Sudah lama nenek itu menghidap sakit belakang
kepalanya...dan berpandukan gejala tersebut
pihak hospital turut memeriksa tekanan darahnya.
Namun...pemeriksaan doktor mendapati...nenek
itu tiada sebarang masalah kesihatan...maka tidak
diberi sebarang ubat.
Kerana itu...nenek itu terus berusaha berubat
pada banyak tempat dan berbagai cara...ter-
masuk berjumpa bomoh-bomoh atau perawat
kampung...namun rasa sakit dan berat belakang
kepala berterusan tanpa sebarang perubahan.
Saya lekapkan tapak tangan atas dahinya...
kemudian membaca Fatihah dan ayat Kursi ber-
serta pernafasan sambil meminta nenek itu me-
numpukan perhatian.
Dengan izin Tuhan...nenek itu nampak sebiji
bola cahaya berwarna merah...dan nenek itu
pasti bahawa bola cahaya itu berada dalam
kepalanya.
Saya meminta nenek itu terus menumpukan per-
hatian dan akan cuba memecahkan bola cahaya
tersebut dengan kaedah ' peletup jin '.
Namun dengan cepat cahaya itu terbang ke atas
dan menghilang.
Dengan izin Tuhan...ketika itu juga nenek tadi
terasa sakit dan berat kepalanya hilang dengan
serta merta.
Nota
1. Sakit nyata...namun punca tak dapat dikesan
adalah cara mudah mengenali kemungkinan
gangguan melalui pemeriksaan doktor.
Wallohu a'lam
Rabu, 20 Ogos 2014
Selasa, 19 Ogos 2014
Sesak Nafas Buatan...
Apabila Zrn...salah seorang anak saudara mara
bertanya tentang sesak nafas yang dialaminya...
saya ada 'petua mudah '...iaitu pergi ke hospital
Daerah Ranau yang tak sampai seminit per-
jalanan dengan kereta.
Tapi apabila ia beritahu...tapak kakinya terasa
sejuk..saya meminta ia duduk di depan dengan
membelakangi saya.
Saya lekapkan tapak tangan pada belakangnya
...Zrn beritahu tiba-tiba jantungnya berdegup
kencang...
Saya tekan hujung jari telunjuk dan ibujari tangan
kanan ke belakangnya pada bahagian yang ber-
tentangan dengan jantung...lalu membuat kaedah
' cubit cabut ' tiga kali...dalam masa kurang se-
minit...
Zrn beritahu degup jantungnya sudah kembali
normal....dan pernafasannya menjadi lapang
dengan izin Tuhan.
Nota
1. Tapak kaki sejuk tanpa sebab munasabah...
tandanya ada gangguan...juga angin bisa yang
agak padat dalam badan.
2. Lekap tapak tangan...dan jantung pesakit tiba-
tiba berdebar...atau berdebar-debar lebih awal
tanpa sebab munasabah...tandanya ada gangguan
jin pada jantung.
3. Selain gangguan perasaan atau sebagainya.....
gangguan jin pada jantung kadang-kadang men-
nimbulkan gejala seolah-olah sakit jantung biasa
termasuk sesak nafas...degupan menjadi cepat
atau sangat lambat...atau degupan tidak sekata...
rasa lemah...sakit dan sebagainya.
4. Jantung berdebar tanpa sebab munasabah
samada ketika di 'scan'...di rawat atau bila-bila
masa...biasanya tanda seseorang itu ada jin saka.
5. Cubit cabut...bayangkan kita mencubit jin atau
angin bisa pada jantung...tapi lebih kerap ia tanda
kehadiran jin samada dalam jantung...melekap
di dinding luarnya...duduk atas jantung atau ber-
gayut padanya.

Ahad, 17 Ogos 2014
Imantherapy...4 Peringkat..
Salah satu kaedah yang sangat cepat dan berkesan
membongkar serta merawat penyakit...ialah melalui
amalan.
Dalam rawatan diri...kita boleh mempelajari asas
amalan untuk rawatan.
Ianya akan membongkar dari dalam ke luar...dan
dari atas ke bawah.
Dalam erti kata sebenar...beramal...ianya membongkar
kemudian merawat perlahan-lahan...memulih sepenuh-
nya...dan membenteng.
Sebaik-baiknya kita kena berguru...dan jika sukar
bertemu guru ( Yang Berbahagia Guru Utama )...
kita juga boleh mengambil ' asas amalan dan rawatan
jarak jauh.
Insha Allah...kita akan merasa nikmat perubahan
yang luar biasa.
Untuk pengetahuan para pembaca semua...dalam sesi
saya belajar dengan UM sekitar tahun 2000...kami
mempelajari terus amalan kubra dan teknik pernafasan.
Kaedah ini kita boleh gunakan untuk mengesan penyakit
secara cepat melalui getaran gelombang.
Kini ..sesi pembelajaran lebih teratur dan terperinci...
melalui 4 peringkat iaitu pertama...asas amalan untuk
rawatan diri...kedua...asas amalan untuk perawat...
ketiga...perawat lanjutan...dan ke empat...menjadi
seorang perawat bertauliah dan anda boleh membuka
cawangan baharu.
Adapun mahar bagi periingkat satu adalah rm 350.00
dan untuk ke peringkat ke dua juga sama....dan ia akan
di gunakan dalam pengembangan ilmu rawatan Islam
ini di samping untuk perjalanan sekolah Tahfiz kelolaan
ustaz yang kini pelajarnya lebih daripada seratus orang
Alhamdulillah...bagi diri saya walapun belum sampai
ke peringkat perawat bertauliah...namun amalan ini
sangat bermanafaat pada diri...keluarga...saudara mara
...dan orang lain yang memerlukan...dengan izin Tuhan.

Jumaat, 15 Ogos 2014
Myrn 2..'.Memperkenalkan Pelakon Handalan'...
" Kau datang dari mana ? " Saya bertanya...dan
Jin yang merasuk Myrn memberitahu ia telah
disimpan oleh bapa ( bapa Myrn...jin itu bahasa-
kan sebagai bapa...) dalam pondok kebun
mereka.
'Ia' datang untuk mencari keluarga Myran yang
tiba-tiba meninggalkannya 'keseorangan' di situ
untuk pergi ke kawasan pekan Ranau.
" Kalau begitu...kau balik ke pondok itu....."
" Tapi saya belum lagi dapat bercakap dengan
bapa saya..." wajahnya sayu seolah-olah ' minta
kesian '.
" Pak...mari sini..dia mau bercakap sama kau...
dia mau pulang sudah ni.." ibu Myrn memanggil
si bapa yang sedang duduk bersandar di dinding
tidak jauh dari situ.
Bapa Myrn duduk dekat dan suaranya separuh
berbisik memujuk 'Myrn' yang kelihatan sedih
dan merajuk.
Bapa Myrn beritahu mereka cuma sementara
saja duduk di kawasan pekan dan akan kembali
ke pondok tersebut...dan ibu Myrn turut memujuk
sama.
Apabila saya tumpukan perhatian...terasa simpati
pula dengan makhluk tersebut...seolah-olah 'ia'
juga seperti Myrn...seorang budak perempuan
kecil yang manja.
Saya tinggalkan mereka dan menjenguk Ann...
ia sudah pulih tapi kelihatan letih setelah dirasuk
sejak petang tadi.
Apabila saya menjenguk Myrn...ia sedang ter-
baring keletihan...wajahnya lesu dan suram...
jauh berbeza ketika ia dirasuk.
" Jin itu sudah keluar pulang..." ibu Myrn beritahu
saya...
Setelah berbual dengan bapa Myrn...jin itu 'ke-
lihatan berpuas hati'...dan beritahu sudah sampai
masanya ia pulang ke pondok.
" Jin itu sudah pulang..." kakak Myrn...Nur juga
beritahu perkara yang sama kepada saya.
Tapi apabila saya perhatikan Myrn sedang memicit
dahinya...iaitu samada ia pening atau sakit kepala...
saya merasa sangsi.
Saya meletakkan tapak tangan atas dahinya kemudian
membaca Fatihah...
Myrn memberi tindakbalas yang agak kasar cuba
melepaskan tapak tangan saya...namun saya terus-
kan dan mula membaca Ayat Kursi.
Tiba-tiba Myrn meronta-ronta dan menjerit...abang-
abang dan kakaknya segera memegang tangan
dan kakinya.
Ternyata jin itu belum keluar dan hampir berjaya
memperdayakan keluarga Myrn.
'Myrn' bertindak lebih agresif...sambil menjerit-
jerit marah dan kepanasan...ia cuba menghentak-
kan kepalanya ke lantai.
" Saya disuruh..saya disuruuuh..." sambil menjerit-
jerit 'Myrn' sempat beritahu ianya disuruh oleh
seseorang.
" Siapa yang suruh..." kakak Myrn bertanya...tapi
saya memintanya agar tidak melayannya.
Mula-mula jin itu datang bersikap sopan...ceria...
kemudian mengaku datang dari pondok kebun...
lepas tu beritahu akan keluar....tapi duduk diam
dalam badan...dan kini...mengaku disuruh pula..
...pendek kata dalam satu set rasukan saja...ada
lakonan...dan ada berbagai cerita...yang menyer-
lahkan sifat kepuraa-puraan...tipudaya dan pem-
bohongan.
Memang nyata sangat jin ini pakar psikologi...
dalam masa yang singkat 'ia' dapat menjalin
suatu hubungan yang sangat akrab dan mesra
dengan keluarga Myrn...sehingga dengan mudah
sahaja mereka terpedaya dengan tipuhelahnya.
Saya merukyahnya dengan Manzil lengkap ber-
serta pernafasan...namun jin itu masih cuba ber-
tahan walaupun sudah lemah.
Saya gunakan gelombang tolak...dari kepala
ke hujung kaki....dengan izin Tuhan...Myrn
sedar walaupun masih sangat keletihan.
Ini adalah kali pertama saya gunakan teknik
ini kerana saya amat jarang berepan dengan
kes rasukan secara 'solo'.
Jam dua pagi..salah seorang ahli keluarga
terbayang suatu makhluk berupa perempuan
muda berwajah menakutkan...rambut panjang
mengerbang dengan kuku-kukunya yang
sangat panjang.
Saya yakin ia adalah 'Myrn' kerana dalam
rasukan sebelum ini empat hari lalu...myrn
yang sedang dirasuk ketawa mengilai...dan
ia berkata kepada saya sambil senyum sinis
...saya tidak akan lepaskan budak ini...
Tak sangka pula...'pontianak' pun handal ber
lakon....

Myrn 1...Strategi Jin..
Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalam
rumah rakan tersebut...tiba-tiba " hai pakcik...
apa khabaar..." suara lembut Myran menyapa
sambil melambai-lambaikan tangannya.
Ia adalah Myrn yang sedang mengalami rasukan
penuh.
Wajahnya kelihatan cerah dan ceria...duduk di
kelilingi oleh ahli keluarga lain.
Tak apalah bisik hati saya...malam ini saya jadi
pakcik jin
Lain pula hal kakaknya Ann yang turut dirasuk...
ia meronta-ronta cuba melepaskan diri daripada
abang-abang mereka yang sedang memegang
kaki dan tangannya..maka saya tumpukan pada
Ann terlebih dahulu.
Saya memilih rukyah mudah...iaitu fatihah 3x
...ayat Kursi 3x...Lau Anzalna 3x kemudian
3 Qul...dan baru guna gelombang tolak untuk
mengeluarkan jin itu dari badannya.
Saya meletakkan tapak tangan atas dahi Ann
dan mula merukyah...Ann meronta-ronta tapi jin
ini jenis ' tak bersuara ' dan apalagi untuk ber-
cakap.
Empat hari lalu Ann mengalami rasukan...apabila
ia terlepas...Ann merangkak seperti buaya atas
lantai.
Mujur ketika itu ada seorang rakan yang ber-
pengalaman luas menangani kes rasukan...namun
kali ini ia tidak dapat datang...maka saya kena
usahakan sendiri.
Di luar dugaan saya...baru sampai ke ayat Lau
Anzalna pertama ... jin itu sudah terburu-buru
keluar dari badan Ann...dengan izin Tuhan.
Saya terfikir...samada jin itu benar-benar tidak
dapat bertahan...atau sekadar suatu strategi
semata-mata.
Saya biarkan Ann melepas lelah beberapa lama
kemudian saya memintanya menutup mata serta
menumpukan perhatian.
Ann beritahu...ada seorang 'lelaki' duduk di sisi
kanannya...
Jadi begitu strateginya...jin itu keluar untuk men-
gelak rukyah kemudian menunggu peluang dari
luar untuk masuk semula.
Saya gunakan teknik rejam jantung sambil niat
menyasarkan jin tersebut.
Apabila saya menjenguk Myrn di bilik sebelah...
'ia' sedang bersandar manja di pangkuan ibunya
sambil tersenyum gembira bergurau senda
dengan adik beradik Myrn yang lain...macam
' keluarga bahagia '.

Khamis, 7 Ogos 2014
' Serangan Perkenalan'...
kelmarin...Jam menunjukkan hampir jam
lima petang...saya dan beberapa orang
rakan duduk-duduk di depan pejabat.
Tiba-tiba saya merasa pening...hingga
hampir-hampir akan rebah rasanya.
Setakat saya tahu...ada serangan jin....
tapi saya tidak tahu dari mana atau apa
sebabnya.
Keadaan itu berterusan hampir setengah
minit...sebelum dengan izin Tuhan...rasa
pening itu hilang.
Semalam jam 7.45...dua minit sebelum
masuk watu Isya'...seorang rakan me-
nelefon minta pertolongan.
Dua orang adik perempuannya mengalami
rasukan jin serentak...
Nampaknya dari situ asal dan sebab se-
rangan...
...maka bagi anda yang menjadi perawat...
sebelum anda tahu apa-apa lagi...anda
mungkin sudah menjadi sasaran serangan.
Bayangkan...kalau kebetulan masa itu...
anda sedang lalai atau 'kosong'...kerana
anda tidak ada 'sebarang program'...
...kalau Tuhan izinkan...anda akan terima
padah kelalaiannya...
Merawat bukan sekadar merawat...tapi
ia mungkin juga bererti...anda akan meng-
hadapi serangan dari alam jin.
hadapi serangan dari alam jin.
Wallohu a'lam
Selasa, 5 Ogos 2014
Kesan Ilmu Kuat...
Rakan itu mengalami sakit bisa-bisa sendi
terutama pada bahagian siku...lutut...juga
pada tulang pinggangnya...selain bahu
juga seluruh otot-ototnya.
Ini adalah kesan dari amalan ilmu kuatnya.
Pada asasnya...ilmu tersebut guna tangkal
namun sudah hilang dicuri orang sejak lebih
sepuluh tahun lalu.
Namun cuma tangkalnya yang dicuri...tidak
jin kuatnya yang sudah meresap sebati dalam
badan.
Untuk jadi kuat...kita perlu kuat pada otot-
otot...sendi dan bahagian pinggang...maka
angin bisa akan terkumpul padat pada
bahagian-bahagian tersebut.
Dan kesan jangka masa panjangnya...rakan
itu kini bukan saja tak kuat...tapi mengalami
sakit dan bisa-bisa badan...nak layan diri
saja pun tak larat...apalagi nak kerja...
Tujuan ilmu itu pada hematnya baik...seka-
dar kegunaan agar ia boleh kerja kuat...
boleh mengangkat benda-benda berat...
mencari rezeki...khususnya ia sebagai se-
orang tukang rumah.
Tapi niat baik dengan jalan yang memudarat-
kan...iman dan tubuh badan...sebaiknya
kita hindari...
...cukuplah kita 'biasa-biasa' saja...yang
penting iman dan kesihatan kita terjaga.
Wallohu a.lam
Mutiara...Takut Hilang Dunia ?
Kita selalu merasa khuatir akan hilangnya
harta benda dunia...
...namun kita tidak pernah khuatir akan
kehilangan Syurga...
....sedangkan tiadanya Syurga itu...bererti
tempat kembali kita adalah neraka yang
tidak terperi azabnya...

Langgan:
Catatan (Atom)