Jumaat, 17 Mei 2013

Ketiga...Aurat...Islam Pilih Kasih...?

Pencari Kebenaran :

Aurat lelaki dari pusat ke lutut sahaja...

sementara aurat perempuan seluruh tubuh
kecuali tapak tangan dan muka...

Dengan membeza-bezakan aurat antara

lelaki dan perempuan...bukankah ini ber-
erti..Islam itu bersifat pilih kasih berdasar-
kan jantina...?

Saya :


Ia sebenarnya bererti...Islam itu menempat-

kan harga diri seseorang wanita itu lebih
tinggi daripada kaum lelaki...

Sementara aurat lelaki itu terbatas...dan ba-

hagian lainnya boleh dilihat oleh sebarang
orang...

...dalam masa yang sama...aurat wanita yang

lebih ketat dan tertutup itu hanya boleh di-
lihat oleh ahli keluarganya juga oleh seorang
lelaki yang bergelar suami...

Menjadi suami bererti...seseorang lelaki itu

bertanggungjawab menjaga keselamatan...
kebajikan..perlindungan...makan minum...
dan malah wanita itu boleh menyebabkan
ia masuk syurga atau dihumban ke neraka...

Inilah nilainya...apabila seseorang lelaki itu

dibolehkan ( dengan nikah )...melihat aurat
seseorang wanita...

Apabila seseorang wanita itu mendedahkan 

aurat...dan boleh dilihat oleh sebarang 
lelaki...bererti wanita itu telah menempatkan
kedudukan dirinya jauh lebih rendah dari-
pada kedudukan sebenar seseorang wanita
dalam pandangan Islam...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan