Malam itu rakan tersebut terpaksa minta
tangguh pertemuan kami...
Puncanya...sejak pagi ia kurang makan...
dan apabila makan petang agak banyak
ia mengalami sesak nafas...
Esoknya kami berjumpa...melalui 'scan'
keputusan mendapati jin berupa semut-
semut yang sangat banyak memenuhi
bahagian uluhati...dan naik ke bahagian
dadanya...
Malah angin bisa jin itu kadang-kadang
naik sampai ke kepalanya...menjadikan
sakit...rasa berat dan pening bercelaru.
Sebaiknya bagi anda yang mempunyai
gejala sama...apalagi kalau ia sudah ber-
larutan lama...minta 'scan'...dan tidak se-
ratus peratus bergantung pada rawatan
hospital semata-mata
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamTu la tn. Byk benda pelik2 kat alam jin ni. Blom citer lg ulat2 halus dari alam jin yg bersarang di tempat kanser.
Makhluk spt lintah@ular@anak2 ikan yg dok kat saluran peranakan perempuan. Yg kejenya mkn benih lelaki. Mmg susahla nk dpt anak. Kalo guna kaedah scan makrifat baru nmpk benda2 tu.
Kadang2 sy tak bgtau pesakit pun kalo dlm badan dia ada benda2 tu sbb khuatir kata kita merepek buat cerita. So kalo nampak terus tangkap@bunuh. Abis cerita. Yg penting masalah selesai.
Waulahualam..
Salam Tuan,
PadamPada kebiasanyanya bila kita guna tenaga dalam dan makrifat untuk menghalau/bakar/bunuh jin dlm jasad seseorg terutamanya kanak-kanak mesti kanak-kanak itu jatuh sakit/demam. Saya mengalami keadaan ini, jadi saya minta pencerahan dari mana2 rakan untuk mengatasi masalah kanak-kanak demam/panas setelah kita salurkan tenaga dalam.
Jika tapak tangan, tapak kaki dan badan tidak panas adakah ianya gangguan jin jika sekirannya hanya kepala yang panas?
Baru-baru ini, ada rakan bertanya mengenai petua menghindarkan diri dari ditindih semasa tidur. Banyak ayat dibaca oleh rakan itu termasuklah 3qul dan ayat kursi tetapi masih ditindih.Mohon pencerahan dari tuan-tuan.
wasalam.
Wa alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamBetul tu tuan...saya tidak nampak jin...tapi
rakan-rakan yang dirawat menceritakan ber-
bagi cerita pelik...
Malah apabila rakan itu beritahu ada sarang
lebah pada rusuknya...saya rasa pelik tapi
saya berterima kasih pada tuan kerana telah
pernah beri info mengenainya dulu...maka
tak lah saya bingng tak tentu pasal...
Malah tuan...ada juga rakan-rakan perawat
sebaliknya yang cepat menuduh pesakit
merepek apabila ada cerita yang luar dari
kebasaan...
Bagaimana kita nak bunuh jin yang tinggal
dalam rahim atau saluran peranakan tu
tuan...
...dan bagaimana caranya kita nak buat
pagar bekas penempatan jin dalam
badan pesakit ?
Bagi permasalahan saudara Js Sl...
BalasPadamUntuk menyejukkkan badan...kita boleh baca-
kan salawat dan beri air minum yang telah
kita bacakan salawat serta sapu mukanya.
Budak tidak semestinya akan demam...tapi
kalau demam itu tandanya angin bisa yang
agak padat dalam badan...
Satu cara mengelak demam ialah kita rukyah
berserta pernafasan sambil tapak tangan kita
seinci atas kepalanya...dan rasakan sekira-
nya angin panas keluar.....maka teruskan
sehingga angin panas itu terasa sudah habis
keluar baru hentikan rawatan...
...Dengan ini angin panas tidak terperangkap
atau berlegar dalam badan kanak-kanak atau
malah orang dewasa yang dirawat...
Untuk amalan sebelum tidur...3 Qul buat cara
nabi yang dibaca pada tapak tangan dan sapu
pada seluruh tubuh...
Baik juga baca Ayat Kursi itu 3 kali..dan baca
ayat 54...55...56 Suroh al A'rof untuk meng-
hindar dari didekati jin semasa sedang tidur...
dan boleh baca pada tapak tangan dan sapu
seluruh tubuh...dan sebagainya...
Seperkara lagi...pengalaman seorang rakan
tabligh selepas merawat...selepas baca
manzil pun masih kena tindih...maka ia baca
Laa haula walaa Quwwata iIlla billahil Aliyyil
Aziim...3 kali dan dengan izin Tuhan gangguan
itu terhenti...
...iaitu ia memperbetulkan hatinya..bahawa
hanya Tuhan yang memiliki segala kekuatan
dan kekuasaan...
Maksudnya kadang-kadang uiian itu datang
kerana tanpa sedar..hati kita yakin pada ayat
Qur'an hingga dalam masa yang sama kita
sangka ayat Qur'an itulah yang melindungi
kita dan bukan Tuhan ( syirik )...
Seperkara...jangan lupa ada wuduk dan ber-
zikir sehingga tertidur...dan sebaiknya pagar
bilik sekurang-kurangnya renjis air doa 4
penjuru bilik...dan sebagainya...
Wallohu a'lam
Wslm..
BalasPadamSekiranya pernah belajar hakikat kalimah hauqolah.. La haula wa la quata illa billa pasti tidak akan meninggalkan kalimah tersebut dlm setiap amal perbuatan yg dilakukan.
Contohnya sblm solat dibaca sekali utk ingatkn diri bahawa kita solat atas izinNya bkn kerana kita baik atau alim.
Berapa ramai yg tak solat dan disibukkan dgn pelbagai aktiviti dunia. Yg tak sibuk pula ditimpa penyakit malas.
Sebelum sewaktu selepas rawatan pun byk2 la sebut kalimah tu. Kita ni cuma alat.. bukan dgn kudrat kuasa kita yg menyembuh membakar membenteng.
Ayat tidak memberi bekas.. ayat juga adalah alat terjadinya hukum sunatullah. Yg melaksanakan segalanya adalah Dia.
Untuk kes makhluk di rahim tu sy cuma guna kaedah makrifat sama ada bedah dan buang/letupan kecil yg hanya tertumpu pd makhluk tu tanpa menjejaskan jasad pesakit.
Untuk benteng sekadar baca apa2 ayat dan tiup disertai makrifat nur bacaan itu meresap hingga ke setiap sel di kawasan bekan penempatan tu. Pelbagai cara boleh dilakukan.
Tuan pun bole nampak sebenarnya sbb tu pesakit yg dirukyah boleh nampak. Cuba fikir2kan la kenapa belum nampak lagi. Soalan cepu emas.
Waulahualam..
Salam tuan,
BalasPadamApakah jenis jin yg boleh mgerakkan benda didalam rumah?
Baru-baru ini, saya mgalami satu keadaan pelik iaitu kereta permainan anak saya bergerak sendiri.Saya baca ayat kursi lalu ia gerakkan kereta permainan itu dgn cepat. Mmg perasaan takut mpgaruhi sbb tu mungkin bacaan ayat tdk mggerunkn jin itu.
Dlm keadaan itu,bagaimana cadangan tuan2 mghadapi situasi itu?
wasalam
Wslm..
BalasPadamMcm2 jenis jin bole gerakkan benda. Contohnya..Khadam keris. Bole Gerakkan, berdirikan,apungkan keris. Bagi yg jahil sanggup beli dgn harga jutaan ringgit.
Tuan sekadar baca ayat qursi je ke atau serang sekali. Jgn silap. Jin tu bukan ada kat dlm kereta mainan tu. Dia ada disekitar cuma kawal kereta tu dari jauh je.
Niat mohon Allah tunjukkan. Insyallah sekali imbas akan ternampak atau tergerak hati akan kedudukan jin tu. Terus baca tiup ke arah jin tu atau tiup di tangan dan baling ke arah jin tu.
Kalo kaedah sy terus pancung secara makrifat atau guna gerakan tangan dengan disertakan kalimah takbir. kalo ilmu da sebati pancung tanpa bacaan pun bole . Insyallah..
Alhamdulillah...
BalasPadamTerima kasih tuan UM atas perkongsian-
nya...
Seperkara yang dapat saya dari berbagai
penerangan tuan menyedarkan saya
kelebihan ma'rifat...
Saya sendiri agak kagum apabila kaedah
tekan saraf pada jari kaki yang pernah
rakan juga guru pkt 2 yang di hormati
Ustaz Salehuddin ajarkan...kemudian
saya satukan dengan pernafasan ber-
serta ma'rifat...dengan izin Tuhan dapat
'menyentap' sakit tonsil seseorang hingga
sembuh serta merta...dengan izin Tuhan.
Sakit tonsil gangguan itu biasaya hanya
akan hilang beberapa lama malah ada juga
berterusan hingga bernanah serta perlukan
pembedahan hospital...
Setakat ini saya masih tetap pada konsep
asal ketika mula menulis...iaitu bagaimana
dan sejauh mana kita boleh menghadapi
gangguan jin tanpa sebarang kebolehan
melihatnya...kerana saya yakin akan lebih
banyak perkara yang dapat saya kongsi-
kan dengan kalangan kita yang biasanya
tidak akan nampak benda-benda gangguan.
Dan salah satu caranya ialah memperguna-
kan angin bisa jin yang terdapat pada otak
pesakit...dan ini saya perhatikan pada ka-
langan ahli rukyah yang biasanya tidak
nampak...
Saya belum terlintas untuk melihat benda-
benda luar jangkauan mata kepala ini...
rasanya saya lebih serasi dengan tak nam-
pak...Insha Allah...
Bagi kes saudara Js Sl...boleh juga gunakan
nafas dam ma'rifat untuk menyerang jin ter
sebut...
Caranya tarik nafas perlahan-lahan sambil
membayangkan kita menarik jin yang
menggerakkan alat itu betul-betul ke depan kita...kemudian lepas nafas sekali gus
sambil memancung berserta ma'rifat ia
putus...terbakar...meletup atau sebagai-
nya...dengan izin Tuhan...
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamKalo tuan xnk nmpk pun ok je. Lg bagus. Tu bkn kriteria utama jd perawat. Yg penting kes yg ditangani selesai.
Cuma ia byk membantu supaya tidak keliru dan tertipu. Ada gak jin yg serang tanpa meninggalkan angin bisa dan tiada penempatan dlm badan pesakit.
Ada gak pesakit spt pelajar yg malas sekolah@isteri yg bermadu@suami yg malas kerja sengaja reka cerita dan pura2 tunjuk simptom tertentu utk menipu perawat atau ahli keluarganya.
Untuk yg tak kasyaf. Kaedah makrifat pd sy sangat membantu dlm sesi rawatan/benteng/serangan. Kebanyakan kaedah yg sy kongsikan tidak memerlukan seseorang itu kasyaf.
Pd sesetengah org boleh nampak itu anugerah tp pd sesetengah yg lain itu adalah bala. Kerana selalu nampak makhluk2 yg menakutkan. Ada smp yg jadi gila sbb terlampau takut.
Waulahualam..
Asslm,
BalasPadamSy takot2 jg bila dikatakn percaya ayat AlQuran ni bole syirik.Bila sdra UM ulas barulah lega.Bg pendapat sy, AlQuran adalah kalam Allah swt dan tak bole kite nak dipertikaikan krn Allah dah katakan AlQuran adalah syifa jd kite percaya bila kite baca AlQuran mmg trn rahmatNya tp bukan krn ayat2 tu.
wallaualam
As salam..
PadamHadith sahih yg bole dijadikan sandaran. A'uzubi kalimatillahi tammati min syarrima kholaq. Aku berlindung dengan kalimah-kalimahNya yg sempurna dari kejahatan makhluk ciptaanNya. Hadith lain U'izuhuma bi kalimatillahi tammati min kulli syaiton wahammah.. atau A'uzubi wajhilla hil karim.. Aku berlindung dengan 'wajah'Nya yang Mulia. Perlindungan juga boleh dipohon dengan apa yg berkaitan denganNya.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...
BalasPadamTerima kasih tuan UM atas perkongsiannya...
Dari satu segi apabila kita membaca ayat-ayat
Qur'an contohnya jadi amalan pendinding....
maka ayat-ayat tersebut adalah suatu doa...
Yang melindungi kita adalah Tuhan...
Kita baca ayat-ayat Qur'an untuk rawatan...
maka ayat-ayat itu juga suatu doa bagi kita
dan yang menyembuhkan adalah Tuhan...
Antara tanda-tanda seseorang yang bergantung
harap..atau tanpa sedar ia sebenarnya meng-
harap pada perlindungan ayat-ayat Qur'an...
bila ia lupa amal...ia merasa tidak selamat...
atau apabila ia amal ayat pendinding tapi me-
rasa ia terkena juga dengan apa yang ia
harap terlindung...ia merasa cepat putus asa
kerana merasa ayat itu tidak mujarab ( atau
tidak dapat menolongnya ).
Ada orang baca ayat-ayat Qur'an rawatan...
tapi tak sembuh...ia kerana Tuhan belum
memperkenankan doanya...dan pasti ada
rahsia disebaliknya demi kebaikan kita
di dunia dan akhirat...yang penting...jangan
sekali-kali berputus asa dengan rahmat
pertolongan Tuhan...
Wallohu a'lam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam Tuan Junied. Bagaimana saya dapat belajar ilmu merawat daripada Tuan?
BalasPadamUntuk kegunaan sendiri dan merawat keluarga.
Sekian. -Azuan Kajang
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamApa juga serba sedikit pengetahuan yang
saya kongsikan dalam blog ini dan juga
blog rnj adalah terbuka untuk sesiapa
jga yang mahu memanafaatkannya...
Saya ahli biasa perguruan Iman Theraphy
dan tidak ada kebenaran untuk memberi
ijazah amalanya kepada sesiapa...
...tapi untuk tujuan pendinding dan rawatan
saudara sebaiknya amalkan Ayat Manzil...
Amal pagi petang sekurang-kurangnya...dan
baca pada air dengan nafas sampai pada air
jika untuk rawatan atau pagar...
Guna minum mandi atau sapu tempat sakit
dan sebagainya....
Setiap kali selepas membacanya...pegang
tempat sakit dengan tangan kanan...pegang
botol air dengan tangan kiri...baca Bismillah
lima tujuh kali...tiup lembut pada tempat
sakit dan sebelum nafas habis..terus sambung
tiup pada air...
Kalau sakitnya satu badan...maka tiup ubun-
ubun atau ke arah pesakit dari kepala ke-
kaki...
Dengan berkat Ayat Manzil ini...apa juga yang
kita amal atau baca...kesannya akan lebih
kuat daripada tanpa ayat amalan Ayat Manzil
dengan izin Tuhan...
Dari kisahnya Rasulullah SAW...sekali baca
dan tiup...orang yang gila kerasukan tiba-tiba
sembuh dengan izin Tuan...
Kita amat jauh daripada sehebat Rasulullah
tapi Insha Allah...tetap ada keberkatannya...
Kalau guna rukyah...maka selepas membaca
tiup perlahan pada pesakit...samada bagi
tujuan pendinding atau rawatan...disamping
beri airnya juga...
Selain Bismillah 5...boleh guna...atau sebaik-
nya tambah Ayat Seribu Dinar...tiup tempat
sakit dan terus pada airnya juga sambil ber-
doa dalam hati memohon pertolongan dan kesembuhan dari Tuhan...
Silalah rujuk perkara asas bagi perkara
berkaitan Ayat Manzil dalam blog rahsia
nampak jin ya...semoga serba sedikit
dapat menambah kefahaman mengenai-
nya...
Wallohu a'lam
Nota...tajuk berkaitan ayat manzil boleh rujuk
BalasPadampada catitan Bulan mac dan april 2010...jan
2011 dan sebagainya...
Kemudian senarai amalan pendinding pada
catitan bulan sepetember 2010...
Wallohu a'lam
Terima kasih tuan.
BalasPadamSaya akan cube cari ayat manzil dan amalkannya.
Moga Tuan dirahmati Allah S.W.T.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...tak apa...
BalasPadamcuma saya minta maaf kerana agak lewat
balas...kerana kebelakangan ini masa agak
terhad sikit...
1. Ketawa atau menangis samada kerana
ada rasukan perasaan...atau ada bendanya
datang malam..atau ada dalam badan...
2. Garu itu kerana ada benda jalan atas...
atau bawah kulit...atau meniru perangai
benda yang mengganggu...
3. Jaganya kalau dinihari...dan selalu...
mungkin ada benda datang terutama
kalau sauadara rasa gelisah atau banyak
fikir benda yang saudar sendiri tak tahu.
4. Kalau bahagian sulit selalu sakit..per-
hatikan kemungkinan ada bendanya
tinggal padanya atau bahagian berdekatan-
nya...biasanya ia saka...
Kalau prd tak stabil...perhatikan juga kemu-
ngkinan ada bendanya dalam bahagian
perut atau rahim..
5. Pocong itu boleh jadi jin pengganggu
utama...
6. BIasanya ia jin yang mengganggu ba-
hagain dada atau jantung...dan boleh
jadi kalau ada 'gastrik'...maka ada
penempatan pada bahagian perut...dan
bendanya naik ke dada...
Sebaiknya dapatkan rawatan segera bagi
gangguan kerana banyak jenis jin yang
berkebolehan menimbulkan gejala seperti
sakit jantung...
Isteri tersebut berkemungkinan besar ada
ganguan jin yang sudah jadi saka...
bagaimanapun sebaiknya minta 'scan'
untuk mendapatkan kepastian serta
rawatan sekiranya ada...
Kalau ada air manzilnya...maka buat
minum...mandi dan renjis empat pen-
juru bilik...
Perhatikan juga kalau makan telur...
pisang dan daging binatang berkaki
empat akan menambah gangguan
terutama gatal-gatal pada isteri...
maka sebaiknya pantang makan
sementara...
Wallohu a'lam
Syukran ya Tuan atas nasihat.
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamSementara belum amal Manzil...kita boleh
memagar seseorang dengan Fatihah 1x...
salawat 3x...Ayat Kursi 11 kali...dan tiup
pada orangnya perlahan dari atas ke bawah.
...dan boleh buat air doa yang sama untuk
kegunaan minum...mandi dan pagar bilik...
Sebaiknya juga terus beramal bersama
Manzil.
wallohu a'lam
Salam Tuan,
BalasPadamsemalam saya kena kacau pocong lagi.
pukul 2 pagi sy terjaga.
mase nk tido balik, rase macam ade benda terkam.
badan xleh gerak..muncul pocong depan saya. depan katil. dia gerak ke kiri ke kanan..
saya cube baca ape yg patut..tp xdpt..mulut terkunci.
semuanya hilang lpas wife saya kejutkan sya..dia kata saya cakap 'aaaaaaa'....mungkin bunyi saya nk baca ayat2 tp di kunci mulut sy tu..
lpas tu, nk tdo balik, sy dgar bunyi cakar2...lama gak..x tau bunyi tu dtg dr mana
untuk makluman sy belum amal manzil lagi. just dengar mp3 manzil je dlu.
amalan yg sy tambah selain bismillah 6 tu, saya salu bace ayat kursi..tu je..
dulu pocong tu kt luar tgkap..kali kedua kt depan mata saya..kali ketiga cmne lak nnt tuan?
boleh tolong x bagitau cara saya belasah pocong ni..kacau org nk tdo jer.
oh ye tuan, slepas peristiwa tu, sy bangun solat sunat..habis solat, jantung rase mcm kena cucuk lagi..mohon pencerahan ya Tuan
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara....
BalasPadam1.Gangguan berleluasa itu biasanya kerana sudah
banyak angin bisa dalam badan...maka jin itu
rasa selamat menampakkan diri...
Buat air ayat Kursi 11 dan guna minum mandi
serta renjis 4 penjuru bilik...
Pastikan ada wuduk sebelum tidur dan jangan
juga lupakan Bismillah hirromaa nirrohiim 21x
pada tapak tangan dan sapu badan serta 3
Qul pernafasan...
Kalau datang gangguan sebegitu dan badan
serta lidah terkunci...boleh takbir dalam hati
saja...atau terus zikir Laa ilaaha illallooh
dalam hati sehingga gangguan itu teerlepas.
Sila lihat ya tajuk senarai amalan pendinding
catatan bulan ogos 2010...
Sebaiknya baca Ayat Kursi 11 kali itu juga
sebelum tidur dan kalau mampu..amal
sunat Tahajjud yang kelebihannya meliputi
semua perkara berkaitan dunia atau akhirat.
Kalau kaku dan nak serang juga...baca ayat
Kursi dalam hati dan tiup padanya juga
dalam hati (bayangkan)...dan baca laa haula
walaaquwwata illaa billah sambil bisikkan..
engkau juga makhluk Tuhan dan tidak ber-
kuasa...
Amalan biarlah jadi rutin harian walau dalam
masa-masa tenang tiada gangguan...dan
jangan sekali-kali..rasa datang gangguan
dulu baru mula nak amalkan...
Insha Allah saudara ya...
Wallohu a'lam
syukran ya..boleh ke saya amalkan manzil sebelum saya hafal kembali surah2 yg sy dah lupa?..sebab saya ada hafal surah sajadah, dan lain2 mase di kolej dulu..sekarang dah lupa..
BalasPadamsaya pernah baca satu artikel ni, jika kita amalkan ilmu yg ada dgn istiqamah, Allah akan tambahkn lg ilmu kita..
so kalau sy x amalkan ayat2 yg sy penah baca dulu, terus amalkan manzil, bolehkah begitu?
sekarang saya sedang brusaha hafal kembali surah2 itu, smbil2 saya dengar ayat manzil
Boleh...tak ada masalahnya...
BalasPadamDan bagi suroh yang pernah kita hafal...kalau
sudah lupa pun...sebaik-baiknya sekali sekala
kita baca juga walau dengan melihat pada
tulisannya...tidak boleh kita lupakan terus.
Dikatakan pada Hari Akhirat nanti..seseorang
yang masuk syurga Tuhan minta ia membaca
semua ayat Qur'an yang dihafalnya...
Selagi ia membacanya...maka darjatnya terus
naik dan naik sehingga ia terhenti sebab sudah
habis membaca kesemuanya...
Tak silap saya jauh antara satu darjat ke satu
darjat itu ialah sejauh antara langit dan bumi...
( harap ada rakan pembaca yang betulkan jika
saya tersilap)...
Wallohu a'lam
salam tuan.
BalasPadamdah dua kali..
sy x pasti ianya mimpi atau separa sedar..
wife sy pegang/peluk...macam xnak bg saya bangun tahajud..
padahal, bila sy sedar,..dia x pegang/peluk sy pun..
sy sedar tu pun dgn rahmat dr Allah, maka sempatlah sy solat sunat tahajud..
adakah itu syaitan yg menyamar jd wife sy?
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamIa baisanya berlaku antara jaga dengan tidur
dan ia biasanyanya jin yang menyamar...
Apabila jin cuba menghalang...tandanya amal
tersebut akan memberi kesan kepadanya...
dan tandanya ia sebaik-baiknya kita jadikan
amalan biasa...
Wallohu a'lam