Dua hari lalu....dalam sebuah rancangan
televisyen...seorang penonton menelefon
dan bertanya...
Ia ( lelaki ) berbangsa India dan baru saja
masuk Islam...
Sebelum Islamnya...ia banyak buat dosa
besar iaitu berzina...dan ia merasa ter-
tarik pada sebuah parti yang mendakwa
bahawa sesiapa yang mengundi parti ter-
sebut...akan masuk syurga...
Tapi ia terfikir...kalau pangkah undi saja
sudah boleh masuk syurga...adakah ia
masih perlu buat amal seperti solat...
zakat...haji dan sebagainya ?
Panel jemputan pada rancangan tersebut
menjawab...bahawa yang jelas...semua
dosa seseorang sebelum Islamnya itu
akan diampuni dan ia bersih seperti bayi
yang baru dilahirkan...maka tidak perlu
lagi ia sebut-sebutkan dosa lampaunya
itu...
Dan berkaitan perkara kedua...sesungguh-
nya antara orang yang paling disayangi
oleh Rasulullah SAW adalah pakciknya Abi
Thalib...
Pakciknya itu telah memelihara baginda
sejak kecil...dan sangat banyak membela-
nya apabila baginda mejadi rasul...
Malah para kafir Quraisy tidak berani men-
yakiti baginda kerana sangat segan dan
hormatnya mereka pada Abi Thalib.
Namun akhirnya...Abi Thalib meninggal
dipangkuan Rasulullah dalam keadaan
tidak beriman...sedangkan Rasulullah
sangat berharap dan berusaha memujuk-
nya...
Sebagai manusia biasa...Rasulullah sangat
sedih dan menangis....hingga turun ayat
yang mengingatkan bahawa Rasulullah itu
hanya sebagai penyampai...sedangkan soal
hidayah itu adalah urusan Tuhan...
Maka apabila kita berkata...bahawa se
siapa yang mengundi parti ini...akan
masuk syurga...
( nota : Pada pemahaman saya...kalau ada
10 ribu orang mengundi parti tersebut...
maka kita telah menjamin seramai 10 ribu
orang tersebut masuk syurga...)
Maka tanyalah pada diri...siapakah sebenar-
nya diri kita berbanding Rasulullah...?
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan