Nenek ( jin tua ) itu semakin berang apabila
satu demi satu rahsianya terus rakan saya
G ceritakan kepada saya...
Oleh kerana G tdak menghiraukan ancaman
jin tersebut...jin tua itu mula bertindak ganas
dengan membelasah pinggang G dengan
tongkat kayunya...
Saya lihat G mula merasa kesakitan...dan
ketika itu tiba-tiba muncul seorang lagi pe-
rempuan yang agak lebih muda berambut
ikal...
Perempuan berpakaian pendekar dan bersen-
jatakan pedang itu tanpa memberi sebarang
amaran terus menyerang saya...
G beritahu perempuan itu menikam jantung
saya bertub-tubi....
Saya tidak nampak tapi saya menarik nafas
dan menumpukan perhatian kepada jantung.
Tidak terasa sebarang benda tajam...tapi
memang ada denyutan-denyutan kecil pada
jantung...
...dan setiap kali ia berdenyut...saya terasa
degupan jantung saya menjadi lemah...
Saya yakin begitulah yang akan dapat di-
rasakan oleh seseorang yang mengalami
sakit lemah jantung gangguan jin...dan
dalammasa yang sama...semangatnya akan
menjadi lemah...
Oleh kerana saya yakin dengan izin Tuhan
ianya tidak memudaratkan...saya tumpukan
perhatian pada G yang kelihatan semakin
kesakitan pada pinggang tembus ke depan
perutnya...
G mula bertindak balas...membuat gerak
seperti memulas dan memutuskan sesuatu.
G beritahu kepala perempuan tua itu sudah
dipulasnya sampai putus...dan ketika itu
badan jin tersebut terhoyong hayang cuba
mendapatkan kepalanya semula...
G memakrifatkan sambungan leher yang
putus itu dipasangnya dengan zink...se-
hingga makhluk itu mengalami kesukaran
menyambungkan kepalanya semula...
Tapi nampaknya jin tua itu masih sangat
yakin dan bersemangat....." saya jumpa
juga nanti cara mau sambung kepala
saya..."
" macam mana dia boleh sambung balik
tu...? " tanya G pada saya dan kelihatan
agak cemas...
Namun berlaku sesuatu yang diluar dugaan.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki bertubuh
tegap berkepala botak perpakaian
pendekar...
Lelaki (jin) itu terus menyerang dan mem-
belasah perempuan tua tadi...
....perempuan yang menyerang saya ter-
henti dan ketakutan...
Serangan ganas lelaki itu membuat kepala
perempuan tua itu semakin jauh dari
badannya dan mula merintih meminta
tolong...malah tongkatnya sudah patah
dua...
" mau tolong...?" tanya G pada saya...tapi
saya cadangkan biar saja...tentu ada
masalahnya antara sesama jin tersebut...
Saya berpendapat mereka bermusuh...tapi
jin tua itu lebih kuat...
Kerana itu dengan begitu cepat jin muda
tadi mengambil kesempatan menyerang
ketika perempuan tua itu dalam keadaan
cedera dan lemah...
Memang ini sifatnya jin yang sangat suka
mengambil kesempatan.....bukan sahaja
terhadap manusia tapi juga pada sesama
mereka...
Tidak lama kemudian.....kawasan tu di-
penuhi oleh suara tempikan kemenangan
jin lelaki tadi...G beritahu seolah-olah jin
itu berebut kawasan...
Jin yang menyerang saya tadi menghilang-
kan diri...dan kami belum tahu akan nasib-
nya jin tua tersebut...
Yang pasti ada kemungkinan gangguan baru
akan muncul...jin pendekar itu kepakaran-
nya menimbulkan gejala strok...sakit jantung
mati mengejut dan lumpuh bahagian bawah
pinggang...
Tapi...hakikatnya masih satu...iaitu tiada ke-
beruntungan dan tiada kemudaratan kecuali
atas kehendak dan kekuasan Allah semata-
mata...
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamApa pendapat tuan mgenai 'mata ketiga' iaitu pandangan yang boleh melihat jin dan mahluk halus.Mungkin kah rakan G itu suda ada kasyaf mata ketiga?
Wasalam
wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamboleh jadi...dan boleh jadi pula gangguan.
sementara ini saya masih mengkajinya dan
setakat ini saya lebih percaya ianya adalah
pandangan mata hati atau mata ketiga...
rakan itu banyak membaca qur an...ayat
kursi dan berzikir...
wallohu a lama
Assalamualaikum..
BalasPadamSekadar perkongsian..
Kebanyakan org kasyaf yg sy jumpa adalah org yg pernah terkena sihir dan gangguan makhluk halus. Yg kemudiannya sembuh dgn izin Allah. Ia adalah cara cepat dikurniakan kelebihan tersebut.
Manakala org biasa pula terpaksa melakukan pelbagai cara dan amalan yg memakan masa yg lama utk kasyaf jika tidak pernah terkena gangguan.
Sbb tu kita kena bersangka baik apabila ditimpa sesuatu perkara yg kita tidak suka krn Allah tidak pernah menzalimi kita. Sebaliknya kita yg selalu menzalimi diri sendiri.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamKadang-kadang sesuatu ujian itu adalah
kerana Tuhan berkehendak untuk meng-
urniakan kita sesuatu...maka didatang-
kan kepada kita ujian yang mendorong
kita berusaha atau menyediakan diri
kita untuk mencapai dan menerima
kurniaan tersebut.
Alhamdulillah...terima kasih tuan atas
perkongsiannya...
Wallohu a'lam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAlhamdulillah...saudara Js SI telah menelefon saya tentang persoalan
Padamdi atas...dan sebagaimana yang
saya janjikan...saya akan beri
penjelasan sekadar mampu dalam
ruang ini.
1. Untuk buka hijab...banyak caranya...
ada zikir ratusan sekali sehari...ada setiap lepas solat...dan ada yang perlukan untuk
habiskan zikir puluhan atau malah ratusan
ribu dalam sehari atau masa-masa ter-
tentu...
2. Tidak semestinya perlu puasa...ikut
kaedah masing-masing...tapi kalau ber-
puasa...biasanya kesan mungkin akan
lebih cepat dan ketara...
Kalau disertai pantang makan benda
hidup...iaitu makanan yang asalnya
dari benda bernyawa...maka hati akan
menjadi lebih lembut dan halus...tenang
serta peka...tajam...serta cepat kesan
zikirnya...
3. Bagi orang yang pernah sakit kuat
dan sembuh...kemudian punya ke-
bolehan buka hijab...maka ia dari
3 punca...
a. Mungkin ia kuat beramal...membaca Qur'an...berzikir...banyak pengalaman...
lebih yakin...maka ia jadi kasyaf...
b. Ia kasyaf kerana ada sisa angin bisa
jin dalam bahagain dada dan kepala...
c. Ia kasyaf kerana ada jin yang sebati
atau berjaya bertahan dalam badannya
kemudian ia atau perawat menyangka
ianya sudah sembuh...
...dan sebagainya...
Kasyaf ini banyak jenisnya...ada yang
sentiasa terbuka...atau hanya apabila
perlu...atau bila ia kehendaki dan
sebagainya...
Wallohu a'lam
saudara junied,
BalasPadammohon bertanyakan pendapat...bagaimanakah seseorang itu boleh mengetahui apa yang dirasainya,dilihat itu adalah daripada bisikan dan bantuan jin atau anugerah dan kelebihan daripada Allah...? mohon dikongsi pendapat...
As salam saudara...
BalasPadamGejala paling mudah bagi penglibatan jin...
1. Kadang- kadang kita pening kepala tanpa
sebab...
2. Kadang-kadang kepala rasa berat...atau
sakit...tanpa sebab munasabah...
3. Fikiran sering bercelaru tanpa sebab mu-
nasabah...
4. Kadang-kadang pendengaran berdengung
atau berdesing...
5. Kita mendengar bisikan atau suara halus
5. Kadang-kadang sukar tidur malam...atau
sebaliknya badan selalu rasa lesu letih meng-
antuk tanpa sebab munasabah...
6. Selalu mimpi aneh atau menakutkan....
7. Mungkin kadang-kadang jantung berdebar
tanpa sebab...
8. Mungkin ada gangguan perasaan yang tidak
normal...
9. Mudah mendapat gangguan...atau serangan...
10. Sangat pelupa...atau suka berkhayal...
11. Mungkin sering nampak jelmaan atau
makhluk halus ( jin )...
12. Sangat sensitif pada orang lain yang ada
amalan pendinding atau ada gangguan jin...
atau pada tempat yang ada jin...
13. Kita mendapat kelebihan tanpa sebarang
usaha...
14. Kita mudah mengesan jin pada orang lain
atau sesuatu tempat tanpa kita sengajakan...
15. Mungkin ada halangan solat...atau perut
selalu berangin apabila ada wuduk...
16. kita mungkin suka bersangka buruk
pada orang...
17. Dalam berkelebihan itu kita sangat suka
mendengar muzik...
18. Sentiasa terhalang apabila berhajat untuk
buat sunat Tahajjud...
19. Kepala atau badan rasa berat untuk bangun
subuh...
20. Kita merasa keanehan pada mana-mana
bahagian kepala...seperti panas...berat...ada
'tumpukan perasaan atau fikiran'...dan se-
bagainya...
21. Kalau baca rukyah...atau dengar rukyah
termasuk rakamannya...kita rasa mengantuk
...tertidur...rasa berat kepala...fikiran mula
bercelaru...atau sebagainya...
...dan sebagainya....
Ia adalah antara tanda secara rambang...tapi
walau ada salah satu gejalanya...ada
kemungkinan kita ada dampingan jin...apalagi
kalau lebih dari satu...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum ustaz...
PadamSaya ada lebih drp 1 gejala2 yg disebutkan..
Skg saya niat nak berikhtiar mengubati dan membenteng dari dlm diri sndri sbb saya dapati asal gangguan2 ni dari saya masih kecil lagi..,yg mana saya ada memori ttg perkara2 yg pelik & cuma saya yg ingat/tahu dari sejak usia baru 2@3 tahun lg..dan ketidaksengajaan saya utk nampak, berbual(tanpa sedar lwn berbual bukan manusia) atau "rasa" sesuatu tu berterusan smpi saya berpeluang ke seberang laut utk sambung bljr.
Tp lps saya balik ke Malaysia sikit demi sedikit saya mula alami semula kejadian2 pelik terutamanya nampak dlm mimpi. Terbaru, 2 malam lepas...dgn jelas saya igt mimpi saya malah dlm mimpi tu saya cuba "melawan" makhluk2 tersebut dgn berusaha baca alqursi dgn betul, smpikan keluar betul2 dari halqum saya dan didengari suami saya wpun masa tu saya dlm mimpi.
Apa yg buat saya sedar selama ni saya mgkn kena sedikit sebanyak "gangguan" ialah, apabila suami saya mendedahkan pd saya keesokannya, yg sblm saya mengeluarkan suara baca ayat pertama alqursi dlm tidur tu, beliau terjaga apabila dgr bunyi ketukan sayup2 di pintu bilik tidur...dan ketukan itu berulang 3kali, kali ketiga menjadi ketukan di pintu utama rumah.
Walhal pd masa yg sama di alam mimpi, masa ketukan pertama itulah saya mendapati ada makhluk menjengahkan kepala botak licinnya dari pintu bilik yg terbuka..lalu saya sergah dan bacakan alqursi. Tp gangguannya dan seekor lg berterusan smpi la saya berjaya keluarkan suara di alam sedar baca ayat pertama alqursi dgn lancar..
Saya cuba hubungi ustaz guna no.tel yg dipaparkan, tp belum ada respon..harap ustaz dpt balas mesej saya
-ibu hamil runsing
Wa alaikum salam wbkth puan...
Padam1. Gangguan lama atau dari kecil
maka ia sudah jadi saka.
jangankan kita terima amalan tanpa
mengetahuinya saja...malah tidak
kurang manusia yang didatangi
atau didampingi jin semata-mata
kerana jin itu memilihnya...
walau orang itu tidak tahu...tidak
mahu atau malah menentang sekalipun.
2. Jin ini sebenarnya banyak yang
pengecut...kerana itu jin tak ikut
ke seberang laut kerana takut di
buli atau diserang jin lain....
berbanding tempat sendiri ada
keluarga...kawan...geng sesamseng...saudara mara
atau sebagainya pada jin itu.
3. Yang suami nampak alam manusia
pintu tertutup...yang puan nampak
lapisan pintu alam jin dan ia ter-
buka...maka jin boleh masuk.
Kalau tutup dengan lafaz Bismillah
maka pintu alam jin itu akan
tertutup dan terkunci sekali tak
dapat dibuka dan dilalui oleh bangsa jin.
Sebaiknya minta rawat tapi untuk
diri amalkan 3 Qul pernafasan....
fatihah pernafasan...buat air doa
sendiri guna minum mandi...fahami
cara guna kata pemutus yang semua-
nya ada dalam blog ini...Insha
allah puan ya.
no hp itu adalah tuan guru utama
saya...mungkin kerana sibuk...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum ustaz,
PadamAlhamdulillah..terima kasih untuk jawapan dan ulasan ustaz.
Sebelum ustaz jawab, saya dah cuba amalkan dengar dan baca ayat-ayat Manzil. Malah sebelum tidur saya cuba mengamalkan bacaan2 pendinding seperti dengan turutan al fatihah, 5 ayat pertama surah albaqarah, alqursi, diikuti oleh ayat-ayat terakhir surah albaqarah seperti turutan dalam almathurat, serta beberapa potong doa dari almathurat.
Awal-awal mengamalkan, saya mengalami mabuk hamil yang teruk sehingga terpaksa bercuti dari kerja.
Malah pada malam Isnin ketika tidur, saya dapat mimpi yang mengganggu lagi..dalam mimpi, makhluk rambut mengerbang yang kerap muncul dalam mimpi2 sebelum ni terang-terang mengganggu saya dengan menyentuh muka saya dgn jari kurus berkedut panjangnya sambil berkata..
"Heh heh heh...aku tahu kau sedar tapi pura2 tidur..."
Dan apabila saya terjaga, pukul 3 pagi lebih.. saya tidur semula setelah baca lagi sekali ayat-ayat tadi. Kalini niat nak bangun awal solat subuh. Bila saya dengar alarm saya ingat saya dah sedar, rupa2nya saya tertipu..sbb saya sangka "suami" yang saya nampak turut bangun bersama2 saya tu dan tanya kat saya "Kenapa awak bangun pukul 3 lebih tadi?"
Saya jawab jujur "Sebab saya mcm kena kacau lagi masa tidur.." tapi bila tgk dia tersengih pelik dan saya dgr lagi sekali alarm, baru saya tahu saya masih belum bangun..
Ustaz Muhammad dah membalas mesej saya. Saya akan cuba hubungi beliau secepat mungkin (dah cuba beberapa kali tapi selalu ada halangan..)
Terima kasih lagi sekali ustaz.
Wa alaikum salam wbkth...
PadamAlhamdulillah...sama-sama...
Wallohu a'lam
Assalamualaikum..
BalasPadamSekadar perkongsian..
Gelaja2 spt di atas juga bole menimpa perawat yg tidak tahu merawat diri sendiri atau tau tp malas buat sbb yakin benteng diri dah kuat..
Bagi yg kerap merawat.. selalu la rawat diri dan ahli keluarga terdekat sbb biasanya sedikit sebanyak pasti ada tempias yg kena.
Lg penting kalau selalu rawat kes melibatkan sihir. Pasti ada serangan balas dari tok moh..spt sy walau pun rawat di sabah tp keluarga di semenanjung juga kadang2 jadi sasaran serangan.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamAlhamdulillah...peringatan yang sangat penting
bagi perawat...biasanya kita pasti ada kele-
mahan...kerana itu sebaik-baiknya sentiasa
beringat sebelum kena...atau sentiasa ambil
perhatian pada diri dan keluarga...manalah tau
dalam diam sebenarnya kita dah kena...
Terima kasih tuan atas perkongsiannya...
Wallohu a'lam