Saya kagum sangat dengan kebolehan
'scan'. sepupu saya B tersebut...
Dalam masa yang sama ia mengalami
gangguan yang agak teruk.....dan jin
cuba 'membawanya' ke katil hospital
terlantar kerana lumpuh sebelah badan.
Namun setakat yang dapat saya simpul-
kan...gejala darah tinggi dan stroknya
itu sekadar gangguan jin yang sebati
dalam badan...
B ambil ubat darah tinggi kerana memang
dapat dikesan tekanan tersebut tapi ada
perkara yang buat doktor bingung...
Tekanan darahnya tinggi...tapi B tidak
rasa pening...
Dengan 4 malam berturut-turut merawat-
nya...sekali sesi rawatan saja ada hingga
puluhan jin mengganggu dan menyerang-
nya...
Satu tempat sakit pula ada yang sampai
lima punca gangguan...
Seperkara yang buat saya 'kagum'.....
sebut saja tentang jin atau ahli keluarga
lain yang sakit...dengan cepat B nampak
puncanya walau yang sudah berlaku
bertahun-tahun lalu...
Saya juga sengaja bertanya perkara yang
saya tahu untuk mengesan sebarang ke-
silapan...atau tipudaya...
Apabila kami berbincang akan ke Kam-
pung Tanah Merah esoknya...tiba-tiba
B beitahu...ada bendanya disitu sedang
mengawasi dan mendengar perbualan
kami...
" perempuan panjang rambut pakaian
putih ? " saya bertanya...ternyata B ter-
kejut kerana saya sedikit mendahului
' ilmu scannya '...
J membuka mata dan berpaling ke arah
saya..." macamana kau tau ?..." ia ber-
tanya...
Sebenarnya saya tak nampak...tapi ber-
belas tahun lalu ketika berlaku kebakar-
an hutan di kawasan tersebut timbul
ceritanya bagaiamana orang nampak di-
waktu malam...
...seorang perempuan berambut panjang
berpakaian serba putih mengekori api yang
yang sedang membakar menghanguskan
hutan sekitar kawasan tersebut...
...maka saya fikir...tentu itu bendanya...
' orang lama ' yang mungkin tinggal tetap
di situ...
Sepanjang masa merawat...anjing-anjing
dalam kawasan kampung terus menyalak
dan melolong......malah kadang-kadang
saya rasa pelik...ada yang suaranya kuat
tapi bukannya seperti suara anjing....
Mungkin masa itu agak kritikal dan ber-
bahaya sehingga B dapat melihat cahaya-
cahaya putih yang kelihatan menghalang
beberapa serangan kumpulan-kumpulan
makhluk aneh yang datang dalam jumlah
yang sangat banyak...
" Itu cahaya dari amalan-amalan kamu se-
perguruan yang saling menyokong antara
setiap kamu dengan yang lain.." B beritahu
saya tanpa ditanya...
Malam ke empat...keadaan B lebih baik
dari sebelumnya..tapi ' scannya' masih
kuat....cakap saja mana-mana termasuk
rumah abang di KK...pada saat itu juga
B nampak dengan jelas punca gangguan-
nya...
Sudah hampir jam satu pagi...saya ambil
keputusan mengkaji punca kekuatan
'scannya'...
Saya hadapkan tapak tangan ke arah
matanya...ternyata B terasa mata kirinya
panas...maka saya tarik angin bisanya...
...tapi B masih nampak...maka saya pe-
reksa bahagian kepalanya...B rasa panas
tandanya ada angin bisa...
Saya cubit cabut dari dahinya...panas itu
sudah hilang...tapi 'scannya' masih 'hebat'.
Pada adat kebiasaanya....sepatutnya B
tidak lagi nampak tapi tiba-tiba terlintas
dalam fikiran saya pengalaman dengan
anak buah yang diganggu jin tokong...
Saya melekapkan tapak tangan kanan ke-
belakang B dan membaca ayat 1 hingga
11...sambil membayangkan tangan saya
itu melekap dibelakang rawannya jika ada
yang sedang berada di luar badan...
Ini kerana B beritahu...walaupun ia berada
dalam rumah...tapi perasaanya...seperti ia
berada ditrmpat lain...
Saya bayangkan rawannya di liputi oleh
cahaya putih yang sangat panas sehingga
tidak dapat di dekati lagi oleh jin sekira-
nya benar ada gangguan...
Kemudian saya tarik nafas perlahan-lahan
sambil membaca Ayat Kursi dan.mem-
bayangkan menarik rawan B yang sedang
berada di luar masuk semula ke dalam
badan...
Dengan izin Tuhan...B dapat merasakan ia
betul-betul berada dalam rumah...dan
semua kebolehan ' scannya' tadi hilang.
Sekadar yang dapat saya simpulkan...
ada rawan B yang jin bawa keluar dan
pergi ke mana-mana kerana itu B boleh
mengesan dan pergi ke mana saja yang
ia niatkan dengan sangat cepat...
Apa yang B nampak dan ceritakan...ia-
lah apa yang rawan B nampak...
Kerana itu juga dalam masa yang sama...
B mengalami banyak gangguan dan
serangan kerana nampak jin bererti kita
berada pada satu frekuensi yang sama
dengan jin maka kerana itu ruang serangan
terbuka luas...
Kerana itu juga...iaitu rawan dibawa dan
dipandu jin keluar...maka saya akhirnya
tidak dapat mengesan sebarang tanda-
tanda angin bisa atau kehadiran jin pada B
yang sepatutnya membuat ia nampak jin.
Dari gejalanya...saya percaya ianya ada-
lah gangguan jin saka...
Setelah saya pulang...B nampak satu lem-
baga putih yang menampakkan dirinya...
dan memberi isyarat supaya ia solat...
Dari penelitian saya dalam beberapa hari
merawat B...
.....saya yakin...saya tahu siapa lembaga
putih itu...iaitu jin saka ilmu dari moyang-
nya...dan kemungkinan besar...jin itu juga
yang membawa rawannya....serta telah
menjaga B dari zaman kanak-kanaknya
lagi...
Bukan hanya saka moyang.....malah jin
saka ilmu dan tangkal datuk dan neneknya
semua cuba berumah dalam badan B...
selain jin yang tinggal pada pokok kayu
besar berhampiran dengan rumah lama
datuknya...
Kalaulah Tuhan izinkan semuanya...ketika
ini...B mengalami sakit kepala dan gangguan
fikiran...sakit dada kiri....sakit tangan dan
kaki kiri...sakit perut...sakit tulang pinggang
belakang...sakit bahu...sakit pinggang kiri...
sesak nafas...dan pastinya juga.....lumpuh
sebelah kiri badan...darah tinggi...darah
kental...juga akan disangka gila...
Banyaknya jin saka juga ternyata mengun-
dang banyak serangan sihir ke atas B...
samada dari rakan...serangan jin ilmu bekas
isteri...serangan jin bomoh yang pernah di-
minta rawatnya...malah jin tersebut cuba
pindah masuk tinggal dalam badannya...
serangan jin buang atau jin liar...dan
sebagainya...
Apa pun keadaannya...setiap sesuatu yang
Tuhan kehendaki terjadi..maka jadila ia...
dan apa juga yang dikehendakiNYA tidak
terjadi maka tidak akan jadinya...
...maka layaklah Tuhan itu satu-satunya....
tempat meminta pertolongan...
Walllohu a'lam
Slm tuan junied beberapa hari lepas sy cuba merawat salah seorang ahli keluarga sy kepalanya berdenyut kuat
BalasPadamSy guna kaedah pernafasan cubit cabut beberapa kali tapi kurang sedikit sakitmya.lama juga sy baca rulyah masih lagi ada denyut kepalanya.mala terlintas di fikiran guna teknil himpit dan hancurkan
Sy bayangkan benda tu berada pada tapak tamgan kiri sehingga habis nafas tarik sy himpit dan niat musnahkan semuanya dan iamya berjaya.tapi tak tahu lah selama mana ia hilang mungkin ianya buat sementara.tapi pada mlmnya sy bermimpi menghuni rumah kosong yg mana sudah beberapa orang kata ia berhantu. Maka sy baca al qursi beberapa kali.tiada tindak balas sy teruskan lagi tiba2 terpandang 3helai baju kot lama tergantung pada dinding beserta topi nampak mata berkedip2.Yg pelik peliknya seolah-olah tuan junied berada sama suruh saya teruskan bacaan sy teruskan tumpuan ulang alqursi tiba2 baju tadi melayang mahu menerpa kearah sy.sy tidak peduli pandang terus pada benda tu sambil ulang alqursi
Makin dekat makin lemah dan sy terus pegang kepala lembaga itu ia telah lemah dan hilang begitu saja.sebenar sy tak pernah jumpa tuan junied tapi hati mengatakan begitu membantu sy melawan gangguan itu.apa pendapat tuam junied
Wa alaikum salam wbkth saudara...
PadamAlhamdulillah...teknik yang sama kalau
sering kita gunakan...akan bertambah
'kekuatannya' dengan izin Tuhan...
kerana kita akan lebih dapat menghayati-
nya maka semakin yakin dan lebih
banyak kekuatan roh yang dapat kita
kerahkan...
Pada pendapat saya paling utama kita
lihat antara dua kemungkinan berkaitan
mimpi saudara tersebut...
1. Jin boleh menyerupai atau datang da-
lam mimpi....maka jin tersebut berbuat
demikian kemudian dihasutnya agar
lain kali saudara akan berharap pertolong-
an saya disamping pertolongan Tuhan
yang nyata bawa syirik...
2. Dengan izin Tuhan yang memberi ke-
kuatan kepada roh saudara memasuki
alam makhluk tersebut....maka saudara
berdepan sendiri dengan punca gangguan-
nya...
'saya' yang hadir itu boleh jadi juga roh
( rawan ) saya...terutama kerana hati
saudara merasakan demikian...
Setakat yang saya fahami...dalam kedu-
dukan saudara ketika itu...biasanya
saudara akan cepat mengenal pasti
samada sesuatu itu jin atau bukan...
Seperti kata Saidian Ali RA...Saya per-
nah mendengar Rasulullah berkata...
apabila manusia itu tidur...raoh ( rawan )
mereka akan keluar seperti tentera-
tentera yang dikerah...kemudain saling
berjumpa dan berbicara...dan seterusnya
tanpa syarat kita pernah bertemu secara
berdepan atau tidak...
Dalam keadaan sedar biasa...apabila kita
ingat seseorang...maka tenaga kita ( ke-
kuatan roh ) akan sampai padanya...
atau apabila kita membayangkan ber-
depan..maka rawan kita akan datang
dan berdepan dengannya...
Mata kita tak nampak...tapi apabila
kita di pejabat contohnya membayang-
kan kita sedang duduk dirumah...maka
pada pandangan jin...kita juga ada di-
rumah...Wallohu a'lam
Kesimpulannya...kita serahkan kepada
Tuhan yang Maha Mengetahui...dan
hanya kepadaNYA tempat kita memohon
pertolongan...
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamSekadar perkongsian,
Saya mengalami gangguan rawan semasa tidur sekitar tahun 1998, iaitu rawan didedahkan perkara-perkara pelik dan bermaksud tidak baik.
Mula-mula saya rasa ianya satu anugerah, sampai nombor ekor pun diberitahu keputusan dengan tepat.Nasib baik saya tdk membeli sebarang nombor ekor atau menerima bulat2 anugerah ini sehinggalah saya terbeli satu buku 'membongkar rahsia jampi jelmaan Al-Quran'. ianya menerangkan jenis-jenis gangguan rawan dan kaedah ruqyah dan ayat2 pendinding.
Alhamdulilah, dgn izin Allah swt saya dapat no.hp penulis buku ini yang juga merupakan pengamal perubatan islam dan berbicara pjg tentang gangguan rawan ini. Apa yang tuan Junied tulis di blog ini, persis dgn pengalaman penulis buku ini.
Wallahu'alam
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamAlhamdulillah...saya bersyukur atas perkongsian
maklumat dan pengalaman saudara ini...
Memang rawan pada hakikatnya jauh lebih hebat
daripada jin...hanya kita melemahkan diri dan
tunduk ( yakin ) kepada kekuatan jin...
Dan saya tambah-tambah bersyukur lagi kalau
bukunya itu boleh pinjam ! ( acah je..)
Cuma kalau tak keberatan harap-harapnya
sudilah saudara kongsikan serba sedikit
perkara berkaitan gangguan rawan di sini
ya...
Wallohu a'lam
Salam Tuan,
BalasPadaminsyallah nanti saya beri pinjam tuan buku itu.
Saya ada sedikit persoalan disini tuan,
Seperti saudara Ali, sebelum mengenali tuan..seakan-akan tuan perna menjelma dlm mimpi saya dan wajah tuan mmg saya sudah duga pun wlpn blm bertemu. Apabila saya ter'google' blog tuan RNJ pada thn 2010, saya mula mencari tuan sblm meminta email tuan di blog itu. Saya sebenarnya pd waktu itu giat mengkaji jin..terutama jin saka dan kaedah rawatan dan tercari-cari jawapan penyelesaian.
Saya pernah diceritakan oleh org tua2 dahulu bahawa roh manusia ini boleh dijelmakan kepada binatang seperti semut dan burung. Ada 2 org sahabat tertidur, seorg terjaga dan melihat seekor semut mengelilingi besen penuh air, mandi kemudian menghilang. sejurus slps itu rakan nya itu terjaga, dan menceritakan perkara sama spt semut itu lakukan. Apa pendapat tuan?
Pada masa dulu, apabila seseorg itu bermimpi mati iaitu diberitahu oleh seseorg dlm mimpi bhwa dia akan mati tdk lama lg, maka org itu pasti mati dgn apa2 bentuk keadaan pybb kematian dlm masa terdekat. Apa pandangan tuan?
Wallahu'alam.
As salam..
BalasPadamSukma kita bole jadi apa saja yg kita mahu. Kalo sedang rawat pesakit yg ada hala@saka harimau. Bole aja kita jadi harimau yg 10 kali ganda besarnya. Atau bole juga kita pecahkan diri jd 7. Mmg kecut terus hala tu lari lintang pukang. Bole juga masuk dalam raga@badan makhluk lain. Tp itu peringkat atas ilmu sukma/ilmu rawan.
Antara fadilat amalan Payung Rasulullah.. ayat 'Lakod jaakum.. 2 ayat terakhir surah At Taubah. diizinkan tahu waktu terdekat kematiaan. Sbb tu org2 dulu sblm mati sempat wasiat dan pesan kat anak bini spt tau malaikat maut sedang menunggu masa utk cabut nyawanya.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadam1. Alhamdulillah...terima kasih sauadara...
2. Seperti...kita sampai ke satu tempat baru...
tapi rasa pernah sampai ke situ sebelumnya
atau jumpa seseorang baru tapi rasa pernah
jumpa...atau jumpa dalam mimpi boleh jadi
antara akiviti rawan...
Biasanya apabila kita niat nak jumpa atau
pergi ke sesuatu tempat...atau mencari se-
seseorang...boleh jadi rawan kita sudah
mendapatkannya...
Kelebihan rawan...kita cuma perlu niat...dan
rawan itu bertindak dan sejauh mana kesan
dan kekuatannya maka ia terserah pada
izin Tuhan...
Begitu juga...boleh terjadi pertemuan rawan
antara orang yang belum pernah jumpa...
Bagaimana pun jangan kita lupa..pada alam
yang tidak tercapai oleh penglihatan mata itu
ada makhluk lain yang mungkin ada tujuan-
nya sendiri iatu jin...maka kita serahkan pada
Tuhan yang Maha Mengetahui akan hakikat
perkaranya...
3. Terima kasih atas pencerahan tuan UM
mengenai persoalan rawan yang boleh ber-
tukar 'rupa'...
Ada rakan beri petua...kalau berdepan per-
kara berkaitan jin...bayangkan muka kita
jadi sangat ganas atau buruk pada peng-
lihatan jin tersebut hingga menakutkannya.
..wallohu a'lam
4. Soal mati..Tuhan lebih tahu..tapi setakat
pengetahuan saya memang tidak mustahil
seseorang itu boleh rasa dengan kematian-
nya yang semakin hampir...namun pada
saat mana...hanya Tuhan yang tahu...
Bagaimana kita akan tahu saat kematian kita
sedangkan kita tidak tahu pun berapa jumlah
degup jantung kita yang sudah Tuhan tetapkan
sejak sebelum kita kedunia lagi ?
Kita tidak akan dapat lebihan satu degup...
atau terkurang satu degup..malah kita tidak
tahu sebanyak mana tarikan nafas yangTuhan
sudah tentukan untuk kita di atas muka bumi
ini...
5. Ia boleh jadi...dengan izin dan kehendak
BalasPadamTuhan...
Kalau ia berkaitan gangguan jin yang datang
dalam mimpinya...ada jin yang berpengalaman
dapat mengesan aktiviti luarbiasa rawan se-
seorang yang tidak lama lagi akan mati...tapi
ia masih lebih kepada meramal dan tidak
boleh mempercayainya...
Kadang-kadang jin itu sekadar cuba menakut-
nakutkan untuk melemahkan jiwa seseorang
atau sekadar untuk menyesatkan...atau ber-
erti jin itu ada perancangan untuk cuba mem-
bunuhnya...
Terima kasih pada perkongsian tuan UM
berkaitan ayat Laqod ja akum...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum..
BalasPadamBtol tu tiada siapa yg tahu saat yg tepat kematiaannya. Ia antara rahsia Allah yg dirahsiakan. Cuma kalo ikut pengalaman org tua2 dan ada juga tercatan dlm kitab2 lama akan tanda2 kematiaan semakin hampir. Kalo ikut hadith seseorang tidak akan mati selagi rezkinya masih ada.
Cuma pesan jgn selalu amal bayangkan muka hodoh atau ganas bila berhadapan jin.
Sbb kalo biasakan maka muka sukma kita akan kekal begitu dan bole jd fitnah kepada org yg 'nampak' dgn bantuan jin. lg parah kalo yg nampak tu scanner dan 'ustaz' yg suka menjaja cerita keburukan pusat rawatan lain.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih tuan atas per-
kongsian dan peringatannya...
Wallohu a'lam
Salam sejahtera, berkaitan dengan rawatan sendiri, ada org kata , air panas boleh menyakiti jin, ada kata air panas boleh menguatkan jin dlm badan, apa pndpt tuan2 jika rawatan menggunakan rendaman kaki menggunakan air suam dengan garam bukit?,
BalasPadamsatu lg kaedah guna ais. Rendam air berais dengan garam bukit. Dikatakan salah satu kaedah rawatan gangguan jin. Mohon penjelasan.
Assalamualaikum..
BalasPadamSekadar perkongsian..
kalau menurut hadith nabi s.a.w..tiada keberkatan dalam makanan yg panas. Antara sunnah makan apabila sudah sejuk. Jika dikaji hadith tersebut pasti ada sesuatu.. garam dan air sejuk juga mmg ada manfaat utk manusia. Tp menyakitkan bangsa jin.
Antara bahan yg bole digunakan utk rawatan secara permandian ialah garam kasar/garam bukit, ais, limau purut/limau nipis, minyak wangi. Sebaiknya semuanya dirukyah terlebih dahulu.
Untuk gangguan@sihir@penyakit yg berat bole campur semua bahan. Kalau yg ringan cukup satu bahan shj.
Waulahualam..
W alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadamGaram bukit dengan air panas juga baik...Insha
Allah...
Terima kasih banyak-banyak tuan atas per-
kongsiannya....
Wallohu a'lam
Terima kasih tuan2 atas penjelasan, moga dapat diamalkan dan dimanafaatkan semua.
BalasPadamAs salam..
BalasPadamAir yg dicampur garam kasar akan mjadi konduktor elektrik yg lebih baik dari air biasa. Asid dlm limau pula mengandungi cas elektrik.
Masih ingat waktu eksperimen sains di sekolah limau bole menyalakan mentol. Apabila air+garam+asid limau =air yg mengandungi cas elektrik halus.
Sangat bermanfaat pd tubuh badan manusia yg terdiri dari jaringan sistem saraf yg berfungsi secara elektromagnetik.
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadamAlhamdulillah...baru saya faham tentang penjelasan
saintifiknya berkaitan garam dan limau...
Bukannya tak belajar masa sekolah dulu...tapi agak-
nya masa cikgu ajar 'tang' ni...saya tidur duduk...
Terima kasih tuan atas perkongsiannya...
Pada saudara rashidi...itulah yang kita harap-harap-
kan...dan saya bersyukur atas banyak perkongsian
rakan-rakan pembaca...saya juga dapat banyak
pengetahuan baru...Insha Allah...
Walllohu a'lam
Salam sejahtera, kepada semua yang berkongsi, pada pendapat saya, memang sempurna kalau perubatan itu digabungkan di antara bacaan ayat, teknik pernafasan dan alam semulajadi. Saya mengambul contoh untuk menghalau kucing . Kalau sekadar kita jerit sahaja mungkin kucing tu tak lari, dia takut je, bila kita ambil penyapu sambil menghempasnya ke lantai, sudah tentukucing tu lari lintang pukang. Mungkin itulah yang berlaku di alam jin.
BalasPadamLimau, garam kasar banyak digunakan oleh perawat bagi melemahkan jin selain penggunaan lengkuas,kunyit dan sebagainya.
As salam,
BalasPadamDitmpt kerja saya,ramai yg bukan beragama islam mggunakkan garam bukit(himalaya) dan madu sbg penawar dan mknan amalan.
Klu kita yg beragama islam mggabungkn semua unsur itu dgn zikirullah, ayat AQ dan pernafasan mmg bkesan dgn izin Allah swt.Saya tengok ust.Sharhan mggunakn kaedah yg sama iaitu pggabungan unsur2 bumi dgn kalimah Allah.Alhamdulilah berkesan.
Wallahu'alam.
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan....
BalasPadamSaya setuju benar dengan pandangan tuan-tuan.
Memang berbeza sangat antara kita berdoa dan
menunggu sebatang pokok itu tumbang...dengan
kita berdoa kemudian ambil kapak dan menebang-
nya...
Terima kasih atas perkongsian tuan-tuan...
Wallohu a'lam