Rabu, 18 Disember 2013

Saka Dan Sakit Pinggang...

Rakan itu A..pada asalnya cuma sakit
pada urat belakang kaki kirinya...

Apabila ia diurut...kedua kaki nya di-
angkat  ke atas  dan di tekan ke arah
kepalanya menyebabkan tulang
pinggangnya sakit...

Namun menurut seorang rakan...rasa
sakit   itu   normal  dan    tindakbalas 
positif...secara   berperingkat   sakit
tulang pinggangnya itu akan sembuh.

Sudah dua minggu...ternyata sakit itu
bertambah kuat...dan  rakan itu ber-
cadang    untuk  berjumpa   semula
tukang urut tadi...yang  juga  sangat
yakin sakit pinggang itu akan hilang
dan sakitnya itu sembuh...

Kebetulan kami berjumpa dan rakan
itu minta 'scan'...rakan itu merasa 
panas dan ada ulat bergerak pada
tulang yang sakit...

Saya buat cubit cabut pada bahagian
yang sakit beberapa kali...

Saya simpulkan sebelumnya pinggang
A tidak sakit...apabila diurut jadi sakit.

Sepatutnya ia semakin sembuh seperti
kata pakar urut tersebut...namun sakit
tersebut sebaliknya di ambil kesempa-
tan oleh jin saka yang diam dalam
badannya jadi penempatan...maka se-
baliknya...bertambah sakit...

Wallohu a'lam

6 ulasan:

  1. Assalam'kum.

    Harap baca ulasan/pertanyaan sya pada tuisan/terbitan En Junied pada 16 Disember, 2013.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Insha Allah....saya minta maaf...kebetulan
    sudah beberapa hari kebelakangan ini
    masa agak terhad untuk buka blog ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalam'kum.

    Terima kasih yg tidak terhingga kepada En Junied yg telah memberikn no talipon guru tuan untuk saya hubungi. Alhamdullilah dan Insyallah saya sentiasa yakin Allah akan "mengirimkan" bantuan untuk saya yang lemah dan "dianiayai" oleh mereka yang "bertuan" dan "bertuhan" syaitan.

    Pada pengulas/pembaca blog yang sudi memberikan komen, juga, ribuan terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah membalas jasa2 kalian. Ameen.

    *Saya minta maaf kepada kalian kerana banyak sangat ejaan salah pada tulisan saya yang lalu.*

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Sama-sama...dan saya juga berterima kasih atas
    penyertaan rakan-rakan pembaca dalam ruangan
    yang tak seberapa tapi mudah-mudahan bermana-
    faat untuk rakan juga umum ini...

    Cumanya pada puan...sebaiknya cukup dengan
    menyatakan kebenaran...dan jangan jadikan
    perkara ini sebagai bahan untuk pertengkaran
    atau perdebatan sehingga melangkaui batas-
    batas hikmah dan kebijaksanaan...kerana di-
    khuatiri di ambil kesempatan oleh golongan
    musuh yang tidak kelihatan untuk merosak-
    kan hubungan sesama kita...

    Disamping itu...sama-sama kita doakan pe-
    tunjuk dan hidayah untuknya...biar perlahan
    tapi terbaik...Insha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalam'kum.

    Alhamdullilah. Rasanya En Junied seperti da "dapat rasai" apa yg telah berlaku antara ssta dan suami. Memang tak dapat saya nafikan bahawa sesabar-sabarnya dan sebijak-bijaknya saya menasihati orang lain yg ditimpa masalah, bila saya diduga begini, saya hilang "pertimbangan" dan "kesabaran".

    Saya telah cuba menasihati beliau dengan berlandaskan ajaran dan pegangan kita, iaitu Sl Quran dan Hadis, sesuai dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah.

    Hati saya bagaikan telah "menduga" bahawa ada sesuatu akan terjadi sekembali saya dari mengerjakan Haji......walaupun saya tidak hentu2 berdoa. Walau pun begitu, tidak la saya sangka bahawa "arahan yang diterima"......kononya dari guru yang telah meninggal begitu "kejam" dan tidak ada unsur2 ajaran Rasullah dan Islam. Tak masuk akal saya yang daif ini bahawa Allah "yang mwnyuruh gurunya" memberi arahan supaya suami saya berkawin dengan perempuan lain agar saya akan meninggalkan suami saya!!

    Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui kerana du Mekah, saya telag "diberi petunjuk oleh Allah" agar "mengizinkan" suami beristeri kedua sekiranya dia mahu! Rupa2 petunjuk itu telah "nelindungi" saya kerana kata ketua Aurad, dengan berkawin yg kedua secara senyap2, saya akan meninggalkan suami saya.

    Mereka sanggup memberi "arahan" sedemikian kerana, pada pendapat mereja, saya telah "menggugat" keahlian suami saya dalam Aurad. Itu yg saya yakin.

    Memang hati saya remuk dan juga terkejut kerana suami saya langsung tidak mempertahankan saya di depan mereka. Hanta Allah saja yf nengetahui hatu, persaan dan fikiran saya. Namun saya yakun ini ujian Allah untuk saya. Saya akui bahawa sebelum ke Mekah, saya dan suami selalu bertengkar.. walaupun perkara2 kecil......semacam ada "penghalang atau dalang" yg nak kami berpisah.....

    Taoi, balik Haji, berkat doa, saya menjadi lebih intim dengan suami. Cuma bila "arahan" itu diterima, saya jadi "hilang sabar/pertimbangan" walaupun pada mula2nya ok.

    Saya rasa syaitan pun mula menghasut agar saya jadi marah......Namun saya cuba sedaya upaya agar sentiasa berzikir, bertahajud, berdoakan.......walaupun perit rasanya nk ditelan.

    Saya sentiasa berdoa agar suami diberi petunjuk, hidayah dan cahaya iman yg dapat membezakan yg nyata dan yabg sesat. Benar kata En Junied, biar perlahan tapi terbaik.

    Insyallah, saya akan hubungi guru En Junied bila keadaan mengizinkan.

    Disamping doa dan usaha saya, saya ingin minta didoakan untuk saya dan suami kerana ini bukan masalah "main masak2......ini masalah akidah.

    Persoalan yg sentiasa ada di fikiran saya:

    1) Mustahil Allah yg memberi "arahan" tersebut.

    2) Sebagai umat Islam, telah di bacakan dalam AlQuran bahawa "orang yg telah mati, maka putus segala perhubungan dgn dunia/manusia" walaupun orang itu seorang wali. Jadi, ada ka mereka ini bertuankan dan bergurukan syaitan?

    3) Kenapa suami percaya yg ahli Aurad mereka adalah yg "terpilih" untuk menjadi "tentera Imam Mahadi"......yg akn berlaku pada Rejab tahun hadapan. Adakah mereka ini pilihan Allah dan semua maklumat ghaib mereka tahu!


    Terima kasih yang ikhlas dari saya

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth puan...

    Pada awal tahun 90 an...saya dapat seorang
    rakan baru yang ketika itu menjadi orang
    penting dalam jemaah tersebut di Ranau...

    Sebagai orang yang pernah 'melihat' kumpulan
    ini dari dalam...dan kini Alhamdulillah....dari
    luar...saya yakin bahawa cerita tentang Tuan
    guru yang mengembara ke alam ghoib itu ada-
    lah samada dari sebab tipudaya jin...atau
    suatu kisah yang sengaja di ada-adakan oleh
    pihak-pihak berkepentingan dengan tujuan
    untuk terus menggunakan pengaruh tuan guru
    yang sudah meninggal dunia itu ke atas para
    pengikutnya...

    Malah dari penelitian saya dari dulu...salah
    satu daripada 'kekuatan' pihak 'atasan' untuk
    terus mempengaruhi pengikut-pengkutnya
    adalah dengan menyebarkan cerita-cerita
    rekaan...serta janji-janji yang ternyata tidak
    kesampaian sehinggalah tuan gurunya
    meninggal dunia...

    ...namun ternyata sentiasa terus timbul ber-
    bagai 'cerita-cerita baru lagi panas' macam
    goreng pisang panas...

    Seperkara lagi..apabila saya cuba menghayati
    pengajarannya...hati saya dapat merasakan
    bahawa kedudukan tuan gurunya lebih tinggi
    dan dekat kepada Tuhan daripada Rasulullah
    SAW sendiri...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam