Sudah seminggu lebih pangkal lengan rakan
itu sakit...apabila saya buat cubit cabut pada
bahagian tersebut...sakitnya berpindah ke-
siku...
Saya minta rakan itu menutup mata dan me-
numpukan perhatian pada bahagian siku
yang sakit...kemudian saya buat satu set per-
nafasan niat 'scan'...
Dengan izin Tuhan..rakan itu beritahu ia
nampak satu lembaga seorang lelaki muda
berserban jubah serba putih seolah-olah
sedang bersatu dengan sambungan tulang
sikunya yang sakit...
Saya dapati ada laluan keluar masuk pada jari
telunjuknya...maka saya ' cabut ' makhluk itu
melalui hujung jari tersebut...
Dengan izin Tuhan...sakit dan ' lelaki muda '
itu hilang...
5 Nota
1. Biasanya sakit atau bisa sendi kerana gang-
guan itu disebabkan oleh gangguan saka...
2. Sasaran utama biasanya pada sendi lutut
agar...
a. Seseorang itu sukar pergi solat berjemaah
di masjid atau di surau...atau sukar solat ber-
jemaah dirumah...
b. Seseorang itu sukar solat.....dan biasanya
kalau ia bengkak tak dapat diluruskan...
seseorang yang tidak faham cara solat orang
yang sakit akan berhenti solat...dan ini jin
kafir tersebut ' paling suka '...
c. Agar seseorang itu sentiasa memerap di-
rumah tidak dapat keluar dan bergaul dengan
ramai orang...sebahagian besar jin saka ' suka
yang ini '.
Sebabnya kerana jin tersebut tak dapat berpisah
dengan anda...tapi ia mengalami kesukaran kalau
anda keluar...banyak orang dan benda yang di-
takutinya...juga peluang untuk anda berjumpa
perawat lebih tipis...
d. Ada jin yang suka dan bergembira kalau 'tuan-
nya' menderita...' hati syaitan ' katakan...
e. Kadang-kadang dengan kesakitan ini...jin itu
dapat mempengaruhi sikap anda...contohnya
marah tidak tentu pasal...dan ' terlebih elok '
kalau anda marah pada Tuhan dari sebab ujian
ini...dah jadi dosa besar...
...dan sebagainya...
3. Kadang-kadang sakit atau bisa sendi itu...cukup
dengan hanya ada angin bisa jin...terutama apa-
bila anda rasa sakit dan bisa-bisa seluruh badan.
4. Kadang-kadang jin itu ' berjalan ' melalui urat
menyebabkan anda rasa sakit...nyilu atau bisa-bisa.
5. Setakat yang saya fahami...jin muda itu datang
dari seorang rakan sakit yang pernah diziarahinya
...dan jin tersebut agaknya ' suka pandangan per-
tama '...maka ia mula mendatangi...dan masuk ke-
dalam badannya...
Memang menziarahi orang sakit atau orang menin-
ggal yang ada gangguan itu...risiko jin darinya
pindah kepada anda itu ' perkara biasa '...
...apalagi kalau anda juga ada gangguan jin...iaitu
ada laluan jin pada tubuh anda sehingga mudah
dimasukinya...dan kebetulan keluarga asal pasakit
tersebut sukar dimasuki...atau didampinginya...
Maka sebaiknya anda ada wuduk...baca fatihah
dan ayat Kursi sebelum masuk ke dalam rumah
si sakit atau sebagainya...dan sentiasa berzikir
dalam hati...
Wallohu a'lam
Salam tuan, adakah penyakit Gout itu juga salah satu daripada gangguan jin? Bagaimanakah cadangan tuan merawat penyakit ini ke atas diri sendiri melalui tenaga dalam?Mohon tuan dapat memberi pencerahan.
BalasPadamTerima Kasih.
Wasalam.
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamBiasanya ia kerana toksin...dan ada juga yang
kemudiannya diambil kesempatan oleh jin
dengan turut serta...dan ada juga bengkak
dari sebab gangguan jin tapi pada tanda luar-
nya seperti gout...
Saya cuma pernah 'scan'...tapi belum pernah
merawatnya...maka saya kurang tahu tentang
perkara ini...maaf ya...
wallohu a'lam