Khamis, 29 September 2011

DUNIA MISTERI (13)...Api Ayat Kursi. . .

Seseorang yang berdamping dengan 'orang halus'
memberitahu saya agar selalu membaca ayat
Kursi...

Beberapa hari kemudian...ia memberitahu saya
sesuatu...

...iaitu makhluk dampingannya kata...tak baik
mengamalkan Ayat Kursi...kerana ayat itu panas.

Kalau seseorang membaca Ayat Kursi..makhluk
itu nampak api yang sangat besar datang...

Wallohu a'lam...

(Nota-Makhluk halus itu mengaku dirinya Islam
tapi sebenarnya ia jin kafir))

Seorang rakan memberitahu...kalau kita mem-
baca Ayat Kursi...maka akan datang para malai-
kat untuk mendengar sebagai memuliakannya...

Maka apabila malaikat itu berkumpul...maka
jin walaupun tak nampak malaikat tersebut...
tapi mereka dapat merasakan tempat tersebut
menjadi panas...Wallohu a'lam

Kita biasanya menyebutkan Ayat Kursi sebagai
panas...tapi panasnya itu hanya pada jin...

Kalau anda merasa panas kerana membaca Ayat
Kursi..atau mendengar bacaan Ayat Kursi...
maka bererti dalam badan anda ada jin...atau
angin bisa jin...

Biasanya apabila kita merasa panas kerana me-
baca Ayat Kursi atau ayat lainnya yang bersi-
fat panas...

...atau kerana meminum air yang dibacakan ayat-
ayat panas...

...maka untuk mengurangkan atau menghilangkan
rasa panasnya...

...anda boleh membaca salawat berulang-ulang...
atau baca salawat 7 x pada air kosong...dan
guna minum...

Ia juga boleh digunakan kalau kesan rukyah...
atau meminum air doa menyebabkan anda merasa
kesakitan...maka untuk mengurangkannya...
juga dengan bacaan atau air salawat...

Antara bentuk ayat-ayat Qur'an yang bersifat
panas pada jin...

1.ayat yang menceritakan tentang neraka...

2.Ayat yang menceritakan tentang hari Kiamat...

3.Ayat yang menceritakan tentang langit...dan
bintang...

4.Ayat yang menceritakan tentang jin...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 9 September 2011

Penyebaran Agama Menggunakan 'Air Suci' . . .

Apabila sesuatu air di 'doakan' oleh bomoh
yang berdamping dengan jin...maka tujuan
penggunaan air itu adalah untuk membuka
laluan masuk jin dampingannya ke dalam
badan anda...(biasanya air itu diguna
minum)...

Apabila air itu di 'doakan' oleh seseorang
yang beragama x...dengan menggunakan ayat-
ayat atau doa suci dari agama x (selain
Islam) maka jin yang beragama x...akan
dapat masuk ke dalam badan anda...

Begitu juga kalau air itu di 'doakan' oleh
seseorang daripada agama Z...maka ia jadi
laluan masuk badan oleh jin dari agama z
dan seterusnya...

Apabila jin dari agama x masuk badan anda
maka bawaannya adalah anda 'merasa tertarik'
atau ditarik masuk ke dalam agama x...
dan begitu pula bagi agama Z dan sebagainya
iaitu pengaruh daripada jin yang mendampingi
atau masuk ke dalam badan anda...

Adapun satu persamaan antara semua air doa
atau 'air suci' di atas...ia sebenarnya ada-
lah air sihir...

...iaitu air yang ada 'ramuan' angin bisa
jin...

Maka pada asasnya...air itu tak kira dibuat
oleh dari mana-mana juga golongan tersebut
akan membuka laluan masuk jin ke dalam badan
anda...

...tak kira ianya jin dari mana-mana juga...
kerana angin bisa jin adalah sama sahaja
jenisnya...walaupun mungkin 'khasiat' antara-
nya serba sedikit ada perbezaannya...

Maka boleh berlaku...seseorang itu cuba meng-
embangkan agamanya melalui air doa atau air
suci ini...

Maka kesannya...anda mungkin mendengar suara
atau bisikan...pada telinga...dalam kepala...
dalam dada...dalam fikiran...dalam perasaan
atau tanpa sebarang suara atau bisikan...
sebaliknya ia berupa satu kemahuan atau ke-
inginan...

Kalau seseorang itu terminum 'air suci'...
maka sebaiknya ia cepat-cepat meminum air
Yasin atau sebagainya untuk menutup laluan
yang terbentuk dari tindakbalas angin bisa
dalam air suci...

Kalau anda meminum sesuatu air putih...ke-
mudian anda merasa pening...tak selesa...
atau mual...anda mungkin terminum air sihir
termasuk 'air suci'...

Tapi kalau anda kurang pendinding...sekali
teguk sahaja...anda mungkin akan serta merta
di masuki jin...

Ada kisahnya...apabila seseorang itu termi-
num 'air suci'...lidahnya serta merta menjadi
hitam sebelah...dan apa pun boleh jadi...
setakat mana izin Tuhan...

Wallohu a'lam

Khamis, 8 September 2011

DUNIA MISTERI (12)...Cakaran Misteri...

Budak lelaki itu menceritakan...semalam ia
dan beberapa orang rakan berjalan kaki pada
satu lorong...

Ketika mereka terserempak dengan orang ma-
buk...mereka lari bersembunyi ke dalam kebun
pisang...

Apabila pulang ke rumah...ia merasa pedih
pada paha kanannya...dan mendapati ada 4
kesan cakaran kuku padanya...

...tapi tak ada sebarang kesan koyak pada
seluar panjang yang dipakainya...

Bermula lewat tengah malam...ia merasakan
badannya panas membahang tanpa sebarang
sebab menandakan ada angin bisa atau malah
mungkin jin masuk ke dalam badannya...

Untuk menguji...saya meletakkan tapak tang-
an kanan seinci di atas bekas cakaran itu
...tarik nafas...dan semasa menahan
nafas...saya membaca Ayat Kursi dalam hati.

Ketika itu...budak tadi merasa bekas cakaran
tersebut menjadi panas....menunjukkan ada
angin bisa jin padanya...

Saya melekapkan tapak tangan kanan ke bela-
kangnya dan mambaca ayat 54-55-56 Al A'rof.

...tarik nafas...kemudian membaca Fatihah
dan Ayat Kursi dalam hati semasa menahan
nafas...

Saya melepaskan nafas perlahan-lahan sambil
menepuk belakangnya beberapa kali...

Ketika itu...budak tadi ternampak satu ke-
libat lembaga putih muncul dan terbang
ke arah atas dari bahu kirinya...

Ia mungkin bendanya yang baru masuk...kera-
na biasanya benda baru dan ia masuk sendiri
(bukan suruhan atau jin sihir) dengan izin
Tuhan ..akan mudah keluarnya...

Wallohu a'lam

Isnin, 5 September 2011

SERANGAN DI BULAN RAMADHAN...

SERANGAN ANGIN BISA...

Sebaik sahaja rakan itu memasuki ruangan
tersebut...serta merta ia keluar semula.

Rakan itu kelihatan cemas dan ketakutan...
ia terbayangkan suatu makhluk berpakaian
serba putih dan berambut hitam panjang
mengurai menutupi muka hingga keparas dada
sedang berdiri pada satu sudut...

Rakan itu dapat merasakan 'aura ganas' mak-
hluk tersebut...

Saya masuk ke ruangan itu...dan membuat be-
berapa serangan rambang...saja lepas geram.

Seminggu lebih lalu...iaitu puasa hari ke-
tiga...ketika berada ditempat itu...saya
mula rasa tak sedap badan...

Badan terasa panas sejuk...kepala rasa ri-
ngan...

Di rumah malamnya...saya mula demam...seluruh
sendi terasa bisa-bisa...

Sepanjang malam saya tak dapat tidur nyenyak
sampai ke subuh...malah dalam tidur sekejap-
sekejap itu pun...terasa sangat bisa-bisa
dan panas seluruh badan...

Saya mangambil ubat di hospital...sambil ber-
usaha merawat diri sendiri...

Ternyata demam itu hilang datang sebagaimana
tanda-tanda biasa gangguan...silap saya...
kerana sejak mula berpuasa saya tak amalkan
sangat pendinding termasuk Ayat Manzil...

Kerana kurang sihat...saya batalkan puasa se-
hari kerana memakan ubat...dan tak dapat meng-
hadiri pengebumian salah seorang saudara de-
kat...( semoga Tuhan merahmati rohnya ).

Malam ke empat..ustaz menghantar mesej berta-
nyakan khabar...rupanya ustaz yang menerima
berita dari seorang rakan turut membuat rawa-
tan jarak jauh...

Sepanjang malam yang sejuk itu...saya berpe-
luh dan mula merasa agak lega sedikit...
kemudian semakin pulih pada hari-hari berikut-
nya...

Saya sekedar melepaskan geram...tapi ternyata
makhluk itu 'agak lasak'...dan tanda-tanda
menunjukkan rakan itu mula menjadi sasaran
baharu...

...maka saya merawatnya hingga hari ke tiga...
di mana rakan itu masih terbayang makhluk ter-
sebut mengekorinya...

...namun tak terasa lagi bahayanya kerana saiz
makhluk itu dah menjadi sangat kecil...

...janganlah kamu memaki syaitan...kerana ia
akan menjadi semakin besar...dan berkata...
saya akan musnahkan engkau...sebaliknya...baca-
kan padanya ayat-ayat Allah...kerana ia akan
menjadi semakin kecil hingga sebesar lalat...
dan pergi...Maksud huraian hadis...

...akan bersambung...Insya Allah...

ULASAN...

1.Pada Kak Yun...

Wa alaikum salam wbkth...
saya tak belajar scan jarak jauh...
Maaf ya...

Wallohu a'lam