Sabtu, 16 November 2013

Limau Jin Tokong...3N

Memanglah  Hn  budak  lelaki tingkatan 
dua itu nakalnya tak kena tempat sangat.

Hn bersama seorang rakannya telah meng-
ambil buah limau  ( curi ) depan patung di 
halaman sebuah tokong tepi jalanraya...

Alasannya...patung itu tak pernah makan....
jadi 'dorang' tolong makan...

...tapi ternyata...buah itu bukannya percuma
semata-mata...

Hn mula  rasa  kurang  selesa pada dada dan
perut di samping mengalami kesukaran tidur
malam...

9 malam...saya melekapkan tapak tangan
pada  belakang  Hn  dan membaca fatihah...
ayat Kursi dan ayat-ayat sihir berserta per-
nafasan...

Saya merasakan ada sesuatu yang tidak
kena apabila Hn yang sedang menutup mata
memberitahu...ia nampak dirinya sedang
duduk dan muntah beberapa kali...

Saya syak ia ada kaitan dengan gangguan
pada rawannya ( sebahagian daripada roh ).

...maka saya meminta Hn menumpukan per-
hatian kepada kawasan tokong berkenaan.

Hn beritahu ia boleh nampak kawasan to-
kong itu dengan jelas...dan ia melihat ada
3 dirinya di situ...

Satu sedang duduk di tangga gerbang pe-
jalan kaki masuk...bersama seseorang yang 
menyerupai rakannya yang turut sama
mencuri buah limau...

...dan yang kedua...sedang berdiri dekat
rumah tokong kecil di halaman bersama
seorang perempuan tua berambut putih
( jin )...

...kemudian dirinya yang ketiga...sedang
berada di samping patung paling besar di-
tokong tersebut bersama seorang lelaki
bertubuh besar dengan perut buncit...

Ada suatu acara permainan dari tokong
ini...di mana mereka akan mengangkat
usungan sebuah patung kecil...tapi ter-
nyata sangat berat sehingga usungan itu
terhoyong hayang ke kiri ke kanan
semasa dibawa berarak...

Tukang usungnya sentiasa silih berganti
apabila bahu dan tangan dengan begitu
cepat terasa sakit dan lenguh-lenguh...

Saya percaya tentu jin ini yang duduk
atas usungan tersebut sehingga berat-
nya sangat luarbiasa...

Seorang Pak Aji pernah mencabarnya
dan cuba mengangkat seorang diri...
ternyata juga tak larat...

Pada cara rawatan biasanya...rawan itu
mesti di kembalikan ke badan...maka
saya  yang  terus  melekapkan  tapak
tangan di belakang Hn dan menarik nafas
sambil berzikir dengan niat menarik se-
mula rawan tersebut...

Dengan izin Tuhan Hn beritahu...tinggal
satu saja lagi yang tinggal belum dapat
ditarik...iaitu dirinya yang sedang duduk
ditangga...

Saya  menghadapkan  tapak tangan ke-
atas ubun-ubun Hn dan membayangkan
Hn itu adalah rawannya yang masih ber-
ada di tokong...

Saya membaca ayat 45 dan 46 Al Isro
dan membuat satu set pernafasan...
sambil membayangkan menarik rawan 
itu balik ketubuh Hn....

Namun  terjadi  sesuatu yang di luar du-
gaan...

' Rawan ' itu bertukar menjadi satu lem-
baga hitam bermata merah...

Saya tersentak...jadi..dua rawan tadi ?
...nampaknya saya telah bertindak ter-
buru-buru....dan Hn perlu dipereksa
semula...

Apabila Hn menumpukan perhatian...ia
beritahu jin lelaki itu sudah bersatu 
dengan badannya...cuma ada sedikit 
masalah ' teknikal '...

Dengan tubuhnya yang besar tinggi dan
gemuk...cuma sebahagian tubuh jin itu
berada dalam badannya...manakala
selebihnya di luar ' tak muat '...

Saya  meletakkan  tapak tangan di bela-
kangnya sambil membaca Ayat Afahasib-
tum...tarik nafas perlahan-lahan...

..apabila nafas hampir habis ditarik...
saya menariknya dengan cepat sambil
membuat gerak sapu ke atas serta mem-
bayangkan jin itu terpelanting keluar...

Dengan izin Tuhan...Hn beritahu jin itu
sudah keluar dari badannya...

Tidak ada sebarang serangan dari mana-
mana jin tokong...dan seorang rakan 
yang berpengalaman beritahu...jin besar
itu biasanya berperwatakan melucukan
untuk menarik hati orang-orang yang 
dapat melihatnya (agaknya...jin itu jadi 
' Dewa baik'  ).

3 Nota

1. Limau berkenaan tetap tak boleh di-
ambil kerana ia hak orang lain ( tokong )
dan pasti ada bisa jinnya...

...dan ternyata jin mempergunakan se-
baiknya kesempatan yang terbuka untuk
membuat gangguan pada rawan juga
tubuh kasar Hn...

2. Saya masih ingat semasa meruykah se-
orang remaja perempuan...ketika ia
menutup mata...ia mula rasa khayal
dan terbuai-buai...

Akhirnya ia sedar 'keadaannya'...ia sedang
duduk dalam buaian di sebuah bilik yang
tidak ia tahu di mana tempatnya...

Disampingnya ada seorang nenek beram-
but putih yang kelihatan sangat bahagia
sedang menatap dan menghayunkan 
buaiannya...

Ciri gangguan padanya dalam kehidupan 
sehari-hari...ia sangat suka berkhayal...
malah ketika buat air minuman pun ia
sempat terhenti lama 'terlena' dalam
lamunannya yang tak ada hujung pangkal-
nya...

Disamping itu ia sangat pemanas dan
berkelakuan kasar...

3. Rawan  itu  adalah  roh...tapi cuma 
sebahagian daripada roh...seperti yang
berlaku ketika kita sedang tidur...atau
apabila melakukan meraga sukma...
atau malah apabila kita ma'rifatkan...
dan sebagainya...

Walaupun ia keluar dari badan...namun
pada  hakikatnya  rawan itu tetap satu 
dengan roh dalam  badan ( tidak terpi-
sah) umpama  tangan  yang  boleh kita 
gerakkan ke mana juga dan dalam masa
yang sama tangan itu tetap bersambung 
dengan badan...

Manakala mati pula ialah keluarnya roh

dari badan secara keseluruhannya...
dan bukan kita keluarkan...tapi ditarik
keluar oleh malakat maut...

Wallohu a'lam



13 ulasan:

  1. Asalamualaikum sdra Junied,
    1. Apa pendapat sdra mgenai tai chi?Adakah tai chi ini dipengaruhi oleh jin?
    2.Ada budak2 di kmpg,suka sgt ambil colok di tekong kecil bdekatan...sy tgok budak2 ni tdk merasa apa2..manakala sy pula rasa pening bila tercium wangi colok dibakar budak2 itu,apa pendapat sdra?
    3.Ada kwn pernah mta bantuan dgn sami di tekong dan ternyata sembuh dri penyakit yg dideritai sekian lama.mohon dibuat pencerahan.
    4.Betul lah negara china ini pernah diutuskan seorg Nabi?
    Wollohualam.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Ada kemungkinannya..apalagi kalau adanya
    latihan 'mengosongkan fikiran'...dan menumpu
    pada sesuatu yang juga membawa kepada
    melupakan Tuhan...

    2. Tak semestinya akan dapat gangguan...
    kerana lain tokong....lain perangai jinnya
    dan ganguan biasanya kepada orang
    yang kosong tanpa pendinding...lebih-
    lebih lagi kalai ada angin bisa atau saka
    dalam badan...

    Pening itu mungkin kerana tak biasa dengan
    bau colok...atau ada angin bisa turut sama...
    atau ada angin bisa dalam bahagian kepala
    kita...

    3. Boleh jadi...jin kuat menghalau jin yang
    mengganggu...tapi kemungkinan risikonya
    kita akan dapat jin baru yang lebih kuat...

    Kadang-kadang pula gangguan boleh jadi
    datang dari sesuatu sumber (perawat...)
    yang guna jin...dan dihasut datang dan
    sembuh atas tujuan mencari keuntungan
    atau memesongkan akidah...dan sebagai-
    nya...

    4. Tidak mustahil kerana nabi itu ada 124
    ribu dari pelbagai bangsa...rasul darinya
    313 orang..dan yang wajib kita ketahui 25
    orang...

    Malah ada pendapat mengatakan kemung-
    kinan Budha itu seorang nabi...ia meng-
    ajar Tuhan itu ada dan tak ajar sembah
    selain daripada Tuhan tersebut...

    Ajaran utamanya berkaitan akhak...cuma
    apabila orang terkemudian buat patungnya
    maka mereka sembah...Budha tak pernah
    ajar sedemikian...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. As Salam Tuan,
    Menarik entri tuan kali ini, sebab ada seorg di kmpg kmi, jadi gila setelah kena penangan jin tokong..menurut cerita, org ini bukan saja mmakan buah-buahan tetapi menendang dan memecahkan patung tokong di salah satu tokong di Singapura.
    Org ini dihantar balik di kmpg krn suda jd gila selalu mmanjat pokok besar dekat tokong yg dipecahkan.Mohon tuan beri pencerahan?

    Kemudian org ini suda dihantar ke bukit padang kk, dgr kbr sudah klr tp gila balik..Pada pendapat tuan,apa kah surah dan amalan untuk merukyah org ini? Saya pernah baca kisah Nabi baca ayat manzil utk sakit 'gila'.
    Ketika saya berada di kedai cyber, seorg lelaki 'gila' tiba-tiba menegur dan menyuruh saya mengamalkan ayat 1000 dinar.Semua org tahu, lelaki ini mmg ada penyakit mental 'gila'. Mohon perkongsiaan dari mana-mana rakan.
    Wasalam.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    !. kemungkinan besar ia dirasuki jin tokong
    yang membalas dendam atau sekadar
    mendapat 'alasan baik' untuk merasuki
    dan mengganggu manusia...

    2. Kalau pokok dekat tokong yang di-
    ganggu...biasanya antara tarikan utama
    tapak pembinaan sesebuah tokong itu
    adalah pada tempat yang sedia ada jin
    seperti jin yang tinggal di batu dan
    pokok...

    ...maka mungkin pokok itu ada rumah
    atau tempat permainan jin tersebut yang
    masuk ke dalam badannya...

    3. Sebaiknya manzil...atau ayat afahasib-
    tum...namun apa juga ayat atau suroh
    yang sesuai untuk rawatan jin maka
    boleh guna kerana ia akan sembuh apa-
    bila jin itu keluar...( dan sakit semula
    apabila jin itu masuk semula...)

    Adapun sembuh di bukit padang itu sama-
    ada jinnya tak berani ikut...mungkin di-
    kalangan pesakit atau tempat itu ada jin
    yang lebih kuat serta bermusuh dengan
    jin pengganggu...

    ...atau kebetulan jin itu alah terutama
    pada dadah dalam ubat dan sebagainya.

    ...lelaki itu mungkin ada gangguan jin...
    pernah belajar dan ia dapat merasa atau
    mengesan saudara ada amalan...maka
    ia rasa sesuai beritahu atau bercerita
    dengan saudara...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. As salam..

    Sekadar pesanan. Hati2 terima ayat apa2 dari org yg kurang kita kenali samada waktu sedar atau waktu dlm mimpi. Persoalan utama bukan ayat apa yg diberi tp siapa yg memberi.

    Pesan arwah datuk sy..kalo kita tau org tu amal ilmu sesat. Bismillah pun kita tak boleh ambil dari dia. Sebab jita akan terikat dengannya sampai bila2.

    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam ustaz,
      Klu tak sengaja "ter"terima dari org sedemikian sbb xtahu dia begitu/diri masih jahil berkenaan perkara2 begini, dan telah teramalkannya...maka apakah sudah tiada cara utk pisahkan diri drpnya sbb ustaz tulis "kita akan terikat dgnnya smpi bila2..."

      Sesungguhnya saya x mahu mati dlm keadaan terikat dgn perkara demikian...

      -ibu hamil runsing

      Padam
    2. Wa alaikum salam wbkth puan...

      ayat yang lebih jelas adalah jin itu akan cuba mendampingi kita
      sampai bila-bila...tapi setiap
      benda mendatang boleh dibuka...
      termasuk jin ini.

      Ia mungkin boleh di bunuh...di
      ikat..dibuang...dikurung...atau
      kalau jin tangkal maka tangkalnya
      dimusnahkan...atau ada yang boleh
      disingkirkan hanya dengan kata-
      kata pemutus...atau boleh jadi
      juga kita terlepas apabila contoh-
      nya jin itu lebih suka dan
      pindah pada orang lain....dan
      sebagainya...

      Wallohu a'lam

      Padam
    3. Assalamualaikum ustaz,

      Terima kasih atas jawapan ustaz.
      Saya baru bacanya.

      Saya ada buat nota berkenaan kata pemutus yang ustaz tulis di blog RNJ.
      Inshaa Allah saya akan mencubanya.

      Sejak amalkan ayat manzil walaupun saya dengar/baca pagi dan malam(bukan petang), Alhamdulillah...
      perasaan rasa lebih lapang dan tenang.
      Sikit demi sedikit rasa lenguh2, sakit2 badan, malas nak solat dan
      mudah mengantuk dah makin berkurangan.

      Padam
    4. Wa alaikum salam wbkth...
      Alhamdulillah...sama-sama...
      semoga Allah mempermudahkan segala
      urusan kita dunia akhirat...

      Wallohu a'lam

      Padam
  6. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Alhamdulilllah...pesanan yang semoga dapat
    kita semua ambil perhatian...

    Memangnya ada jin yang suka menganggap
    apabila kita terima sesuatu darinya...walau
    tanpa kita ketahui...maka jin itu menganggap
    kita telah menerimanya untuk didampingi...

    Bukan soal apa yang diberi atau diajar...tapi
    soalnya jin itu memang mengada-ngada buat
    undang-undangnya sendiri...

    Terima kasih tuan atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Jin skg da moden tuan. Dia takkan bg ayat mentera kalo dlm mimpi. Sbb dia tau kita takkan ikut. Dia juga takkan tunjukkan muka hodoh sbb tau kita akan takut.

    Dia akan bg zikir lazim atau ayat Al Quran utk diamal dlm bilangan tertentu tempoh tertentu.

    Dia akan menyamar jd org yg kita percaya spt datuk nenek/mak bapak/guru/ustaz atau 'wali' dgn jubah serban tasbih tongkat..

    Tiba2 pandai rawat org..bole nampak mcm2..bole baca fikiran org..bole cari barang hilang..1001 kelebihan.

    Berbuih mulut ustaz2 kita ajar mcm2 amalan tp tak nak ikut. Bila tiba2 dtg 'seseorang' secara ajaib terus pulak bersemangat nak amal. Pesanan juga utk diri sendiri agar sentiasa berhati2. Tipu daya mereka sangat halus..

    BalasPadam
  8. Salam tuan,
    Terima Kasih atas perkongsian itu. Memang lelaki gila yg saya maksudkan itu gila isim (dulu belajar silat).

    Zaman skrg, saya tengok semakin kurang sudah org bakar kemanyan tapi mereka bakar rokok mungkin sebagai ganti membakar kemanyan dan juga mengikat duit mahar/bayaran dipisau. Walaubagaimanapun, tentang bakar kemanyan ini, saya masih belum memahami sepenuhnya asal-usul upacara ini.Mohon mana2 rakan dapat memberi pencerahan.

    Saya tengok dalam hadis Nabi saw, makanan jin ini terdiri dari tulang-tulang, najis dan sisa makanan..Tapi beberapa pengamal perubatan mengatakan makanan jin ini termasuklah asap.Mohon perkongsian dari tuan-tuan.
    Wasalam

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth saudara....

    Asap atau wap itu sesuai sebagai makanan
    jin yang asal usulnya kejadiannya dari api
    dan banyak unsur anginnya...( kita banyak
    unsur tanah ).

    Terima kasih saudara atas ulasan dan per-
    kongsiannya...

    Pada tuan UM...nampaknya bukan kita
    saja mengkaji jin...tapi jin juga mengkaji
    kita...maka makin 'canggih' dan 'Islamik'
    tipudayanya...

    Terima kasih tuan atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam