Jumaat, 17 Mei 2013

Kelima...Solat Galak Buat Dosa...?

Pencari Kebenaran :

Saya terbaca di buku yang menyebutkan
bahawa sekiranya seseorang itu solat
lima waktu...kemudian ia mengerjakan 
solat sunat di waktu malam...maka Tuhan 
akan mengampuni dosa-dosanya walau 
sebanyak buih di lautan...

Kalau begitu...baik buat dosa...lepas tu
solat lima waktu dan sunat malam...dan
minta ampun...dan lepas tu buat lagi...
kerana akan mudah saja diampuni Tuhan
dosa kita walau sebanyak buih dilautan...

...kadang-kadang ' perit ' juga rasanya 
menerima pertanyaan dari si pencari
kebenaran ini...terutama apabila pertanya-
an itu disertakan sekali dengan ulasan yang
' setajam mata pedang '...

Ia biasanya akan membuat saya terpaksa
mengambil masa untuk ' sejuk-sejukkan
enjin ' terlebih dahulu..sebelum dapat
membalas SMSnya...

Saya :

Ini menunjukkan betapa luasnya rahmat
keampunan Tuhan...

Maka kalaulah kita dihumban ke neraka di
Akhirat nanti...tidak ada apa-apa lagi
yang kita nak ' komplen ' dengan Tuhan...

Pintu rahmat keampunan Tuhan sentiasa
terbuka luas...tinggal soalnya...kita mahu
atau tidak saja...

Bagaimanapun...dosa-dosa yang diampuni
itu adalah apabila kita benar-benar ber-
taubat...

...manakala kalau kita taubat tapi buat
lagi...taubat dan buat lagi dosa yang sama
maka itu bukan taubat namanya...tapi
mempermainkan Tuhan...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan