Semasa dirasuk jin saka pendekar peninggalan
dari arwah datuknya......rakan itu masih sedar
sepenuhnya...cuma ketika bersilat...jin itu akan
mengawal pergerakannya...
Ketika itu juga rakan ini punya suatu kelebihan
iaitu ia dapat melihat lapisan pendinding diri
seseorang...iaitu berupa lapisan cahaya putih
yang meliputi segenap tubuh dan anggota....
Dari lapisan cahaya ini...rakan itu dapat menilai
siapa antara rakan-rakan lain yang lebih kuat
amalan pendindingnya...malah jin dalam badan-
nya itu dapat mengukur samada ia mampu meng-
alahkan seseorang tanpa perlu menguji atau
bertarung...
Lapisan pendinding diri yang lebih kuat biasanya
lebih panas...terang dan tebal...
Bagi anda yang ada lapisan cahaya pendinding
diri ini...dan dalam masa yang sama ada jin saka
maka ia terbahagi kepada beberapa keadaan...
1.Jin itu dapat bertahan dalam badan tapi dalam
keadaan kepanasan atau terseksa...
2.Jin itu dapat masuk...tapi hanya sekejap apa-
bila ia terpaksa keluar kerana tidak mampu
bertahan...
3.Jin itu sekadar dapat dekat...tapi tidak dapat
atau berani masuk badan...
4.Jin itu hanya mampu melihat atau mengekori
anda dari jauh apabila tidak tahan panas dengan
lapisan pendinding ini...malah ia boleh sampai
pula hingga ke peringkat terbakar jika terkena
pada tubuhnya...
...dan sebagainya...
Maka jin itu mungkin akan mencari tuan baru
atau terus menunggu saat-saat kealpaan anda.
Antara amalan yang paling kuat lapisan cahaya-
nya adalah Ayat Manzil...di mana ia ia adalah
amalan istimewa kerana ia dari susunan ayat
dan Suroh oleh Nabi SAW sendiri....
Pernah juga seorang rakan yang 'nakal tak
tentu tempat' menyuruh jin perasuk menyerang
seorang rakan lain...tapi jin itu menolak dan
memberitahu ia nampak api meliputi tubuh
rakan tersebut...
Setakat yang saya tahu...ketika itu rakan ter-
sebut cuma berzikir dengan zikir lazim...cuma
ianya berserta pernafasan...
Yang nyata...ini adalah antara kelebihan zikir
juga ayat-ayat Qur'an...
Mengenai perkara yang berkaitan....disebutkan
bahawa para malaikat di langit dapat mengenal
rumah-rumah di bumi yang ada dibacakan
Qur'an di dalamnya...
..iaitu umpama kita melihat bintang-bintang yang
bercahaya di langit...
Dengan kata lain...amalan membaca Qur'an juga
zikir bukan saja menjadikan seseorang itu ' ber-
cahaya '...tapi juga menjadikan rumah kita 'terang
bercahaya...'
..berbanding rumah yang tiada sedemikian...maka
ia akan menjadi 'gelap dan suram'...serta menjadi
tempat kegemaran jin kafir...
Pada segelintir kita...ada 'kesukaan aneh'...iaitu
kalau dengan ayat-ayat Qur'an...apa lagi yang
selalu dibaca umum...kita anggap 'tidak bisa'
(...tidak mujarab atau tiada kelebihan...)
Berbanding dengan bacaan atau mentera-mentera
yang jarang diketahui umum...malah lebih aneh
sebutannya...malah lebih kita tak faham maksud-
nya...maka itu yang kita anggap lebih mujarab
dan 'bisa'..
...sedangkan banyak hal yang sedemikan sebenar-
nya mengundang kedatangan serta perdampingan
dengan jin kafir...
Wallohu a'lam
Rabu, 29 Ogos 2012
Selasa, 28 Ogos 2012
...Rakan 'test Power'?
Ketika berdepan dengan KT...saya rasa orangnya
tidaklah kosong sangat...tengok dari cara duduk...
bercakap juga cara ia memandang...
Ketika sedang rancak berbual dengan seorang
rakan lain...tiba-tiba dari pandangan tepi mata
saya dapati KT sedang berdiri berpeluk tubuh
betul-betul di belakang...
Saya buat tidak peduli walaupun sebenarnya
saya sedang beri perhatian pada KT...dan cuba
merasakan sebarang tindakbalas pada saya...
Ada suatu rasa asing...badan terasa panas sejuk
seolah-olah dihembus angin halus...(macam
angin bisa...)
Tidak lama kemudian...KT duduk di hadapan
saya dan bertanya...kamu amal Al Ma'surat ?
Terus terang saja saya beritahu amal Ayat
Manzil...nampaknya KT juga tidak pernah
dengar istilah Ayat Manzil sebelum ini...

Khamis, 16 Ogos 2012
Ajal Dan Rezeki....
Tidak akan mati seseorang itu...selagi ada rezeki
yang telah Tuhan tentukan untuknya...belum ia
dapat...
Jika rezeki itu ia tak cari maka Tuhan pasti akan
mendatangkan rezeki itu kepadanya sehingga
dapat ia kecapi...
Maka apabila ia telah mendapat semua rezekinya
...ketika itu...sampailah ajalnya...
Dikatakan apabila seseorang itu di ambang maut
Malaikat Mikael as berkata kepadanya bermaksud
...wahai sipolan anak sipolan.......telah saya cari
rezekimu di timur dan di barat...namun tidak ada
apa-apa lagi yang tinggal untukmu...
Malah disebutkan bahawa apabila telah habis
rezekinya...seseorang yang sedang menempuh
sakaratul maut itu sedang ia dalam kehausan
...seandainya di tuang padanya air 7 lautan...tak
akan hilang rasa hausnya...

Seperkara Berkaitan Ajal...
Ketika menziarahi seseorang yang meninggal
dunia kerana sakit barah......ayahnya berkata
dengan penuh kesedihan...apa boleh buat...dia
tidak dapat bertahan lagi menanggung sakitnya.
Sebenarnya mati ini bukan soal tahan atau tidak
tahan...tapi ia adalah soal jadual...
Engkau lahir ke dunia ini tepat pada saatnya.....
iaitu pada jadual masa yang Tuhan telah tentukan
ke atasmu...
Dan ketika itu...telah ada jadualnya...iaitu bila
masanya engkau akan diambil keluar daripada
kehidupan dunia ini...
Apabila jadualnya itu telah sampai...maka ajal
akan menjemputmu.....tanpa mengira engkau
di mana...engkau sihat atau tidak...dan engkau
bersedia atau tidak...
Apa juga sebab musababnya ajal.....ia hanyalah
'bunga-bunga kehidupan'....iaitu engkau boleh
buat apa saja....tapi ajalmu tetap sampai....
tepat pada masanya...
Namun 'bunga-bunga kehidupan' itu tidak akan
sia-sia...kerana padanya ada jalan ke Syurga...
sia-sia...kerana padanya ada jalan ke Syurga...
Wallohu a'lam
7 Perkara Berkaitan Maut...
1.Maut adalah suatu makhluk ciptaan Tuhan khusus
untuk memisahkan antara ruh dan jasad makhluk-
makhluk hidup seperti malaikat....manusia...jin dan
binatang...
2.Ketika maut itu baru diciptakan dan diperlihatkan
Tuhan kepada para malaikat..maka pengsan sekelian-
nya dari sebab kegerunan terhadap kedahsyatan
makhluk yang bernama maut itu...
3.Tuhan memberi kekuatan dan kehebatan kepada
Malaikat Izrael as dengan suatu kekuatan yang tidak
Tuhan beri pada malaikat lain apabila Malaikat
Izrael as bertanya bermaksud...
...Wahai Tuhanku...bagaimana akan aku mampu
mengendalikan maut...sedangkan baru melihatnya
saja pun aku tidak mampu bertahan...
...sehingga malaikat Izrael as mampu menguasai
dan mengendalikan maut sebagai amanah Tuhan
kepadanya...
Dan ia diberi alam tersendiri...terasing dari alam
malaikat biasa...
4.Kerana maut itu......Malaikat Izrael as digeruni
oleh malaikat lain...dan dalam kisah Nabi Idris as
disebutkan bagaimana malaikat penjaga pintu
neraka yang gagah perkasa juga merasa sangat
gerun terhadap malaikat Izrael as...
5.Hanya dengan maut ini akan dapat memisahkan
antara ruh dan jasad...tanpa maut...Malaikat Izrael
as tidak akan mampu melakukannya dengan perintah
Tuhan...
6.Engkau tidak akan pernah melihat 'seseorang' yang
lebih dahsyat kejadiannya di atas muka bumi ini dari-
pada ketika engkau melihat sendiri malaikat maut
yang datang untuk mengambil nyawamu...
7.Tidak ada pengalamanmu yang lebih dahsyat di
atas muka bumi ini daripada detik-detik ketika engkau
menempuhi sakaratulmaut...kerana maut itu adalah
detik-detik awalmu menuju ke alam Akhirat...

Isnin, 13 Ogos 2012
Sekilas...Iman Manusia...
Iman malaikat itu datar...
Iman syaitan itu semakin menurun...
...dan iman manusia itu turun naik...
Wallohu a'lam
Iman syaitan itu semakin menurun...
...dan iman manusia itu turun naik...
Wallohu a'lam
Jumaat, 10 Ogos 2012
Sekilas...Halangan Pekerjaan Baik...
Setiap pekerjaan yang baik itu ada saja
penghalangnya...
( Huraian maksud hadis)
Wallohu a'lam
penghalangnya...
( Huraian maksud hadis)
Wallohu a'lam
Rahsia Jangan Pandang Belakang...
Selalu dikatakan...untuk mengelak gangguan
jin...apabila balik dari sesuatu tempat yang
ada gangguan jin...atau penempatan jin...
maka jangan pandang belakang...
...atau apabila anda sedang berada ditempat
yang ada gangguan...maka jangan tegur atau
pedulikan perkara-perkara atau jelmaan-
jelmaan ganjil...
Ianya kerana jin itu apabila mengganggu...
kalau kita ambil perhatian...atau rasa takut
...rasa kagum...rasa jin itu hebat...maka
pasti akan semakin menjadi-jadi gangguan-
nya...
Jin itu boleh mengesan perhatian manusia
kepadanya...dan ia dapat merasakan 'aura'
pada perhatian anda itu...samada ia ditakuti
digeruni...atau ia dianggap remeh...
Kalau ia mengesan rasa takut...gerun...hormat
atau sebagainya anda kepadanya...pasti jin
itu akan semakin seronok dan berani...
Sebaliknya setakat yang dapat saya fahami...
kalau anda berniat nak melemahkan...menye-
rang atau menghapuskannya...maka perhatian
anda itu sampai kepada jin tersebut berbentuk
serangan...walaupun pada hakikatnya...anda
belum mula menyerang...
Ini adalah antara beza utama antara 'aura'
pesakit yang merasa lemah...dengan perawat
iaitu pesakit merasa lemah sedangkan perawat
merasa yakin...
Maka aura pesakit secara tidak langsung me-
nggalakkan kejahatan jin tersebut...sedangkan
aura perawat pula berbentuk menghalang...
Kerana itu sangat penting bagi jin-jin yang
mengganggu manusia samada ia jin saka atau
sihir dan sebagainya...untuk melemah dan
menguasai 'semangat' orang diganggunya.
Kerana itu biasanya orang yang didampingi
jin akan mengalami berbagai gangguan fikiran
dan perasaan...tujuannya selain menyesatkan
...menghasut berbuat buruk atau jahat...juga
sangat penting...agar orang tersebut rasa putus
asa dalam menghadapi gangguan jin tadi...

Khamis, 9 Ogos 2012
Jin Di Bulan Puasa...
Semasa berjalan kaki pulang dari terawih di-
surau...jam 10 malam tanpa lampu...waktu
malam gelap...
Tiba-tiba budak lelaki yang turut sama mem-
beritahu...ada lembaga putih sedang duduk
di atas dahan kayu ara...kakinya juga putih
panjang...tapi saya tidak tahu maksudnya
samada ia nampak kaki makhluk tu yang
putih panjang atau sekadar pakaiannya yang
panjang berjuntai...
Saya pandang ke atas...saya tidak nampak
benda yang ia katakan tapi saya percaya
budak itu berkata benar...
Ketika kami berada betul-betul di bawah
kayu ara tersebut...sambil terus melangkah...
saya mula mencarut dan mencaci 'secukup
rasa' pada lembaga berpakaian putih tersebut.
Setelah melewati pokok ara itu saya bertanya
pada budak tadi...budak itu beritahu lembaga
itu masih duduk di situ.....tiada nampak
sebarang reaksi gerakan atau lainnya...
Saya sebenarnya sekadar menguji samada
cacian dan celaan boleh buat benda itu ber-
tindak...namun ianya 'jin sabar' agaknya...atau
tiada 'mood' nak 'cari gaduh'...
Sebelum ini di luar bulan puasa seorang budak
lain pernah memberitahu saya perkara yang
sama cuma ketika itu dahan tempat duduknya
lebih rendah...
Tanpa beritahu budak tadi....saya guna per-
nafasan dan gerak pancung...tapi saya tidak
sasarkan pada tubuh lembaga tersebut...hanya
sekadar pada 'dahan' tempat bertenggeknya...
Budak itu beritahu.......ia nampak tiba-tiba
lembaga tersebut jatuh...betul-betul ke atas
jalanraya kemudiannya hilang dari pandangan.
Bagaimanapun secara umumnya...kerana men-
caci...atau kerana sekadar cakap besar.....
anda akhirnya mungkin terpaksa menghadapi
serangan jin...maka sebaiknya anda elakkan...
samada anda nampak atau tidak adanya jin....

Rabu, 8 Ogos 2012
Anak Jin Dalam Perut...?
Seorang ibu menceritakan.....baru 4 hari berhenti
'jadual bulanannya'...sudah beberapa kali tiba-tiba
ia merasa ada bayi dalam perutnya...
Terasa sangat tangan menolak...malah kaki bayi
itu menendang dinding perutnya...
Saya meminta ibu itu menutup mata sambil men-
umpukan perhatian ke bahagian dalam perutnya.
Saya membaca Fatihah...Ayat kursi dan zikir
Allah berserta beberapa kali pernafasan...
Hampir seminit kemudian...ibu itu memberitahu
...ia nampak satu benda seperti bola cahaya ber-
warna putih dalam perutnya...
Saya memintanya terus menumpukan perhatian
dan saya membuat beberapa set pernafasan lagi.
Ibu itu memberitahu ada sesuatu dalam bola
putih tersebut...bukan bayi...tapi seekor
kumbang hitam...
Pada dinding perutnya pula ibu itu nampak
satu lapisan cahaya berwarna merah...
Olah kerana tidak ada benda lainnya lagi....saya
mula mencari laluan masuk makhluk tersebut
ke dalam perutnya...
Saya menghalakan tapak tangan ke hujung jari
kakinya dan membuat beberapa set pernafasan.
Ibu itu beritahu ibu jari kaki kirinya terasa
panas...dan apabila saya meletakkan hujung
jari telunjuk kehujung jari tersebut dan membuat
satu pernafasan...ia merasa ada laluan darinya
terus ke bola dalam perutnya tadi...
Saya menarik bola itu keluar dari hujung jari ter-
sebut menggunakan kaedah cubit cabut...tiba-tiba
itu merasa sakit pada lututnya...agaknya benda
itu 'tersangkut' atau cuba bertahan...
Saya menariknya. lagi ...sambil membaca ayat
Afahasibtum...dengan izin Tuhan...sakit itu
hilang...
Apabila saya meminta ibu itu menumpukan
semula perhatian ke perutnya...tidak ada lagi
bola juga kumbang hitam.....tapi masih ada
lapisan warna merah pada dinding perutnya.
Ibu itu juga merasa ada angin kembang kuncup
pada perutnya itu...dan saya cuba menariknya
lagi tapi kali ini melalui tulang belakang yang
bertentangan dengan perut.
Biasa terjadi gangguan pada perut itu asalnya
dari tulang belakang...iaitu jin buat penempatan
padanya......maka paling sesuai ia ditarik keluar
terus dari bahagian tulang tersebut...
Saya bekalkan ibu itu garam bukit rukyah untuk
guna makan secubit juga rendam kaki dan pada
malamnya itu banyak anginnya (angin bisa) keluar.
Saya baru juga mula gunakan garam bukit dan
masih sedang mengkaji keberkesanannya dalam
perubatan gangguan...setakat ini saya dapati ada
kelebihannya berbanding air doa semata-mata....

Selasa, 7 Ogos 2012
AYAT TUJUH...
Iaitu kumpulan 7 ayat...
1.Suroh At Taubah - Ayat 51
2.Suroh Yunus - Ayat 107
3.Suroh Hud - Ayat 6
4.Suroh Hud - Ayat 56
5.Suroh Al Ankabut - Ayat 60
6.Suroh Fathir - Ayat 2
7.Suroh Az Zumar - Ayat 38
Wallohu a'lam
1.Suroh At Taubah - Ayat 51
2.Suroh Yunus - Ayat 107
3.Suroh Hud - Ayat 6
4.Suroh Hud - Ayat 56
5.Suroh Al Ankabut - Ayat 60
6.Suroh Fathir - Ayat 2
7.Suroh Az Zumar - Ayat 38
Wallohu a'lam
Sabtu, 4 Ogos 2012
Rahsia Bomoh Handalan ?
Bayangkan...baru saja anda duduk...dan belum
sempat buka mulut...tiba-tiba bomoh itu kata
...tak payahlah cu bagitau...tok dah tau cu
akan datang ke sini dengan hajat 'begitu begini'.
...dan semua yang bomoh itu kata benar belaka
tak kah melopong dibuatnya...?
...bagaimana ia boleh terjadi...?
Sebahagian orang kata...jin itu (termasuk jin si
bomoh) boleh mendengar walau pada suatu
jarak yang sangat jauh maka jin itu akan beritahu
pada tuannya......wallohu a'lam...
Sekadar yang saya faham..apabila kita menyebut
tentang sesuatu tempat yang ada jin...
atau mengenai jin yang menempati suatu tempat
...atau bomoh yang guna jin...atau jin yang
mendampingi si bomoh...dan sebagainya...
...maka ketika itu perhatian kita pada perkara
yang berkaitan tersebut akan menghasilkan suatu
kesan tenaga yang sampai kepada tempat atau
jin yang kita maksudkan...
Maka jin itu atau jin yang ada pada tempat itu
akan nampak atau mengesan tenaga tersebut...
...dan tahulah 'ia'...ada manusia yang berkata
sesuatu yang ada kaitan dengannya...
Lalu sepantas kilat jin itu akan menyusuri kesan
tenaga tersebut hingga ke puncanya...iaitu kita.
Si jin pun memasang telinga......dan kemudian
pulang serta memberitahu tuannya...samada
secara berdepan....berbisik...mendatangkan
'ilham'...atau sebagainya...
Maka tak hairan kalau bomoh itu tahu...kerana
'spy mat jinnya' dah buat laporan lengkap....
Ini termasuklah...walau anda tak pernah jumpa
sibomoh...atau tidak tahu di mana tempatnya
kerana apabila anda maksudkan yang demikian
...tenaga dari anda itu pasti sampai kepadanya.
...iaitu tenaga yang anda hasilkan itu akan
'mencari' sendiri kedudukannya...
Dari satu segi lain....jin itu tidaklah sehandal
mana...kerana tanpa tenaga yang anda hasil-
kan itu...jin tersebut tidak akan tahu ada
manusia yang bercakap mengenainya atau
mengenai tuannya...
Kesan tenaga dari perhatian kita itu adalah
daripada kekuatan ruh kita sendiri...
Seorang rakan berpengalaman memberikan
caranya agar jin tidak dapat mendengar apa
yang kita ucapkan......iaitu baca Fatihah
sebelum bercakap dan niat doa minta Tuhan
lindungi daripada didengari oleh jin....
Pernah seorang rakan lain memberitahu saya
...sudah ada beberapa orang ahli keluarganya
yang mati walaupun sudah mengeluarkan
perbelanjaan ribuan ringgit sebagai kos
rawatan dari xxx...
...tapi...tiba-tiba rakan itu terdiam takut...
ia beritahu dapat merasakan ada jin yang
datang dari xxx dan sedang memasang telinga
untuk mendengar apa yang ia katakan...
...sedangkan xxx itu dari tempat jauh...dan
rakan itu sendiri tidak tahu di mana xxx itu
sedang berada...

Rabu, 1 Ogos 2012
Berkaitan 'Ruh' Orang Mati...
Salah satu tanda ada saka ialah anda selalu
bermimpi aneh...dan antaranya selalu ber-
mimpi orang yang sudah meninggal dunia.
Biasanya yang meninggal itu ada kaitan
darah atau keluarga...
Contohnya anda selalu bermimpi si A...
maka ia biasanya bererti...jin yang men-
dampingi anda itu dulunya mendampingi
atau mengganggu si A...
Ciri-ciri mimpi tersebut...ia sering...dan
menimbulkan kesan negatif pada perasaan
seperti rasa nak ikut mati...takut mati...
ketakutan...rasa putus asa...sedih...serta
keresahan dan kegelisahan tanpa sebab
munasabah...dan sebagainya..
Ketika saya menghadiri satu majlis kenduri
arwah...anak pada si ayah yang meninggal
memberitahu...mereka sering merasa ada
sesuatu yang tidak kelihatan datang ke bilik
arwah...
Ada pula kalangan keluarga yang duduk
dalam rumah...tiba-tiba merasa seram
kerana merasa ruh ayah mereka yang
sudah meninggal itu ada dekat dengannya.
Secara umumnya...kehadiran ruh itu tidak
dapat dirasa atau dikesan...kerana ruh itu
pada hakikatnya adalah di alam Barzakh
dan bukan di alam dunia...
Setiap yang dirasa atau dikesan kehadiran-
nya itu...maka makhluk itu adalah makhluk
alam dunia...iaitu jin...
Begitu pula ada anak kecil yang menangis
tanpa sebab setiap malam sejak datuknya
meninggal dunia...kerana menurut seorang
bomoh...anak kecil itu nampak ruh datuk
yang datang kerana rindu kepadanya...
Dan sebenarnya...ia juga adalah jin..
Begitulah pada adatnya sebahagian agama
(bukan Islam) yang menyembah dan mem-
beri makan pada ruh keluarga mereka yang
sudah meninggal...agar ruh-ruh itu tidak
mengganggu mereka yang masih hidup...
Tanpa sedar...ada kalangan kita yang sama
kepercayaannya dengan mereka tersebut...
Malah ia menjadi amalan kebatinan golo-
ngan tertentu...apabila mereka menjadikan
malam Jumaat yang mulia itu sebagai malam
menghidang makanan kepada ruh-ruh
orang mati...kemudian makan makanan-
makanan tersebut yang secara rohaninya
sudah berlumuran dengan air liur jin...

Langgan:
Catatan (Atom)