunnya...

...tapi saya merasa pelik kerana tak ada sebarang
angin panas keluar melaluinya seperti pada kebia-
saan kes-kes gangguan sebelum ini...malah saya tak
mendapati sebarang tanda kehadiran jin dalam badan-
nya...

Namun ZA memberitahu...bahang panas dalam badannya
dah berkurang...

Saya meminta ZA memasang niat untuk melihat punca
gangguan ke atasnya...dan saya merukyahnya dengan
ayat Seribu Dinar berserta pernafasan sambil ber-
niat membuka ruang untuk titik 2 bahagian kepala-
nya...

ZA memberitahu...ia ternampak dua orang lelaki ya-
ng kedua-duanya amat dikenalinya...

Lelaki itu berada pada sebuah kampung yang jauhnya
15 km daripada Pekan Ranau...

Salah seorang lelaki itu marah pada ZA dan mengupah
lelaki yang seorang lagi untuk mengenakan sihir ke-
atas ZA...

Lelaki penyihir itu melayur sebuah patung atas api
dan ketika itu ZA merasa tubuhnya panas membahang...

Saya membaca Ayat 1 hingga 10 As Soffat...menarik
nafas dan membuat pukulan peletup jin kepada patung
tersebut...

Patung itu terpelanting...dan jatuh ke tanah...

Kedua-dua lelaki tersebut terkejut....bingkas ber-
diri dan segera berundur beberapa langkah ke bela-
kang...

Ketika itu ZA beritahu bahu kanannya juga sakit se-
jak seminggu lebih...

Saya meminta ZA menumpukan perhatian kepada patung
tersebut...

...dan ZA beritahu...ada sebatang paku sedang ter-
tanam menikam bahu patung dan tembus ke belakang.

Saya membayangkan ada besi tajam tertanam pada bahu
ZA dan menggunakan gerakan...nafas serta zikir untuk
mencabut...

Serentak itu...paku pada patung tersebut tercabut...
dan sakit seperti ditusuk benda tajam pada bahunya
juga hilang serta merta...

Ketika itu...si lelaki penyihir nampaknya sangat ma-
rah dan menunjukkan isyarat tiga jarinya ke arah ZA
dan menurut ZA...lelaki itu akan menentang atau men-
yerang saya dalam 3 kali 'pertarungan'...

Manakala lelaki yang mengupahnya tak berkata apa-
apa...dan nampaknya ada satu makhluk lain berdiri
tak jauh di belakang kedua-dua lelaki tersebut...

Iaitu seorang lelaki tinggi...bertopeng dan berjan-
ggut panjang...

Ia adalah jin pendamping lelaki tukang sihir...dan
makhluk itu juga tak menunjukkan sebarang reaksi
selain diam memerhatikan ke arah tuannya...

Panas serta sakit badan ZA dah hilang...tapi apabi-
la saya meminta ZA duduk...ia tak larat...ada sesu-
atu menghalangnya...

ZA merasakan lilitan-lilitan kuat tali pada paha ki-
rinya...dan saya memintanya menutup mata dan cuba
memerhatikan patung tadi...

ZA beritahu..ada benang hitam dililit pada paha kiri
patung tersebut...

Saya menggunakan kaedah pancung ke arah paha kiri
ZA dan ZA beritahu benang pada paha patung itu pu-
tus...

...dan ZA merasa tali yang melilit paha kirinya
juga putus dan terlerai...

Selama ZA memerhatikan kedua-dua lelaki itu...ia
dapat merasakan lelaki yang mengupah tukang sihir
itu merasa marah kepada ZA kerana cemburu dan tak
berpuas hati...

Mereka berdua berminat kepada wanita yang sama...
dan wanita itu lebih rapat kepada ZA...

...akan bersambung...Insya Allah...

Sabtu, 18 Jun 2011

CARA MENGELUARKAN JIN DARI BADAN...?

Iaitu cara-cara mengeluarkan jin dari badan
antaranya dengan...

1. Rukyah...

Iaitu cara yang paling lazim digunakan...ia-
itu dengan membacakan pesakit dengan ayat-
ayat Qur'an...

2. Minum air doa...

Iaitu sebahagian jin dalam badan boleh di-
keluarkan dengan izin Allah...dengan diberi
minum air doa tanpa pesakit itu perlu di-
rukyah...

3. Mandi air doa...

Iaitu pesakit dimandikan dengan air doa...

Nota : Kerapkali semua kaedah di atas digu-
nakan secara serentak untuk mendapatkan hasil
yang paling maksima..

Rukyah itu pula kadang-kadang rukyah semata-
mata dan kadang-kadang pula disertakan dengan...

1. Dakwah kepada jin dalam badan...

2. Mengancam atau menakut-nakutkan...

3. Pukulan atau perbuatan-perbuatan bersyarat
yang di kenakan ke atas tubuh pesakit tapi mem-
beri kesan mudarat kepada jin dalam badannya...

4. Menyeksa dengan ayat-ayat rukyah pilihan...

...dan sebagainya...

CARA GUNA TENAGA DALAM BERSERTA RUKYAH...

Pasti masih banyak cara mengeluarkan jin dari
dalam badan dan masing-masing perawat ada per-
samaan juga perbezaan...serta cara tersendiri
berbanding antara satu sama lain...

Cara saya...

1. Biasanya dengan pernafasan dan zikir mudah
jika nak mula dengan 'scan'...

2. Rukyah...berserta penafasan...

3. Bertanya pada pesakit sebarang tindakbalas
dalam badan semasa dirukyah dan selepasnya...
dan apabila ada tanda-tanda kehadiran jin be-
rupa semut-semut...cacing-cacing...panas...
sejuk...sakit dan sebagainya...

...saya akan guna mana-mana cara yang difikir-
kan sesuai seperti menarik...menolak...
...dan sebagainya...

4. air doa dibuat serentak semasa dirukyah...

...dan selebihnya...berusaha setakat mana ter-
mampu...kemudian terpulang kepada Tuhan akan
apa juga hasilnya...

Yang penting berusaha dan menyandarkan harapan
juga berserah kepada Tuhan akan apa juga
kehendaknya...


LAIN-LAIN...

Kadang-kadang jin akan keluar dari tubuh sese-
orang pesakit apabila...

1. Pesakit itu berniat nak jumpa seorang pera-
awat...

2. Pesakit itu menyebut nama seorang perawat...

3. Pesakit mula menekan nombor untuk menelefon
perawat...

3. Pesakit bercakap dengan perawat melalui te-
lefon...

4. Pesakit keluar dari rumah untuk berjumpa pe-
rawat...

5. Pesakit dalam perjalanan ke tempat perawat...

6. Pesakit berada di hadapan rumah perawat...

7. Pesakit masuk rumah...atau bilik perawat...

8. Pesakit berhadapan dengan perawat...dan proses
rawatan belum di mulakan lagi...

9. Perawat mula merukyah...

dan seterusnya...

KES 'BULI'...

1. Antara rakan-rakan ada yang berpengalaman meng-
hadapi jin yang merasuk seseorang...kemudian rakan
itu mengesan suatu kelemahannya...iaitu pantang
dihina...

Rakan itu mula menghinanya kerana rupanya yang
buruk...dan rakan-rakan lain turut menyumbangkan
berbagai celaan..ejekan...hinaan...sehingga jin
yang merasuki tersebut menangis kerana merasa
sangat terhina dan malu...ia berkata melalui
lidah orang yang kerasukan..." cukup...cukup...
saya mau keluar sudah ni..."

ANCAMAN BUNUH ANAK..

1. Seorang rakan berkata pada jin yang merasuki
seseorang...kalau kau tidak keluar sekarang juga
...saya bunuh anak kau...dan jin itu keluar...

ANCAMAN SEORANG PERAWAT...

Dalam satu jamuan...tiba-tiba seseorang kerasukan
dan seorang perawat rukyah yang terkenal kebetulan
nak menyuapkan nasi kemulutnya...dan sebelum itu
ia berkata kepada jin yang merasuk...Kalau kau
tak keluar sekarang juga aku akan makan kau...
dan ketika itu juga...orang itu pulih...

Semuanya atas izin Allah semata-mata...

Masih banyak caranya...dan itu belum lagi termasuk
dengan rawatan menggunakan jin ( sihir )...yang bi-
asanya lebih besar bahaya sebagai kesan sampingan-
nya...

Wallohu a'lam

Selasa, 14 Jun 2011

DUNIA MISTERI (05)...Tenaga Dalam vs ' Voodo '...

Sudah beberapa bulan saya tak bertemu dengan
rakan sekampung juga seperguruan tersebut...

..tapi hampir setiap minggu RA menelefon atau
menghantar SMS dari sebab masalah yang sedang
dihadapinya...

Ketika RA yang tinggal bersama anak isterinya
di K.Kinabalu pulang bercuti...ia datang ke
rumah saya jam 11 malam...

Sudah tiga hari tiga malam ia tak dapat tidur
...dan ia sendiri tak tahu sebabnya...

Sepanjang malam fikirannya asyik melayang-la-
yang...matanya terkebil-kebil tak mahu lelap
sampai ke siang...

Setelah berbual seketika...rakan itu minta
'scan'...

Ketika saya menyentuh ubun-ubunnya dengan ja-
ri telunjuk kanan...RA merasa panas dalam
ubun-ubunnya...

...menunjukkan ada gangguan pada fikirannya
kemudian panas itu meresap hingga ke mata kiri.

Tiba-tiba RA yang sedang menutup mata itu meng-
alami gerakan aneh pada mata kiri...

Mata kirinya berkedip-kedip tanpa dapat dikawal
menunjukkan juga ada gangguan pada mata yang
menyebabkan ia tak dapat tidur...

Saya meminta RA berniat untuk melihat dari mana
datangnya punca gangguan yang sedang dialaminya
...dan serentak itu dengan menggunakan zikir dan
pernafasan saya membuat pengisian pada 'titik 2'
bahagian kepalanya...

Dengan izin Allah...dalam beberapa saat kemudian-
nya RA memberitahu saya benda-benda yang di lihat-
nya...

- RA nampak satu tali gantung yang terletak pada
tapi sebuah rumah...dan ia arif sangat tentang
rumah tersebut yang terletak di K.Kinabalu...ia-
itu rumah salah seorang daripada ahli keluarga
isterinya...

- Pada tali gantung itu ada sebuah patung...dan
apabila RA menumpukan perhatiannya pada patung
tersebut RA dapat merasakan patung itu itu di-
buat sebagai mewakili dirinya bagi tujuan sihir.

- Tak lama kemudian seperti yang telah dijangka-
kannya...RA dapat melihat dengan jelas orang
yang menggantung patung tersebut...

Sudah beberapa kali RA merasa ada tali gantung
melingkari lehernya...tapi apabila ia cuba mer-
abanya...ternyata RA tak dapat menyentuhnya...

...namun ia dapat merasakan lehernya sakit dari
sebab tali tersebut...

Yang jelas...ia seperti cubaan membunuh dengan
sihir ( tapi Tuhan tak izinkannya...)

- Apabila saya meminta RA menumpukan perhatian
kepada patung tersebut...RA memberitahu ia nam-
pak sebatang jarum dicucuk ke mata kiri dan me-
nembusi hingga kebahagian tepi kiri kepala
patung...

Sihir itu menyebabkan mata tak dapat lelap...
juga menyebabkan mata kirinya berkedip-kedip
tanpa dapat dikawal...

Ia satu pengalaman baru bagi saya...dan saya
mengambil sedikit masa untuk memikirkan apa
yang dapat saya lakukan...

Pada kebiasaannya..kalau kedudukan patung itu
dapat dikesan...
...maka antara caranya...dapatkan ia dan lepas-
kan dari tali gantung serta cabut jarumnya...
tapi rasanya ada cara lain...dan saya lakukan-
nya tanpa memberitahu RA...

Dengan menggunakan zikir serta penafasan...sa-
ya membayangkan jarum itu sedang menyucuk mata
kiri RA...dan mencabut batang jarum tesebut...

RA memberitahu...jarum pada mata patung itu tak
kelihatan lagi...ia ghaib begitu sahaja...
( dengan izin Tuhan )...

- Apabila saya meminta RA memerhatikan lagi pada
bahagian lainnya...RA memberitahu ada jarum di-
cucuk dari pinggang kiri patung menembusi ke ba-
hagian pinggang kanannya...

Dengan cara yang sama...saya mencabut jarum ter-
sebut...dan RA memberitahu jarum itu dah tak
kelihatan lagi...

- Namun masih ada jarum yang tinggal...jarum itu
dicucuk dari belakang pinggang menembusi hingga
ke bahagian perut patung...

Dengan cara yang sama saya mencabutnya...dan RA
memberitahu...jarum itu juga dah tak kelihatan
lagi...

Sejurus kemudian...RA melihat orang yang memasa-
ng patung tersebut mengambilnya...

Dengan penuh kemarahan...patung itu dihempaskan
ke tanah lalu dibelasahnya dengan sebatang kayu
sambil memaki hamun nama rakan tersebut...
( mungkin ia dah mengesan sihir pada patung ter-
sebut sudah hilang )

RA memberitahu ia tak merasa sebarang kesan atau
kesakitan pada badannya...maka bererti patung
itu dah benar-benar 'kosong'...

Apabila RA membuka mata...ia merasakan kesakitan
pada sekeliling pinggangnya yang ditanggungnya
sejak beberapa hari itu dah hilang...

Ia menunjukkan sakit pinggangnya itu adalah dari
sebab sihir yang dikenakan kepadanya melalui
patung yang sengaja dibuat sebagai mewakili diri-
nya...

RA bangun dan duduk di kerusi...tiba-tiba ia me-
nguap dan kelihatan letih dan sangat mengantuk.

Ini adalah kali pertama ia menguap serta rasa me-
ngantuk sejak tiga hari lalu...dan RA ceritakan
kemudian..sebaik sahaja ia sampai ke rumahnya...
ia dapat tidur nyenyak...

Sebenarnya ahli keluarga itu bercita-cita untuk
menjadikan isteri RA sebagai penjaga rumah ibadat
yang dibinanya...namun apabila ia menukar agama
dan berkahwin dengan RA...cita-cita ahli keluar-
ga itu musnah...dan ia menyalahkan RA...

Kerana itu...bukan hanya sihir dengan tujuan me-
binasa...RA suami isteri juga dikenakan sihir
pemisah...

Tapi setakat penelitian saya sehingga kini...bukan
sihir itu yang menjadi ancaman besar kepada rum-
ahtangga RA...

...sebaliknya...jin saka RA sendiri...jin itu
yang sangat kuat menghasut RA untuk menceraikan
isterinya dengan mendatangkan bayangan-bayangan
serta bisikan...juga gerak hati -gerak hati fitnah
sehingga RA hampir-hampir yakin...isterinya ber-
buat curang dan berzina dengan suami orang...

Wallohu a'lam

Rabu, 8 Jun 2011

AL KISAH...Hak Seorang Isteri ?

Nys dan suaminya berkerja makan gaji dengan kerajaan
dan masing-masing menerima gaji ribuan ringgit dalam
sebulan...

Namun Nys sendiri telah menetapkan...suaminya mesti
memberi kepadanya Rm 500.00 sebulan untuk kegunaan-
nya kerana bagi Nys...suami wajib membelanjakan is-
teri walaupun si isteri ada pendapatan sendiri...

Dalam masa yang sama...Nys tak pernah memasak untuk
suami...dan tak pernah mencuci pakaian suami...kera-
na katanya...isteri adalah permaisuri dalam rumah-
tangga dan kewajipannya hanya melayan suami di atas
katil sahaja...

Mungkin Nys bernasib baik...kerana mereka tinggal
bersama keluarganya...maka soal menyediakan maka-
nan serta mencuci pakaian suami di buat oleh ibu
dan adik perempuannya...

Si suami pernah merayu kepadanya...agar dapatlah
walau hanya sekali Nys menyediakan sarapan pagi
untuknya...namun sama sekali tak Nys hiraukan...

Ibu dan adik perempuan Nys yang tak bersetuju de-
ngan 'peraturan' Nys pernah menasihatkan kepada-
nya...sebaliknya Nys sanggup bertekak dan menje-
rit-jerit dalam rumah semata-mata untuk memper-
tahankan 'pengetahuan' agamanya itu...malah meng-
ancam lebih sanggup meminta cerai daripada meng-
ubah pendiriannya...

Selama beberapa tahun kemudiannya...si suami yang
sentiasa bersabar dan pendiam akhirnya meledakkan
ketidakpuasan hati serta kemarahannya yang sudah
sekian lama terpendam...

Nys terkejut...dan seolah-olah baru tersedar dari-
pada 'mimpi indahnya'...dan mungkin sebelumnya ia
juga tak menyangka suaminya akan bertindak menen-
tangnya...

Nys mula memasak sarapan untuk suaminya...namun
sehingga makanan itu basi di atas meja...si suami
tak sudi menjenguk...apatah lagi menjamahnya...

Nys yang mula melihat tekad suaminya...menangis...
malah merayu-rayu dan memeluk kaki suaminya memi-
nta maaf atas sikapnya selama ini...

Agak menyedihkan...pada ketika Nys mungkin akan
insaf dan berubah sikap...sebaliknya dijatuhkan
talak...bukan talak satu...tapi talak tiga...

Si suami kemudiannya keluar daripada rumah bekas
mertuanya itu sehelai sepinggang...memandu kereta-
nya dan pulang kampung...

Nampaknya pada tahun ini...antaranya ada seekor
syaitan lagi yang berjaya melaksanakan tugas den-
gan jayanya akan dinaikkan pangkat oleh Iblis...

Nota...ia adalah kisah benar...maka walaupun saya
tak beri nama sesiapa juga orang yang terlibat...
saya harap anda tak memandang rendah atau hina
khususnya kepada Nys...kerana ditakuti keadaan
yang serupa atau hampir serupa akan berlaku pada
anda pula...( semata-mata kerana memandang hina
kepada saudara seagama atas kesilapan atau kesa-
lahannya...)

...Na uuzu Billlah...

Cukuplah...semoga kita dapat mengambil pengajaran.

Wallohu a'lam

Isnin, 6 Jun 2011

DUNIA MISTERI (04)...Rahsia 'gelang Hikmat'...

Sesampainya ia di rumah petang itu...pertama sekali
yang dilakukan oleh En.Richard ialah membuka bung-
kusan kain pada dua gelang tembaga yang baru dibeli-
nya di kaki lima kedai...

Ia duduk mencangkung di hadapan rumah...dan melaga-
lagakan antara ke dua-dua gelang tersebut hingga
menimbulkan bunyi seperti lonceng...

Setiap kali pula ia akan berhenti sekejap untuk me-
lihat sekiranya ada sesuatu yang berlaku...dan beg-
itulah yang ia buat sepanjang petang itu...

Nampaknya tak ada apa-apa yang ganjil...tapi ter-
nyata penjual gelang tersebut tak memberikannya
pantang 'kosong'...

Ketika En Richard mula melelapkan mata malam itu...
ia terkejut besar...ia melihat dengan sangat jelas
biliknya dipenuhi oleh lelaki dan juga perempuan
tua yang semuanya berpakaian serba hitam...

Bukan hanya sekitar ruang lantai bilik...sekeliling
katil...malah atas katil dan jendela biliknya juga
dipenuhi oleh orang-orang tua...

Sepanjang malam itu En Richard dicengkam oleh keta-
kutan...kerana setiap kali ia mula melelapkan mata
nescaya ia akan dapat melihat orang-orang tua yang
memenuhi segenap ruang dalam biliknya..malah orang
tua yang paling hampir dengannya sempat bertanya
dengan senyum manis dan penuh lemah lembut...
..." anak panggil kami ?"...

Awal paginya En Richard segera ke pekan ( Kalau tak
silap saya Pekan Penampang K.Kinabalu )...dan men-
cari penjual gelang tersebut...

Penjual tersebut sangat marah apabila mendapati bu-
ngkusan kain pada gelang itu telah dibuka...
dan En Richard yang bertekad untuk mengembalikan
gelang itu terus sahaja bertahan dengan sumpah sera-
nah si penjual...

Ia bernasib baik apabila penjual itu sanggup meng-
ambilnya semula...itupun setelah En Richard memebe-
ritahu kepadanya..harga gelang itu Rm 50 tak per-
lu dikembalikan...

Ada kalangan rakan yang membeli sesuatu di kaki-
kaki lima kedai seperti gelang...cincin dan sebagai-
nya dengan bangga memberitahu...benda itu ada penja-
ga atau khadamnya...

Tapi saya tak fikir...kebanggaan itu kena pada tem-
patnya...

Seorang rakan didampingi tujuh ekor nenek...dan ia
mengalami beberapa gejala...

1.Sukar mengawal emosi...terutamanya perasaan marah
dan cemburu...

2.Menghadapi risiko yang besar menerima serangan
jin dari mana-mana tempat...

3.Akhirnya ia mula merasa kebas pada bahagian kiri
badan...( kebas sebelah badan )...tapi Alhamdulillah
kerana ianya masih baru...ia dapat dirawat segera...

Kalau terbiar...pada jangka masa panjangnya...ia mu-
ngkin ke arah mati sebelah badan...

4.Suatu ketika ia meminta rawat kerana kepalanya ra-
sa kurang selesa...nampaknya ada tentangan lemah da-
ripada pendampingnya...

Kemudian malam esoknya...waktu malam gelap...saya
ke rumah jirannya...tiba-tiba rakan itu menghantar
pesanan ringkas ( sms )...kenapa ni bang..saya rasa
seperti nak keluar memburu seseorang...

Dan saya pasti rakan itu tak tahu saya berada diru-
mah sebelah...dan ada pengaruh jin pada perasaanya
untuk membalas dendam...pasti daripada jin pendam-
pingnya sendiri...

Ia cuba mempengaruhi rakan tadi untuk memburu saya...
...dan saya menghantar sms padanya...
beri saya masa 10 minit...dan saya gunakan masa itu
untuk menyerang jin tersebut...

Apabila saya bertanya kemudiannya...rakan itu beri-
tahu perasaan ganjil itu dah hilang...
...semuanya dengan izin Allah.

Itu baru nenek tujuh ekor...kalau jin tua penuh sebi-
lik pula nak makan tuan...sukar nak kita jangkakan
padahnya...

Wallohu a'lam

Sabtu, 4 Jun 2011

DUNIA MISTERI (03)...Dulu Lain...Sekarang ?

Lebih kurang dua tahun lalu...ia hanyalah seorang
pencari kerja yang tak diterima bekerja di sebuah
restoran di tengah Bandaraya K.Kinabalu...

Mujurlah setelah meminta bantuan seorang rakan ya-
ng memujuk pemilik retoran tersebut...ia akhirnya
diambil bekerja sebagai pelayan...

Itu dulu...tapi sekarang...dari sumber yang di per-
cayai menyebutkan...bahawa ia dah jadi penama yang
sah sebagai pemilik restoran tersebut( dah ditukar
nama ).

Ia bermula sejak sebulan dua berkerja...ia menjadi
kekasih gelap pemilik restoran yang dah beranak
isteri tapi tinggal di semenanjung...

Ia bukan setakat jadi pekerja...tapi juga teman
tidur tuannya...

Dan akhirnya...setiap sesuatu perkara mengenai res-
toran berkenaan perlu dipersetujui oleh si kekasih
tersebut...

Kekasih pemilik restoran itu pernah berkata kepada
seorang rakan...ia belum gunakan semua ilmu yang
arwah neneknya ajarkan...

Rakan itu juga memberitahu...sekiranya kekasih pe-
milik restoran itu berada di rumah...( pemilik res-
toran itu menyewa rumah untuk dirinya dan pekerja-
nya sekali )...suasana dalam rumah akan menjadi
menyeramkan...terutama berbanding kalau pemilik itu
bersama kekasihnya melancong ke mana-mana...

Apa yang ia perhatikan sekarang...semua makanan dan
minuman pemilik asal restoran itu dikawal sepenuhnya
oleh sang kekasihnya...malah kalau ada yang dihidang
oleh mana-mana pekerja lain...pasti ia akan tumpah-
kan...

Seandainya...arwah neneknya itu mengajarkan kepada-
nya ilmu yang harus tapi ia sengaja salah gunakan...
maka segala akibatnya akan ditanggung oleh ia send-
iri...

Tapi kalaulah ilmu yang diajar itu sihir...atau ilmu
untuk menganiaya manusia semata-mata...
nampaknya...neneknya sahaja yang dah mati...tapi dosa
neneknya itu akan terus hidup dan bertambah di Alam
Dunia ini kemudian menambah azabnya di Alam Barzakh
hasil dari ilmu syirik atau ilmu jahat yang sengaja
ia ajarkan...
(kecuali kalau Tuhan mengkhendaki untuk mengampuni-
nya dan melepaskan ia dari sebarang tanggungan...
walau atas sebab apa sekalipun)

Mungkin benar kata-kata...alangkah bahagianya orang
yang mati bersama-sama dengan dosanya...sedangkan
ada antara manusia yang mati...tapi dosanya terus
hidup dan bertambah hingga ke Hari Kiamat...

Wallohu a'lam

Jumaat, 3 Jun 2011

DUNIA MISTERI (02)...Rindu Tanda Ada Saka...

Apabila seorang budak lelaki mengadu..seperkara
yang menarik perhatian saya ialah...ia sedang
merasa rindu...tapi ia sendiri tak tahu rindu
pada siapa...

Saya memintanya duduk bersila sambil menutup ma-
ta..jari telunjuk kanan saya sentuh pada tengah
ubun-ubunnya...dan tapak tangan kiri saya lekap-
kan pada bahagian belakangnya...

Saya merukyahnya dengan Fatihah...Ayat Kursi...
dan Ayat-Ayat Sihir...berserta penafasan juga
'scan titik 2' pada bahagian kepala...

Budak lelaki itu merasa panas pada ubun-ubunnya
dan panas itu bersambung ke mata...menunjukkan
ia tak dapat tidur semalaman itu adalah dari
sebab gangguan jin...

Ketika itu juga jantungnya berdebar-debar kuat
menunjukkan ada angin bisa pada dada...dan ada
gangguan pada perasaanya...

Budak lelaki itu menutup mata semasa di rukyah
tapi tiba-tiba pasa satu ketika...matanya ter-
buka untuk beberapa detik...

Ia ternampak seorang perempuan tua bongok dan
bertongkat melangkah perlahan-lahan menuju ke-
arah pintu keluar...

Seketika kemudian bayangan itu hilang...dan ra-
sa rindunya juga hilang serta merta...

Setakat yang saya fahami...berdebar-debar dan
rindu tanpa sebab itu adalah sebahagian dari-
pada tanda-tanda gangguan jin saka...

Pada sesetengah keadaan...rasa rindu itu pada
hakikatnya adalah kerinduan jin saka pada tuan-
nya yang sudah meninggal dunia...

Kerana itu...pada keadaan lain...kadang-kadang
seseorang itu tiba-tiba merasa rindu kepada
orang-orang yang sudah meninggal dunia...tanpa
sesuatu sebab yang munasabah...

Biasanya perasaan ini akan membawa seseorang
itu kepada sayu...atau sedih berpanjangan...

...atau kalau gangguannya lebih kuat...mungkin
seseorang itu sentiasa merasa lesu...putus asa
atau merasa diri tak lama lagi akan mati...

Perkara ini terjadi apabila jin masuk dada...
atau sekurang-kurangnya angin bisanya masuk da-
da...dan kerana itu...anda boleh merasakan apa
yang jin tersebut sedang rasakan...

Pada kebiasaannya kita...apabila sangat-sangat
menyayangi seseorang..maka kita akan turut me-
rasa sayang pada orang yang paling rapat...atau
sangat disayangi oleh orang tersebut...

Dan ini mungkin penjelasannya...mengapa jin saka
itu biasanya berpindah kepada orang yang paling
rapat atau sangat disayangi oleh tuannya...

Antara kesan lain gangguan ini...

1. Anda mengalami gangguan fizikal pada dada...
seperti rasa berat...sesak nafas...panas...
malah boleh sampai ke peringkat sakit dada...atau
'sakit jantung'...dan sebagainya...iaitu bergan-
tung kepada kuat atau lemahnya gangguan...

2. Anda mungkin selalu bermimpi orang-orang yang
sudah meninggal dunia...

3. Anda mungkin merasa kehadiran roh...atau nampak
kelibat...atau bayangan roh orang yang sudah men-
gal...di mana sebenarnya ia hanyalah jelmaan dan
tipudaya jin semata-mata...

Malah tak mustahil si mati muncul dan sentiasa me-
nemani anda...dan ia juga hanyalah jin yang menje-
lma dan menyamar...tak ada kena mengena dengan roh
orang yang sudah meninggal tersebut...

4. Anda mungkin mengalami resapan atau rasukan roh
orang mati ( jin juga...) walau dengan tujuan apa
pun...

5. Anda mungkin mendengar suara atau panggilan roh
orang mati...( pun jin juga...tak ada benda lain-
nya )...

6. Anda mengalami gangguan perasaan...atau kesuka-
ran megawal emosi...

...dan sebagainya...

Kadang-kadang jin mempergunakan 'kehadiran atau
kedatangan roh orang tersayang ' sebagai perangkap
agar anda mudah menerima atau terpedaya akhirnya...

Contohnya...kalau roh nenek..ibubapa...anak-anak
...kawan karib dan sebagainya yang berusaha bersu-
sah payah pulang ke dunia semata-mata kerana sangat
merindui anda...atau kerana nak minta pertolongan..
...tak kan nak dihalau pula...

...kasihan roh tu...bukan senang dia berpatah balik
ke alam dunia ini...banyak cabarannya...malah mung-
kin ia terseksa...tapi ia bertahan juga kerana demi
kasih sayangnya yang sangat mendalam dan harapan
yang sangat besar pada anda...

...kecualilah...kalau anda tahu...anda sebenarnya
berhadapan dengan jin...

Taktik ini dah banyak digunakan jin...terutamanya
jin saka...dan ianya sangat-sangat berkesan dan be-
rjaya...malah ada yang sampai ke matinya...ditemani
'roh orang mati'...

Penting sekali...jangan semata-mata kerana emosi...
anda tutup mata dan bergembira dengan kembalinya
'roh' orang tersayang atau tercinta dari 'Alam Kema
tian '...yang sebenarnya hanyalah sekadar jin dari
alam dunia ini semata-mata...

Wallohu a'lam

Rabu, 1 Jun 2011

DUNIA MISTERI (01)...Tasbih ' Hikmat '...

Tasbih itu dibeli olah datuk semasa naik haji
di Mekah.

Ia berwarna putih...dan dikatakan dibuat dari-
pada tulang binatang...

Selama menyimpannya..tak ada pula ada sebarang
keganjilan atau gangguan...

Ketika seorang rakan memegang tasbih tersebut...
ia beritahu terbayang ada 99 ekor gajah putih
menjaganya...dan pasti ianya juga adalah jin...

Kalau ia betul...tentu baik sangat tasbih itu
disimpan atau dibawa ke mana-mana...kerana mun-
gkin kehadiran makhluk-makhluk tersebut akan me-
nghalang atau menakutkan mana-mana jin yang cuba
mengganggu dan boleh menjadi pembenteng sihir...

Bagi saya...tak penting benda itu ujud atau tidak
...tapi kalau hati dah terlintas bisikan yang me-
mbawa kepada syirik...jawapannya mudah...
saya buang saja tasbih tersebut...

Wallohu a'lam