Sabtu, 31 Mac 2012

Di Ufuk Timur (52)...Dahsyatnya Nafsu...


Si Iblis  yang sedang dikuasai oleh nafsunya ber-
kata...Aku  lebih  baik d aripada  Adam...sebagai  
bantahannya  kepada perintah Tuhan...


Si Firaun yang  sedang  dikuasai  oleh nafsunya 
berkata...Aku lah tuhanmu yang maha tinggi...


Engkau boleh menjadi semulia-mulia   makhluk  
di  sisi Tuhan....iaitu apabila engkau menguasai 
nafsumu...


Dan engkau boleh menjadi sehina-hina makhluk 
di  sisi  Tuhan.....iaitu  apabila  engkau dikuasai 
nafsumu....


Wallohu a'lam

Di Ufuk imur (51)...Tuhan Peduli...

Tuhan  mengerti  semua  perkara...Tuhan  peduli 
semua  perkara....


Wallohu a'lam

Khamis, 29 Mac 2012

Di Ufuk Timur (50)...Alahai Mata Kepala !

Cuba anda huraikan apa yang anda lihat dalam gambar ini dengan mengikut pandangan mata kepala...semata-mata....dan mungkin saya boleh bantu sikit....


1.Gunung Kinabalu dan bangunan itu terletak dibawah
pokok durian....


...juga kita dapat lihat awan di bawah pokok tersebut...


2.Di atas pokok itu ada beberapa biji buah durian dan
dua biji darinya 'duduk' atas gunung...


3.Sebahagian daripada buah durian itu kalau gugur...
maka  ia  gugur atas gunung...manakala  sebiji darinya
kalau gugur...akan  jatuh  ke atas atap bangunan yang
kelihatan paling besar...dan pasti bangunan itu akan ra-
nap...lihat saja saiz buah duriannya....


4.Perhatikan bangunan yang paling besar..ada sepohon
pokok kayu melekat pada dindingnya....


5.Lihat atap bangunan yang berwarna biru....ada sepo-
hon kayu tumbuh diatasnya...manakala...sebuah bangu-
nan lain kelihatan terhimpit antara dua pohon kayu....


...dan sebagainya...


Pengajarannya...


1.kita tidak sepatutnya membina bangunan di bawah 
pokok durian...kerana ia tidak hanya akan merosak-
kan  bangunan apabila ditimpa buah durian masak...
malah  mungkin  membahayakan nyawa orang  yang  
tinggal  pada bangunan dan persekitarannya...


Dengan  saiz  buah durian yang xxxxxL itu...pendek 
kata  kalau pakai topi keledar pun tak ada gunanya.


2.Jangan  tanam  pokok  kayu atas atap....kerana ia 
bukannya tempat yang sesuai untuk menanam pok-
ok...


3.Sepatutnya  bangunan itu dibina di tempat lapang
kerana  apabila  pokok  besar  melekat padanya..ia 
akan  melibatkan  kerosakan pada bangunan untuk 
membuangnya....


4.Kalau  anda  nak  tengok buah durian yang paling 
besar...silalah  datang  ke  Ranau...tapi  kalau anda 
bercadang nak beli sebiji...sila bawa lori sendiri...


...dan sebagainya...


Begitulah  penilaiannnya  kalau  kita  guna pandan-
an mata kepala semata-mata...


...dan  dalam  hidup ini...masih banyak perkara yang 
akan mengelirukan...kalau anda sekadar celik mata 
kepala...tapi 'rabun' mata hati....


Wallohu a'lam

Angin Bisa (36)...Kudis Berair....

Sudah  jam  5.10  minit  petang...apabila  tiba-tiba  se-
orang rakan sekerja lelaki masuk pejabat dan memberi
salam...

Sebaik  saja  ia duduk di kerusi depan..."entah kenapa
ni kaki saya.." katanya sambil mengangkat kaki kanan
naik atas meja dan diletak betul-betul dihadapan saya
siap pakai sarung kaki perempuan...

" Saya pakai stokin perempuan...he..he..he.."katanya
segan-segan...tapi apabila ia membuka stokin tersebut
lain pula 'pemandangannya'...

Kakinya  membengkak  hingga ke buku lali...berpunca
dari jari tengah kaki kanannya berkudis dan berair...
sejak minggu lalu....

Ia  sudah ke hospital juga bomoh kampung...tapi kaki-
nya semakin membengkak...

Kalau sudah masuk pejabat terus angkat kaki atas meja
tu...rasanya rakan itu sudah terdesak mencari rawatan..

Saya  tak  pernah merawatnya...ia biasanya lebih yakin
kepada bomoh...tapi  nampakny a kali ini...ia sudah ter-
desak...dan  saya  pun  tak  tanya nak minta rawat atau
tidak...saya letak jari telunjuk pada hujung jarinya yang
berkudis air...

Rakan itu beritahu...ia merasa laluan angin dari jari ters-
ebut ke bahagian lututnya...

Rakan   itu  menurunkan kakinya ke lantai...dan kali ini
saya  membaca  Ayat Seribu Dinar...rakan itu  beritahu
ada gerakan semut-semut berkumpul atas belakang tu-
mitnya...kemudian berpindah ke perut tapak kaki...

Saya  'tarik cabut'  melalui  semua  hujung  jari kaki kan-
annya hingga semut-semut itu tak terasa lagi...

Saya  beritahu  rakan  itu agar berpantang sementara pi-
sang...telur ayam dan daging binatang 4 kaki...

Hari  ketiga..rakan itu  datang  kerja dengan kasut hitam
berkilatnya...nampaknya  tak payah  berselipar dan pa-
kai stokin perempuan lagi..kudisnya sudah mula kering
dengan izin Tuhan...

Biasanya  bagi kudis  berair...saya  pasti  gunakan Ayat
Seribu Dinar...

Kalau ia atas permukaan kulit...saya akan hadapkan ta-
pak tangan dan bacakan Ayat seribu Dinar...dan selalu-
nyaia dirasa panas dan ada semut-semut bergerak...

Semut-semut  itu  adalah  jin  yang  akan membebaskan
angin beracunnya dan kulit menjadi berkudis dan berair.

Kalau rawatan tak serasi.....ia mungkin bertahan berbu-
lan atau bertahun kemudian pada masa tertentu ia akan
menjadi sangat gatal..dan apabila digaru..ia mungkin me-
larat...

Kadang-kadang pula ia akan kering dan hilang tapi akan
muncul pula pada tempat lain...malah saya pernah ber-
jumpa seorang nenek...badannya bengkak  berair...
keluar

Rabu, 28 Mac 2012

Angin Bisa (35)...Makhluk Aneh Dalam Badan...

Sudah 2  hari  pakcik  itu  merasa  sakit  pada  belikat
kanannya.....bermula pada satu pagi semasa ia pulang
dari berjemaah Subuh di surau...

..tiba-tiba ia merasa kurang selesa pada belikatnya dan
siang itu ianya menjadi sakit dan satu ketika ia merasa
ada sesuatu benda bergerak padanya...

Apabila pakcik  itu mencapainya dengan tapak tangan
kiri  pakcik itu dapat merasakan benda hidup bergerak
dibawah kulitnya...

Bentuk  benda  itu  membonjol  menolak kulitnya dan
menimbulkan rasa sakit...

Ianya berbentuk seperti ulat gergasi sepanjang sejeng-
kal....

Saya  membaca  ayat Seribu Dinar dan menarik nafas.

Apabila saya melekapkan tapak tangan kanan ke temp-
at benda  tersebut bergerak pada siangnya...saya dapat
merasa  ada  sesuatu  benda seperti meletup dan pecah
mendidih...dan serentak itu...bahang  angin panas keuar
dari tapak tangan kanan serta hujung-hujung jarinya...

Setelah bahang panas itu dirasanya habis keluar..pakcik
itu merasa ada semut pada jari manis tangan kanannnya.

Ia  mungkin  jin  tersebut yang masuk ke belikat melalui
jari  manisnya...maka saya cubit cabut beberapa kali....
sehingga  pakcik  itu rasakan semutnya dah tak ada lagi.

Saya  kemudian  merukyah pakcik itu dengan Fatihah...
ayat  Kursi...3  Qul...Doa  Nabi  Khidir  As...dan Ayat
Seribu Dinar berserta pernafasan...

Terasa  angin  panas keluar dari ubun-ubun pakcik itu...
tandanya  jin  tersebut juga telah meresapkan angin bisa
pada  bahagian kepalanya menjadikan pakcik itu terasa
buntu dan bingung semasa makhluk itu muncul dibelikat
kanannya...

Agaknya...jin itu masih 'kurang yakin' pada kemampuan
dirinya  sendiri  sehingga  ia cuba  juga menguasai fikiran
pakcik tu agar buntu dan tak tahu apa yang sepatutnya
nak dibuat...atau terfikir nak melawan...

Namun begitulah hakikatnya cara kebanyakan jin...kalau-
lah  benar-benar  ianya  makhluk yang kuat...rasanya tak
perlulah ia takut akan sebarang serangan balas...

( Tak akan terjadi sesuatu melainkan atas izin dan kekua-
saan Tuhan...maka  janganlah  sampai kita memikirkan se-
olah-olah jin itu juga berkuasa...)

Wallohu a'lam


Di Ufuk Timur (49)...Guna Nafsu...

Kadang-kadang...engkau dapat mengenali kebaikan dan
kebenaran...iaitu  dengan kebencian  nafsumu terhadap-
nya...

Dan kadang-kadang...engkau akan dapat mengenali keja-
hatan  dan  kesesatan...iaitu  dengan  cintanya  nafsumu
kepadanya...

Kerana sesungguhnya...nafsu itu adalah seingkar-ingkar
makhluk...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (48)...Kegelapan...

Perhatikan...setiap hari engkau akan didatangi kegela-
pan...iaitu kegelapan malam...

...namun akan  tiba saatnya nanti...engkau yang akan
mendatangi kegelapan...iaitu kegelapan liang kubur...

Wallohu a'lam

Selasa, 27 Mac 2012

Di Ufuk Timur (47)...Susah Atau Senang ?

Kepahitan hidup yang  membawa  engkau  kepada keredh-
aan Tuhan itu lebih baik untukmu daripada kemanisan hidup
yang membawa engkau kepada kemurkaan Tuhan...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (46)...Teman Atau Musuh ?

Kalau engkau dimusuhi seseorang sehingga menyebab-
kan hati engkau dekat kepada Tuhan...

...itu  lebih baik untukmu  daripada  engkau  mendapat
seorang  teman  yang  menyebabkan  hati  engkau jauh
daripada Tuhan...

Wallohu a'lam

Khamis, 22 Mac 2012

Di Ufuk Timur (45)...Kehebatan Doa...

Seorang  rakan  bertanya...kalau  segalanya yang akan
berlaku  itu sudah Tuhan tentukan...maka untuk apa la-
gi kita berdoa...

Jawabku...kerana segala ketentuan itu masih boleh ber-
ubah dan diubah dengan doa...

Menurut riwayatnya...segala perkara yang akan berlaku
itu telah tercatat di langit ke tujuh ( dalam Luh Mahfuz )
maka selagi setiap catatan itu belum dikeluarkan dan di-
perintah Tuhan kepada malaikat untuk melaksanakan-
nya...maka selagi itu ia masih boleh berubah dan diubah
dengan ketentuan Tuhan...

Tapi apabila Tuhan telah perintahkan malaikat untuk me-
laksanakannya....maka  tak  akan  ada sesiapa lagi yang
akan mampu mengubahnya...

Itu  yang  disebutkan...berdoalah kamu...kerana doa itu
bermanafaat untuk perkara-perkara yang akan berlaku.

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (44)...Peringatan Kesusahan...

Kesusahan itu sepatutnya mengingatkan engkau akan
keadaanmu  sebagai  makhluk  yang serba lemah dan
kekurangan...

...kerana itu...engkau sentiasa memerlukan Tuhanmu.

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (43)...Takdir Bunuh Diri ?

Seorang rakan bertanya...apabila seseorang itu membunuh
diri...adakah itu takdir Tuhan untuknya ?

Aku menjawab...bunuh diri itu pilihannya sendiri...tapi ka-
lau dibunuh...barulah dikatakan itu takdir untuknya...

Sesuatu yang disengajakan...maka ia adalah pilihan...maka
si pencuri  tak  boleh  katakan  ia mencuri kerana itu takdir
untuknya...

Sebaliknya  yang  dikatakan takdir itu adalah sesuatu yang
tak disengajakan...maka ia adalah ujian Tuhan untukmu...

(kalau ada sebarang salah silap harap pembaca betulkan...)

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (42)...Susah Dan Senang...

Apabila  kita  ditimpa kesusahan...maka kita katakan ia
dari Tuhan...

...tapi  apabila kesenangan yang mendatang...kita selalu
lupa ia dari Tuhan...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (41)...Sifat Manusia...

Kita selalu mempersoalkan apabila Tuhan tak beri apa yang
kita minta...

...tapi kita selalu lupa bersyukur dengan apa yang Tuhan be-
ri...sedangkan kita tak pernah memintanya...

Wallohu a'lam

Rabu, 21 Mac 2012

Di Ufuk Timur (40)...Tanda Putus Asa...

Adapun antara tanda berputus asa kepada rahmat
(keampunan) Tuhan  bagi  orang yang berdosa itu
ialah  apabila  engkau  meninggalkan ketaataanmu
kepada Tuhan  semata-mata  kerana  merasa telah
melakukan dosa (kederhakaan) kepada Tuhan....

Si  akal  kurang  berilmu...si  nafsu tak terdidik...si
syaitan membisik..maka engkau berkata...buat apa
lagi  aku  beramal...kerana  pasti  akan  sia-sia  saja
Tuhan tak terima..lalu si syaitan bersorak gembira.

Dengan berkekalan yang sedemikian tanpa hidayah
Tuhan...sebesar-besar bahayanya ialah engkau akan
meninggalkan dunia  sementara  ini  dalam  keadaan
tercabut imanmu  dan  engkau  akan  masuk  tinggal
kekal dalam Neraka yang abadi...

Tidakkah engkau mengetahui firmanNYA yang ber-
maksud...Tidak ada  orang  yang  berputus asa dari
rahmat Tuhan kecuali orang kafir.(Huraian maksud
ayat Qur'an)...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (39)...Kata-Kata...

Dalam  setiap kata-kata itu tersimpan nilai-nilai kehormatan
dan kebajikan diri...maka kalau anda sendiri tak pasti untuk
apa anda berkata-kata...lebih baik anda diam...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (38)...Lidah...

Seseorang manusia itu sentiasa bersembunyi dibalik lidah-
nya...atau  sentiasa  menzahirkan  dirinya  yang sebenar...
juga melalui lidahnya...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (37)...Perkara Remeh...

Perkara remeh itu dapat anda kenal dengan akal...dan bu-
kan dengan perasaan...

kadang-kadang perasaan memperbesar-besarkan perkara
kecil...dan  kadang-kadang  perasaan  akan memperkecil-
kecilkan perkara besar...

Wallohu a'lam

Di ufuk Timur (36)...Berdebat...

Suka berdebat akan mengajar anda mengejar kemenangan
dan meremehkan kebenaran...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (35)...Rasional...

Bagaimana anda akan bersikap rasional...kalau cara anda
berfikir tak rasional...

Wallohu a'lam

Di Ufuk Timur (34)...Lemah Diri...

Selemah-lemah pun diri anda...jadikanlah diri anda se-
orang  yang dapat diharap...sekurang-kurangnya oleh
diri anda sendiri...

Wallohu a'lam

Isnin, 12 Mac 2012

Angin Bisa (34)...Sakit Dada...

Sudah beberapa hari ibu itu sakit-sakit badannya tanpa
sebarang sebab yang  jelas...dan  lebih-lebih  lagi  pada
bahagian  tengah-tengah  dadanya yang sakitnya terasa
berdenyut-denyut terutama pada waktu malam...

Ketika ia masuk ke dalam pejabat...jelas ia sedang me-
nahan  kesakitan...

Saya  meminta ibu yang juga rakan sekerja itu menutup
matanya...dan menumpukan perhatian ke bahagian ten-
gah dada yang sakit kemudian saya mula merukyahnya.

Baru 3 kali  baca Fatihah..ibu itu memberitahu ia terna-
mpak sepohon kayu yang besar tapi ia tak tahu tempat-
nya dimana kerana ia diliputi oleh awan....

Tak lama kemudian...pokok itu bergerak semakin ham-
pir dan ternyata bentuknya berubah seperti seekor ulat
hijau yang besar...

Saya terus merukyahnya dan meminta ibu itu terus me-
merhatikan  ulat  tadi...tiba-tiba ia brubah bentuk...dan
sangat jelas... ia adalah suatu makhluk lelaki aneh...
badannya berwarna hijau...kulinya licin seperti kulit ka-
tak...dengan kepalanya tirus dan panjang ke atas...

Saya  bertanya  pada ibu itu kalau ia dapat merasakan
asal  usul  makhluk tersebut...tapi ia tak dapat merasa-
kannya...cuma  ibu  itu memberitahu makhluk itu bera-
da di dalam bahagian tengah dadanya yang sakit....

Saya meneruskan rukyah...dan perlahan-lahan makh-
luk itu kelihatan semakin jauh...dan akhirnya hilang...

Apabila  ibu  itu membuka matanya...ia memegang ba-
hagian  dadanya  yang sakit  tadi sambil menarik nafas-
nya  beberapa kali...tak  terasa  lagi sakitnya...dengan
izin Tuhan...

Esoknya ibu itu memberitahu...apabila ia meminum air
doa itu pada malamnya...tiba-tiba dadanya sakit semu-
la...tapi  tak lama  kemudian sakit itu hilang...badannya
berpeluh banyak dan sejuk...

Agaknya mungkin makhluk itu cuba masuk dan berta-
han...dan itulah  biasanya  yang kita hadapi apabila jin
dalam badan sudah keluar...ia mungkin akan cuba ma-
suk semula...

Ibu itu memberitahu ia berpantang makan pisang untuk
sementara  kerana  ia dapat merasakan dada dan bad-
annya akan sakit kalau memakannya...

Wallohu a'lam


Sabtu, 10 Mac 2012

'SCAN' (09)...Anda Dan Perangai Jin...

Semasa merukyah seorang rakan...rakan itu dapat merasa-
kan...malah  terbayang kehadiran satu makhluk seperti
monyet tapi tak berbulu duduk mencangkung dalam bad-
annya...

Ketika  itu juga rakan tadi merasa ada satu kecenderung-
an tubuhnya nak duduk mencangkung sebagaimana mak-
hluk tersebut...

Ia  menunjukkan  bahawa rakan itu mendapat pengaruh
darinya...dan  bukan itu saja...rakan itu mengalami suatu
pengaruh pada sikapnya dalam sehari-hari...

Sebenarnya tak sedikit kalangan kita yang mengalami  ke-
adaan  yang  sama  iaitu  ada pengaruh jin dalam badan
pada hidup kita sehari-hari...

...dan untuk lebih jelas...saya akan nyatakan antara con-
toh umumnya...

Makhluk tadi  adalah  dari  bangsa  jin yang tinggal menu-
mpang dalam badan...maka kalau dalam badan anda ada
jin...

...dan  jin  dalam  badan anda suka bergaduh...atau suka
bertengkar..maka anda akan sentiasa mencari jalan nak be-
rgaduh dan bertengkar...

Kalau jin dalam badan anda pendendam..anda juga akan
jadi pendendam...

Kalau  jin dalam  badan anda asyik marah tak tentu pasal
..anda juga akan asyik marah-marah tak tentu
pasal...

Kalau  jin  dalam badan asyik nak menunjuk-nunjuk anda
juga akan  menjadi  seorang yang suka menunjuk-nunjuk
dan  suka  memandang  rendah  kepada orang lain...

Kalau jin dalam badan asyik rasa sedih..maka anda juga as-
yik nak rasa sedih tak tentu pasal malah kalau jin itu asy-
ik teringat kepada  tuannya yang sudah meninggal dunia...
anda  juga akan asyik teringat kepada orang yang sudah
meninggal tersebut...

Kalau jin dalam badan asyik gembira atau gelihati tak te-
ntu pasal..maka  anda  juga akan asyik gembira dan keta-
wa kelucuan tak tentu pasal...macamlah anda ada 'tukang
geletek tetap' yang  menemani  anda ke mana-mana......

Kalau  jin dalam badan asyik rindu entah pada siapa...
anda juga akan rasa rindu tapi tak tahu pada siapa...

Kalau  jin  dalam badan suka menonton tv...anda juga ak-
an asyik nak menonton tv...malah  ada juga jin yang suka
menonton kartun...

Kalau  jin dalam badan suka makan asap maka anda juga
akan sibuk mengilang asap dengan rokok dan sebagainya
...yang penting...ada 'asapnyaa'...

Kalau  jin  dalam  badan suka mendengar lagu...maka anda
juga akan ketagih mendengar lagu-lagu yang biasanya  me-
nggalakkan  lupa kepada Tuhan...sebaliknya mengingatkan
kepada si dia semata-mata...

Kalau  jin  dalam  badan suka bercinta...tak ada kerja lain...
asyik nak cari boyfriend atau girlfriend sajalah anda dibu-
atnya...kalau putus...cepat-cepat cari 'bekalan baru'...
pendek kata tak boleh 'putus bekalan cinta'...

Kalau  jin  dalam badan  ketagih arak..maka anda juga
akan ketagih arak...kalau jin suka beer...beerlah jawab-
nya...kalau  jin suka  tapai  masam...tapailah  jawabnya
...kalau  semua 'serba boleh'....asal arak sajalah..semua
boleh 'tonggang' hingga tunggang langgang...

Kalau  jin  dalam  badan  suka  berpeleseran tak tentu
pasal...maka anda juga akan suka berpeleseran tak te-
ntu pasal...dan  biasanya  ikut  resmi 'pontianak'...tidur
siang jaga malam...

Kalau  jin  dalam  badan suka berjudi...anda juga akan
ketagih berjudi...tak kira apa juga jenis judi...dari nom-
bor ekor...hingga  ke  ekor ayam  di gelanggang tengah
hutan sebelah kawasan kubur lama...dan sebagainya...

Kalau jin dalam badan benci pada pasangan anda...ma-
ka anda juga  akan merasa marah dan benci pada pasa-
ngan tak tentu pasal...

...dan saya yakin...tak sedikit penceraian atau kecurang-
an pasangan adalah dari sebab pengaruh jin dalam badan
terutama  dari  pengaruh  jin  saka atau jin ilmu yang telah
sebati dalam badan...

...malah seorang rakan terbayang isterinya berzina dengan
bos pejabatnya....juga  seorang isteri terbayang jelas 'girl-
friend'  suaminya  dengan lenggang lenggoknya datang ke-
rumah...tapi kemudian diketahui hanya sekadar permainan
jin saka  mereka  sendiri yang cuba menghancurkan rumah
tangga mereka....

Kalau jin dalam badan asyik cemburu pada pasangan anda
maka anda juga akan asyik cemburu tak yentu pasal pada
pasangan anda...

Kalau  jin  dalam  badan takut orang...anda akan asyik rasa
nak berkurung dan mengelak diri dari orang lain kerana me-
rasa takut tak tentu pasal...

Kalau jin dalam badan benci kanak-kanak...maka anda ak-
an  asyik  rasa  benci dan  meluat  pada  kanak-kanak  dan
asyik  rasa nak  membuli...nak menyeksa  malah boleh jadi
membunuh samada sengaja atau tak sengaja kerana terlebih
seksa...

...antaranya  jin itu boleh  jadi  jin  perempuan tua...jin ilmu...
bekas jin pemujaan dan sebagainya...

Kalau  jin  dalam badan  benci  pada seseorang lain...maka
anda juga akan benci tak tentu pasal pada orang tersebut....
tak payah ada sebab...malah biasanya tanpa sebab munasa-
bah...

Kalau  jin  dalam badan asyik bersangka buruk...atau meng-
hasut..maka anda juga akan asyik bersangka buruk tak tentu
pasal...

Kalau  jin  dalam  badan  malas solat ( memang pun...mana-
lah syaitan nak solat )...itu  yang anda liat sangat nak solat...
pantang saja niat nak solat...mulalah rasa letih...pening...be-
rat badan..mengantuk...malah tak kurang yamg mengamuk
semata-mata kerana kena suruh solat...

Kalau  jin  dalam badan takut  cahaya  terang...maka anda
akan sentiasa mencari tempat gelap...atau kurang terdedah
pada cahaya terang...malah kalau dah sebati sangat....
cahaya terang mungkin akan 'mengancam keselamatan' diri
anda...

...dan sebagainya...

Tak  pula  bermaksud  asal saja sikap atau perangai buruk
atau tak senonoh itu bererti ada jin dalam badan...tapi bia-
sanya itu yang  terjadi...

...dan  malah kadang-kadang anda secara 'bersih' tanpa pe-
ngaruh jin mengerjakan kejahatan...maka perbuatan anda itu
menarik  perhatian  jin  dan ia  datang  kepada  anda...maka
anda ada dorongan dan kekuatan tambahan...

Kemudian pula apabila sikap buruk itu dari pengaruh jin da-
lam badan...maka  anda  akan agak sukar membuang tabiat
anda  tersebut  selagi  jin dalam badan itu tak dikeluarkan...
(tapi tak mustahil...jangan putus asa dengan rahmat Tuhan).

Seperkara lagi yang akan menjadi cabaran besar untuk me-
mperbaiki diri iaitu apabila jin menghasut pada perkara atau
perbuaan yang anda gemari...

Contohnya...anda berjudi...atau suka mencari jalan senang
nak senang...walaupun biasanya pada akhirnya ia buat anda
tambah tak senang...maka jin menghasut anda berjudi...atau
menipu...

...anda  suka  menunjuk-nunjuk....maka  jin menghasut anda
bawa kereta selaju 'pelesit putus ekor'...kemudiannya  mun-
gkin  turut membuat anda 'mati laju'...tak sempat kawin lagi...

...atau anda suka cabaran...maka jin menghasut anda terjun
kelaut...sedangkan ilmu berenang anda baru sekadar sejen-
gkal...

...anda penyombong...maka jin itu menghasut anda supaya
dengki dan menyusahkan orang lain...

...anda suka bersenang lenang..maka jin hasut anda supaya
bermalas-malasan...

...anda pemalu...maka jin menghasut anda membunuh diri
semata-mata  kerana anda  terkentut  kuat  semasa  akad
nikah...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam









Jumaat, 9 Mac 2012

Angin Bisa (33)...Demam Angin Bisa...

Sudah  dua  minggu rakan itu demam dan darahnya
telah  disahkan   tiada   sebarang  jangkitan  kuman
oleh pihak hospital...

Apabila  saya tanya...rakan  itu menceritakan pada
hari   pertama  sebelum  ia  mula demam...ia sedang
membersihkan   halaman  rumah apabila tiba-tiba ia
diserak pasir...

Tiada   orang  lain ketika itu...dan ia sendiri tak ada
idea dari mana datangnya pasir-pasir tersebut...

Malamnya   ia  bermimpi  didatangi  suatu makhluk
aneh  dan  ia melawan makhluk tersebut...tapi ia tak
sedar ketika  itu  sebenarnya ia betul-betul menjerit-
jerit  marah  (mengigau)  hingga  menakutkan  suami
dan anak-anaknya...

Kerana  ia  juga adalah rakan seperguruan...saya me-
mberitahunya...demamnya  itu  lebih  merupakan ga-
ngguan iaitu masuk angin bisa jin dalam badan....

Selepas  meminum air doa barulah rakan itu mula se-
mbuh...

Bagi  saya  sendiri...lebih  baik  ke  hopital kalau de-
mam  sambil  buat  juga  rawatan gangguan...kerana
perubatan  hospital  juga  perubatn Islam...dan baik
digabungkan  kecuali  kalau  jelas  demam  itu  serat-
us peratus adalah dari sebab gangguan jin...

Wallohu a'lam



Rabu, 7 Mac 2012

Di Ufuk Timur (33)...Apabila Malaikat Jadi Manusia...

Dikisahkan...pada masa itu...apabila malaikat penjaga
langit  melihat roh manusia yang sudah meninggal du-
nia dibungkus dengan pakaian serba hitam dan berbau
sangat busuk (roh manusia yang buruk amalnya)...

...maka kalangan meraka ada yang sentiasa berkata be-
rmaksud...memanglah manusia ini suatu makhluk yang
sangat ingkar...dan begitulah keadaannya berterusan...

Sehinggalah pada suatu ketika...Tuhan berfirman kepa-
da para malaikatnya yang bermaksud...pilihlah dua or-
ang malaikat yang terbaik dalam kalangan kamu...

Maka para malaikat sepakat memilih Malaikat Harut dan
Marut yang kemudiannya Tuhan jadikan sebagai dua or-
ang  lelaki  manusia  biasa  dan  dilengkapi dengan nafsu
sebagaimana manusia...

Kedua malaikat itu diturunkan kemuka bumi dan tinggal
bersama kalangan manusia...kemudian Tuhan datangkan
kepada mereka ujian...

Akhirnya kedua mereka meminum arak...berzina dan me-
mbunuh seorang wanita...

Maka Tuhan  mengangkat mereka dari dunia...dan mem-
beri pilihan samada menerima seksaan kerana perbuatan
mereka itu...di dunia ini atau di akhirat kelak...

Maka   mereka  memilih  pembalasan dunia...dan dikata-
kan  digantung  antara  langit dan  bumi  hingga   ke Hari
Kiamat...

Sejak itu.....apabila  malaikat  penjaga  langit melihat roh
manusia yang bercahaya gemilang kerana baik amal serta
akhir  hidupnya...meraka  bertanya-tanya  dengan penuh
kekaguman...roh siapakah ini...bagaimana ia boleh keluar
dari  kehidupan dunia dengan sebaik ini...sedangkan kala-
ngan kita yang terbaik pun boleh jatuh tergelincir...

Nota...

Ayat 102 Suroh Al Baqoroh menceritakan tentang malai-
kat Harut dan Marut...bagaimana mereka mengajarkan si-
hir sebagai ujian kepada manusia...

Ayat ini boleh dibacakan  pada air 7 kali...untuk rawatan
gangguan jin juga sihir...dan boleh diamalkan juga sebagai
perisai diri dari gangguan jin juga kiriman sihir...

Wallohu a'lam







Isnin, 5 Mac 2012

Di Ufuk Timur (32)...Jaga Niatmu...

Saya terbaca satu kisah...dari seorang sahabat
Rasulullah SAW...

...saya telah menyertai satu perang yang dipi-
mpin sendiri oleh Rasullullah...yang telah ber-
lanjutan beberapa lamanya.

Suatu ketika saya dan beberapa orang sahabat
bercerita  mengenai  seorang sahabat lain yang
sangat menyerlah kehebatannya...

...tapi kemudian Rasulullah memberitahu satu
perkara......iaitu...sesungguhnya sahabat itu...
adalah ahli neraka.

Mendengarkan yang demikian...saya telah me-
ngikuti dan memerhatikan sahabat tersebut...

...ternyata pada siang hari ia berjuang hebat di-
medan perang...dan  malam  hari ia menghabis-
kan banyak masanya dengan beribadah...

Mula terlintas pada hati saya rasa ragu dengan
kata-kata  Rasulullah...tapi saya terus mengik-
uti sahabat tadi...

...hinggalah suatu ketika...sahabat itu mengala-
mi cedera parah dalam perang...

Sahabat  itu  kerana  tak  sanggup  menanggung
kepedihan  dari  lukanya...maka  ia  meletakkan
hujung hulu pedangnya ke tanah dan hujung pe-
dang yang tajam menghala ke atas...

...kemudian  ia  menjatuhkan dirinya ke hujung
pedang tersebut (bunuh diri)...

Sesungguhnya  benarlah kata-kata Rasulullah...

Apabila  berita  itu  sampai kepada Rasulullah
kami  bertanya  apakah rahsia sebenarnya dise-
balik segala yang berlaku.

Rasulullah  manjawab  bermaksud.....berjuang
hebat di medan perang agar di puji sebagai pe-
juang  yang  hebat...dan  beribadah  di  malam
hari agar dikatakan seorang soleh...(riya')

Nota...Ia  adalah  seorang  pejuang di samping
Rasulullah...akhirnya  begitulah  menamatkan
hayatnya...

...dan  apa  pula  yang bakal engkau hadapi di-
penghujung  hidupmu...apabila  engkau  terus
merasa redha dengan sifat riya'mu...?

Wallohu a'lam






...ma