Jam 10 malam...apabila anak buah saya Fn
menutup mata...ia melihat dirinya sedang
berjalan di luar rumah...dan diekori oleh se-
ekor harimau belang yang kelihatan manja.
Fn beritahu...harimau itu asalnya dari sese-
orang di suatu pulau dan dihantar untuk
mendampingi ibunya...namun harimau itu
memilih untuk mendampinginya...
Harimau itu baik dan bertujuan menjaga
dirinya...tapi apabila saya meminta Fn me-
numpukan ke bahagian belakangnya...ter-
nyata ia merasa ada luka bekas cengkam-
an kuku harimau tersebut...
Walaupun pada saat sekarang tak rasa
sakit...namun suatu masa kelak...apabila
angin bisa jin sudah padat..nescaya sese-
orang itu akan dapat merasa kesakitan
sebagaimana dicengkam kuku harimau
harimau sebenar...
...maka tidak ada pilihan...harimau itu
mesti dijauhkan dari Fn...dan ia nampak-
nya menerima pendapat saya...
Lebih kurang setengah kilometer jauh-
nya dari rumah...di suatu kawasan di-
Sungai Liwagu yang dikenali sebagai
Nagas Fn dapat melihat jelas kumpulan
anjing-anjing jin hitam bermata merah
bergerak berkumpulan...
Dalam bahasa Dusun tempatan ia di-
sebut sebagai 'paragasu'...bermaksud
anjing-anjing jin pemburu...
Yang menariknya...Fn beritahu di situ
ada seekor harimau gergasi...yang saiz-
nya lebih besar dari rumah mereka...
Saya yakin...itulah sumber suara aneh
yang pernah saya malah orang kampung
sekitar kawasan tersebut pernah dengar
bertahun lalu...( saya ada menulis men-
genai suara aneh ini dalam blog rnj ).
Saya memikirkan lebih baik harimau
jin yang mendampingi Fn saya pindah-
kan saja ke kawasan tersebut...kerana
ada kawannya...
Dengan izin Tuhan...saya gunakan per-
nafasan dan ma'rifat mengambil dan me-
mindahkan harimau tersebut ke Nagas.
Namun tanpa diduga.....sebaik sahaja
harimau itu kelihatan di Nagas...Fn me-
nyaksikan bagaimana tanpa sebarang
amaran... kumpulan 'paragasu' tersebut
tiba-tiba menyerang dan membunuh
jin harimau tersebut yang nyata langsung
tidak terdaya melawan...
Bangkainya dikeroyok dan diheret oleh
jin-jin anjing yang ganas dan rakus itu.
" pakcik...harimau besar tu marah dan
mahu balas dendam pada pakcik..." Fn
beritahu saya...
La...tak pasal-pasal dapat musuh baru
...bisik hati saya...manalah saya sangka
akan begitu jadinya...
Tapi sudah terlanjur....kalau dibiarkan
mungkin harimau besar itu akan datang
dan mungkin akan ada orang lain akan
turut jadi sasarannya...maka saya buat
keputusan untuk menyerang harimau
besar tersebut...
Malam itu keadaannya 'lain' daripada
biasa...
Sebaik sahaja saya berniat untuk men-
yerang jin harimau tersebut...Fn melihat
saya muncul di Nagas...dan tanpa ber-
tangguh...harimau besar itu segera me-
nyerang...
Fn menyaksikan suatu pertarungan antara
'saya' dan harimau besar tersebut...
Saya menarik nafas sambil cuba merasa-
kan samada ada sesuatu yang ganjil pada
diri saya...namun saya merasa normal...
...malah saya tidak tahu samada 'saya' di-
Nagas itu rawan atau 'benda' lain...
" Harimau itu mengggigit tangan kiri pa-
kcik...' tiba-tiba Fn beritahu...
Walaupun saya tidak pasti samada 'saya'
itu adalah rawan...tapi oleh kerana pada
pengetahuan saya ianya mungkin...maka
saya buat keputusan mengambil langkah
beringat...
Saya membaca ayat Afahasibtum...ke-
mudian membuat pukulan pancung...
Dengan izin Tuhan...Fn yang terus me-
nutup mata itu memberitahu gigitan itu
sudah terlepas dan darah berhamburan
pada mulut harimau tersebut....
Pada rasa hati saya...gigi termasuk ta-
ring harimau itu sudah patah...
Baru saja saya mula untuk menyerang
semula...ada sesuatu lain mengganggu.
Fn beritahu ada roh salah seorang ahli
keluarga yang sudah meninggal dunia
sejak lima bulan lalu tiba-tiba muncul
mengintai dari luar pintu depan...
'Arwah' tersebut pernah menyebabkan
sedikit kegemparan pada beberapa ahli
keluarga..apabila tiba-tiba muncul dengan
cara yang sama ketika bacaan Yasin be-
ramai-ramai pada majlis hari ke seratus
dari tarikh meninggalnya kerana sakit...
Seorang ahli keluarga yang melihatnya
memangggil arwah itu masuk..tapi arwah
dengan wajahnya yang berseri meng-
gelengkan kepala senyum sambil berundur
ke dalam kegelapan luar...
Ia yakin itu adalah roh arwah kerana ia
dapat berdiri lama malah kelihatan sangat
bahagia mendengar bacaan Yasin yang
sedang berlangsung untuknya...
Tapi saya yakin ianya jin yang menyerupa.
Saya membaca Suroh Ad Dhuha dan niat-
kan agar jin itu kembali ke bentuk asalnya
agar Fn tidak terus terpedaya namun lain
pula jadinya...
Fn beritahu 'arwah' itu menjadi semakin
besar dan bertenaga...kemudian sebaik
saja 'arwah' undur ke dalam kegelapan
tiba-tiba ia muncul di Nagas...
'Arwah' terus menyerang harimau gergasi
tersebut...dan ternyata terlalu gagah hing-
gakan dalam masa yang sangat singkat
harimau tersebut lembik dibelasahnya...
'Arwah' terus mengheret harimau itu yang
Fn sendiri tidak pasti samada masih hidup
ke dalam hutan...
Beberapa detik kemudian...'arwah' muncul
semula di pintu....kemudian kali ini...melang-
kah masuk ke dalam rumah...
Fn beritahu ada luka pada lengan kiri saya
dan saya memang dapat rasakan ada satu
jaluran angin sejuk pada bahagian tersebut.
'Arwah' itu menyapunya...luka itu sembuh
serta merta...dan jaluran sejuk tadi juga
tidak terasa lagi...
'Arwah' cuba mendekati Fn untuk merawat-
nya tapi tiba-tiba muncul bungkusan kain
putih mayat didepannya...sehingga 'arwah'
itu terpaksa berundur dan keluar...
Fn beritahu ia melihat 'arwah' itu menangis
sedih kerana tidak dapat merawatnya...
Mulanya saya menyangka terlepas peluang
untuk membuktikan pada anak buah saya
itu bahawa 'arwah' itu sebenarnya adalah
jin...namun...
...tiba-tiba Fn beritahu...'arwah' itu ada di-
belakangnya...dan merasa jari-jari 'arwah'
yang berkuku tajam mencengkam belikat
kirinya...
...tapi kali ini...rupanya sangat aneh...masih
menyerupai arwah tapi seperti patung...
tangan dan kakinya lurus tiada sebarang
sendi...
Saya pernah menonton satu rancangan
Seekers ( bukan Uncle Seekers ) ...apa-
bila seorang peserta yang baru selesai
duduk pada sebuah tempat yang dikata-
kan keras kelihatan sihat tanpa sebarang
gangguan....
Tapi apabila ia berpaling dan melangkah
pulang.....caranya berjalan sangat aneh...
kakinya lurus seolah-olah tiada sendi-
sendi...
.....apabila dikejar...ternyata...ia dalam
keadaan kerasukan...matanya terbeliak
ke atas dan diam membisu...
Saya menarik nafas dan membayangkan
mengambil makhluk tersebut yang saya
bayangkan sangat kecil dan masuk dalam
genggaman.....kemudian saya lepas dan
dibawa masuk ke dalam tanah oleh suatu
pusaran cahaya putih...
Dengan izin Tuhan...Fn yang terus menutup
mata itu memberitahu...ia melihat makhluk
tersebut dihisap masuk kedalam tanah...
Nota
1. Kejadian suara aneh ini saya tuliskan pada
tajuk....DUNIA MISTERI Lembu...atau Suara
Jin...? catitan 19.02.2011 dalam blog rnj.
Wallohu a'lam
Salam tuan,
BalasPadamDiantara adik beradik pd zaman kanak2, saya rasakan saya lah yang teruk diganggu oleh jin saka. Pada zaman kanak2 sehingga remaja setiap jam11 mlm atau jam1pg mesti datang bberapa kerbau di bwh ruma.Tp yg peliknya,hanya saya seorg sahaja yg dgr bunyi2 pelik tu dan mesti kerbau.Mohon tuan dan kwn2 beri percerahan.
Wasalam
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadambiasanya jin kerbau itu ada kaitan dengan
jin kemburongoh...
Seorang bomoh apabila cuba merawat se-
orang rakan yang didampingi komburongoh
malamnya ia bermimpi diserang oleh ber-
puluh-puluh ekor kerbau...
Apabila bomoh itu dapat menewaskan se-
rangan tersebut...salah seekor kerbau itu
berkata...kali ini kami kalah...tapi kalau
kau cuba lagi rawat orang tu...kami akan
serang kau balik...
Apabila kita hanya seorang yang men-
dengarnya...biasanya jin itu datang kerana
kita...atau ada angin bisa jin itu dalam
badan kita...
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamRamai pesakit slalu tanya pasal kriteria pemilihan waris saka. Susah mau ckp sbb terlalu byk sebab. Anak sulung ke anak bongsu ke anak nombor ganjil ke anak tengah ke anak yg paling disayang ke.
Kdg2 langsung xikut kriteria. Ikut suka saka tu la. Tp paling dia suka kalo jenis yg memang 'berbakat'..kalo di indon dipanggil anak indigo.
Dari kecil jin saka akan tanam angin bisa banyak2. Biasanya akan selalu nyusahkan mak bapak sbb slalu sakit dari kecil atau perangai pelik dari anak yg lain.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamMalahnya...ada anak dalam perut..yang jin dah tunggu-tunggu kelahirannya...kerana bakal didampingi atau jadi tuannya...dan sebagainya.
Pada satu kes zaman ulama perubatan...ada
seekor jin jantan yang masuk badan seorang
perempuan...dan jadi saka...kerana jin itu
menganggap perempuan itu anaknya....
Puncanya kerana jin itu turut bersama ibu
bapa wanita tersebut ketika bersama...
dan dari situ kebetulan jadi benih iaitu
perempuan ini...
Saya setuju pendapat tuan...bukan kriteria
tapi jin memilih lebih kepada ikut suka
sendiri...iaitu serba sedikit ia bergantung
juga kepada peluang...
Namun ada juga beberapa kes...ia meru-
juk kepada oarng yang paling rapat atau
disayangi tuannya...ada diturunkan sa-
mada secara langsung atau tidak...ter-
utamanya kalau jin itu punya banyak
pilihan...
Terima kasih tuan atas perkongsiannya.
Wallohu a'lam
Banyak kes bayi hilang dlm kandungan. Ada yg perut spt mengandung tp bila di periksa xda kandungan dlm perut.
BalasPadamTp bila perempuan tu mimpi beranak terus kempis perutnya. Kalau yg tau scan akan nampak yg dikandung tu anak jin. Sama juga yg lahir ada kembar haiwan spt buaya@ular dll. Berkongsi rahim.
salah satu puncanya kalau waktu ngamput tak baca apa2 sama ada secara lafaz atau dalam hati..pasti jin akan ikut skali.
Kalau DNA jin lebih byk. Jin tu akan ambil anak tu dan akan ghaib dari dlm kandungan.
Kalau DNA manusia lebih byk. Anak akan lahir tp perangai sebijik mcm jin. Degil nauzubillah..atau panas baran, penyombong atau juga perangai elok tp ada pelbagai kelebihan spt jin.
As salam tuan,
BalasPadamjin kerbau mmg jin kemburongoh dan pandai mbalas apabila org itu tdk bsedia..sbb baru2 ini saya telah diserang oleh jin kemburongoh dari rawan ketika tidur.
Baru2 ini, seorg kakak meminta bantuan utk memagar rumahnya.Sblm memagar di rumah kakak saya cuba2 pagar rumah mak dgn tujuan mguji kberkesanan pagar makrifat, atas tunjuk ajar seorg rakan, saya dpt rasakn kberkesanan pagar makrifaat dgn satu dentuman kuat seolah2 mcm kerbau langgar objek.Kmdian dgn tunjuk ajar seorg rakan lagi saya telah mmagar secara jarak jauh rumah kakak dan slps dibuat pagar satu wangi hangit dihidu spt kemayan terbakar dan spt ada kekawanan kerbau mlarikn diri.
Smlm saya tertidur tanpa mbaca 3qul spt kbiasaan dan akhirnya dlm tidur rawan saya telah diterbangkn ke langit dunia kmdian hendak dijatuhkn supaya rawan mgkin cedera atau mati..saya dlm ketakutan dan mati akal tiba2 teringat perkongsiaan tuan UM, iaitu roh 1000x kuat dri jin.Saya niat supaya rawan balik ke jasad supaya sedar dan tdk smpai sesaat saya suda tersedar dlm keadaan bertakbir serta kepala dilingkari aura panas dan sgt berat..beberapa kali saya mgucap 2kalimah dan bsyukur kpd Allah swt.Mohon mana2 rakan beri pencerahan dan perkongsiaan.Wallahu'alam
As salam..
BalasPadamKebanyakan org buat pagar yg bsifat defensif. Maka makhluk halus sekadar tidak dpt tembus masuk. Tp bg yg tau buat pagar yg ada arus elektrik ia adalah bonus sekiranya selalu diserang...Insyallah kalo sekor da mati kena karen. Yg lain terus takut nk dtg.
Ada sikit perkongsian mengenai bau dari alam ghaib.
Kalau bau wangi spt bunga melati biasanya jin tahap bangsawan..
bau asap rokok daun jin yg dah tua.. bau bunga kemboja spt di kuburan jin spesis pontianak..
bau minyak atar/kasturi jin islam..
bau minyak zafaron/misik jin khadam (keris/cincin dll)..
bau busuk jin kafir/jembalang/ifrit..
bau kertas/kayu terbakar jin yg da kna bakar..
Waulahualam.
Assalam
BalasPadambenarkah klu wangi jin itu dekat bmaksud jin itu jauh dari manusia dan sebaliknya pula klu wangi itu rasa mcm jauh tp jin itu dekat.
wasalam
semasa sakit dahulu saya sll terbau darah di dlm rumah, adakah itu jin?
BalasPadamAs salam..
BalasPadamBau darah atau nanah atau hanyir spt ikan busuk biasanya sihir.. nama/gambar/ rambut/ kuku/pakaian mangsa akan diikat dgn bahan2 sihir. Pastu di tanam di tempat tertentu spt kubur, perigi buta, paya dll. Pastu jin sihir akan diseru utk buat keje dia.
Kalau hidung kita ada kotoran jin/angin bisa..mmg akan selalu terbau benda2 yg xnampak ni. Kdg2 mmg bau dekat tp dia jauh tp kdg2 xjuga. Bgantung pd spesis jin dan kepadatan kotoran jin yg ada pd kita.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadamAlhamdulillah..terima kasih atas perkongsiannya
terutama pada tuan UM...banyak perkara baru
yang saya dan pastinya rakan-rakan pembaca
lain dapat...dan semoga tuan terus sudi ber-
kongsi ilmu diruangan ini...Insha Allah...
Terima kasih atas pencerahan semua..makin menarik untuk di baca dan ingin memahami dengan lebih lagi..terima kasih..
BalasPadamAlhamdulillah saudara...Sama-sama...bagi
BalasPadampihak rakan-rakan...