Selasa, 31 Julai 2012

Mati Itu Perpindahan..

Alam  kandungan  itu  ialah  perpindahan  engkau dari
Alam Ruh ke rahim ibu...

Kelahiran itu ialah perpindahan engkau dari kandungan
ke alam dunia ini...

Kematian itu ialah perpindahan engkau dari alam dunia
ini ke alam kubur ( Barzakh )...

Kebangkitan itu ialah perpindahan engkau dari liang
kuburmu ke Padang Mahsyar..

Meniti Siratul Mustaqim ialah perpindahan engkau dari
Padang Mahsyar ke Syurga...atau ke neraka...

Sesiapa  yang  masuk Syurga..maka  ia kekal di Syurga
selama-lamanya...

Sesiapa yang masuk neraka...maka samada ia bakal
berpindah ke Syurga suatu ketika nanti...atau ia tinggal
kekal selama-lamanya...di dalamnya...

Kenikmatan Syurga akan sentiasa bertambah...tanpa
batasannya...maka tidak akan ada sesiapa juga akan
merasa bosan di dalamnya...

Azab neraka juga akan sentiasa bertambah hebat...
maka tidak akan menambah selain penyesalan demi
penyesalan penghuninya...

Alangkah rugi orang yang menjadikan dunia ini Syurga-
nya...dan alangkah beruntung orang yang menjadikan
dunia ini jalan susah payah perjuangannya...hingga ia 
tidak mendapati sesuatu dibalik tirai kematiannya...
selain taman-taman Syurga yang abadi...

Wallohu a'lam

Sabtu, 28 Julai 2012

Jin 'Hensem'...

Seorang ibu dengan bangganya beritahu ia nampak
dalam mimpi jin yang  mendampinginya berupa se-
orang lelaki muda berserban jubah putih....bertubuh
sasa tinggi...dan sangat tampan...


Saya masih ingat pada seorang ibu lain..semasa di-
rukyah ia nampak pendampingnya itu juga berupa
seorang lelaki muda tampan berserban jubah putih.


...tapi pada satu malam...tiba-tiba ia merasa 'lelaki
hensem' itu menjadi satu dengan tubuhnya...


Perlahan-lahan si ibu meraba mukanya..dan ia pasti
ada muka lain...dan ketika sampai pada bahagian
bibir...ia tersentuh barisan gigi yang  besar dan 'ber-
akar-akar'....iaitu mirip gigi manusia yang 'berakar-
akar' tidak pernah jumpa berus gigi...


Yelah...tak kan jin tu nak perlihatkan rupanya yang
sebenar...dan yang nampak dalam mimpi itu sekadar
'iklan' aje...nak minta laku-laku saja tu...


Wallohu a'lam



Khasiat Ayat Tujuh...

Ka'bul Akhbaar ra berkata...siapa membacanya
nescaya tidak dapat seseorang memberi mudarat
padanya...dan kalau tertutup langit ke atas bumi
pun..lepas ia dengan izin Tuhan...Wallohu a'lam


Saidina Ali ra berkata...jika diamal membacanya
pagi dan petang...aman sentosa ia dari segala
kebinasaan...terpelihara daripada segala  perda-
yaan musuh serta bala dengan izin Tuhan...


Syeikh Muhammad Ya'qub berkata...dengan me-
wiridnya...


1.Pagi dan petang...dilanjutkan usia...terpelihara
dari gangguan jin dan syaitan...terpelihara dari
fitnah-fitnah yang bertebaran...


...kasih sekelian hamba kepadanya..mudah ter-
capai sesuatu daripada apa yang dicita-citakan-
nya...


2.Dibaca sekali setiap lepas solat Fardhu...Tuhan
mudahkan baginya sakaratul maut...dan beroleh
pahala yang besar pula...


3.Dibacakan kepada orang yang sakit apa pun
juga..samada sakit zahir atau pun gangguan jin...
nescaya Tuhan akan menenangkannya...serta
menyembuhkannya...


4.Dibacakan satu kali semasa keluar dari rumah
dan satu kali didepan apa juga perhimpunan atau
tempat perhimpunan...necaya orang tidak akan
memandang remeh atau mudah kepadanya....


Wallohu a'lam..( catitan 90an... )

Jumaat, 27 Julai 2012

Sekilas...Hati Manusia...

Alangkah  kerasnya  hati  manusia....setiap
hari  ia  berjalan  di atas  tanah  yang mana
di dalamnya  bakal menjadi tempat hancur
luluh tubuhnya...


...tapi ia masih merasa...akan hidup selama-
lamanya...


Wallohu a'lam

Khamis, 26 Julai 2012

Fasik Dan Maksiat...

Fasik itu maksudnya meninggalkan perintah suruhan
Tuhan...

Manakala maksiat maksudnya mengerjakan perkara-
perkara yang dilarang Tuhan...

Wallohu a'lam

Rabu, 25 Julai 2012

Ramadan...Syaitan 'asli'...dan Jin 'biasa'...

ASAL USUL GOLONGAN SYAITAN 'ASLI'...

Apabila Iblis ( nama asalnya Azazil ) dihalau dari 
Syurga..maka ia turun dan tinggal di muka bumi.

Kemudian Iblis ( yang juga berbangsa jin ) ber-
kahwin dengan jin betina yang sedia ada di bumi
ketika itu...

...maka  lahirlah  keturunan jin golongan Syaitan 
'asli'...yang juga jadi bala tentera Iblis....

PERBANDINGAN ANTARA SYAITAN 'ASLI'
DENGAN JIN 'BIASA'...

1.Syaitan...

Iblis itu tahu ia sesat..tapi ia terus memilih kesesa-
tan dari sebab dendam..keangkuhan dan kesom-
bongannya terhadap manusia...

Maka begitu pula naluri syaitan 'asli'...sama seperti
nenek moyang mereka Iblis...

Sedangkan jin 'biasa' itu seperti manusia...ada yang
yakin ia benar...ada yang yakin ia sesat...dan ada
yang tidak tahu...

Kemudian ada yang taat..dan ada yang derhaka...
ada yang dari taat ke derhaka...ada yang derhaka
berubah jadi taat...dan sebagainya...

2.Syaitan itu lahirnya kafir...dan matinya juga tetap
kafir...semuanya bakal ahli neraka yang kekal...

Tidak ada syaitan 'asli' yang dapat hidayah...malah
syaitan-syaitan  itu sendiri terus menjauhkan diri
dari sebab musabab dapatnya hidayah...

Manakala jin itu seperti manusia...ada yang masuk
Syurga dan ada yang masuk neraka...

3.Syaitan 'asli' itu jauh lebih cepat beranak pinak
daripada jin 'biasa'...

4.Tubuh syaitan 'asli' itu lebih halus daripada tubuh
jin 'biasa'...dan dikatakan syaitan 'asli' itu dapat
menghasut jin 'biasa' tanpa terlihat atau disedari
sebagaimana ia dapat menghasut manusia...

5.Syaitan 'asli' itu kerjanya cuma menghasut kepada
kejahatan...sedangkan jin 'biasa' itu bukan sekadar
menghasut...sebaliknya merasuk...menyerang...
menyakiti...serta tinggal berkampung dalam badan
manusia...serta membiakkan penyakit dan sebagai-
nya...

6.Yang dibelenggu dalam bulan Ramadan itu adalah
syaitan 'asli'...sedangkan jin 'biasa' terus bebas...

Kerana jin 'biasa' itu juga ada yang taat dan berpuasa
juga dari derhaka menjadi insaf dan taat dalam bulan
mulia ini...

Maka gangguan jin saka...sihir...jin liar...jin ilmu
yang tergolong dalam jin 'biasa' itu akan berterusan
dalam bulan puasa...

KEJAHATAN MANUSIA DI BULAN RAMADAN...

Ia adalah daripada perangai hatinya sendiri...iaitu
tanpa syaitan yang menghasut pun...hatinya sendiri
yang 'kotor' terus saja mengingini berbagai bentuk
kejahatan....

Ia juga seringkali disebabkan kerana seseorang itu
sudah biasa tunduk kepada hasutan syaitan...maka
walaupun 'gurunya' itu sedang bercuti sebulan...
si murid (hati) terus mengamalkan 'ajaran gurunya'.

Namun bagi anda yang ada gangguan jin 'biasa' be-
rupa jin saka...sihir...jin ilmu dan sebagainya...
maka anda masih mendapat hasutan dan gangguan
darinya...

Hasutan lain yang boleh anda dapat adalah dari
rakan sebangsa anda sendiri...iaitu manusia yang
membawa atau mengajak anda kepada kejahatan.

Maka dalam perkara di atas...jin 'biasa' dan manusia
itu dipanggil syaitan...bukan kerana mereka itu
syaitan 'asli'...tapi kerana mereka buat kerja syaitan
'asli'...

BEZA UTAMA HASUTAN SYAITAN...

Iaitu beza antara hasutan syaitan 'asli' dengan hasutan
hasutan jin 'biasa'...

1.Secara umumnya...hasutan syaitan 'asli' itu tidak
dapat didengar...tapi dapat dirasa berupa ilham
fikiran atau keinginan hati...

Manakala selain berupa ilham atau keinginan...kadang-
kadang hasutan jin 'biasa' itu dapat didengar berupa
bisikan...suara...atau bayangan dan sebagainya...

2.Syaitan 'asli' itu menghasut kepada semua bentuk
kejahatan...dan menyuruh meninggalkan semua bentuk
ketaatan dan kebaikan...

...dan malah akan merosakkan atau menyesatkan se-
seorang manusia itu dari sebab ketaatan dan kebaikan
yang dikerjakannya...

Manakala  biasanya  hasutan jin 'biasa' itu menyuruh
membuat  perkara-perkara  tertentu  sahaja...dan 
menyuruh meninggalkan perkara-perkara tertentu 
sahaja...

Maka tanpa hasutan syaitan 'asli' dalam Bulan Ramadan
seseorang manusia itu jauh lebih lapang jalannya ke-
pada kebenaran dan kebaikan...

...dan sebagainya...

SUATU PERSOALAN...

Seorang rakan yang mengalami gangguan jin ilmu ber-
kata..."saya selalu terfikir...kalau betul syaitan itu
ditahan dalam bulan puasa...kenapa saya masih meng-
alami hasutan dan gangguan di bulan itu...

..kadang-kadang saya jadi ragu-ragu...betulkah syaitan
itu kena tahan di bulan puasa..."

Hadis mengenai perkara berkaitan diriwayatkan oleh
Abu Hurarirah ra...maka tanpa sedar rakan itu telah
meragui kata-kata Nabi SAW...seolah-olah nabi itu
tidak bersifat benar...

Rasanya rakan itu sebenarnya mewakili persoalan ramai
lagi kalangan kita di mana-mana juga...

Semoga sedikit penjelasan ini memadai untuk saya dan
untuk anda tahu...bahawa kata-kata Rasulullah adalah 
benar...

Wallohu a'lam

Isnin, 23 Julai 2012

Antara Saka Dan Sihir...

Zaman ini...jin saka merupakan perkara biasa
sahaja  dan  berbanding sihir...ia lebih banyak
mengganggu dan merosakkan seseorang.


Namun  antara  saka  ini...ianya  berasal dari
jin  sihir  yang  dihantar  kepada  keluarga-
keluarga tua anda..kemudian ia menurun pada
anda...


Maka biasanya yang terjadi...anda akan meng-
alami gejala gangguan serta penyakit seperti
disihir...


Maka  pengetahuan  tentang saka ini penting
atau  anda  akan  terus  mengalami  berbagai
gejala gangguan atau penyakit yang tak putus-
putus sedangkan anda terus menyangkanya
perkara biasa...


Akibatnya anda terus terbiar tanpa rawatan
yang sepatutnya...sementara jin saka itu
akan semakin terus mencengkam.


Saya pernah masuk mengulas dalam blog
berkaitan penyakit dalam dada...dan saya
yakin sekurang-kurangnya 90 peratus gejala
penyakit dada yang pembaca-pembaca
ketengahkan iaitu penyakit dalam bahagian
dada...merupaka tanda-tanda gangguan saka.


Dan rata-ratanya terlalu bergantung kepada
pihak hospital walaupun doktor tak dapat
mengesan sebarang penyakit....atau sembuh
sedikit tapi masih ada sisa besarnya yang
tak dapat dikesan lagi sebarang puncanya.


Ia umpama anda pergi...atau terjerumus ke 
dalam perang.....tapi anda tak tahu anda
sedang berperang...


Perkara yang paling membinasakan ialah
anda terus lalai...dan mungkin anda sedar
apabila semuanya sudah parah...atau
mungkin anda sudah terlewat...


Dengan pengetahuan ini...sekurang-kurang-
nya anda tahu apa yang sedang anda
hadapi....dan anda tahu apa yang perlu
anda buat...


Wallohu a'lam

Isnin, 16 Julai 2012

Serangan Jin Liar...

Baru saja saya merukyah berserta pernafasan
rakan yang tiba-tiba mengadu sakit kepala itu
...sambil ia menutup mata...


...rakan itu memberitahu ia nampak serumpun 
buluh yang terletak di kebun mertuanya jauh 
di tengah hutan...(25 km jaraknya dari tempat
kami ketika ini -yang terletak berhampiran 
pekan Ranau).


Rakan itu terus menumpukan perhatian...dan
tidak lama...ia nampak sepasang suami isteri
berpakaian seperti salah satu suku kaum
Dusun dari sebelah Utara...


Pasangan itu melemparkan jarum-jarum halus
ke arah ibu mertua rakan tersebut...


...ke arah belakang kepalanya menyebabkan
mertuanya itu sakit kepala...ke arah mulut...
menyebabkan timbul kudis-kudis kecil...ke
arah perut...menyebabkan ia sakit perut dan
tiada selera makan...ke arah lutut...menyebab-
kan ia sakit lutut...


Selain itu...ibu mertuanya juga mengalami ma-
salah kekurangan darah...bengkak badan dan
demam yang datang serta hilang mendadak...


Baru tengah hari tadinya...ibu mertuanya itu
di hantar ke Hospital besar KK setelah 4
hari ditahan di Hospital Daerah Ranau..namun
pihak hospital tidak dapat mengesan sebarang
punca sakit...


Pasangan itu marah kerana semasa ibu mertua-
nya membersihkan kawasan berhampiran
rumpun buluh tersebut...tanpa disedari ia telah
mencederakan anak mereka...


Saya meminta rakan tersebut terus menumpu-
kan perhatian...tak lama kemudian ia nampak
budak kecil tersebut yang bermain-main... dan 
jelas ada kesan luka pada tangan kirinya...


Seperti biasa tanpa memberitahu rakan tadi...
saya membaca Fatihah berserta pernafasan me-
bayangkan tapak tangan kanan saya di atas
luka 'anak kecil' tersebut dengan niat merawat.


Dua tiga kali pernafasan...rakan itu memberitahu
luka tangan budak tersebut semakin sembuh...
tapi lain pula kesannya pada pasangan ibubapa-
nya...


Pasangan tersebut mula kelihatan ketakutan dan 
kepanasan...


Dan kali ini...rakan itu memberitahu..di tengah-
tengah rumpun buluh tadi ia nampak sebiji bola
bercahaya...dan mempunyai beberapa warna....


Seingat saya antaranya warna merah...dan kuning.


Menurut rakan tadi...ia adalah batu geliga...
Wallohu a'lam...


Mungkin ia juga antara sebab jin tersebut cuba
mempertahankan rumpun buluh tersebut...yang
cuba dimusnahkan oleh mertua rakan tadi agar
dapat ditanam sayur...


Setelah seminggu di hospital besar KK...berita
barunya...pihak hospital masih tidak dapat meng-
san sebarang penyakit...sebaliknya demamnya
semakin kerap juga tubuhnya semakin membeng-
kak...


Punca darahnya kurang juga tidak dapat di kenal
pasti...malah tiada jangkitan kencing tikus sebagai-
mana yang disyaki pada awalnya...


Dua  orang  anaknya  telah  bermimpi  tentang
rumpun buluh tersebut...manakala salah seorang
anak lelakinya ketika pergi ke kebun...ia ternam-
pak lembaga hitam besar tergantung di situ...


Bapa mertuanya pula berdendam...ia tak percaya
gangguan tersebut datang dari rumpun buluh
tersebut...sebaliknya ia menuduh isterinya di-
sihir oleh orang-orang yang berdendam padanya.


Saya telah memberitahu rakan tadi agar mencari
perawat di KK...dan untuk setakat ini...belum
ada khabarnya tentang perawatnya...iaitu ibu
itu masih bergantung kepada usaha pihak
hospital...


Bagi saya ia baik...cuma perkembangan setakat
ini menunjukkan ia juga mungkin perlu rawatan
gangguan jin...


Adapun tentang serangan jarak jauh jin...ia boleh
jadi dengan angin bisa menyebabkan sakit kepala
...demam...bisa-bisa sendi dan sebagainya...malah
boleh menyebabkan rasukan...


...juga  dengan  senjata....khasnya dengan jarum-
jarum halus yang sangat tajam...


Saya pernah mendapat serangan jarum-jarum
halus yang semuanya menyasarkan bahagian be-
lakang dan atas kepala...


Walaupun saya tidak dapat melihatnya...tapi
terasa sangat ia menembusi tulang terus ke
bahagian otak...


...namun saya merasakan sebaik saja ia 'meny-
entuh otak'...hujung-hujungnya cair tanpa
'sempat' menimbulkan sebarang rasa sakit...


Sakitnya kalau kena ...samalah seperti anda
bayangkan ada jarum menyucuk dalam kepala
khususnya bahagian otak...


Jin-jin tersebut marah kerana saya membaca
Ayat Kursi dan meniup ke arah bilik yang
tersedia padanya hidangan-hidangan khas...
pendek kata ia bilik sajian jin...


Walaupun serangannya sampai...tapi ia tidak
memudaratkan...


Ketika itu saya sekadar mengamalkan Ayat
Manzil yang saya ambil dari buku...tanpa
sebarang ijazah...dan belum mengambil
sebarang amalan tenaga dalam...


Cuma saya membacanya secara tetap pagi
dan petang...


Berbalik pada rakan tadi...pada hari pertama
ia sudah mensyaki ibu mertuanya itu ada
gangguan apabila pada malamnya ia pulang
dari menghantar makan ke hospital...


...ada lembaga berpakaian serba putih dan
berambut panjang mengekorinya pulang...


Ada orang kata...kalau berpakaian putih itu
'makhluk baik'...dan kalau serba hitam pula
barulah 'makhluk jahat'...


Sebenarnya..kalau dah kelihatan atau men-
ampakkan diri...ia adalah syaitan...iaitu jin
yang buat kerja syaitan...


Wallohu a'lam







Rabu, 11 Julai 2012

Tenaga Dalam vs Jin Pendekar...

Baru beberapa minit saya di rumahnya....tiba
tiba rakan itu mengadu sakit mata dan kepala.

Setelah  buatkan  air doa...rakan  itu beritahu
dah  agak lega...tapi  semasa ia duduk sambil
menutup matanya...ada sesuatu yang tidak
kena...

Jari-jari tangannya bergerak-gerak...kemudian
ia mula mengangkat tangan kanannya...di-
ikuti tangan kiri perlahan-lahan menggayakan
gerak silat...

Saya beralih tempat duduk ke barisan kerusi
sebelah kanannya...sambil terus memerhati-
kan rakan tersebut...

Nafasnya mula menjadi keras dan berat...

Saya menarik nafas perlahan-lahan sambil
membaca beberapa ayat berserta pernafasan
untuk mengunci pergerakannya...namun 
kelihatan tak berkesan langsung...

Malah tiba-tiba saja rakan itu bingkas bangun
membuka langkah-langkah silat...

Ia bergerak beberapa langkah ke depan...kemu-
dian perlahan-lahan ia memutarkan badannya
ke sebelah kiri...iaitu ia membelakangkan saya.

Baru lega rasanya...mungkin jin pendekar da-
lam badannya itu saja nak menunjuk-nunjuk
kehebatan bunga silatnya...

Tapi ternyata kelegaan itu tak lama...apabila
tiba-tiba ia memusingkan badannya menghadap
ke arah saya...

Rakan yang sedang dirasuk itu membuka lang-
kah dan sedang menghampiri ke arah saya...
dan ketika itu saya pasti...ia akan menyerang...

Ketika itu hanya kami berdua berada pada
ruang tersebut...nampaknya saya kena hadapi-
nya sendiri...

Saya rasa agak cemas...kerana inilah kali per-
tama saya berdepan secara 'solo' jin pendekar
yang merasuk...

Saya menarik nafas berserta zikir..dan menum-
pukan tenaga kepada kedua-dua tapak tangan
dan saya tolak ke arah rakan tersebut dengan
niat nak melemahkannya...tapi...langsung
tak berkesan...

Saya mengulanginya dua tiga kali...ia tetap
sama...rakan itu terus bersilat dan semakin
hampir...

Dalam dua tiga langkah lagi...saya akan berada
dalam jangkauan serangan jin silat tersebut...

Terdetik pada hati saya nak ubah cara...iaitu
saya menumpukan tenaga ke tengah-tengah
dahi saya...dan gelombangnya saya akan
sasarkan ke dahi rakan tersebut..iaitu secara
langsung juga ke dahi jin yang merasuknya.

'Secara teorinya'...gelombang yang tertumpu
pada satu 'pintu'...akan lebih kuat dan 'tajam'.

Dan kali ini saya lepaskan  nafas secara cepat
dan sekaligus untuk membentuk serangan ge-
lombang mengejut...


Dengan izin Tuhan ia sangat berkesan...rakan
yang berkuda-kuda gagah itu terduduk ke lantai...
dan menjadi lemah...


Saya dengar ia beristighfar...saya mendekatinya
dan membaca Ayat-ayat Sihir lalu masukkan
gelombang melalui ubun-ubunnya...


Ini adalah untuk mencegah rasukan semula....


Beberapa minit kemudian rakan itu sudah pulih
tapi masih agak keletihan...


Rakan itu menceritakan...ketika ia menutup
mata itu...ia nampak seorang lelaki seperti
orang Arab...bertubuh tegap dan tinggi sedang
membuka langkah silat...


Pakaiannya penuh dengan tulisan jawi....


Lelaki itu cuba menyerang seseorang...namun
tiba-tiba kakinya tersandung batu...dan ia
terduduk...ketika itulah rakan tersebut sedar.


Rakan itu tidak sedar jasadnya sedang bersilat
dan cuba menyerang saya...


Ini adalah satu cara rasukan jin....iaitu ia me-
misahkan pancaindera seseorang dari jasadnya.


Ketika itu jin tersebut akan menguasainya...


Rakan itu memberitahu jin itu tinggal pada ba-
hagian belakang dalam kepalanya (otak)...dan
sebelum kerasukan ia dapat melihat kabus
putih yang memanjang dari belakang kepalanya
itu naik ke ubun-ubun...

...dan pada bahagian tersebutlah rakan itu mu-
la merasa sakit semasa saya baru datang tadi...


Saya tahu kisahnya moyang rakan ini adalah
salah seorang yang berjuang bersama Dato'
Paduka Mat Salleh semasa ia berkubu di Ranau.


Moyangnya itu memiliki satu baju yang bertu-
lis dengan ayat-ayat Qur'an...dan dikatakan
pemakainya akan menjadi kebal...


Baju itu telah di sembunyikannya agar tidak
diambil oleh keturunannya kerana ianya 
banyak pantang untuk menyimpannya...


Moyangnya berjaya...baju itu tidak pernah
ditemui lagi...tapi..mungkin moyangnya
tidak berjaya mencegah jin yang menjaga 
baju itu daripada terus menjadi saka kepada 
keturunannya...


Bagi rakan itu.....ia tidak pernah mencari
atau malah mungkin ia tak tahu pun...tapi
jin tersebut telah memilih dan tinggal dalam
kepalanya...


Pada anda yang berminat kepada kelebihan-
kelebihan luarbiasa dan tidak peduli kepada
cara apa juga untuk memilikinya...


...ingatlah pada anak-anak...dan cucu keturu-
nan anda...


Banyak kes...alat sihir di buang ke hutan...
ke sungai...malah ke laut...namun...tidak
kepada jin pendampingnya...


Pada tubuh kita ada perumahan mewah dan 
selamat...malah ada darah yang sedap di-
makan minum...dan ada 'kerja' nak dibuat....
tentu saja jin tersebut akan terus cuba berta-
han...dan kalau boleh..tinggal sampai ia mati
....atau sehingga 'rumahnya' yang mati...

Wallohu a'lam

Selasa, 10 Julai 2012

'Ilmu Mistik' dan jin...

Bagi ilmu-ilmu yang berkaitan 'alam mistik' samada
ia berbentuk pendinding...perubatan...ilmu kepen-
dekaran dan sebagainya...maka ia ada 3 golongan...

1.Ilmu bersih (ilmu putih) semata-mata...

2.Ilmu putih...tapi dalam masa yang sama...juga
menggunakan jin...

3.Ilmu jin...

Pada golongan 1...ia adalah yang terbaik...dan pada
golongan 2...samada ia akan kembali ke golongan
1...atau akhirnya terjerumus ke golongan 3....

Namun bagi para pengamal pada golongan satu
ia berkemungkinan menghadapi cabaran dan sekira-
nya seseorang itu terpedaya...maka ia akan jatuh
kepada golongan 2 atau terus ke golongan 3...

Apabila anda pada golongan 1...tapi anda ada jin
saka...maka jin saka itu akan cuba memperdayakan
anda agar menerimanya jadi pendamping...

...atau mungkin juga jin saka atau ilmu dari sumber
lain...seperti jin tak bertuan...tangkal...jin buangan
...jin atau saka pendamping rakan...dan sebagainya.

Biasanya apabila jin tersebut mendamping...maka
anda akan ada berbagai ilmu yang datang tanpa perlu
anda tuntut cari...iaitu mengikut kepakaran jin itu...

Contohnya anda mungkin pandai menilik...melihat
atau berkomunikasi dengan makhluk-makhluk halus
...pandai bersilat...pandai mengubat...ada ilmu peng-
asih...dan sebagainya...

Maka apabila kelebihan itu lebih anda pentingkan
dari keselamatan akidah dan diri....anda pasti akan
terjerumus ke dalam bahayanya...

Itulah caranya jin tersebut cuba 'memikat' anda....

Tenaga dalam dan jin....

Seorang rakan...ia menelan sekeping kertas kecil...
dan ia kemudiannya didampingi 'jin Islam' tenaga
dalam (sebenarnya jin Munafik)...

Seorang ibu..ia mengamal membaca Fatihah 100 kali
setiap malam...kemudian akhirnya ia di datangi jin
jantan berserban jubah...(juga jin munafik)...dan
saya melihat sendiri seorang rakan 'berentap' dengan-
nya...dan jin itu juga guna tenaga dalam...

Kedua di atas tidak belajar pada mana-mana perguru-
an tenaga dalam...malah tak pernah pun amalkan
sebarang ilmu atau latihan pernafasan...

Maka jin seumpama itu akan datang pada siapa saja
yang dirasanya sebagai mangsa mudah tak kira siapa 
pun ia...malah walau tak pernah menuntut sebarang
ilmu...


Cuma kelebihan penuntut ilmu itu...mungkin ramai
yang cenderung kepada 'ilmu-ilmu ajaib'...hinggga
mudah hilang pertimbangan...

Seorang rakan belajar pada dua perguruan silat serta
jurus ketika saya meletakkan tapak tangan atas 
kepalanya dan merukyah...

...tiba-tiba ia mengangkat kedua tangannya seperti
membuat benteng atau serang balas cara tenaga
dalam...maka saya tahu ia dirasuki jin tenaga dalam.

Itu adalah contoh yang saya lihat malah hadapi
namun bukan semua tenaga dalam itu guna jin....

Kita ada jasad kasar...dan kita ada jasad halus (roh)
maka kita akan dapat buat dua perkara...iaitu sesu-
atu yang jasad kasar boleh buat...dan sesuatu yang
jasad halus (roh) boleh buat...


Banyak pengamal tenaga dalam bersih...seperti
juga pengamal rukyah dan sebagainya...tapi kemu-
diannya terpulang kepada diri masing-masing...
samada ia tetap pada golongan satu atau akhirnya
terjerumus ke golongan dua...atau tiga...


Dan sebaiknya kita ingat...kalaulah jin itu pada
hakikatnya lebih hebat daripada manusia...maka
pasti jinlah yang menjadi khalifah diatas muka
bumi ini...


Apa pun juga perguruan anda...samada ia berbentuk
tenaga dalam...rukyah...persilatan...petua-petua
atau sebagainya...setiap anda berpeluang menghadapi 
tipudaya jin...


Wallohu a'lam




Rabu, 4 Julai 2012

Saka...'Tawaran Istimewa'...

Ketika menunggu pesanan rojak bungkus pada
sebuah restoran...saya sempat berbual dengan
seorang rakan yang berkerja di situ...


Kisahnya....rakan  itu  didampingi jin betina
yang  menampakkan  dirinya sebagai seorang
nenek-nenek berambut putih...


Rakan itu mempunyai beberapa kelebihan...ia
dapat mengenal pasti pelanggan-pelangan yang
ada dampingan jin..atau ada gangguan jin...


Rakan itu akan merasa bulu tengkuknya mere-
mang semasa mengambil pesanan...katanya
kebanyakan yang dapat ia kesan adalah orang
tua-tua dari berbagai bangsa...


Begitu juga apabila ia sampai ke satu tempat
yang dihuni jin...ia akan merasa bulu tengkuk-
nya meremang...


Pendek kata...tak payah bersusah payah nak
'scan'...ia 'dah tahu' ada tidaknya gangguan...


Selain itu...sudah beberapa kali kejadian...apa-
bila ia mandi...air mandi berbau kapur barus
biasanya pada hari ketiga akan ada kematian
dalam kampungnya...(biasanya ia akan datang
berziarah...malah ia salah seorang pakar mema-
ndikan mayat dalam kampungnya...)


Rakan  itu  juga pandai mengurut walau tidak
pernah  belajar...malah  ia  dapat merasakan
punca  penyakit  terutama apabila ianya ber-
kaitan gangguan jin...


Ketika  itu  ia  merasa ada sesuatu meresapi
tubuhnya...dan tangannya seolah-olah dapat
merasakan penyakit dalam tubuh si sakit...


Pada  masa  yang  sama.....ia  akan  menguap
berulangkali....


Cuma  masalahnya.....kadang-kadang  tanpa 
dapat  dikawal...tiba-tiba  ia  mengeluarkan 
suara  seperti  suara  perempuan tua merin-
tih panjang...


Kadang-kadang  nenek  berambut putih itu
menampakkan  dirinya  bertudung  juga
putih...mungkin jin Islam kata rakan tadi.


Menurut rakan itu...jin  tersebut  ada dua
rupa...satu  rupa  lagi adalah  seorang
perempuan muda yang jelita...


" Cantik tau..." puji rakan tu....


" Habis tu...kau tak ngurat ? tanya  saya
bergurau tak kena tempat..


Rakan  itu  senyum panjang...kebetulan
bosnya minta masakkan sesuatu pesanan
pelanggan...


Sebenarnya rakan itu pernah dirawat...
tapi mungkin ia kurang menjaga amalnya
menyebabkan jin sakanya itu mula cuba
menguasainya...


Nampaknya...saya kena berjumpa ia semu-
la pada masa yang sesuai...


Rupa sebenar jin tersebut adalah yang tua-
nya...iaitu ia adalah jin tua...dan biasalah...
ia boleh menyerupa...menjadi  muda...ni
namanya  awet  tua......bukan awet muda
pasal  memang pun dah tua bangka...tapi
nafsunya  macam manusia juga.....muda 
sampai tua...pasal tu biasanya ia agak lasak
menghadapi rawatan...


Kadang-kadang jin tu mencintai seseorang
lelaki manusia...maka ia akan menampakkan
'kemudaannya' yang cantik menawan....


...yelah kalau dinampakkan tuanya dan datang
pada anda......kemudian ia kata pada anda...
i lap u...tak pasal-pasal kena ludah nenek tu..


Pada anda yang terpedaya...'malangnya nasib
anda'...


Siapa  pun anda...apabila  anda ada jin saka
...bererti  anda  ada  tempoh  berjuang yang
panjang...atau jin itu akan menguasai anda
semula...


Semua kelebihan itu sebenarnya satu cara
jin tersebut 'memikat' seseorang...iaitu 
dengan membuatnya mempunyai beberapa 
kelebihan agar ia diterima...atau 'disukai'...


Namun pada akhirnya...anda pasti akan men-
dapati...bahawa sepatutnya sudah lama benda
itu anda buang...kerana...? anda akan tahu
sendiri padahnya...


Saya masih ingat kata-kata Ust....berdamping
dengan jin mungkin 'ok'....iaitu pada mula-mula-
nya..tapi kelak sampai masanya anda akan
kena 'ko' olehnya...

...dan saya nak tambah sikit...'ko'kan jin itu 
sebelum anda di 'ko'kannya...


Wallohu a'lam