Jumaat, 10 Mei 2013

Jin Pada Otak...3N

Rakan itu mengalami beberapa gejala gangguan
fikiran iaitu...

1. Ia sangat pelupa...dan ia sendiri merasa hairan
dengannya...

2. Ia selalu pening dan rasa berat kepala tanpa
sebab munasabah...

3. Asal saja ia nak buat sesuatu yang berfaedah
pasti akan timbul berbagai alasan demi alasan
dalam fikirannya...seolah-olah nak menghalang.

4. Seringkali ia merasa marah dan rasa nak meng-
muk tanpa sebab dan tidak tahu pada siapa...

...dan sebagainya...

Saya memintanya menutup mata...dan menumpu-
kan perhatian ke dalam kepalanya sendiri...

...dan saya letakkan hujung jari telunjuk saya pada 
kanan kiri tepi dahinya...kemudian membuat 'scan' 
pernafasan...

Rakan itu beritahu...ia nampak sebilah pedang
melayang-layang dalam kepalanya...dan apabila
ia terus menumpukan perhatian...

...ia nampak 'bendanya' yang memegang pedang
tersebut...iaitu seorang lelaki bersongkok dan
berpakaian serba hitam...

Biasanya dari penampilan serta keadaannya...ia
adalah jin pendekar yang mungkin pernah men-
jaga sebilah pedang...tapi pedang sebenar telah
hilang...

Maka ia masuk dan tinggal dalam kepala rakan
tersebut...hingga menimbulkan gejala-gejala di-
atas...

Rakan itu seorang pelajar...maka bagaimana
lagi ia akan dapat belajar kalau begitu keadaan-
nya...( memang ' tak guna punya ' jin pendekar ).

Kalau anda berminat belajar ilmu pendekar
guna jin...sebaiknya..ingat juga pada anak-anak
anda...macam-macam gangguan boleh timbul.

Saya guna kaedah cubit cabut pada kanan kiri
tepi dahinya...dengan izin Tuhan...rakan itu
mula rasa lebih ringan dan selesa kepala juga
fikirannya....

Wallohu a'lam

3 Nota

1. Jin atau angin bisa jin pada bahagian otak...
bukan hanya akan menimbulkan gangguan...tapi
boleh menghalang kebijaksanaan sebenar sese-
orang...

...iaitu ia boleh buat seolah-olah fikiran anda ter-
kurung dalam suatu ruangan sempit...menyebab-
kan anda mudah buntu atau hilang punca...

2. Ia juga boleh menimbulkan gejala aneh...iaitu
anda merasa marah...takut...gembira dan sebagai-
nya...yang mana perasaan anda itu timbul dari
setumpuk kawasan pada bahagan kepala ( otak )

...dan bukan dari dalam dada ( perasaan ) sebagai-
mana kebiasaannya...

3. Gejala biasa lain..ialah sering pening..rasa berat
kepala...atau mungkin sakit...di samping gangguan-
gangguan mimpi aneh atau buruk...yang biasanya
juga...adalah tanda mudah ada saka...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan