Jam 10 malam...kelawar-kelawar dari bangsa
jin kelihatan berlegar di sekekeliling sebuah
rumah.
Namun tidak ada yang dapat hinggap dirumah
tersebut...kerana aura cahaya putih melingkari-
nya...
Sebuah rumah berdekatan...kelihatan kelawar-
kelawar jin hinggap pada dindingnya...namun
tiba-tiba kelawar itu seperti terkejut dan
terbang menghilangkan diri...
Rumah pertama...ada seseorang sedang mem-
baca Qur'an di dalamnya...
Ini bersesuaian dengan apa yang disebutkan
bahawa para malaikat dilangit dapat menge-
nali rumah-rumah di bumi yang ada bacaan
Qur'an di dalamnya...
...iaitu rumah itu akan kelihatan bergemerla-
pan umpama bintang dilangit...
Rumah kedua...tiada bacaan Qur'an tapi
kelawar jin itu tidak dapat masuk kerana
penghuninya biasa membaca Qur'an yang
menjadi amalan pendinding pagi dan petang
Kelawar itu tiba-tiba terbang menghilang
kerana ada seseorang dalam rumah tersebut
tiba-tiba memasang rakaman rukyah dalam
telefon bimbitnya...
Wallohu a'lam
Assalam, adakah dengan memasang mp3 bacaan ayat tertentu dapat menjauhkan gangguan jin dan syaitan. Adakah dengan memasang mp3 surah yaasin pada air dapat menjadikan air tersebut sebagai air yaasin,ini banyak telah dilakukan oleh kebanyakan pengeluar air ruqyah yang mendapat sambutan di pasaran. Mohon penjelasan, terima kasih.
BalasPadamAsalamualaikum wktb,
BalasPadamBagaimana rumah yang sudah lama tidak ada penghuni kemudian kita pasangkan mp3 ruqyah syar'iyyah, adakah juga muncul aura cahaya putih?
Apa pendapat saudara Junied, mengenai rumah bukan org islam tapi ada seseorg yang tggal yang beragama islam kemudian membaca Al-Quran setiap malam sebagai pendinding.
Adakah syaitan (jin), takut dengan tulisan-tulisan Al-Quran?Saya terbaca buku, ada beberapa ayat yang boleh kita jadikan wafak untuk menggerunkan syaitan tapi niat kerana Allah swt.Mohon pencerahan dari saudara.
Benarkah jika seseorg itu memeluk agama islam, segala jin/khadam/tangkal/saka akan gugur?
Wallahu'alam.
Asslm tuan,
BalasPadamapa maksud SSR tu? kemudian ade lg tajuk NH dan 3N?.Minta maaf tuan, saya ahli baru.
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadam1. Insha Allah...samada jin itu pergi terus...atau
akan balik...atau sekadar bertahan walau kepanas-
an atau kesakitan terutama bagi jin yang sebati
dalam badan...
2. Pada pendapat saya...boleh...tapi lebih baik
kalau yang merukyah itu benda bernyawa
( manusia )...kerana benda mati ini kurang
satu perkara...iaitu tiada roh atau semangat...
3. Insha Allah...cuma pada 'scan' rakan tersebut
aura bagi bacaan seseorang manusia itu lebih
kuat daripada bacaan rukyah mp3...namun jauh
lebih baik daripada langsung tak ada...
4. Setiap orang ada kualiti pendinding tersendiri
maka mungkin berkat malan pendindingnya
sampai ke sekitar kawasan penempatannya...
atau mungkin hingga sekadar ke rumah jiran-
jirannya...atau sekadar rumah tempat tinggalnya
atau bilik...atau dirinya sendiri...dan sebagainya.
Ia bergantung juga pada isi rumah lain...seperti
mungkin maksiat seperti patung...gambar-gambar
...muzik...buka aurat...tangkal-tangkal...dan sebagainya berleluasa dalam rumah tersebut...
5. Sekadar yang saya faham...ada jin yang takut
atau terhalang...atau sekadar terganggu...atau
malah yang langsung tidak terjejas...
Hati-hati dengan wafak...banyak yang bukan dari
ajaran Islam seperti ayat-ayat Qur'an ditulis ber-
simpang siur...diganti nombor...ditambah gambar
atau mentera dan sebagainya...maka jadi alat
atau tangkal sihir...sebaik-baiknya dielakkan...
Begitu juga tangkal halal...sebaik-baiknya dielak-
kan...kerana syaitan akan 'mendidik' hati kita
secara terus atau perlahan-lahan sehingga kita
menganggap ianya berkuasa atau dapat melin-
dungi kita...terutamanya kerana Tuhan itu ghoib
sedangkan tangkal itu ada depan mata..
6. Biasanya tidak...kecuali kalau ada jin saka
atau sebagainya yang merasa ada pilihan lain
maka mungkin ia boleh pindah ke ahli keluarga
lain...
Namun biasanya mana-mana jin yang sudah lama atau sebati akan terus bertahan...
7. Tak apa...ssr itu 'scan' seorang rakan...nh itu
nampak hati ( sekadar lebal )...3n itu tiga nota...
Wallohu a'lam
Salam tuan,
BalasPadamApa pendapat tuan mengenai sumpahan seseorg terhadap harta sebelum org itu meninggal dunia? Ada satu perkampungan di daerah seorg rakan saya iaitu, seorg tua itu telah menyumpah tanah dan rumah pusaka itu tidak akan selamat jika sekiranya dijual, nampak gayanya sumpahnya menjadi krn bila ada sahaja pembeli tanah dan rumah itu ingin membeli maka tanah itu runtuh dan menderita penyakit misteri serta diganggu oleh "roh jahat" jika tinggal di tanah dan rumah itu.Apa pendapat tuan?
Saya pernah tinggal di rumah lama kerajaan, di kawasan pedalaman selama 4 tahun. Selama tempoh itu juga, saya dapati rumah itu seolah-olah mempunyai penghuni selain dari kami (manusia) yang tinggal. Apabila malam saja, bunyi riuh di atap, dinding dan lantai. Makanan cepat basi, masak waktu pagi tghari sudah basi kadang-kadang berulat.
Banyak tikus, selalu ada belalang dan siput babi. Dalam bilik pun panas wlpun kdg2 hujan. Memang sentiasa takut apabila waktu mlm dan kdg2 ada wangi ganjil.
Yang menghairankan, hanya bilik saya habis dikerjakan oleh sang tikus bila ditinggalkan 2 hari(balik hujung minggu)..semua wayar habis digigit dan membuang najis di tempat tidur dan almari tetapi bilik rakan lain tidak diserang oleh tikus.
Saya juga mengalami tekanan darah tinggi dan migrain yang berterusan semasa tinggal dirumah itu.
Apa pendapat tuan mengenai rumah itu dan perkara pelik yang berlaku?Mohon tuan beri pencerahan.
Wasalam
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadam1. Sumpahan itu lebih kepada gangguan atau
penglibatan jin yang mungkin mengambil
kesempatan mendapat 'sebab lojik' untuk
menganggu...
Maksudnya kalau jin tak ikut...tak ada apa
jadinya sumpah tersebut...
2. Boleh jadi bilik itu jadi tempat atau ke-
betulan dalam laluan jin...maka orang yang
tinggal akan mengalami gangguannya...
..atau bagi orang ada gangguan...jin ikut
dan tinggal sama dalam bilik tersebut...
Gangguan fikiran dari sebab angin bisa
jin atau sakit berterusan dari sebab angin
bisa jin...boleh menyebabkan darah tinggi
juga migrain...malah meningkatnya koles-
trol dalam darah...
kalau seseorang itu pindah...dan gangguan
hilang atau jauh kurang...bererti jin itu ikut
orangnya...tapi kalau bererusan juga....ber-
erti gangguan pada tempat tersebut...
Walohu a'lam