Jumaat, 10 Mei 2013

Saka Orang Mati ?...3N

Ibu itu tiba-tiba saja merasa pening...berat kepala
...bingung..gelisah...dan seram sejuk sebaik saja
ia pulang dari menziarahi mayat mendiang saudara-
nya yang mati kemalangan...

Sambil ia menutup mata dan cuba menumpukan 
perhatian...dalam latar belakang suasana gelap...
ibu itu melihat suatu pusaran berwarna putih...dan
di tengah-tengah pusaran itu...ada satu titik putih 
terang...

Apabila ia menumpukan perhatian pada titik ter-
sebut...perlahan-lahan ia menjadi jelas..."eee...
mata hantuu..." bisiknya tapi masih terus bertahan
memerhatikan benda tersebut...

Ia jelas suatu mata yang merenung tajam separuh
terbeliak pada si ibu...

Saya membaca ayat 45 dan 46 dari Suroh Al Isro'
kemudian menyambungnya dengan ayat Laqod
ja akum...dan membuat satu set pernafasan dengan
niat mengusir...

Si ibu melihat pusaran itu perlahan-lahan naik ke-
atas...semakin jauh dan hilang dari pandangan...

Suasana kelam tadi menjadi cerah...dan apabila
si ibu membuka matanya...gejala-gejala gangguan
tadi sudah hilang..dengan izin Tuhan...

Gangguan itu bermula sebaik saja ia melangkah
keluar dari pagar rumah saudaranya itu...apabila
tiba-tiba saja ia terhidu bau busuk yang sangat
aneh...

Kemudian muncul seekor lalat yang agak besar
hampir-hampir saja melanggar mukanya...dan
ketika itulah si ibu itu mula merasa seram sejuk.

Malam  tadinya...beberapa  orang  juga  terhidu
bau busuk ketika menjaga mayat tersebut...
dan nampaknya...'benda' itu cuba memilih
si ibu jadi  'rumah baharunya...'

....dan pasti sebab utamanya....iatu kerana ada 
jin saka dalam badan si ibu...

Wallohu a'lam

3 Nota

1. Ada  jin  saka  dalam  badan...'jual mahal'...ia
marah kalau jin lain datang menumpang...kerana
dia nak makan tuannya...'sorang-sorang'...

2. Ada jin saka dalam badan...'suka buat rumah
kebajikan'...dipanggilnya jin ramai-ramai tinggal
sama dalam badan tuannya...

3. Anda pasti menjadi 'pilihan utama'...kerana
laluan dan penempatan jin saka dalam badan
juga boleh digunakan oleh jin lain...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan