Sudah sebulan lebih A merasa seperti ada
sesuatu benda melekap pada tepi dada
kirinya...
A dapat rasakan sentuhan serta berat
bebannya tapi apabila A cuba menyentuh-
nya...ia umpama angin...tidak terasa apa-
apa...
A menutup mata dan menumpukan per-
hatiannya...dan saya baca Fatihah...Ayat
Kursi berserta zikir dan pernafasan...
Dengan izin Tuhan...A dapat melihatnya
dengan jelas...benda itu adalah sarang
lebah...dan dipenuhi dengan lebah-lebah
bersaiz kecil seperti lalat...
Dalam istilah tempatan ia dipanggil lebah
'tantadan'...dan biasanya akan membuat
sarang dengan mencari lubang pokok
atau sebagainya...
Dengan izin Tuhan...tiga kali peletup jin
memusnahkan lebah dan sarang itu se-
penuhnya.....paling akhir tinggal empat
ekor yang nyata lebih lasak daripada
yang lain sebelum turut musnah sama...
...kemudian saya susuli gerak pancung
dengan niat membersihkan sisa sarang
daripada kulit A...
Tanpa di duga...A dapat melihat pada
bekas tapak sarang lebah tadi ada lubang
yang tembus ke dalam tepi bahagian dada-
nya...dengan garis pusat lubang tersebut
lebih kurang seinci...
Cecair berwarna kemerah-merahan mula
mengalir keluar dari lubang tepi dadanya
tersebut...( mungkin bisa jin...atau kesan
angin bisa jin di mana A selalu rasa kurang
selesa malah terasa sangat ada tangan
mengenggam bahagian tersebut...terutama
semasa ia mula solat dan berlarutan hingga
solatnya sangat terganggu ).
Hampir tiga minit barulah cecair itu mula
berkurangan dan kelihatan berbuih-buih
dalam lubang tersebut...
Saya menghadapkan tapak tangan ke atas
lubang tersebut dan menarik nafas berseta
zikir...
Dasar lubang itu naik ke atas...dan A ber-
itahu...lubang itu sudah hilang dan kulitnya
sudah kembali seperti biasa...
A dapat merasakan lebah itu adalah kiriman
'seorang Tok Syeikh berserban jubah serba
putih' iaitu jin khadam keris seorang bomoh
yang pernah A berubat padanya...
A tidak lagi datang apabila mendapati bomoh
itu yang juga rakannya menggunakan mentera.
Bomoh itu pada gerakrasa A...cuba menonjol-
kan dirinya pada masyarakat dengan merawat
sehingga A sembuh...manakala jin khadam itu
juga tidak puas hati apabila A berhenti...
...maka jin itu cuba menyerang dan menyakiti-
nya...
...dan cuba menghasutnya supaya menyambung
rawatan dengannya...pasti jin itu ada 'agenda'
tersendirinya....
Sehari sebelumnya... A terserempak dengan
bomoh itu di Pekan Ranau...dan bomoh itu
berkata kepadanya " ...tunggulah sakit kau tu
teruk dulu baru datang minta ubat dengan saya
balik...'
Ketika dirawat...A dapat melihat dengan jelas
bomoh itu dengan jin syeikhnya sekali...dan
juga anak lelaki bomoh itu seorang ustaz...
Mungkinkah jin itu sudah memilih ustaz tersebut
sebagai bakal pewarisnya ?
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan