Saya tak ambil hati dengan rakan S yang
bukan saja kelihatan tidak percaya...
malah pandai benar ia melawak "macam
ni ka cara minta 'scan' " katanya sambil
buat aksi seperti pondan minta urut atas
kerusi dapur...
...memang S seorang peramah juga suka
bergurau dan mengusik...
Tapi S mula ambil perhatian apabila ia
merasa gelombang panas pada tapak
tangan kiri dan sejuk pada tapak tangan
hingga paras pergelangan tangannya...
Apabila saya hadapkan tapak tangan
pada hujung jari kedua kakinya...S mula
merasa kesejukan yang meresap hingga
keparas lutut...dan akhirnya ke seluruh
tubuhnya...
S terus menutup mata dan menumpukan
perhatian...ia merasa ada 'seseorang'
melapisi tubuhnya dan tak sampai seminit
S melihat 'orang' tersebut...seorang lelaki
separuh umur berjanggut hitam berserban
jubah...
Tiba-tiba S membuka matanya..." betul-
kah apa yang saya nampak ni...?"tanya-
nya...
Saya minta S menutup mata semula dan
menumpukan perhatian kepada soal asal
usul makhluk tersebut...
S beritahu ia melihat ke suatu tempat
tinggi....iaitu sebuah masjid besar dan
indah terapung atas gumpalan awan...
S terus menumpukan perhatian ke dalam
masjid tersebut...dan melihat kumpulan
pelajar yang ramai sedang belajar mem-
baca Qur'an...
S kenal kepada salah seorang syeikh
juga mengajar di situ..iaitu syeikh yang
melapisi tubuhnya...
Saya meminta S cakap dalam hati dengan
niat bercakap kepada syeikh yang me-
lapisi tubuhnya...pergi engkau dari tubuh-
saya...saya tidak mahu menerima kamu.
Sebaik S berbisik dalam hati sedemikian
ia melihat syeikh itu berdiri dihadapannya
dan kelihatan senyum tanpa berkata se-
suatu...lalu menghilang...
S beritahu syeikh itu datang kepadanya
kerana ia pernah berniat untuk melanjut-
kan pelajaran dalm bidang agama...
Mungkin anda ingin bertanya samada jin
itu jin Islam yang baik...maaf...saya tidak
berminat untuk menjawabnya...
...tapi kedudukan angin bisanya dalam
badan S...sama saja seperti kedudukan
angin bisa jin kafir yang cuba merasuk
atau menguasai tubuh seseorang manusia.
Wallohu a'lam
Slm tuan junied baru2 ni adik ipar datang kerumah sy minta scan suaminya yg dirasakan asyik menyendiri sj.sy pun cubalah denagan kepandaian yg tidak seberapa ni.sebelum ni suami pernah berubat dgn perawat. Apabila sy mula letak jari telunjuk pd dahinya dengan pernafasan tiba2 dia tersentak belum lagi nafas dilepaskan.Dia beritahu nampak lembaga besar sama spt sewaktu dia melancong ke sebuah pulau dulu.Sy pun terus baca ayat2 manzil dan beberapa kali pernafasan niat buang serta musnahkan.Dlm keadaan begitu dia rasa sesak nafas dan tak semena mena menangis teresak -esak.seolah -olah kerasukan. Sy cepat 2 baca solawat sambil suruh dia mengucap dan solwat byk2.Apabila reda sedikit dia menceritakan ia berada di alam lain dan nanpak arwah toknya yg dulu seorang bidan.Badannya masih lagi seram sejuk dan sy terus baca alqursi niat tutop laluan dan panaskan badannya.Alhamdulillah sejuknya makin kurang dan mula rasa panas.Oleh kerana pertama kali hadapi keadan ni maka sy harap tuan junied beri pencerahan apakah kaedah atau bacaan yg sepatutnya sy lakukan untuk hadapi keadaan seperti ni.Semoga Allah merahmati kita semua.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...
PadamSetiap orang ada kelebihan yang ter-
sendiri...dan saya berpendapat cara
saudara itu adalah antara kaedah
rawatan terbaik...
Cuma sebaiknya....kalau merukyah
itu...doakan airnya sekali..
Caranya...ambil sebotol air...baca
Bismillah..tarik nafas...dan tahan...
Semasa menahan nafas...baca
Fatihan 3 kali dalam hati...kemudian
lepaskan sekaligus ke dalam dada
dengan cepat sambil jentik perlahan
badan botol tadi...
Sambil jentik...niatkan air itu akan
mendapat atau menarik secara
langsung apa juga yang kita baca
semasa merukyah...
Kalau masih ada tempat sakit...
maka luruskan telunjuk ke arah
tempat sakit....baca Ayat Seribu
Dinar 3 kali...tiup tempat sakit
perlahan kemudian ke botol air
dalam satu nafas...
Semasa merukyah...botol itu
boleh letak dimana-mana juga
dan tak perlu buka tutup cuma
niatkan juga dibuat pengisian
sama ketika akan mula meruk-
yah...
Biasanya selepas rukyah ber-
serta pernafasan...sekiranya
masih ada tempat sakit..atau
ada tindakbalas seperti semut-
semut...sakit...tempat bergegar.
dan sebagainya maka saya
akan gunakan kaedah peletup...
cubit cabut...sentap dan se-
bagainya...
Kalau kaedah gerak ini dibuat
secara 'berleluasa' dengan
kurang rukyah...saya berpen-
dapat kesan rawatan lebih dalam
dengan kurang gerak tapi cukup
rukyah...
Terima kasih atas perkongsian
pengalaman rawatannya...
Wallohu a'lam
Slm tuan junied. Alhamdulillah dan terimakasih banyak2 diatas pencerahan itu
PadamSesungguhnya dikatakan ilmu Allah itu payah bagi kita tapi amat mudah bagiNYA jika iA kehendaki.
Wa alaikum salam wbkth saudara...
PadamSama-sama...keikhlasan dan keyakinan
bahawa hanya Tuhan yang berkuasa
ke atas segala-galanya semoga dapat
kita hayati dalam apa juga usaha dan
ikhtiar....Insha Allah...
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamBeberapa kali saya merukyah dgn pernafasan seorg ahli keluarga yg lepas tapi mgatakn "sya xmerasa apa2 pun" kata beliau.Kdg2 ini bole mybbkn saya tdk bsemangat mrawat ahli keluarga apabila dirasakn rukyah tdk berkesan..namun pada mggu lepas saya cuba lg merukyah dgn pernafasan seorg ahli keluarga dan hasilnya sgt bbeza dari yg dahulu.Ahli keluarga ini mrasakn arus karan yg kuat disusuli dgn haba panas dan bgetar sluruh tubuh badan tanpa henti kmdian tertidur..
semua ini adalah diberitahu oleh ahli keluarga tersebut padahal saya rukyah dgn pernafasan spt biasa.
Klu ahli keluarga mmg sll saya rasakn tdk berkesan tp pada mggu lepas jd persoalan krn 'mjadi' dgn sgt bkesan skali..mungkinkah ada rahsia ataupun pcerahan dari mana2 rakan..mgkin jg Allah swt mredakn..wallahu'alam.
As salam..
PadamKadang2 penyakit boleh sembuh walau pun pesakit tak rasa apa2 waktu dirawat. Kadang2 penyakit tak sembuh walau pun pesakit rasa macam2 waktu dirawat.
Yg penting ikhtiar kita dan bukannya apa yg kita@pesakit rasa. Kesembuhan tetap dari Allah..
Untuk meningkatkan kepekaan batin melalui teknik pernafasan. latihan jurus iaitu melibatkan pergerakan tangan dan kaki disertai nafas adalah sangat berguna jika dibanding kedudukan duduk bersila spt meditasi@tafakur.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
PadamMungkin tandanya kita perlu berhijrah
dari mengharap kepada kekuatan aura
kepada mengharap kepada rahmat per-tolongan Tuhan dalam berusaha...
Saya bersetuju dengan tuan UM...ge-
rakan dapat membantu mempertajam-
kan tumpuan dan kekuatan dalaman.
Terima kasih tuan atas perkongsian-
nya...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum..
PadamPada peringkat awal menceburkan diri dlm bidang rawatan mmg sy agak bergantung dgn pesakit utk mengesan penyakit dan sebagainya. Biasanya sy akan tanya ada rasa apa2 tak. Ada nampak apa2 tak. Tp lama kelamaan apabila keyakinan semakin kuat sy sedar bahawa Allah sentiasa membantu dan proses rawatan & kesembuhan sedang berlaku walau pun tiada apa2 yg pelik berlaku sewaktu sesi rawatan.
Rasa tak rasa pun sedikit sebanyak bgantung pd niat kita. Bagi perempuan yg mengandung dan warga emas biasanya sy akan berdoa supaya mereka tidak merasa sakit, kepanasan dan sebagainya waktu dirawat. Utk mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Tp itu tak bermakna kita tak perlu menambah ilmu& kekuatan dalaman kita. Sesungguhnya Allah lebih menyukai mukmin yg kuat berbanding mukmin yg lemah. Nak tak nak kita perlu ada persediaan dgn latihan tertentu yg bersistematik.
Tawakal itu adalah kita berserah kpd Allah akan hasilnya selepas kita berusaha. Berserah semata2 tanpa usaha itu dinamakan tawakun.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan...
PadamAlhamdulillah...terima kasih atas per-
kongsiannya...
Wallohu a'lam
mungkin tuan ruqyah kali kedua dalam keadaan selepas beramal.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamTerima kasih Secawan Kopi...dan memang
itu antara kemungkinan sebabnya...
Dan kedua...kurang angin bisa dalam badan
maka kurang rasa tindakbalas...tapi kalau
dah karan dirasa...menunjukkan angin bisa
agak padat...
Perhatikan antara tindakbalas penting juga
ialah tiba-tiba pening...jantung berdebar-
debar...semut-semut...rasa panas sejuk...
benda bergegar...dan sebagainya...
Kadang-kadang pula angin bisa agak
padat...maka mungkin rukyah kita belum
'cukup sukatan' untuk memecahkan
atau menembusinya...
Wallohu a'lam