Jumaat, 29 Mei 2015

Sihir Jin...Lingkaran Naga...

Kulit kakak itu kelihatan merah seperti kena haba
panas dari pinggang kanan ke pinggang kirinya.

Memang sangat menyeksakan kerana haba panas
itu datangnya dari satu benda yang bergerak di-
bawah kulitnya.

Apabila saya cuba menolaknya keluar malah apa-
bila saya cuba menariknya keluar dengan ' cubit
cabut '...benda  yang dirasanya sebesar kumbang
itu bergerak pantas berpindah-pindah lari dalam
badannya.

Sebelum ini kakak itu minta rawat dengan seorang
perawat yang juga orang tempatan...namun akhir-
nya perawat itu berputus asa.

Benda itu biasanya akan bergerak pantas seperti
angin...dan akhirnya bertambah kecil seperi semut
lalu bergerak lebih jauh masuk menyusup ke dalam
daging.

Selang  seminggu   saya  merawatnya...benda itu
mula muncul semula  dan bergerak menyebabkan 
rasa panas yang amat sangat dalam pinggang dan
rusuknya.

Kali ini saya meminta kakak itu menutup mata
dan menumpukan perhatian lebih jauh...

...akhirnya  dengan izin Tuhan kakak  itu  dapat
melihat   majah  makhluk   tersebut...bentuknya
seperti seekor naga sebesar saiz manusia...

...namun  jin  itu  menjadi  lebih kecil seperti se-
ekor  kumbang  apabila  saya  bacakan  fatihah
...ayat Kursi dan 3 Qul berserta pernafasan.

Ia  mula  bergerak  pantas    berpindah-pindah 
dalam badan kakak itu.

Saya tidak hiraukan jin yang berlindung dalam
badan kakak itu...sebaliknya saya minta kakak
itu terus menumpukan perhatian semakin jauh
ke alam makhluk itu.

Kakak  itu beritahu ia nampak sebuah patung
manusia  yang  besar...dan  ia  nampak  jin itu
melompat masuk ke dalamnya.

Kakak itu dapat merasakan patung itu adalah
wakil atau ganti kepada tubuhnya.

Secara teorinya jin itu telah membina sebuah
patung dan mengiktikadkan bahawa  patung
itu  adalah  tubuh  kakak  tadi lalu masuk ke
dalamnya.

Inilah sebabnya jin itu sukar  ditangkap atau
dicapai...kerana  jin  itu  hanya diburu  pada
tubuh  kakak  tadi  dan  bukan pada patung
sihir buatannya.

Saya  minta kakak itu  terus  menumpukan 
perhatian  dan  meniatkan  masuk  mencari
makhluk itu di dalam patung tersebut...dan 
saya  sudah  mengambil   keputusan  untuk 
cuba membunuhnya. 

Mungkin jin naga itu tahu dan merasa dalam
bahaya  sehingga  ia  melompat  keluar dari
patung itu melarikan diri.

Ternyata ada sesuatu yang di luar dugaan...
berlaku  apabila  tiba-tiba  seekor  helang 
hitam  ( saya  berpendapat ianya juga jin )
muncul  dan  dengan  pantas  menyambar
jin naga tersebut.

Ketika tu juga patung sihir tadi lesap tanpa
bekas dan saya berpendapat ianya kerana
jin helang teresbut telah membunuh jin naga
tadi.

Kakak itu merasa lega...ia pasti benar jin
berupa naga tadi tidak ada lagi dalam tubuh-
nya...

...dan dengan izin Tuhan...tidak  ada  lagi 
gejala panas itu selepasnya.

Memang  biasa  berlaku  apabila  jin  yang 
saling bermusuhan mengambil kesempatan
apabila  lawannya  itu  lemah  atau  tersilap
langkah ketika ' berurusan ' dengan manusia.

Apabila Tuhan berkehendak untuk membantu
maka bantuan itu boleh datang dari mana juga
dan mungkin diluar dugaan anda sendiri.

Lingkaran naga itu bukan saya yang namakan
sebaliknya ketika sakit kakak itu memberitahu
kepada  seorang  tabib  Cina...dan   ternyata 
tabib itu tahu ianya bukan penyakit biasa.

Mereka menamakan ia lingkaran naga...dan
biasanya  kulit  merah  itu akan merebak ke 
depan tubuh dan terus memanjang ke arah
sambungan kulit merah asal...dan ianya ada-
lah jenis sihir untuk membunuh.

Saya berpendapat ianya jin sihir yang sudah
kehilangan tuannya...dan  jin  itu  bertindak
sendiri sebagaimana mungkin yang  pernah
tuannya gunakan dulu.

Banyak gejala sihir sekarang adalah  dari
gangguan atau serangan jin sihir yang tidak 
ada tuannya lagi terutamanya yang di tinggal 
mati.

Wallohu a'lam

Ketul Daging Rumah jin....

Apabila ibu itu menumpukan perhatian...ia merasa
berat  belakangnya  itu  berpusat  di suatu tempat
iaitu  seketul  daging  timbul  sebesar  hujung  jari
kelingking di bahagian bawah kanan belakangnya.

Ibu yang sedang menutup mata itu terus menumpu-
kan perhatian membayangkan ia menjenguk masuk
dalam ketulan daging tersebut.

" Ada seekor jin di dalam..." beritahu si ibu....rupa-
nya  ketulan  daging  itu  jin buat penempatannya...
dan berat jin itulah yang ibu itu rasakan selama ini
menyebabkan  ia  selalu  keletihan   tanpa   sebab
munasabah.

Saya minta si ibu buat kata pemutus...dan membaca
Ayat Kursi...jin  itu  sudah  keluar  beritahu  si  ibu...
meninggalkan  satu  ruang kosong di dalam ketulan 
tersebut.

Saya kenakan peletup jin untuk memusnahkan ruang
tersebut  kerana  ruang  itu  boleh menarik perhatian 
jin lain.

Wallohu a'lam

Khamis, 28 Mei 2015

Jin Dan Kahak

Sudah lebih seminggu anak buah saya Nrl batuk-
batuk terutama ketika akan tidur malam.

Apabila ia menumpukan perhatian...ia nampak
sebuah busut tepi gerai ibunya...dan ada satu
lembaga ( jin ) sedang duduk di situ.

Saya buat kata pemutus untuk lembaga tersebut
tapi tidak ada sebarang tindakbalas kata Nrl...
maka saya memintanya menumpukan perhatian
pada tengah dada di mana ia rasa ada kahak
terkumpul kental di situ.

Apabila  Nrl  terus  menumpukan  perhatian....ia
nampak satu benda seperti ular dalam  gumpalan
kahak tersebut...dan ada lubang yang menembusi
dada ke luar.

Biasanya lubang sebegitu juga adalah laluan
masuk jin ke tengah dada...maka untuk mengeluar-
kan jin tersebut saya merukyah sambil menepuk
belakangnya.

Sebaik saja 'ular' itu terkeluar...Nrl batuk-batuk
lagi tapi kali ini jelas kahaknya yang tadinya kental
sudah menjadi cair.

Gangguan jin tersebut menimbulkan gejala kahak
kental...dan menyebabkan batuk-batuk yang ber-
terusan.

Gangguan jin berkaitan kahak boleh sampai ke-
tahap dada atau paru-paru dipenuhi kahak...
dan antara tanda-tanda ada saka adalah batuk
atau selesema berpanjangan...ubat kurang atau
tidak berkesan.

Wallohu a'lam

Yang Mana Satu Pendamping Berserban Jubahnya ?

Guru Kng kata padanya...kau  ada  pendamping 
yang   bagus...makhluk   soleh...lelaki  berserban 
jubah.

Saya buat ' scan tapak '....Kng  menutup mata 
dan menumpukan perhatiannya.

Tiba-tiba saja ia dapati sedang duduk beribadah
dan  di hadapannya  tersergam  indah  bangunan
kaabah.

Apabila saya buat pemecahan kepada 'bangunan'
tersebut...ia hilang diganti dengan selingkar tasbih.

Saya buat pemecahan lagi..kali ini ia melihat ibu-
nya  bertelekung   sedang berzikir tapi matanya
agak aneh...putih penuh tanpa anak mata.

Saya memintanya  mengalihkan  tumpuan iaitu
pada  makhluk  yang  sering mengekorinya ke-
mana-mana.

Saya meminta Kng membuka mata apabila ia
tiba-tiba  kelihatan  terkejut  dan menggeletar
ketakutan.

Kng beritahu makhluk yang sering mengekori-
nya itu adalah seekor pontianak dan satu lagi 
lembaga berupa lembaga tengorak putih.

Ada dua ekor lagi yang tingggal dalam bahagian
belakang kepalanya adalah berupa  seekor jin
beruk  dan  satu lembaga tinggi yang matanya
memancar dalam kegelapan awan hitam.

Saya berpendapat lelaki yang berserban jubah
putih dilihat oleh gurunya itu adalah si tengkorak.

Ia  kerana  sebelum  jadi  tengkorak  ia berupa
mayat berbungkus kain putih.

Pernah seorang remaja lelaki nampak pendamping-
nya adalah lelaki berserban jubah putih  semasa
di 'scan'...sedangkan makhluk itu sering muncul
dalam  biliknya   berupa   pocong   muka  hitam
seperti terbakar.

Jin itu adalah jin ilmu pendekar atau jin ilmu pen-
dinding diri.

Kng tak pernah belajar ilmu atau mentera sesat
tapi  masalahnya...gurunya   itu  yang  tiba-tiba
pandai  ilmu  perubatan  ada   jin  pendamping.
dan  walau  sekadar  doa dan ayat biasa yang
Kng belajar darinya...

...ternyata Kng diperturunkan jin-jin ilmu...dan
pada pemerhatian saya...gurunya juga tak tahu
ia ada dampingan jin-jin ilmu.

Gurunya  kini  sedang sakit apabila bisa-bisa jin
dari pesakit-pesakitnya masuk ke dalam badan-
nya...dan  kalau  anda  dapati  angin  bisa orang
lain senang masuk kedalam tubuh anda...

....samada anda perawat atau bukan...maka ia
samada disebabkan pendinding diri yang masih
lemah atau ada jin sedang menumpang dalam
badan anda.

Wallohu a'lam

Khamis, 14 Mei 2015

Kalimah .Allah. dan Kalimah .Muhammad' Pada Tapak Tangan...

Sudah beberapa 'orang pandai' yang ditemuinya
dan ada  yang  mengatakan  pada tapak  tangan
makcik tersebut ada ilmu perubatan semula jadi.

Tapi  ada  pula  yang  mengatakan ianya adalah
dari sebab gangguan jin semata-mata.

Apabila makcik itu menutup mata dan menumpu-
kan perhatian...ia nampak kalimah Allah dalam
tulisan jawi pada tengah tapak tangan kirinya...

...dan ada pula kalimah Muhammad juga dalam
tulisan jawi pada tengah  tapak tangan kanannya.

Dari tengah tapak tangan kirinya itu ada laluan
jin terus ke jantungnya...dan dari tengah tapak
kanannya pula ada laluan jin ke bahu kirinya...

...kemudian ada lagi huruf ha tepi tapak tangan
kanannya dan ada laluan jin darinya terus ke
bahu kanan.

Ia adalah permainan ilmu jin munafik yang mem-
pergunakan kalimah-kalimah suci untuk meng-
abui mata manusia dampingan juga manusia
lainnya.

Makcik itu pernah dimandikan oleh seorang
ustaz yang berasal dari negara seberang...dan
saya berpendapat...dari sinilah punca datang-
nya jin tersebut yang pernah dilihat seperti
seorang lelaki alim berserban jubah juga ber-
kopiah putih dalam rumahnya.

Ustaz itu juga memberinya salinan ayat haikal
dan surat yang dikatakan surat nabi ( nanti
saya usahakan cari nama khusus surat tersebut
...Insha Allah...) dan dikatakan akan menghalau
jin dari rumah apabila dilkat pada dinding.

Dari pemerhatian saya...salinan ayat-ayat ter-
sebut yang  dilekat pada dinding untuk peng-
halau jin dalam rumah sama sekali tak ada
fungsinya.

Ayat-ayat Qur'an dan doa hanya bermanafaat
dengan izin Tuhan apabila dibaca dan diamal
dan bukan dilekatkan tulisannya pada dinding.

Malah lebih berat lagi keyakinan bahawa ayat-
ayat dan doa tersebut berkuasa menghalau jin
atau rumah akan lebih selamat dengannya
dapat menjatuhkan seseorang itu pada syirik.

Untuk 'lebih memburukkan keadaan'...ustaz
itu menggulung salinan  ayat Haikal dan di-
simpan dalam botol bersama gulungan kain
puth yang disimbah sejenis minyak dan di-
cucuk dengan sebatang jarum lalu digantung
atas pintu...jadi tangkal syirik...

Semuanya tak bermanafaat...makcik itu di-
penuhi jin-jin yang jelas kafir...

....yang menumpang tinggal dalam badan
juga rumahnya.

Atas permintaan makcik tersebut...dengan
izin Tuhan...saya 'mencabut' huruf-huruf 
tersebut dari tapak tangannya...

' Sesiapa yang menjadikan jin syaitan itu
sebagai penjaganya ...maka Allah akan
serahkan ia pada syaitan-syaitan tersebut'
( maksud dari ayat Qur'an ).

Setiap amalan dan keprcayaan syirik hanya
akan menarik jin syaitan kepada anda dan
hidup anda...

Wallohu a'lam

Rabu, 6 Mei 2015

Tikaman Jin...

Tak sampai setengah minit menutup mata dan
menumpukan perhatian..." eh...hantu ni...."
kata pakcik tu kelihatan terkejut.

Ia melihat satu lembaga aneh di ladangnya
yang terletak hampir sejam perjalanan dari
rumah.

Menurut pakcik itu...jin tersebut marah kepada-
nya kerana beberapa bulan lalu ketika mem-
bakar belukar kering di ladangnya...ada antara
keluarga atau orang jin tersebut tercedera.

Selepas membuat kata pemutus...dan mem-
baca fatihah sekali...dengan izin Tuhan...sakit
yang menjalar dari tepi leher kanan kiri ke
bahagian bahu sejak 3 bulan lalu hilang begitu
saja.

Ia sudah ke hospital dan mencuba berbagai
cara...namun sakit itu tak berkurangan...hingga
ia mula rasa putus asa.

Walaupun sakit bisa-bisa bahagian leher dan
bahunya sudah sembuh namun ia masih merasa
pedih pada belakang pinggangnya.

Apabila ia menumpukan perhatian...ia dapati
ada sebatang kayu tertanam...ia di tikam dari
pinggang kanan dan menembusi ke pinggang
kirinya.

Saya cabut 'kayu' tersebut...dan ternyata
masih ada kesan serangan lain...iaitu batu
hitam pada uluhatinya...dan angin yang meng-
gelembung pada bahagian atas perutnya.

Memang adatnya jin..kalau ada kesempatan
pasti tak akan di sia-siakannya...

...maka untuk kebaikan diri anda sendiri...
langkah pertama adalah jangan beri peluang
pada jin untuk menzalimi diri anda...

Ia adalah pilihan anda sendiri...jin walau apa
juga di istilahkannya seperti roh ghoib...
orang halus...bunian...rijalul ghoib...pendam-
ping...khadam...orang kayangan...roh nabi-
nabi atau orang soleh...wali-wali...malaikat..
sahabat 4...pendekar atau sebagainya...
adalah syaitan jin...

Wallohu a'lam