Jumaat, 29 November 2013

Ma'rifat ' Vs ' Jin...

Jam 9 malam apabila anak buah saya Fn
yang  mengadu  panas atas kedua bahu-
nya...menutup mata...dengan cepat saja
ia beritahu ada pontianak duduk atas 
bahunya...

Saya 'memungut' angin bisa atas bahu-
nya...kesan panas tadi  hilang  kecuali
sedikit memanjang atas bahu kirinya.

Kali ini saya memintanya  menumpukan
perhatian...dan ia memberitahu nampak
dirinya sedang berjalan di luar rumah...

Di  sebelah  kirinya  ada  suatu  makhluk
yang  bertubuh tinggi sedang meletakkan
tangan atas bahu kiri Fn...

Tapi  saya  berpendapat.....ia  bukannya
'pontianak'...kerana rambutnya cuma se-
paras telinganya...

Menurut  Fn...makhluk  itu  suka  meng-
hisap  darah....dengan  membenamkan
taringnya  samada  ke tengkuk atau ke-
belakang kepala...

Saya yakin inilah bendanya yang pernah
salah seorang ahli keluarga saya cerita-
kan...

Ianya mengenai satu makhluk yang baru
sampai  ke  kampung...dan  menyerang
orang tertentu terutama orang yang ada
kes darah tinggi...

Pada asasnya..makhluk ini tidak dapat 
membunuh...tapi kesakitan yang timbul
dari  gigitannya  menyebabkan tekanan 
darah seseorang  itu  naik  mendadak...
lalu  menyebabkan  jatuh  pitam...atau
pembuluh darah pecah...

Ada dua kematian berturut-turut yang
dikaitkan  dengan   serangannya...iaitu
seorang  wanita  empat  puluhan  yang
jatuh dari tangga apabila tekanan dara-
nya  menyerang  mendadak...juga se-
orang  lelaki  tua...yang  menyebabkan
ia  jatuh di tandas  dan mengalami pen-
darahan parah pada sebelah kepala-
nya.

Manakala  serangan  lainnya pada salah
seorang ahli keluarga yang baru melahir-
kan .anak..dan. pukul 3 pagi...jin itu 
menampakkan dirinya dalam wad 
hospital..

Selain itu.....ibu.....bapa....sepupu juga
turut menjadi sasaran yang menyebabkan  
tekanan  darah  naik tanpa ada kes 
sebelumnya...

.....atau  tekanan  darah  naik mendadak
sehingga terpaksa dikejarkan ke wad 
kecemasan di waktu malam...

...dan  juga  saya sendiri.....terasa seperti
ada  dua  batang paku sepanjang tiga inci
ditukul masuk ke belakang kepala...

Saya yakin itulah bendanya dan membuat
keputusan tidak akan melepaskan peluang
'keemasan' ini...

Makhuk itu cuba membenamkan taringnya
ke tengkuk Fn...tapi nampaknya jarak 
antara  taring  makhluk  tersebut ' terlebih
sukatan '...

Kedua batang taringnya 'tersasar' ke depan
dada Fn...dengan tengkuk Fn di tengah-
tengah...

Fn  dalam  keadaan menutup mata memberi
isyarat kedudukan hujung taring tersebut...

...iaitu  kalau  ikutkan  ukurannya.....setiap
taring itu sepanjang lebih kurang sekaki...

Saya  masih  ingat  mesej  seorang  sepupu
yang berada di KK apabila membuat 'scan'
jarak jauh pada abangnya yang sedang saya 
rawat...

...apa bendanya tu...bukan  jerangkung  ka
tu ?...

Patutlah ia kata jerangkung...rupanya 'sikit
punya panjang dia punya taring...'

Saya menarik nafas dan mengalirkan nafas
( tenaga / aura ) ke bahagian tangan sambil
membayangkan memegang ke dua batang
taring tersebut...kemudian menarik nafas
cepat sambil membuat gerakan mengopak

Dengan  izin  Tuhan...Fn  beritahu..kedua 
batang taring makhluk itu sudah patah...
tinggal ' sikit ' saja...

Saya fikir....kalau  dah tinggal tunggul dan
benda  tu  masih  gigit orang...tentu lebih
sakit dibuatnya...

Maka saya menarik nafas..tapi kali ini saya
membayangkan  menggenggam  kedua 
' tunggul ' taring tersebut...lalu melepaskan
nafas sambil membuat gerakan mencabut.

Dengan izin Tuhan Fn beritahu gigi makhluk
sudah tercabut...saya baca ayat Kursi dan
tiup padanya niat agar tidak tumbuh lagi...

Saya mula merasa sedikit pelik..nampaknya
makhluk  itu  langsung  tidak  memberi  se-
barang  tentangan...agaknya  jin  itu  punya
' tahap kesabaran yang amat tinggi...'

Fn  yang masih menutup  mata  beritahu...
ia nampak  makhluk  itu  sedang  terikat di 
sebatang pokok pinang berdekatan rumah.

Saya ambil dan lepaskan ke suatu kawasan
di Sungai Liwagu...di mana Fn beritahu
makhluk itu dulunya berkeliaran di situ dan
mengikutnya pulang ke rumah...

Wallohu a'lam

31 ulasan:

  1. Salam tuan UM,apa amalan ataupn kaedah memantapkn makrifaat seseorg?
    Adakah makrifaat ini bkesan thdp benda tdk bernyawa spt kenderaan?
    Wasalam

    BalasPadam
  2. Wslm..
    Bagi perawat biasakan buat rawatan jarak jauh. Tak pun biasakan buat pengisian di air disertai makrifat bukan tiup semata2. Insyallah makrifat makin tajam. Nk lg tajam makrifatkan bau warna rasa. Kena selalu berlatih. Mcm2 cara ada. tahap tinggi hingga boleh membunuh makhluk di alam nyata. Tp tak boleh dedahkan secara umum.

    Untuk kenderaan maksudnya apa..benteng kenderaan ke.

    BalasPadam
  3. as salam,
    ya makrifaat utk benteng kereta mksud saya tn.
    Saya perna dgr geng al maunah guna pertahanan kebal dari makrifaat tenaga dalam.Apa pendapat tuan?

    Benarkah syarat utama makrifaat mesti bguru dahulu?

    Wasalam

    BalasPadam
  4. Wslm..
    Insyallah bole..seeloknya sambil baca doa naik kenderaan sambil makrifatkan cahaya benteng yg meliputi kereta.

    Kalo bawa kenderaan tak ingat Tuhan.. mcm2 bole jd. Jin bole tarik stearing kereta..tarik handle motor..tipu pandangan utk buat kita eksiden.

    Kebal guna makrifat tenaga dalam mmg bole. Aktifkan unsur dlm badan atau tenaga magnetik dlm badan.

    Tidak tp ada guru lg cepat jd & ada barokahnya. contoh tanpa guru 100 jam latihan. Kalo bguru 1 jam je. Wasilah rabitah kna jaga.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth tuan UM...harap maaf ulasan tuan terpadam atas sebab kes4lapan teknikal maklum saja saya sedang belajar masuk ulasan dengan hp nokia modal lama ini.bagaimanapun yang tuan UM maksudkan ialah makrifat dan mimpi bagi kita tapi dunia sebenar bagi jin.terima kasih atas perkongsiannya.wallohu a lam.

    BalasPadam
  6. As salam tuan-tuan...teringat pada seorang rakan apabila seorang rakan lain yang kerasukan jin silat tidak dapat mencarinya dalam sebuah bilik kecil.rakan itu beritahu rahsianya.dia masih dalam bilk tapi ia membayangkan dirinya peti ais. Wallohu a lam

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..

    Mmg begitulah tuan.. Kalau ikut pengalaman mmg sudah byk terbukti. Tp kekuatan makrifat bergantung pd tahap keyakinan kita. Sama ada yakin pd diri sendiri atau yakin pd empunya diri.

    Kalo istilah modennya..Imaginasi Kreatif. Pakar ilmu minda kata kita ni adalah apa yg kita fikirkan.

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth tuan...saya setuju...ma rifat sangat berguna dalam mempertahankan diri dan merawat.jasad kasar kita serba terbatas tapi ma rifat akan dapat mengatasi keterbatasan ini...dengan izin Tuhan. Wallohu a lam

    BalasPadam
  9. Asalamualaikum,
    Ada ape2 surah ataupun amalan jika kita nak mantapkan ma'rifaat?
    Ada ker kisah/cerita bkaitan dgn ma 'rifaat ini..ataupun asal usul kepenggunaan nya?
    Apa beza ma'rifaat dgn tarikat?
    Wallahu'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makrifat yg kami cerita kat sini bukan yg 'syariat tarekat hakikat makrifat' tu. ia memang ada kaitan tp dlm skop bidang yg berlainan.

      Padam
  10. Cerita terbaru..

    Mlm td bekas pesakit yg terkena sihir vodoo dtg melawat. Alhmdllh telah sembuh dgn izin Allah.

    Dia mengadu setiap hari nampak mcm2 makhluk. Sy ajar sedikit ilmu makrifat pedang ayatul qursi.

    Waktu blk ke rumahnya di kinarut terus diuji. Seekor pontianak melekap di cermin dpn keretanya. Terus dipancung. Tp masalah baru timbul kerana bau darah yg kuat hingga termuntah2.

    Waktu nak tidur pula dikelilingi sekumpulan pontianak yg dtg utk balas dendam.

    Mlm ni dia dtg lg. Insyallah akan sy test betul2 nampak atau nampak sbb pengaruh kotoran jin di mata dan otak.

    BalasPadam
  11. As Salam tuan,
    Bagaimana cara kita mengesan asal sihir dgn menggunakn makrifaat?
    Saya teringat kisah Rasulullah saw terkena sihir dan sihir itu terlalu kuat dan perlu dimusnahkn sumber sihir tersebut baru lah sembuh dgn izin Allah swt..Ada apa2 ilmu mgesan sumber sesuatu sihir bole dikongsi?

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan....

    Saya berbesar hati kerana tuan sudi berkongsi
    pengalaman merawat dalam ruangan ini...
    harap-harapnya hari ini tuan ada perkembangan
    terbaru tentang rakan itu ya.

    Pada saudara Johan...

    Ma'rifat yang kita bicarakan ini ialah membayang-
    kan sesuatu ada atau berlaku dalam fikiran...

    Sementara ma'rifat yang biasa disebut ma'rifatul-
    loh...bermaksud ilmu mengenal Allah...sifat-sifat-
    NYA...dan segala perkara berkaitan suruhan dan
    laranNYA...

    Tarikat bermaksud jalan...dan pada golongan
    sufi...tarikat bermaksud jalan kepada mencari
    keredhaan Allah...secara lebih khusus...

    Iaitu amalannya sama seperti kita...tapi dalam
    tarikat ini perkara tasauf atau adab hatinya
    sangat-sangat ditekankan...maka ditambah
    dengan amalan-amalan seperti zikir dan adab-
    adab yang lebih khusus...dengan tujuan utama-
    nya untuk membersihkan hati...

    Pada saudara Js SL...

    Dengan cara ma'rifat bagi orang biasa...biasa-
    nya agak sukar..tapi cara mengatasinya...kita bayangkan saja asal sihir itu di depan...atau
    dalam tangan maka kita lemahkan atau
    kita musnahkan...

    Cuma kalau ada cara lain...harap-harapnya ada
    rakan yang sudi berkongsi di sini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. Waalakum salam..

    Di ipk. Bahagian jenayah berat.

    Insyallah boleh kesan. Sy byk guna kaedah doa utk kesan barang sihir. Biasa org panggil ilmu radar ghaib. Boleh guna utk pelbagai tujuan. Yg penting kekuatan ghaib barang sihir tu yg perlu dimusnahkan bukan barang sihirnya.

    Kisah nabi disihir antara pengajarannya bukan sihir tu kuat. Tp bukti sihir tu ada dan nabi tu manusia biasa yg boleh terkena sihir. Zahir nabi manusia boleh terluka, berdarah, demam dan sebagainya. Tp ia sedikit pun tidak menurunkan darjatnya sebagai kekasih Allah. Dari segi rohani nabi tiada tandingannya.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  14. Salam tuan2,
    Saya ada sedikit persoalan tapi lari dari topik di atas..
    Bagaimana yg dikatakan seseorg itu jd 'gila isim'?Ada org mgatakn jika tlmpau byk guru dn tlmpau byk amal zikir2 bole panas badan dan jd gila isim.Mohon pcerahan mana2 rakan.
    wasalam

    BalasPadam
  15. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Sebenarnya gila itu tak ada kena mengena
    dengan isim...ia adalah gejala gangguan
    jin yang mengambil kesempatan pada orang
    amal zikir terutama bila niatnya beramal
    untuk mecari kehebatan dunia semata-mata.

    Maka angin bisa atau jin itu masuk otaknya...
    dada atau merasuk dalam badan...membuat
    fikiran dan perasaannya bercelaru....

    Ada juga zikir yang tak ada jin ambil kesem-
    patan dengannya...tapi seseorang itu kepa-
    nasan kerana ada angin bisa jin atau jin
    dalam badannya...

    Kalau tiada gangguan...sekurang-kurang-
    nya apabila amalan yang banyak itu kurang
    serasi antara satu sama lain...terutama
    apabila ia berkaitan pernafasan...ia sekadar
    melemahkan atau badan rasa kurang sihat
    dan tak akan ada jadi gilanya...Wallohu a'lam.

    Pada saudara Johan...Solat khyusuk...baca
    Quran dengan tertib dan penuh keyakinan...
    mengelak atau mengurangkan perkara yang
    sia-sia seperti banyak cakap...banyak ber-
    gurau...banyak ketawa...berhibur dengan
    cara tidak Islamik termasuk mendengar
    muzik...menonton...mata dan telinga yang
    sentiasa tidak terkawal...akan membantu
    kekuatan ma'rifat...

    Selain itu elakkan lama-lama atau berpaling
    ke kanan kiri dalam tandas tanpa keperluan
    kerana akan mewariskan was-was...

    Elakkan juga rasa ragu-ragu menguasai hati
    dalam kehidupan sehari-hari...

    Banyak latihan juga akan dapat membantu...
    sekurang-kurangnya...lihat tapak tangan
    sendiri...ingat bentuk...warna dan kedudukan-
    nya...kemudian tutup mata tapi bayangkan
    kita masih melihat tapak tangan kita seperti
    tadinya...

    Boleh pandang pada sesuatu lain...ingat...
    dan tutup mata dan bayangkan kita masih
    nampak benda itu dengan segala bentuk..
    warna dan kedudukannya...atau boleh
    pandang wajah seseorang lain...dan buat
    cara yang sama...

    Atau boleh duduk dalam bilik...ingat semua
    benda dalam bilik dan kedudukannya...
    serta warna dan sebagainya...kemudian tutup
    mata dan bayangkan anda masih dapat me-
    lihatnya...dan sebagainya...

    Pernafasan yang perlahan dan penuh tumpuan
    juga dapat membantu menguatkan ma'rifat
    dan sebagainya...

    Berzikir dalam hati dan bayangkan zikir itu
    ada suaranya...sehingga telinga seolah-olah
    dapat mendengarnya juga boleh meningkat-
    kan kekuatan ma'rifat...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  16. Terima kasih tuan UM atas perkongsiannya...dan
    harapnya kalau ada perkembangan baru rakan
    yang diganggu pontianak ( jin betina )...itu...
    sudilah kiranya dikongsi sama...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum..

    Mcm2 cara boleh buat utk kuatkn makrifat. Betul tu cara tn junied. Cara paling mudah tengok filem2 barat yg ada power mcm2 tu. Tiru je tekniknya.

    Pasal bekas pesakit yg nampak pontianak tu..sbb pengaruh jin qorin yg kerap masuk dalam badan. Maka tiap kali qorinnya masuk badan dapatla dia lihat makhluk halus. Senang kata kasyaf bantuan la..

    Qorin ni biasa boleh masuk dalam badan jika kita dlm keadaan keliru, terlampau takut, sedih, marah. Kalo banyak angin bisa dalam badan. lagilah mudah dia masuk.

    Cuma qorin ni antara golongan jin yg tidak akan mati dengan bacaan Al Quran atau apa2 jurus sekali pun. Cuma sekadar boleh dilemahkan.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  18. Salam Tuan,
    Benar tuan UM ulas tu, jin qorin golongan jin yang tidak mati dgn bacaan alquran dan apa2 jurus..Hanya qorin Rasulullah saw yang memeluk agama islam krn mukjizat dan pertolongan Allah swt.
    Persoalan saya, adakah qorin ini sentiasa berada tubuh manusia jika manusia itu meninggal dunia?

    Apa beza qorin dgn saka dari segi gangguan&penyakit?

    Jika ada gangguan qorin, bagaimana teknik/kaedah/amalan untuk menghalang atau melemahkan qorin ini dlm tubuh badan.

    Untuk tuan UM, jika ada rakan ingin meminta rawatan dengan tuan, adakah tuan terima? Saya ada kawan menghadapi masalah gangguan jin daripada saka dan jin dari persilatan. Sudah banyak tempat dia berubat namun blm ada kesembuhan dari Allah swt. Klu tuan bersetuju, ini email saya
    ( jays_sl@yahoo.com)

    BalasPadam
  19. Wslm..
    Insyallah bole je. Rakan tu tinggal di mana. Qorin ni ikut kita sejak dari dlm kandungan ibu lg hingga waktu hembus nafas terakhir.

    Antara gangguannya cepat lupa.. suka mengelamun.. selalu tak sedap hati.. suka lewatkan solat bg yg solat la.. fikiran selalu berulang2 fikir benda yg sama.. kalau dirasuk qorin jari2 selalunya akan bengkok. Cuba uji kalo baca ayat tiup langsung takda kesan.. tapi kelemahannya dengan istigfar & syahadah.. bole keluarkan dgn cara tarik @ tepuk belakang badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Wslm..
      Sy tinggal di berek ipk kepayan. Sy da email no tpon td.

      Padam
  20. Alhamdulilllah...terima kasih atas perkongsian
    rakan-rakan semua...

    Kekuatan Qorin juga dapat dilemahkan dengan
    buat apa yang Tuhan perintah...dan tinggalkan
    sekuat mana yang dilarang...kerana seperti
    yang Rasulullah SAW beritahu...qarin itu sen-
    tiasa menyuruh kepada dosa dan kejahatan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  21. As salam..

    Mulakan setiap perbuatan dgn Bismillah.. sudahi dgn Alhamdulillah.. kalo x kita mkn dia ikut mkn. Kita minum dia ikut minum. Kita ngamput pun dia ikut ngamput..hehe. kalo pernah dgr kisah setan kurus ngn setan gemuk Insyallah akan faham.

    Antara tips utk atasi org yg hampir kerasukan jin qorinnya adalah tanya dia soalan2 yg akan buat dia berfikir.

    Insyallah pengaruh qorin hilang serta merta. Atau bangunkan pesakit dan suruh dia regangkan badan buat senaman ringan utk lancarkan perjalanan darah.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  22. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Kalau begitu tuan...nama penuh qorin ialah
    qorin of kaduk naik kepala...

    Terima kasih tuan atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  23. As salam tuan UM...

    Apabila kita lempar bola aura atau rejam jantung
    jin dengan 'benda tajam' secara ma'rifat...adakah
    jin itu boleh terbunuh ?

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  24. Waalaikum salam..

    Biiznillah..Insyallah..biasanya apabila sesuatu jurus atau serangan senjata makrifat itu mengenai sasarannya. Akan terlihat satu gambaran jin itu terbaring/terbakar/meletup.

    Jika yg dibunuh tu jin yg ganggu pesakit. Insyallah pesakit terus sembuh..

    Jika NIAT kita tajam Insyallah kita mampu menggunakan bioenergi @ tenaga elektromagnetik tubuh kita utk membentu senjata makrifat/senjata tenaga/senjata aura.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah...terima kasih tuan atas penerangan-
    nya...

    Ada perawat kata...kalau jin dalam badan seseorang
    itu disembelih...jin itu akan mati di alam manusia
    untuk selama-lamanya tapi akan terus hidup di alam
    jin...

    Apa pandangan tuan tentang perkara ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  26. Wslm tn..

    Tak tau la pulak ada makhluk yg bole mati 2 kali. Biasa kalo dijurus. Jin tu da xdpt dikesan dlm alam manusia dan tak da juga kat alam jin. Mungkin yg dimaksudkan perawat tu menyembelih kebolehan jin tu utk menjelma di alam manusia tp jin tu masih hidup di alam jin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam tuan. Maaf tuan, boleh tuan contact saya juga di number ini 0138350677. Saya juga ada perkara yang ingin dibincangkan.

      Padam