Sebaik sahaja selesai rawatan...ibu itu rasa
lebih sihat dan bertenaga...namun sebaik
sahaja ia melangkah masuk ke dalam rumah-
nya..tiba-tiba badannya rasa berat semula
seperti sebelumnya...
6 Nota
1. Biasanya ia tanda gangguan saka...dan
jin saka tersebut juga turut tinggal sama
dalam rumahnya...
2. Bagi gangguan jin saka...sebaiknya rumah
juga perlu 'dirawat' dan dipagar...kerana
jin saka biasanya akan tinggal serumah...
..malah tidak kurang pula yang turut beranak
pinak...lalu bertambah banyak dalam rumah
juga...badan tuannya...atau turut melarat
kepada semua orang yang tinggal dalam
rumah...
Maka bukan luarbiasa...kalau sebahagian atau
malah semua orang dalam sesebuah rumah itu
ada jin saka dalam badan...
3. Rumah yang dihuni jin saka boleh dikata-
kan tempat keras...kerana biasanya angin
bisa jin akan merata dalam rumah tersebut...
Kerana itu bagi orang luar yang peka...ia boleh
rasa kurang sedap badan..kurang selesa...
pening...takut...seram...rasa sejuk atau panas
apabila masuk ke dalam rumah tersebut...
4. Mungkin juga akan berlaku lintasan-lintasan
bayang atau makhluk aneh dalam rumah...
Atau rasa seram..atau terasa seperti ada orang
lain ketika keseorangan...
5. Boleh jadi rawatan atau pagar rumah itu
perlu berulangkali...dan semua tangkal...barang
lama yang disyaki dan sebagainya...perlu di-
keluarkan dari rumah...
6. Antara laluan masuk semula jin ke dalam
rumah ialah apabila anda masuk tanpa membaca
Bismillah...dan jin itu akan ikut di belakang...
...dan sebagainya...
Wallohu a'lam
Aslm en juneid,
BalasPadamBgaimana saya boleh hntar email pd e juneid untuk mndapatkn bantuan rawatan dari e juneid? Terima kasih.
Wa alaikum salam wbkth Unknown...
BalasPadamSebenarnya saya lebih kepada penulis dan pengkaji
bebas...dan dalam perguruan IT sendiri saya juga
bukanlah seorang perawat bertauliah...
Cumanya kalau anda juga di Ranau dan 'mudah
jumpa'...In-sha Allah...mungkin kita boleh 'tengok'
dulu perkaranya...
Tapi kalau anda luar Ranau...sebaiknya hubungi
terus ke Pusat Rawatan Imantheraphy ( boleh
ambil nombor hubungan pada blognya iaitu pada
Yang Berbahagia Guru Utama Ustaz Abdullah...
yang juga ada fbnya...atau guru yang dihormati
dan juga rakan saya Ustaz Salehuddin perawat
bertauliah untuk kk dan Ranau...atau lain-lain
rakan perawat dekat seperti yang tertera di situ
dan sebagainya...)
...juga mungkin masih ada perkhidmatan rawatan
tanpa sempadannya...
Tapi kalau anda rasa perlu juga berhubung secara
email...silalah ya berikan alamat emailnya agar
dapat saya hubungi In-sha Allah...
Wallohu a'lam
salam saudara junied, itu yang saya alami sejap dari kecil lg, duduk seorang dalam rumah pon saya rasa amat takut, masa nak tido pon terasa macam ada seseoang sebelah saya, sekarang saya dalam proses rawatan, cuma masalah ekonomi buat saya masih lagi tinggal di rumah milik ayah,ibu saya
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Kenu..
BalasPadamSaya pernah tinggal selama setahun dalam rumah
yang ada bilik sajian jin ilmu...dan saya dapati
sangat banyak tipu daya serta daya upaya jin
dalam rumah tersebut...banyak serangan...dan
banyak gangguan...
Pernah saya pening selama tiga hari berturut-
turut..juga sering rasa nak muntah dari sebab
termakan terminum benda yang diganggu benda-
benda tersebut...
Cuma saya masih percaya...untuk sembuh tidak
semestinya pindah rumah...yang penting amal
pendinding dan buat sekadar mana pagar untuk
bilik tidur...atau ruang-ruang dalam rumah...
Mudah-mudahan Kenu ada amalkan serba sedikit
pendinding diri...dan minum air doa setiap hari...
Wallohu a'lam