Jumaat, 1 November 2013

Apa Rasanya 'Dibuang' Manusia...

Es tahu petuanya...tangkal jin itu boleh
dibuang ke laut dengan syarat-syarat
tertentu...

...namun dalam kelam suasana petang
di Pantai Tanjung Aru...ada sesuatu
yang Es tidak sedari...

...ombak laut telah menghanyutkan se-
mula tangkal itu ke pantai...

Malam itu...selesai saja solat Isya...
tiba-tiba ada sesuatu meresapi tubuh-
nya...dan pada ketika yang sama...

...Es merasa sangat kebingungan dan 
suatu rasa kecewa yang amat hebat...

Mahu  rasanya  ia  meraung  dan  lari
tanpa arah tujuan keluar rumah...

Itulah  'perasaan' jin tangkal yang di-
buang  setelah  sekian  lama  ia  ber-
damping dengan manusia...

Apa yang Es alami...itu adalah salah
satu kesan  buang  jin  pendamping...
sementara kemugkinan-kemungkinan 
lain... jin itu mungkin menyerang anda 
atau  kalangan  keluarga  anda  atau 
sebagainya dengan tujuan membalas 
dendam...

...atau  jin  itu merayau mencari tuan
baharu...atau  menunggu  tangkal itu
dipungut   seseorang  yang  pastinya
bakal  jadi  tuan  baharu  kepada jin 
tersebut...dan sebagainya...

Ini sesuai dengan apa yang disebut
dalam Suroh Al Jin bermaksud....
apabila manusia meminta pertolong-
an kepada jin...nescaya  jin itu akan
merasakan diri sangat tinggi atau
mulia ( sombong )...

...ini  yang  buat  jin  tu 'sakit' kena 
buang...

Jin  juga  dapat  merasakan  'darjat'
manusia itu lebih tinggi dari mereka
maka perdampingan dengan manusia
menjadi suatu kebanggan kepada
mereka terhadap jenis mereka 
sendiri..

Wallohu a'lam

79 ulasan:

  1. As salam..

    Antara sebab jin tangkal/khodam/saka lebih kuat dari jenis yg liar sbb mereka meresap tenaga dosa dari manusia dampingannya. Makin syirik makin kuat aura hitamnya.

    Apa yg diperlihatkan..org yg berbuat syirik itu bersekongkol dgn jin. berdosa dan badannya mengeluarlan aura berwarna hitam dan berbau busuk. Sumber tenaga utk puak jin. Menjadikan mereka "sihat&cergas".

    Manakala org yg kuat beribadat beramal soleh memperolehi pahala dari Allah. Yg berbentuk cahaya yg berwarna putih terang dan berbau wangi.

    Menyebabkan puak jin tidak selesa dan merasa sakit apabila cuba menghampiri. Antara sebab jin tidak dapat masuk ke dalam tubuh badannya. Kerana urat saraf, tulang belulang, darah dagingnya diseliputi cahaya kurniaan Allah.

    Sesiapa yg membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat akan dikurniakan cahaya hingga jumaat berikutnya.


    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth tuan...

      Alhamdulillah...terima kasih atas per-
      kongsian yang sangat bermanafaat
      dengan izin Tuhan...

      Dan sedikit tambahan...maka antara
      teknik jin untuk terus menguasai se-
      seorang...dihasut...dipengaruh...malah
      mungkin dirasuknya fikiran atau pe-
      rasaannya agar terus terikat dengan
      sesuatu kejahatan atau dosa...

      ...disamping dihalang daripada ber-
      buat ibadah terutama solat...baca
      Qur'an dan sebagainya...

      Kadang-kadang pengaruh jin itu buat
      seseorang seperti ketagih kepada ke-
      jahatan...seperti ketagih dadah...

      Kejahatan bukan hanya akan menguat-
      kan jin...tapi dalam masa yang sama
      melemah dan menyebabkan roh kita
      sakit...

      Maka seseorang yang jahatnya itu dari
      pengaruh jin...ia bukan hanya memer-
      lukan ilmu pengetahuan tentang dosa
      pahala...tapi juga rawatan juga amalan-
      amalan yang berterusan...

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. As salam..

      Betul tu.apabila dosa penuh satu badan mmg roh kita akan sakit. spt orang yg kurus kering.

      Jika seseorang itu kuat beribadat xsemestinya tak kena gangguan. Cuma mungkin sahaja kesan itu agak kurang.

      Pernah rawat 2 beradik yg terkena gangguan. Sama2 ada amalan pendinding. Yg si adik bengkak kaki dan tangab hingga bertongkat dan penuh jin satu badan. Apabila dirawat menggunakan teknik bakar dan kumpul di perut.. berpuluh kali muntah.

      Manakala si abang hanya kesan lebam2 gigitan di badan. Tp waktu di diagnose tiada sekor jin pun dlm badan. Apabila ditanya apa amalan dia bgtau amal ayat manzil. Wpun sy xpernah amal ayat manzil secara istiqomah. Sy nasihatkan sesiapa yg selalu di ganggu tu bolehlah amalkan.

      Waulahualam..

      Padam
  2. As salam tuan UM,
    Alhamdulilah byk manfaat dri perkongsian dri tuan, mudah2an rezeki tuan sentiasa btmbh dan sentiasa dirahmati oleh Allah swt.

    Bagaimana cara kita mengetahui kewujudan aura hitam seseorg?contohnya dari kalangan keluarga, adakah perlu 'scan' atau sebaliknya,minta pencerahan dari tuan.

    Klu tuan UM tidak keberatan, bagaimanakah asas latihan meraga sukma?di manakah guru, saranan tuan?

    Oleh kerana saya tinggal berjauhan dgn keluarga, saya cuba2 meraga sukma sebelum tidur dgn tujuan mengintai khabar tanpa pengetahuan...Mlm semlm, saya bermimpi berjumpa dgn abg sulung dan beliau memberi tahu anak lelaki bongsunya sakit serta mengalami gangguan masa tidur(menggeletar setiap jam 10mlm).Dlm mimpi, saya sempat memberitahu abg supaya mengamalkan ayat2 manzil.
    Esoknya apabila saya hubungi abg, ternyata anaknya mmg sakit semenjak mereka balik dri kebun 2hari yang lepas.
    Sebenarnya pada mlm itu, saya mmg cuba2 meraga sukma dgn beberapa zikir, niat dan makrifat..malangnya saya tertidur dan akhirnya bermimpi sedemikian..Apa pendapat tuan UM?
    Wasalam..

    BalasPadam
  3. Waalaikum salam..

    Slalunyq aura hitam tu hanya sy nampak waktu sy scan utk cari punca masalah..tp jgn tersilap dgn aura hitam yg menyelubungi seseorang yg sedang kena gangguan.

    Asas latihan..sy xberapa pasti sbb lain perguruan lain kaedahnya. Kalo nk cari guru pun agak sukar sbb byk yg menggunakan khidmat jin. Semoga Allah menemukan kamu dgn guru yg haq.

    Utk permulaan mmg meraga sukma itu berlaku dlm mimpi. Alhamdulillah..kamu da bole buat. Cuma sblm tido niat dan doa mohon Allah kumpulkan jin yg mengganggu itu dlm mimpi. Mohon juga dikurniakan kekuatan utk memusnahkan gangguan itu dlm mimpi kamu.

    Insyallah kamu akan mimpi berlawan dgn jin2 tu. Cuma pada permulaan mungkin kamu akan rasa letih apabila bangun dari tido. Lama2 nnt ok.

    BalasPadam
  4. salam saya ingin bertanya.adakah aura hitam sama dengan keadaan kuil agama lain, sebab bila saya melalui kawansan kuil. kadang-kadang saya nampak kuil itu di penuhi dengan asap hitam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..kebanyakan rumah ibadat agama lain mmg begitu keadaanya. Sama juga di konsert kelab malam, stadium dan shoping complex dan pasar2. Sbb tu nabi s.a.w ada ajar kita doa khusus sewaktu berjalan dipasar kerana ia tempat yg paling dibenci Allah di muka bumi. Senang kata tempat2 manusia berkumpul utk tujuan selain mengingati Allah dan yg melalaikan.

      Waulahualam.

      Padam
    2. Salam Tuan UM,
      Adakah perlepasan roh(meraga sukma) dalam mimpi seperti berada dalam alam nyata, rasa mcm berada di alam dunia?

      Bagi pendapat tuan, mengapakah jin yang dilihat dlm mimpi seperti rupa manusia cuma kelihatan hodoh dan bagaimanakah kita nak keluarkan senjata dalam mimpi?

      Saya rasa jika seseorg itu pernah belajar ilmu tenaga dalam maka ianya satu kredit untuk mempelajari ilmu meraga sukma ini.Apa pendapat tuan?

      Saya ada berbual dengan seorang ustaz dan bertanyakan perihal ilmu meraga sukma ini, namun beliau mengatakan ilmu ini sangat berisiko dan berbahaya. Beliau mengatakan kebanyakkan ilmu seperti ini kdg2 ada pengaruh/bantuan dari jin saka. Mohon tuan beri pencerahan.
      Wasalam

      Padam
  5. Assalamualaikum wtb.
    1. Klu kita balik2 diganggu oleh jin tangkal ini walhal tangkal itu sudah dibuang atau dibakar kemudian disusuli dgn rawatan islam.Apakah sebab berlaku sdemikian?

    2. Apa pandangan saudara jika jin tangkal ini diarahkan menjaga telur (telur yg tdk menetas)sebagai helah supaya jin ini xmgganggu lagi?

    3.Klu kita suruh jin tangkal ini pergi ke sesorg yg mmg memelihara jin, adakah cara ini bkesan sdgkn org itu mmg mahukn jin itu?

    4.Klu kita beramal, minum air rukyah dan meninggalkan laranganNya tapi masih diganggu oleh jin tangkal ini, apakah sbb trsbt?Ada org mgatakan isteri ataupun anak dijadikan tempat persembunyian jin itu, apa pndpt tuan junied?

    5.Saya terbaca buku perguruan perubatan islam seorg rakan, saya sgt tertarik apabila terdapat satu kaedah meracun jin ini sehingga mati melalui helah supaya jin ini termkn racun itu.Malangnya, tdk diterangkan cara2 meracun dan helah.Bolehkah Tuan Junied kongsikan cara2 tersebut?
    Wollohu'alam.

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Seperkara inilah yang perlu kita ingat..cari
    tangkal...dan buang tangkal itu mudah...tapi
    belum tentu pada jinnya...

    Kadang-kadang tangkal ini hanya sekadar
    syarat..iaitu siapa menerima tandanya itu-
    lah manusia yang jin itu akan ikut...

    ...maka walaupun tangkal itu sudah dibuang
    atau dimusnahkan...jin itu terus akan datang
    pada manusia tersebut selagi mampu...

    Ia juga bererti...rawatan itu belum memadai...
    dengan izin Tuhan...

    2, Pada pendapat saya ia bergantung kepada
    sejauh mana perawat atau orang yang men-
    yuruh itu dapat mempengaruhi jin tersebut...

    ..dan saya berpendapat..ia mungkin berkesan
    untuk sebahagian jin...tapi tidak pada sebaha-
    gian yang lain...

    3. Pada pendapat saya..ia juga bergantung
    kepada keadaan...iaitu samada jin tangkal
    itu akan lebih suka orang tersebut...dan jin
    yang sedia ada padanya juga dapat
    menerimanya...

    ...tapi ia mungkin kurang berkesan bagi jin
    tangkal yang merasa 'bertanggung jawab'
    atau 'sayang' kepada tuan asalnya...apa-
    lagi kalau jadi mangsa mudah baginya...

    Namun saya yakin...perkara ini adalah di-
    larang...iaitu kita akan menambah musuh
    juga kesesatan pada orang tersebut...yang
    juga pada hakikatnya juga jadi mangsa
    tipudaya jin sedia adanya...

    Kalau takdirnya jin yang kita suruh tinggal
    pada orang tersebut...maka pasti di hari
    akhirat kelak ia akan meyalahkan dan
    menuntut pertanggungjawaban ke atas per-
    buatan kita demikian...

    ...dan betambah parah lagi kalau jin itu terus
    jadi saka keturunannya...maka mereka semua
    pasti menuntut perkara yang sama...serta
    'gantirugi' ke atas segala akibat dari gangguan
    jin tersebut..

    BalasPadam
  7. 4. Kita sekadar dapat berusaha...namun Tuhan
    yang menentukan..

    Sebagai hambaNYA...kita hendaklah terus ber-
    usaha sambil sentiasa bersangka baik atas
    apa pun ketentuanNYA...

    Kalau dikaitkan dengan sebab musabab...
    rawatan yang berkesan adalah rawatan yang
    serasi dengan 'sakitnya'...

    Belum berjumpa dengan rawatan serasi adalah
    perkara biasa...namun satu-satunya pilihan
    terbaik adalah dengan terus menjaga dan
    kalau boleh menambah amalan...

    Ada orang yang belum jumpa rawatan serasi
    tapi dengan berkat amalannya...jin tangkal
    itu semakin tidak selesa..dan akhirnya se-
    makin sukar mengganggunya...

    Kalau jin masuk badan...ia masih perkara
    biasa...tapi biarlah jin dan angin bisanya
    tidak dapat bertahan lama dan keluar...

    Kemudaratan dengan izin Tuhan itu biasanya
    hanya berlaku apabila angin bisa dan jin
    dapat tinggal serta 'berumah' dalam badan...

    Dengan kata lain...gangguan dari luar itu ' tak
    mengapa '...tapi kta perlu berhati-hati...
    kerana gangguan dari luar kalau kerap...itu
    tandanya jin itu ' ada hati ' nak masuk badan.

    Malah ada yang dengan berkat amalannya...
    dengan izin Tuhan...jin pendamping yang
    tidak mahu melepaskannya terpaksa 'tengok'
    dari jauh saja kerana tidak tahan panas ter-
    bakar apabila cuba mendekatinya...

    Dari satu segi...ini juga adalah perang kita
    dengan jin...dan kita perlu tahu serba sedikit
    'seni' dan 'strateginya'...

    Bagi jin memang ada yang bersembunyi atau
    menumpang badan ahli keluarga lain...tapi
    tidak semua...namun kita perlu pastikan hal
    ini samada berlaku atau tidak pada keluarga
    kita...dan ini adalah antara 'seni' dan 'strategi'.

    BalasPadam
  8. 5. Maaf saya kurang tahu tentang perkara ter-
    sebut kecuali ada kaedahnya...kita beri minum
    air kosong pada seseorang yang kerasukan
    dan tidak mahu minum air doa...

    Selepas air itu masuk perut barulah kita ma'
    rifatkan ia jadi racun...asid...air mendidih...
    api dan sebagainya...

    Sedikit perkara mengenai asap hitam...jin
    juga menggunakannya sebagai tempat
    menyembunyikan diri...atau cara meme-
    rangkap seseorang....

    Iaitu kalau aura hitam itu dapat dilerai...maka
    kita akan dapat melihat jin yang bersembunyi
    didalamnya...

    Surah pelerai yang boleh digunakan adalah
    Ad Dhuha...

    Angin bisa jin dalam badan juga berbentuk
    aura atau asap hitam...tapi tidak semua...

    Seorang rakan melihat aura kuning dalam
    kepalanya...dan akhirnya setelah aura itu terlerai...muncul lembaga berpakaian kuning.

    Pada pendapat saya kebiasaannya asap atau
    aura hitam itu jinnnya samada berpakaian
    hitam...atau tubuhnya berwatna hitam...
    Wallohu a'lam

    Terima kasih atas perkongsian tuan UM...
    serta persoalan-persoalan bernas yang di-
    kemukakan oleh saudara Js Sl dan rakan-
    rakan lain...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Wslm..

    Alhamdulillah..tn junied pun banyak kongsi ilmu. Ada juga bab yg sy kurang ambil perhatian sblm ni. Telah dijelaskan dgn panjang lebar.

    1. Antara tanda roh kita telah dikurniakan kekuatan oleh Allah adalah mimpi yg kita alami rasa mcm benar2 real.. bkn setakat kabur shj. Kdg kita bole tau yg kita sedang bermimpi. Kita juga boleh dpt mimpi apa yg kita inginkan.

    2. Biasanya jin suka menyamar jadi manusia dlm mimpi. Mereka suka kejar kita untuk tangkap kita waktu dlm mimpi tu.

    Senjata tu bole mohon pd Allah sblm tdo. Kdg2 xmohon pun dpt juga kalo kita ada amalan yg khusus.

    3. Ya..ilmu tenaga dalam dpt membantu. Tp paling berkesan adalah ilmu kerohanian.

    4. Btol ckp ustaz tu.. sbb tu sy bgtau skg ni sukar nak cari guru yg haq. Sy xberani nk cadang guru yg sesuai. Kalo nak bagus mohon terus kpd Allah dgn solat&sabar.

    Cuma perlu ingat. Perangai org skg suka bila tengok org lain lebih ckit terus tuduh guna jin. Sikit2 guna jin. Seolah2 jin tu lebih hebat dari manusia. kna beza mukjizat karomah maunah istidraj.

    BalasPadam
  10. Subhaanalloh...tuan menyedarkan saya tentang
    keberkatan ayat Manzil...

    Ketika saya masih belum jumpa IT...saya se-
    kadar ambil dan amal Ayat Manzil dari buku
    saja...

    Dengan tubuh yang agak padat dengan angin
    bisa jin tangkal peninggalan orang-orang tua...
    di tambah lagi dengan jin tangkal kebal dari
    negara seberang...minum air sihir untuk
    rawatan...makan makanan yang dicemari
    bisa jin...dan tinggal dalam bangunan yang
    menjadi tempat pemujaan...persembahan jin
    ternyata pada hari pertama amal lagi...saya
    mula kepanasan...seolah-olah ada bahang
    api dalam badan...

    Ia berterusan setiap malam hingga hampir
    sebulan...

    Selama setahun tinggal di situ...saya pernah
    mengalami mimpi seperti yang tuan sebutkan.

    Saya tahu saya sedang bermimpi...dan sedang
    berada disuatu gelanggang kemudian meng-
    hadapi serangan 4 lembaga hitam besar...

    Walaupun saya tidak ada senjata...malah ini
    pengalaman pertama mengalami keadaan sedemikian...ternyata serangan itu tidak
    berkesan malah makhuk-makhluk itu ber-
    undur menghilangkan diri dengan izin Tuhan.

    Keadaannya saya berpendapat lebih dekat
    kepada alam sedar daripada alam mimpi...

    Beza utamanya...rasa takut seolah-olah
    'lumpuh'...hati kita dapat menerima bentuk
    lembaga yang mungkin ketika dalam alam
    sedar akan menakutkan kita...jadi perkara
    biasa dan tidak menakutkan...

    Oleh kerana ketika itu saya tidak amal per-
    nafasan...saya sangat bersetuju dengan
    tuan....bahawa ilmu kerohanian sangat
    penting dan berkesan...

    Kesimpulannya...antara keberkatan amalan
    ayat Manzil ini bukan saja jadi perisai diri
    malah jadi rawatan juga menguatkan roh
    dengan izin Tuhan...

    Terima kasih tuan atas perkongsian ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. As salam..

    Takut tu letaknya di fikiran.. waktu tido kalo fikiran tinggal di jasad tak ikut roh.. memang xtakut ape pun dlm mimpi. Datangla makhluk ape pun mmg kita xkan takut. Sbb tu mudah bunuh makhluk tu kalo guna kaedah makrifat.

    Kecuali kalo fikiran kita terlalu sibuk fikir urusan dunia. Fikiran itu akan ikut roh dlm mimpi. Semua benda yg jumpa dlm mimpi kita takut. Saka hobinya menyamar sbg budak kecil@bayi sbb dia tau semua org suka anak kecil. Kalo kita dukung dia dlm mimpi mmg ikut terus la jawapnya.

    Fadilat Ayat manzil mampu membakar makhluk2 yg ada dlm badan.cuma kalo xbelajar pernafasan dan kaedah rawatan kita akan kepanasan sbb makhluk dlm badan tu terbakar tp kita xtau nk keluarkan. Dengan kita sekali la rasa panas..

    Cara atasi lepas baca ayat manzil mandilah dengan air yg dirukyah dgn ayat manzil..insyallah habanya akan keluar dari badan.

    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,
      Bab meraga sukma ni,org2 barat seolah2 suda megetahui lebih awal bbding kita, ini mereka ktengahkan dlm filem reka fiksyen yg mana roh dpt mgembara ke dimensi lain..apa pendapat tuan?Adakah ilmu2 ini kita hanya tambahbaik dgn Aquran dan sunah?

      Betulkah ilmu tenaga dlm ini berasal ataupn dimulai oleh negara china?Jd pd zaman nabi saw, saidina Umar ra diarahkn oleh nabi ke ngara china?minta mana2 rakan mbri pcerahan.

      Tertera di blog darussyifa,tidak ada istilah
      tangkap jin?Apa pendapat tuan UM dan rakan2 lain?

      Wasalam

      Padam
    2. Waalaikum salam..

      Ilmu ni telah ribuan tahun berlegar dlm masyarakat di nusantara ni. Org putih hanya baru2 ni tunjuk minat. Sbb tu gile2 buat filem. Antara tujuannya supaya org anggap tu cuma khayalan. Tp mereka bertungkus lumus buat kajian. Malam mengaku mencipta ilmu tu dgn diberi nama baru spt subconcious mind. metafisic. psycic power. aura theraphy dan lain2.

      Contoh ilmu mandi bunga telah zaman berzaman diamal oleh datuk nenek kita. Free je. Tp org sekarang takut buat sbb takut syirik..kelakar betul. Tp apabila pelbagai manfaat telah dibuktikan oleh kajian sains. Sibuk org p spa walau pun tpaksa bayar ratusan ringgit satu sesi. Kasihan..byk ilmu semakin pupus.

      Padam
    3. Wa alaikum salam wbkth tuan...

      Alhamdulillah....terima kasih atas pen-
      cerahannya...

      Kerana kurang faham maka timbullah
      pendapat orang yang mengatakan
      ayat Manzil ini panas...dan kalau amal
      boleh menyebabkan kepanasan atau
      sakit...sedangkan sebenarnya...jin
      dalam badan yang kepanasan atau
      sakit...

      Cara lain penyejuknya adalah dengan
      meminum air kosong yang sudah di-
      bacakan salawat 11 kali....serta sapu
      muka...

      Antara kemungkinannya dengan izin
      Tuhan...seseorang itu akan muntah...

      Tentang istilah tersebut...mungkin ia
      sekadar masalah bahasa...atau ia
      sekadar suatu pendapat yang lebih
      kepada merujuk kaedah perubatan
      perguruan itu sendiri...

      Pendapat itu mungkin betul jika me-
      rujuk kepada cara perubatan perguruan
      tersebut juga beberapa perguruan ter-
      tentu...

      ..tapi mungkin kurang tepat bagi bebe-
      rapa perguruan lainnya...

      Saya berpendapat ketika tentera Salib
      berjaya menawan Kota Baghdad maka
      ketika itulah selain buku-buku ilmu
      yang dibuang ke sungai..terdapat buku-
      buku tentang berbagai ilmu dan perkara
      telah dibawa ke Eropah...

      Dari situlah antaranya barat dapat meng-
      etahui dan mempelajari berbagai ilmu
      yang diasaskan atau dikembang luas
      oleh ilmuan-ilmuan Islam...

      Wallohu a'lam

      Padam
    4. Wslm..
      Betul tu hanya buku2 yg xda faedah utk mereka dibuang.tp kitab2 ilmu mereka curi. Selepas itu la zaman kegemilangan barat. Banyak lg rahsia yg sukar dipercayai kalo nk sy ceritakan.

      Contohnya pasal holy grail.true cross.lembing takdir.pandora box yg diburu oleh knight of templar a.k.a zionis asli yg juga bergabung dgn syiah a.k.a yahudi asli dan bangsa cina a.k.a yahudi yowtai. Mereka semua mahir guna sihir karbala yg dipelajari dari kitab tinggalan zaman nabi sulaiman. Kitab2 tu dijumpai dibawah baitul maqdis yg mereka yakini sbg tapak asal solomon temple.

      Tp malasla boring bab tu.

      Tp utk maklumat CIA FBI M16 dan lain2 mmg ada unit psikik yg menggunakan kekuatan minda bawah sedar yg dilatih. Pasukan keselamatan kita pun ada. Di malaysia juga byk kursus2 peningkatan potensi diri yg guna kaedah minda bawah sedar yg diceduk dari barat. Tp malangnya jarang yg terapkan unsur kerohanian.

      Waulahu alam..

      Padam
  12. Alhamdulillah, tsummalhamdulillah. Syukur kepada Allah swt.
    Jazakumullahu khoiyrol jaza' kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, kerana berkongsi ilmu dengan saya dan pembaca yang lain. Saya ingin bertanya, bagaimana mahu lembutkan hati adik lelaki saya yang macam sangat benci kepada saya, dan saya rasa dia ada gangguan sebab dia ada belajar jugak berkenaan ilmu-ilmu batin dari perguruan yang saya rasa ada keraguan. Dia sekarang duduk seorang diri di rumah pusaka keluarga kami, dan dia memang tak nak bercakap langsung dengan saya, terasa betul dengan dia. Mungkin ada cara untuk rawatan jarak jauh, supaya dia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Mudah-mudahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah hamdan khatiran toiyiban mubarokan fih..

      Dia bukan benci dgn kamu. Cuma dia tu dibawah pengaruh makhluk2 yg benci dgn kamu. Kerana amalan yg kamu lakukan.

      Insyallah bole diikhtiarkan.. bole dimusnahkan semua makhluk yg mendampinginya. Tp jika tiada kesedaran yg dtg dari dalam diri sendiri. Makhluk2 lain pula akan mendampinginya..

      Jgn terasa dgnnya..org yg dlm keadaan tu patut kita kasihan kerana tersalah pilih jalan. Doakan shj Allah kurniakan dia hidayah petunjuk.

      Padam
    2. Alhamdulillah, terima kasih Tuan Umat Muhammad di atas nasihat yang diberi. Mudah-mudahan, Allah swt kurniakan hidayah dan kekuatan kembali ke jalan yang benar kepada adik lelaki saya tu. Memang sedih dan kesian kepada dia, tapi sebab hati saya yang masih banyak kotor ni, kekadang teringat perbuatan-perbuatan yang dia lakukan kepada saya, padahal semuanya atas izin Allah swt kan. Semoga sahabat semua sentiasa dalam limpahan rahmat dan keberkatan.

      Padam
  13. Alhamdulillah tuan-tuan...terima kasih atas segala
    perkongsiannya...

    Untuk melembutkan hati seseorang maka boleh
    juga sentiasa berdoa memohon keampunan
    kepada diri...ibu bapa...guru-guru dan sekelian
    orang Islam...kemudian khususkan juga pada
    orang yang berkenaan semoga Tuhan ampuni
    dosanya...beri petunjuk...kesihatan yang baik
    ...murah rezeki...terhindar daripada tipudaya
    jin syaitan...dan sebagainya...

    Kemudian biasakan juga hadiahkan salawat
    sekurang-kurangnya 11 kali padanya setiap
    malam ketika akan tidur...doakan semoga
    hatinya menjadi lembut terhadap kebenaran
    dan diri kita...

    Doakan juga ia setiap hari dengan amalan
    rutin membaca yasin pagi petang atau sekali
    sehari...serta setiap kali solat termasuk
    sunat hajat atau tahajjud yang berterusan...

    Biasa juga jin pendamping akan menghasut
    seseorang agar membenci atau menjauhi
    seseorang yang pada perkiraan jin tersebut
    berpotensi untuk memisahkan ia dari manusia
    dampingannya...

    Biasanya perasaan membenci ini lebih kuat
    dengan gangguan jin daripada bisikan syaitan
    asli...

    ...kerana syaitan asli sekadar membisikkan...
    sedangkan jin boleh sampai hingga ke tahap
    meracun atau merasuk perasaan seseorang.

    Maka banyak-banyakkan bersabar dan jangan
    sampai kita turut terpedaya dengan permainan
    jin ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. Asalamualaikum,
    Saya pernah terbaca dalam satu buku perubatan, cara melembutkan hati sesorang yang ialah dengan menghadiahkan seseorang itu surah fatihah sebanyak mungkin.

    Wollohu'alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      Ia juga adalah antara cara terbaik...dalam
      fatihah itu ada doa untuk kita sekelian
      kaum muslimin...dan ia adalah ibu kitab.

      Membacanya sama seperti kita mem-
      baca Qur'an seluruhnya...

      Fatihah dan penghulu ayat qur'an iaitu
      ayat Kursi boleh digunakan untuk semua
      niat dan tujuan...Insha Allah...

      Alhamdulillah...terima kasih saudara atas perkongsiannya...

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. Alhamdulillah, terima kasih sahabat sekalian kerana memberi nasihat dan panduan kepada saya. Mudah-mudahan semua diberkati Allah swt.

      Padam
  15. Asalamualaikum wktb,

    1. Bagaimana kita tau ada kehadiran jin pada siang hari? Sblm waktu sembahyang jumaat semalam, dan duduk di hujung dlm masjid menunggu waktu khutbah, tiba-tiba ada angin keruh perlahan kedengaran,saya memalingkan kepala di sebelah kiri ternyata kuat sedikit tetapi sebelah pula tidak ada. Bagi pendapat tuan Junied, adakah terdapat jin bersebelahan dgn saya itu walaupun dalam masjid?

    2. Pada masa itu juga, saya rasa dada sangat sempit mcm susah kita nak bernafas, kemudian ada rasa mcm berkeliaran semut-semut di tengkuk. Saya teruskan berzikir, sedar-sedar dah nak solat, rupa-rupanya saya tertidur semasa bezikir tadi..kemudian saya dapati tidak ada lagi "semut-semut " di tengkuk tadi.

    3.Bagi pendapat Sdr Junied dan rakan-rakan, adakah jin bukan islam boleh memasuki masjid rumah Allah swt dan membuat kacau?

    4.Di dalam masjid itu, duduk di sebelah kiri saya itu ada seorang yang saya dapati sangat alim(dahi bertanda hitam) malangnya insan alim ini tidak mesra..sejak saya sampai, dia langsung tidak senyum walaupun saya cuba nak bersalam..insan alim ini menjengihkan muka nya dari terpandang saya dan beberapa minit duduk berdekatan terus keluar dalam masjid. Apa pandangan saudara Junied dan rakan-rakan?

    Menurut rakan, masjid itu masjid baru(mungkin baru dalam satu bulan)..masjid lama sudah usang dan telah dirobohkan. Wollohu'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam..

      Sy pun pernah alami kejadian lbh kurang. Pernah waktu magrib sy azan di masjid ipk sbb bilal blom dtg. Lps solat sunat bg salam ada lelaki bjubah putih bserban panjang di sebelah. Toleh lg da xda.

      Pernah juga kejadian subuh. Sy azan sy imam(xda org). Asyik terdengan bunyi sliding door di belakang. Spt ramai org masuk berjemaah. Tp lps bagi salam kosong je.

      Setan lari waktu azan dan iqomah je. Lps tu dia dtg blk. Kalo saf xlurus dan xrapat mmg mereka akan mencelah. Hasut kita supaya ingat itu ingat ini.

      Cucuk sana sini asyik tergaru2. Kacau kemaluan dan dubur mcm rasa terkencing terkentut. Bawa minyak wangi dari alam setan biar kita sangap menguap je.

      Nabi s.a.w pn pernah tangkap setan yg ganggu waktu solat. Rasanya semua tau kisah tu.

      Waulahualam..

      Padam
    2. Asalamualaikum,
      1. Kenapakah masa sakit, roh manusia itu sentiasa berlegar2 dan dilihat oleh sesetengah manusia?boleh mana2 rakan beri pencerahan?
      2. kenapa kucing sering dikaitkan dengan mistik?Org ckp klu langgar kucing mesti kena 'badi'.
      Wollohu'alam

      Padam
    3. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      1. Biasanya tidak kita ketahui kecuali
      ia cuba mengganggu...atau rasa kesan angin bisa atau auranya...atau sengaja
      memperlihatkan diri...dan sebagainya...
      wallohu a'lam

      - Jin itu mungkin ada disebelah...di daun
      telinga atau belakang cuping telinga...
      atau dalam otak dan sebagainya...

      2. Ada jin atau angin bisa jin dalam
      dada...

      - semut-semut itu adalah jin...

      - tertidur semasa berzikir..biasanya
      samada ada jin atau angin bisa
      pada otak...

      - Alhamdulillah...mudah-mudahan jin itu
      sudah pergi...

      Padam
    4. 3. Pada pendapat saya boleh...tapi
      tidak semua...terutamanya jin saka.

      Dan ada juga jin saka yang tunggu
      'tuannya' di luar masjid saja...

      Syaitan malah boleh mencelah di-
      di celah ruang antara jemaah yang
      yang tidak cukup rapat...

      4. Masalahnya ni...kalau sangka
      buruk...kita dapat dosa dan wajib
      meminta maaf kepadanya...

      Tapi dari segi perubatan...kita perlu
      ambil perhatian kemungkinan ada
      angin bisa atau gangguan padanya
      terutama kalau kita ada urusan...

      Ini kerana gangguan pada seseorang
      berkemungkinan menyerang...meng-
      uji...berpindah dan sebagainya ke-
      pada orang lain...

      ..dan pada kebiasaannya kebencian
      atau ketidaksenangan tanpa sebab
      munasabah mungkin menunjukkan
      gangguannya yang memusuhi kita.

      Wallohu a'lam

      Padam
    5. Wa alaikum salam wbkth tuan...

      Alhamdulillah...ia suatu pengalaman
      yang jarang di alami...

      Mungkinkah 'mereka' itu jin Islam yang
      turut solat berjemaah...

      Pernah pintu automatik terbuka sendiri
      di depan mata saya seolah-olah ada
      sesuatu masuk ke dalam wad
      kecemasan ketika menjaga seorang
      ahli keluarga yang sakit...

      Apa sebabnya tuan...jin itu perlu
      buka pintu untuk masuk...sedangkan
      pada kebiasaannya...selagi ada
      laluan angin...maka ia juga boleh di-
      lalui jin ?

      Wallohu a'lam

      Padam
    6. Wa alaikum salam wbkth saudara Daniel...

      1.Pada pendapat saya biasanya yang dilihat ituadalah jin yang menyerupai...
      atau malah ada kaitan dengan
      gangguan pada si sakit...

      Cuma memang ada juga yang sakit
      gangguannya itu kerana rawan yang
      di bawa atau di tangkap kurung jin
      tapi biasanya ia ditahan di alam jin.

      Pada tuan UM harap pencerahan
      dalam perkara ini...iaitu adakah
      mungkin rawan yang diganggu itu
      juga dapat dilihat oleh 'orang biasa'?

      2. Pada saya tidak ada badinya...
      kalau ada maka ia adalah permainan
      jin semata-mata...atau 'kecelakaan'
      yang berpunca dari keyakinan negatif
      seseorang itu sendiri...

      Wallohu a'lam

      Padam
    7. Wslm..

      Dlm kes tertentu mmg rawan org sakit akan keluar dan tertarik ke lapisan dimensi yg bole dilihat manusia biasa.

      Rawan biasanya akan 'kuat' jika badan sakit atau 'mati. Dlm kaedah tarekat mmg diajar perkara ni. Matikan dirimu sebelum kamu dimatikan. Juga terdapat dlm ilmu yg dipelopori oleh sunan kalijaga iaitu ilmu roso@ilmu rasa.

      Sbb tu waktu zikir, tafakur, meditasi kita hanya duduk diam tak bergerak. Dlm keadaan kusyuk roh sebenarnya menguasai jasad. Sama juga waktu tidur badan tak bergerak spt mati dan roh terlepas keluar dari jasad.

      Perangai jin mmg suka bagi manusia tanda kehadiran mereka atas pelbagai sebab. Lg la kalo mereka tahu kita ni jenis bole 'rasa'.

      Padam
    8. Alhamdulillah...terima kasih banyak-
      banyak tuan atas perkongsian dan pencerahannya...

      ..dan maaf tuan..saya ada persoalan
      lain...dan saya percaya perkara ini
      sangat penting kepada semua orang
      iaitu untuk membentuk jiwa atau
      fikiran bawah sedar agar lebih ber-
      sifat positif...

      Apakah cara rutin atau yang paling
      mudah untuk mengaktif dan mem-
      bentuk 'sikap' fikiran bawah sedar ?

      Wallohu a'lam

      Padam
    9. Wslm..

      Tiada kaedah lain yg lebih cepat dan kekal yg manfaatnya bukan hanya di dunia tp menyampai ke akhirat. Melainkan kita beramal dgn apa yg diajar oleh Allah s.w.t melalui Al Quran & hadith.

      "Aku menurut sangkaan hambaku". "Kebanyakan sangkaan itu adalah dosa". Hadith yg pendek tp dalam pengertiannya. Allah sendiri mengajar kita bersangka baik @ bersikap positif terhadapNya kerana segala yg terjadi pd kita adalah ketentuanNya.

      Jika denganNya pun kita bersangka buruk maka apatah lg dgn diri sendiri atau orang lain. Di antara kaedah utk menanam sikap adalah ikhtiar 7 hari. Segala apa yg kita buat berterusan selama 7 hari berturut2 akan menjadi tabiat.

      Apa yg jarang org tau..minda bawah sedar 'terbuka' dlm 3 keadaan 1.waktu terjaga dari tidur. 2. Waktu buang air besar. 3. Waktu mandi. Jadi hati2 dgn apa yg difikirkan waktu itu.

      Ada 'Gate keeper' yg menjaga di suatu ruang antara alam sedar & alam bawah sedar. Tp bagi muslim kita beruntung kerana ada alam atas sedar yg melangkaui kekuatan alam sedar dan alam bawah sedar. Panjang sgt kalo nk diterangkan.

      Waulahualam..

      Padam
    10. Alhamdulillah...info yang sangat penting
      semoga dapat kita semua ambil perhatian
      dan mempergunakannya sebaik mungkin.

      Terima kasih tuan atas perkongsiannya...

      Padam
  16. Salam wtb, Tuan Junied.

    Adakah aura ini bertindak pantas jika seseorang itu mempunyai angin bisa jin yang padat dalam seluruh tubuh badan?
    Saya cuba bergurau dengan menghalakan tapak tangan di atas kepala seorang sahabat sebab permintaannya tiba-tiba sahabat itu menguap dan mengatakan seluruh tubuh badannya dilingkari panas yang menjalar. Apa pendapat tuan? Sebenarnya sahabat ini rakan seguru, saya sendiri segan kerana mempunyai pengetahuan yang sama, masa mau halakan tapak tangan pun saya hanya cuba-cuba.

    Apa pendapat tuan junied, jika seseorang murid itu lebih berkesan rawatan berbanding guru? Ada kawan tanya tapi saya tidak dapat jawab. Kawan ini, berjumpa dengan anak murid yang lebih senior dan minta rawatan ternyata sangat berkesan dalam beberapa minit sahaja..rakan ini pernah berjumpa dengan guru sebelum ini, namun kesan sembuh sangat lama dan kadang-kadang tiada perubahan.
    MInta tuan Junied dan mana-mana rakan dapat memberi pencerahan.

    Wasalam

    BalasPadam
  17. Wa alaikum salam wbkth saudara Js SI...

    1. Sebenarnya kalau tiada angin bisa pun...
    aura akan bertindak pantas...cuma beza-
    nya seseorang itu akan kurang atau tidak
    rasa tindakbalas atau aura tersebut...

    Menguap itu tanda ada angin bisa jin pada-
    nya...dan ia rasa lingkaran panas kerana
    kerana badannya ada angin bisa yang
    memang agak padat...

    Untuk orang sihat...kita boleh buat cara
    yang sama untuk membentuk pagar
    atau perisai badannya...Insha Allah...

    Ada rakan yang sama-sama ambil IT...
    dan uji aura sesama mereka...

    Rakan yang seorang...tak rasa apa-apa
    sedangkan yang seorang lagi rasa tubuh-
    nya panas...dan merasa gelombang me-
    nolak...iaitu kerana tubuhnya ada angin
    bisa...

    2. Biasanya sakit lebih mudah dan cepat
    sembuh apabila rawatan tersebut serasi...
    tanpa mengira kedudukan perawat...

    Kemungkinan lainnya...'benteng besar'
    sudah gurunya pecahkan...maka dengan
    izin Tuhan maka lebih mudah sembuhnya
    oleh rawatan perawat selepasnya...

    Satu perkara lagi...contohnya dalam IT...
    ijazah amalan itu jadi 'asas kekuatan'
    tapi kemudian kekuatan dan kelebihan
    setiap orang akan berbeza-beza...
    bergantung pada amalan juga bakat
    semulajadi serta pengolahan masing-
    masing...

    Maka sesuatu bentuk penyakit atau
    gangguan itu lebih serasi pada pen-
    gamal tertentu...dan apabila jumpa
    maka mudah sembuhnya dengan izin
    Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. Salam Tuan Junied,
    Terima Kasih atas ulasan itu. Saya minta maaf kerana banyak pertanyaan yang keluar topik untuk tajuk ini.Mudah-mudahan Tuan Junied dan rakan-rakan lain diberkati Allah swt di atas setiap perkongsiaan.

    Apa pandangan tuan jika; ada dua orang sahabat menuntut ilmu dalam satu perguruan, sama-sama beramal soleh. Namun sahabat A sangat kuat pukulan aura berbanding sahabat B. Mohon tuan junied dan rakan-rakan beri pencerahan.

    Jika seseorang wanita tiba-tiba haid berpanjangan melebihi 2 minggu dengan darah sangat banyak dan bau hanyir yang sangat kuat. Adakah ianya satu gangguan jin? Bagaimana kaedah amalan untuk masalah ini?

    Jika seseorang yang sebelum ini bukan beragama islam, kemudian memeluk agama islam..adakah orang tersebut masih diikuti oleh jin tangkal keluarganya yang bukan beragama islam?

    Wasalam.

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    ...ndak apa...ulasan kita semua bebas tajuk
    apa pun boleh mudah-mudahan kalau saya
    tidak tahu...rakan-rakan lain sudi berkongsi pengetahuan...Insha Allah...

    1. Kekuatan aura biasanya pasti berbeza
    antara satu sama lain...walaupun sama
    amal solehnya...

    Perkara yang membezakan...kerana setiap
    orang mempunyai cara berfikir...cara
    merasa...dan rutian harian yang tersendiri.

    ...maka setiap orang itu duduk pada suatu
    tahap tersendiri...ada kelebihan tersendiri
    dan ada kelemahan tersendiri...

    Selain itu perkara yang boleh mempengaruhi
    ...iaitu tahap tumpuan...keyakinan...latihan...
    dan ilmu pengetahuan termasuk pendapat
    yang berbeza...maka akan membentuk
    suatu kekuatan dan kelemahan berbeza...

    BalasPadam
  20. 2. Kalau dalam masa yang sama ia sakit
    tumit semasa berjalan atau ditekan...maka
    ada masalah dalam rahim...mungkin sakit
    biasa atau gangguan...

    Kalau sakit dalam perut ( senggugut ) maka
    ia memang dari sebab gangguan...iaitu
    cakaran jin pada rahim...

    Kalau langsung tidak sakit maka sila ambil
    perhatian kemungkinan darah itu disedut
    jin dari luar...seperti dari bawah rumah...
    luar pintu...luar jendela...dari atap..atau
    siling...atau malah mungkin jin itu duduk
    di sebelah...

    Rukyah dan beri air doa...pagar diri...pagar rumah...dan lebih baik serang juga terus
    jika ada jin penyedut...

    Kalau tak pasti...serang saja dan niat kalau
    ada...maka itu jadi sasaran serangan...
    atau bayangkan saja kalau ada maka jin
    itu 'letak depan' dan serang...

    Kalau rasa perlu...baik juga minta rawatan
    klinik atau hospital...dan ubat minum guna
    air doa...dan sebagainya...

    BalasPadam
  21. 3. Ada jin ikut...dan ada yang tidak ikut.

    Kalau ikut...ia mungkin jin yang agak
    lasak...dan saya berpendapat ini yang
    biasanya berlaku...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  22. As salam
    sekadar tambahan.. biasa sy tengok kalo perempuan yg saya rawat pasti paha ada masalah. Bila waktu buat cleaning aura slalunya paha akan bergerak2. Yg teruk sgt mcm kna karen. Saka selalu lepak kat peha kanan.

    Pernah rawat sepupu yg haid sepanjang masa hampir setahun. Bila ditarik dan dibuang keluar rumah guna makrifat spt org nk beranak. Sepupu tu nampak beribu ekor jin spt budak kecil tp kulit menggerutu dan muka sgt hodoh. Permainan sihir tok cha siam. Alhamdulillah dgn tok cha skali dpt dibinasakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam Sdra UM,
      Sy ingin bertanya mengenai gangguan saraf. Jika kita teruk diganggu saka kemudian minta rawatan dan diyakini jin saka sudah lama tinggalkan badan orang itu tetapi kenapa kesan sakit saraf masih ada?
      Adakah ianya kesan tinggalan bisa/aura jin itu?Bagaimana cdgan saudara?
      Mohon sdra UM ulas

      Padam
    2. Wa alaikum salam bkth tuan...

      Alhamdulillah...mungkin itu sebabnya
      bagi gangguan saka terutama jin
      jantan makhluk itu kadang-kadang
      'berjalan' dalam saluran sulit hingga
      menimbulkan rasa nyeri...

      Jin yang banyak dan sebati biasa-
      nya akan berujud seolah-olah otot
      dan bergerak diluar kawalan wanita
      tersebut...

      Keadaan jin yang banyak ini bia-
      sanya kerana sihir atau jenis
      saka tertentu yang sudah sebati.

      Terima kasih tuan atas perkong-
      siannya...

      wallohu a'lam

      Padam
  23. Wslm..

    Biasanya kalo bukan perawat. Kaedah mudah yg boleh dijadikn ikhtiar utk penyakit bkaitan saraf adalah guna Al Fatihah.

    Lps solat doa mohon kesembuhan. Baca al fatihah 3x@7x ikut keyakinan. Tiup di tapak tangan. Kemudian sapu dari muka kepala leher tangan dada. Seluruh badanla snang kata.

    Sambil sapu tu sambil baca al fatihah secara berterusan. niat betulkn semua urat saraf yg tjejas akibat pengaruh jin&syaitan.

    Kalo dpt buat tiap lps solat. Kalo xdpt bila2 waktu free. Buat secara berterusan. Insyallah jika betul niat. Pahala dpt kesembuhan pn dpt.

    BalasPadam
  24. Sambungan..
    Kaedah lain adalah minta bantuan org lain. Suruh org tu baca al fatihah dan tiup di tapak tangannya dan tempelkan ditulang sulbi@hujung tulang belakang kita. Pastu usap tulang belakang hingga ke saraf tunjang dibelakang kepala sambil baca al fatihah.

    baca al fatihah sekali lg dan kali ini usap dari kepala ke tulang sulbi sambil baca al fatihah. Ulang 7 kali.

    Tulang belakang tempat saraf kita bersambung. Setiap ruas tulang belakang mewakili fungsi organ tertentu & 'kekuatan' tertentu. Sila check anatomi badan utk lebih clear.

    Bukan cuma utk sakit saraf. Malah semua penyakit Insyallah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...kaedah mudah yang boleh
      dibuat oleh sesiapa juga...

      Kadang-kadang kita lupa akan kedudukan
      Suroh al Fatihah sebagai ibu kitab yang
      sangat banyak kegunaannya...

      Terima kasih tuan atas perkongsiannya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  25. As Salam,
    Seorang rakan yang tidak pernah mengetahui hal-hal perubatan islam, apalagi dengan istilah-istilahnya itu tiba-tiba tau seseorang yang mengamalkan ilmu perubatan islam dan tahap penguasaannya..Adakah orang ini mempunyai khodam?

    Saya ada sorang rakan tempat kerja, memang beliau ini kurang sedikit dalam bidang agama islam walaupun beliau beragama islam. Kelmarin, tiba-tiba beliau dgn nada bergurau mengatakan badan saya dipenuhi jurus, aura dan kekuatan makrifaat. Dalam hal-hal seumpama ini, saya tidak pernah kongsikan dengan rakan sekerja, apalagi dengan jenis individu macam rakan ini. Membuatkan saya terkejut tetapi saya cuba mengelak gurauan rakan ini tadi dengan pelbagai alasan.
    Mohon mana-mana rakan beri pencerahan
    Wasalam

    BalasPadam
  26. Wslm..

    Byk kemungkinan tu. Kdg org main2 je tp kita anggap serius sbb kita rasa kita mmg ada benda2 yg dia ckp tu.

    Kdg ada bisikan dlm hati dia dan dia terus ckp secara spontan. Utk mengganggu hati kita supaya kita merasa kita lebih.

    Kdg petunjuk utk tingkatkan keimanan kita pd Allah supaya kita tau bagaimana utk hadapi gangguan ujub riak & takbur di masa akan dtg apabila 'kekuatan' kita makin bertambah.

    Nasihat sy rapat2lah dgn guru diawal perjalanan ni sbb akan terlalu byk gangguan/persoalan/kemusykilan yg menimpa kita. Guru yg baik bukan setakat ajar ilmu tp dpt membimbing anak muridnya menuju redha Ilahi.

    Tp akan sampai satu tahap. Guru pun sudah tak mampu menjawab persoalan2 yg ditimbulkan. Kita akan frust kecewa sbb rasa spt tidak diperdulikan.

    Bg yg putus asa akan terus hanyut. Bagi yg diberi hidayah akan diberi kekuatan utk berserah diri bulat2 padaNya..

    Persoalan2 kamu mengingatkan diri sy sewaktu sy mula2 melangkah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ulasan itu.
      Benar tuan UM,
      Sbnrnya byk persoalan yg timbul tetapi guru mgkin tdk dpt mjawab sepenuhnya sbb tu lah ikut dlm blog ini...byk ilmu telah kongsikan.

      Mungkin ada di antara rakan yang mghadapi risiko di dendam oleh sanak saudara malahan di kalangan adik beradik pun ada disbbkn kita cuba bljr ilmu2 Allah ini..secara tiba2 bermusuh.

      Bagi pendpt tuan,mana yg lebih afdal bila kita merawat..guna bahasa sendiri atau bhsa arab?
      Ada beberapa ayat dlm bhsa BM senang diterjemah dlm bhsa arab(dgn bantuan rakan yg bljar bhsa arab).

      mohon tuan2 beri pencerahan
      Wasalam

      Padam
  27. Salam,
    sy ucapkn terima kasih kpd semua atas pncerahan itu.
    Sy perna mta rawatan saraf,perawat itu memicit semua jari kaki.Benar2 sakit sehingga sy tipu xsakit lagi..kesan sakit tu smpai 3mggu tapi xsembuh.

    BalasPadam
  28. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

    Terima kasih tuan-tuan atas segala perkongsian-
    nya...

    Memang benar seperti kenyataan tuan UM itu...
    dalam menghadapi berbagai ujian ini...kadang-
    kadang kita lupa dengan syaitan keturunan
    Iblis yang sentiasa menggelincirkan iman
    kita...

    Bagi syaitan...dalam kekurangan kita ada
    laluan tipudayanya...dan dalam sedikit
    kelebihan yang Tuhan titipkan kepada kita
    juga ada laluan tipudayanya...

    Sasaran syaitan asli ini bukan sihat sakit-
    nya kita...tapi iman kita...sebagaimana
    sumpah Iblis untuk membawa seramai
    mana keturunan Adam ke neraka...

    Ini kerananya kita perlu sentiasa memohon
    petunjuk Tuhan seperti dalam Al fatihah
    ...tunjukkan kami jalan yang benar...
    mudah-mudahan Tuhan akan memperlihat-
    kan atau menyedarkan kita akan kebenaran
    dari arah mana juga yang dikehendakinya...

    BalasPadam
  29. Saya pernah berjumpa seorang bomoh bukan
    Islam dirumah seorang rakan...

    ..apabila saya pergi...bomoh itu kata pada
    rakan tadi...saya ada amalkan pendinding
    itu menggunakan ayat-ayat Qur'an...

    Memang ada keadaannya seseorang yang
    didampingi jin itu dapat mengesan atau
    malah melihat aura kita...namun kita serah-
    kan semua itu pada pengetahuan Tuhan..

    ...dan kalau benar adanya...syukurlah kepada
    Tuhan dan kita ingat ia adalah sebahagian
    uian Tuhan ke atas kita...

    Semoga ungkapan ini dapat jadi peringatan
    kita...sesiapa yang benar-benar mencari
    kebenaran maka Tuhan akan memperlihatkan
    kepadanya akan kebenaran...

    Sebahagian ilmu dapat kita pelajari dari guru
    secara langsung...dan sebahagian ilmu
    dapat kita pelajari dari Tuhan secara langsung
    melalui berbagai ujian dan peringatan yang
    Tuhan datangkan dari berbagai pengalaman
    harian...

    Maksudnya setiap sesuatu perkara yang
    Tuhan hadapkan kepada kita ada pengajaran-
    nya agar kita lebih mendekatkan lagi diri
    pada Tuhan...dan menyedarkan akan
    kekuasaan Tuhan...samada pada perkara
    yang kita suka atau kita benci...

    BalasPadam
  30. Pada saudara Js Sl...bukan rakan...saudara
    atau adik beradik yang dendam...tapi jin
    yang mengganggu dan rasa terancam...

    Saya ada seorang anak saudara lelaki yang
    jelas begitu bencikan saya tanpa sebab
    yang munasabah...tapi ketika di saat-saat
    akhir hayatnya baru saya sedar akan hati-
    nya yang sebenar...

    ...rupanya selama ini benda yang menum-
    pang dirinya yang sangat marah kepada
    saya...dan gangguan yang sangat padat
    hingga akhirnya dengan izin Tuhan...
    ia kembali kepada Tuhan...

    Maka hati-hatilah...jangan kita terpedaya dari
    sebab permusuhan yang jin syaitan timbulkan
    semata-mata untuk menyelamatkan dirinya
    (jin)...

    Adapun bagi saraf...kalau masih sakit dan
    tiada sebab-sebab biasa...ia biasanya
    ada sisa angin bisa...tapi sisa angin bisa
    bererti ada laluan atau malah penempatan
    jin...samada jin asal atau lainnya..

    Maka sebenarnya 'sakit' itu belum selesai
    masih perlu berubat dan juga beramal sendiri.

    Ada kesnya saya dapati perawat kata tinggal
    sisa...tapi sebenarnya gangguan itu masih
    berterusan 'secara rahsia'...walau agak
    kurang sedikit sakitnya...

    Maksudnya jin itu masih datang tapi ia
    berusaha agar tidak ketara agar pesakit
    lalai dan terpedaya...terutama rasa tak
    lagi memerlukan rawatan...( gangguan
    masih kuat ).

    Maka sebaiknya perkara ini kita sama-
    sama ambil perhatian...

    Terima kasih sekali lagi atas segala per-
    kongsian tuan-tuan...dan saya harap ia
    akan berterusan...saya sendiri juga sedang
    belajar dari tuan-tuan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  31. As salam..

    Sesiapa yg berniat menimba ilmu utk diri sendiri. Maka ilmu yg diperolehi cukup sekadar utk dirinya sahaja.

    Sesiapa yg berniat utk keperluan org lain. Maka ilmu yg dikurniakan akan datang dari segenap arah mata angin.

    Alam terkembang menjadi guru. Ilmu akan mengalir masuk dari kesemua pancaindera. Segala yg dilihat boleh diambil pelajaran. Segala yg didengar dihidu dirasa bole diambil pengajaran.

    Sedikit perkongsian mengenai apa yg 'dilihat' sebagai angin bisa dan gejala jari yg bergerak2 sewaktu dirawat.

    Bentuknya spt ular. Yg dikatakan kubu/penempatan jin dlm tubuh itu adalah bahagian kepalanya. Jari yg bergerak2 itu bahagian ekornya. Sbb tu waktu dirukyah @ dirawat dibahagian kubunya(kepala) akan rasa sangat sakit kerana bisa gigitan ular itu. Manakala jari pesakit(ekor) yg menjadi laluan masuk akan bergerak2 spt ekor ular. Jin yg sebenar ada dalam mulut ular tu. Ular jin itu hanya sebagai kenderaan masuk shj ke dalam tubuh manusia.

    Selain itu ada juga ulat, semut dan serangga spt lebah dari alam jin yg digunakan utk masuk ke dalam badan manusia.

    Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,
      Jika seseorg itu diserang oleh jin dan bertapak dln bdn,adakah aura/tenaga dlm nya bkurangan?
      Bagaimana seorg mualij mengubati diri sendiri dgn kaedah tenaga dlm?
      Jika saya tak aktif merawat org tapi selalu beramal dari manakah punca serangan yg seringkali berlaku?
      Saya dapat satu panduan 'meraga sukma' saya tengok ada 3 asas kaedahnya,bole buat sendiri tanpa guru utk peringkat awal.Apa pandangan tuan?

      Mohon mana2 rakan dpt beri pencerahan.
      Wasalam

      Padam
    2. Wa alaikum salam wbkth tuan...

      Saya bersetuju dengan tuan...dan
      suatu perkara yang mungkin ada
      kaitan mengenainya...ialah..

      Saya dan seorang rakan pernah ber-
      bincang mengenai perkara ini...

      Kami dapati seseorang yang suka me-
      nyimpan ilmunya...seolah-olah ia
      mahu tahu dan guna 'sorang-sorang'
      maka pegetahuannya seolah-olah ter-
      kurung dan tidak atau lambat ber-
      kembang...

      Manakala kalau kita suka kongsikan
      dengan orang lain...maka semakin
      tambah pengetahuan kita...

      Mengenai serangga-seranga dari alam
      jin tuan...terutama semut-semut...
      apakah sebenarnya fungsinya dalam
      badan apabila begitu banyak ter-
      tumpu pada satu-satu tempat yang
      sakit atau banyak angin bisa...

      ...dan adakah serangga ini juga jadi
      sumber angin bisa ?

      Wallohu a'lam

      Padam
    3. Mengenai persoalan rakan kita Js Sl...

      1. Apabila jin bertapak dalam badan...
      maka ia biasanya akan mengganggu
      bahagian kepala ( fikiran ) dan pera-
      saan...

      Maka kita akan jadi runsing...dan
      tanpa sedar...perasaan kita merasa
      diri lemah...( semangat menurun ).

      Kalau ini berlaku...maka memang
      kekuatan aura kita menurun men-
      jadi lemah...

      2. Bagi sebahagian besar kes...
      serangan itu adalah dari gangguan
      lama...

      ...dan bagi yang ada saka...maka
      dari sakanya sendiri...

      3. Bergantung kepada kaedahnya
      tapi biasanya dengan cara apapun
      apalagi tanpa pengawasan guru...
      pasti jin syaitan akan jadi pengawas-
      nya...dan mungkin akan mencelah
      masuk apabila ada kesempatan...

      Biasanya jin akan menawarkan se-
      suatu yang kita idam-idamkan...
      agar kita 'mudah dipujuk' atau
      mudah terima...

      Wallohu a'lam

      Padam
    4. As salam..

      Belajar tanpa guru mmg agak bahaya.. kecuali kalo kita mmg ditakdirkan begitu.

      Sbb ilmu kebatinan mahu pun kerohanian terlalu luas. Banyak persimpangan yg akan dilalui. Tanpa bantuan org yg pernah melalui jalan yg sama pasti akan tersesat.

      Syaitan akan menunggu kita disetiap persimpangan tersebut dgn menawarkan kehebatan yg xdpt kita bayangkan.

      Dlm hadith syaitan mampu membuka 70 jalan kebaikan utk mendorong kita ke jalan kesesatan.

      Semalam waktu asar. Sy sedang membuat benteng makrifat di rumah. Tiba2 ada 4 lelaki yg berpakaian baju besi berwarna emas dan lengkap dgn pedang dan perisai. Mereka berdiri disetiap penjuru rumah.

      Agak terkejut bagaimana mereka tidak terjejas dgn benteng yg dibuat. Terjadilah dialog dgn mereka.

      Mereka mengaku dihantar utk membantu sy oleh seseorang dari atas memandangkan serangan ghaib makin lama makin hebat.

      Setelah sy test mmg kekuatan setiap seorang dari mereka mampu membunuh 1000 ekor jin dlm satu pertempuran.

      Alhamdulillah..tiba2 terkeluar dari mulut saya kalimah Hasbunallah wa nikmal wakil.. dan seperti ada kekuatan dari dalam diri utk menolak bantuan mereka. Sy tertanya2 siapakah mereka sbb aura mereka bukan aura jin. Mungkin ini ujian dari yg empunya diri..

      Waulahualam..

      Padam
    5. Salam wktb Tuan UM,
      Bole sya minta ijazah dgn Tuan?

      Padam
    6. Waalaikum salam..

      Maaf tuan. Sy belum layak. Masih jauh lg perjalanannya. Tp mana2 ilmu yg sy kongsikan di blog ni sy izinkan sesiapa pun amal walau pun tak minta izin dgn sy.

      Sesungguhnya semua ilmu itu milik Allah. Jika difikirkan tidak bercanggah dgn Al Quran & hadith ambillah..

      Padam
  32. salam, saya juga alami gejala sisa angin bisa, urat saraf seperti dimasuki angin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa pendapat tuan2 mengenai amalan bekam, adakah ianya dapat selesaikan masalah ini?

      Padam
    2. Wslm..

      Sy rasa angin bisa ni semua org kena. Cuma teruk atau biasa2 je. Yg byk amalan pendinding pun kena gak..

      Ada 3 jenis angin bisa yg saya tau. Mungkin byk lg jenisnya. Ada yg bentuk spt bayang2 tp ada 2 mata merah tanpa mulut & telinga. Ada gak bentuk spt asap hitam je tp spt hidup bole bgerak ke sana sini.

      Bekam bagus bole buang darah kotor dlm badan. Kalo tukang bekam baca bismillah atau 'berisi' Insyallah..angin bisa bole dikeluarkan skali. Tak pun waktu dibekam kamu niat doa mohon Allah keluarkan angin bisa tu.

      Waulahualam..

      Padam
    3. Alhamdulillah tuan ...banyak sekali pengetahuan baru yang dapat kita kongsikan...

      Ringkas kata...angin bisa itu adalah
      dari racun jin...

      Seorang rakan minta urut pada se-
      orang pakar urut...

      Masalahnya rasa bisa-bisa juga
      urat rasa tegang dan sakit...
      namun tidak berkesan...

      Kemudiannya saya dapati apa
      yang ada pada urat rakan itu
      adalah angin bisa jin...yang
      boleh di cabut dengan zikir
      berserta pernafasan...

      Pernah ia merasa tegang dan sakit
      pada urat tangannya...apabila ia
      menutup mata dan menumpukan
      perhatian...ia nampak seorang
      budak (jin) mematahkan ranting
      dan menikam masuk meninggal-
      kan ranting tersebut dalam lengan-
      nya...

      Apabila ranting itu saya cabut...
      ia kembali rasa normal...dengan
      izin Tuhan...

      Pendekata memang banyak bentuk-
      nya gangguan angin bisa ini...

      Pada pengalaman rakan...sebaiknya
      rawatan bekam itu disertakan juga
      khusus rawatan gangguan jin jika
      ada gangguan...

      Sementara bekam semata-mata...
      biasanya sekadar dapat meringan-
      kan kerana jin juga suka mengambil
      kesempatan dengan kehadiran darah
      kotor ini...

      Wallohu a'lam

      Padam
  33. salam wktb,
    mengenai masalah saraf ni,takde ke herba atau tumbuh-tumbuhan boleh digunakan utk mengubati?mohon share dari tuan-tuan.

    BalasPadam
  34. Pada saudara Js SL...Rawatan diri dengan
    tenaga dalam...banyak caranya ikut idea
    dan latihan masing-masing...

    Namun amalan pernafasan yang antara
    kesannya menguatkan tenaga dalam
    adalah salah satu caranya...atau keluar-
    kan segala gangguan..bisa-bisa dan
    penyakit melalui mulut..atau hidung...

    Cara lain apabila melepaskan nafas
    maka alirkan nafas itu ke tempat sakit
    dan niat hancurkan serta keluar ikut
    nafas keluar...

    Boleh juga guna nafas dan ma-rifat...
    belah tempat sakit dan ambil keluar
    jin...angin bisa dan sebagainya
    dengan tangan...

    ...atau semasa menahan nafas...
    tepuk-tepuk tempat sakit niat hancur-
    kan semua gangguan dan sebagainya...
    kemudian niat keluarkan bersama
    nafas keluar...dan sebagainya...

    Dan guna juga cara biasa seperti
    minum air doa...sapu minyak doa
    ..guna garam bukit..dan sebagai-
    nya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  35. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Saya kurang tahu tentang herba tapi saya
    percaya ada herba semulajadi yang boleh
    digunakan dalam perubatan berkaitan saraf...
    harapnya kalau kebetulan ada rakan yang
    tahu...semoga sudi berkongsi pengetahuan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  36. As salam..

    Setahu sy semut2 cuma bahan tambah utk menguatkan cengkaman angin bisa tu. Kalo cuma sekadar rukyah tanpa pernafasan & makrifat semut tu xkan keluar.

    Sbb tu ada segelintir perukyah terpaksa rukyah hingga 2 jam tp gangguan tidak berkurangan. Lg la kalo jenis perawat yg xtau pasal angin bisa, qorin & syaitan zakbar yg mmg bole mempengaruhi jasad dgn izin Allah.

    Sama gak lebah dari alam jin yg selalu sengat di hujung jari @ di lain2 tempat di badan kita. Kita akan rasa mcm dicucuk jarum. Tugasnya utk buka laluan kepada jin utk masuk dlm badan.

    Utk makluman di alam mereka juga banyak lapisan dimensi. Ada sebahagian mereka tidak dpt melihat sebahagian yg lain yg lebih tinggi darjat di alam mereka.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  37. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Alhamdulillah...terima kasih banyak-
    banyak atas pencerahannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  38. Alhamdulillah, terima kasih sahabat sekalian di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Mudah-mudahan menjadi bekalan di akhirat kelak.

    BalasPadam
  39. alhamdulillah terima ksih atas penjelasan dari tuan2, semoga dapat memberikan panduan pada persoalan yang telah lama terbuku dalam fikiran.

    BalasPadam
  40. Alhamdulilah byk manfaat,
    Apa pendapat saudara2 mgenai gangguan saka,klu sorang2 g berubat dan lain2 keluarga tak.mcm mana?
    Rumpun saka yg ganggu kita nie,boleh ker kita musnahkn sarangnya skaligus?mta pendapat saudara2

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam..

      Sedikit info pasal saka.
      Jika sorg wakil dlm keluarga pun bole jika waktu rawatan tu lafaskan. Contoh.. Ya Allah putuskan segala pertalianku dan ahli keluargaku dengan saka keturunan yg kami warisi dari sebelah ibu dan bapa kami dan lindungilah kami dari gangguan mereka sehingga ke hari kiamat. Insyallah bole.. dan insyallah anak cucu kita pun tidak akan diganggu lg.

      Sekor saka umur dia bole smp ribuan tahun. Bayangkan seratus keturunan pun dia bole ikut. Bole beranak penak pulak tu. Bole kahwin campur dan lahirkan spesis hybrid. Kalo xputuskan pertalian nnt waktu sakaratul maut dia tunggu sebelah.

      Naluri jin mmg suka menjadi penunggu/penjaga sesuatu tp disalah guna oleh manusia yg punya kelebihan.

      Padam
    2. As salam Tuan,
      Adakah masalah saka ini masalah yang paling besar dan sukar diatasi bg tuan UM sendiri? Rata-rata sanak saudara saya mempunyai saka berdasarkan kajian saya sendiri.Bagaimana kah saya mengatasi masalah ini dengan hanya ilmu sekerat jalan sahaja? Saya ingin membantu namun saya risau benteng keluarga saya ditembusi jin saka dan akhirnya menyerang anak dan isteri.

      Ada persoalan juga ingin saya tanyakan dan mohon Tuan Junied dan mana-mana rakan beri pencerahan... Saya seringkali mendapat serangan jin walaupun ada pertahanan diri dan amalan..adakah jin yang menyerang ini berbeza kekuatan/darjat dgn jin-jin sebelum ini?Ataupun ianya gangguan lama?
      Sebelum belajar ilmu-ilmu Allah ini, saya jarang diserang oleh jin ataupun saya tak tau punca-punca serangan jin dulu?yg tau bila sakit makan ubat atau g hospital.

      Ada seorang rakan sekolah yang mengalami penyakit ganjil (tidak dikesan penyakit oleh doktor pakar). Saya cuba mengesan sakit rakan ini dengan menguji tapak tangan nya, ternyata tapak tangan nya 'seram sejuk' mcm mayat. Gejala yang dialami:
      - selalu ditindih waktu malam.
      - darah kurang
      - muka pucat dengan kelopak mata jatuh
      - tiada keyakinan diri, rasa mau mati.
      Mohon tuan Junied dan mana-mana rakan beri pencerahan.

      Dari pengalaman saya, memang benar tuan UM ulas diatas. Jin Saka akan tunggu disebelah kiri, kanan dan persekitaran waktu orang itu sakratul maut. Namun seorang dari keluarga yang memang tidak mahu lagi bertuankan 'saka' dan sudah mula mendekatkan diri dengan Allah swt. Di saat hayatnya, dia ternampak saka itu menyerupai saudara mara yang sudah mati dan beliau tau ianya jin saka, namun jin saka tidak berani dekat dengannya pada waktu itu (Kuasa Allah swt). Beliau sempat memberitahu punca sakit dan angkara siapa datangnya sakit itu. Wallahu'alam.

      Padam
  41. Wslm..

    Sekadar ulasan pendek. Ada masa nnt jawab lg. Insyallah..

    Alhamdulillahi robbil alamin.. menguruskan gangguan saka bukan suatu masalah besar bg sy atas pertolongan Allah.

    Memang xdpt dinafikan ramai perawat bagitau paling sukar atasi masalah saka. Ramai juga kenakan bayaran tinggi dan pelbagai syarat utk rawatan saka.

    Ramai juga mengatakan jin ifrit antara jin paling sukar utk diurus. Tp ia juga bukan masalah bg sy. Masing2 telah ditentukan oleh Allah akan apa masalah besar yg patut mereka hadapi sbg ujian ketakwaan.

    Masalah besar bg sy buat masa sekarang adalah menghilangkan daya tarikan jin yg ada pada sesetengah manusia. Sesetengah dari kita mmg ada daya tarikan semulajadi yg menyebabkan jin suka berdampingan. Tanda2nya agak jelas dari usia bayi lagi. Sy masih lg mengkaji perkara ini.

    BalasPadam
  42. As salam tuan-tuan...

    1. Ringkasnya kita akan mendapat serangan
    dari jin-jin yang merasa terjejas atau ber-
    kepentingan...seperti jin saka dalam badan
    .....jin ilmu yang pernah kita atau kalangan
    keluarga ambil serta jin-jin ilmu dari tangkal
    yang disimpan atau pernah diambil...jin-jin
    saka dari kalangan ahli keluarga lain...jin
    setempat atau sebagainya...

    Ia biasanya lebih kepada jin sedia ada...se-
    belum kita ambil amalan lagi...

    Dulu kita tak rasa serangan kerana jin dapat
    masuk mudah...dan sekarang kita dapat me-
    rasa serangan kerana kita ada perintang atau
    pertahanan terhadap serangan tersebut...

    2. Kerap juga berlaku seseorang itu ada banyak
    jin pengganggu...dan dengan meningkatnya
    pertahanan...semakin berkurang jin yang larat
    untuk menyerang dengan izin Tuhan...

    ...maka yang tinggal tu...biasanya yang sedikit
    lebih lasak dan lebih banyak kepandaian serta
    strateginya...namun jin itu akan sampai ke satu
    tahap di mana ia mendapati kedudukannya ber-
    tambah sukar...

    Paling penting pada tahap sekarang...jin itu terus
    menyerang dan mengganggu untuk melemahkan
    semangat kita..dan menganggap jin itu lebih kuat
    dan kalau boleh...kita hentikan amalan kerana
    rasa sia-sia saja...

    Seperkara yang perlu kita ambil perhatian...sen-
    tiasa asah kekuatan dengan membuat pagar
    diri...rumah dan ahli keluarga lain...juga men-
    yerang balas apabila terasa ada serangan dan
    tidak dalam kedudukan bertahan semata-mata.

    Kemudian biasakan merawat anak isteri ke-
    rana merawat akan mempertajamkan lagi aura
    kita....

    Pernah saya sakit kerana serangan...tapi saya
    terus merawat apabila seseorang lain minta
    rawat...dan hasilnya saya rasa lebih sihat..
    dengan izin Tuhan...

    2. Gejala pada rakan itu menunjukkan angin
    bisa jin yang padat dalam badan...ada jin
    bersarang dalam badan...dan mungkin jin itu
    memakan darahnya...

    Tiada keyakinan diri itu kerana angin bisa
    padat dalam bahagian dada...rasa mau mati
    biasanya tanda gangguan jin saka...

    3. Mengenai jin pada ketika mati itu bukan
    hanya pada gangguan jin saka tapi juga oleh
    syaitan asli keturunan iblis...

    Ia adalah peluang terakhir syaitan untuk mem-
    buat seseorang itu mati tanpa iman...dan akan
    masuk neraka kekal selama-lamanya bersama
    iblis syaitan tersebut...

    Apabila mereka menyerupa...kalau kita tidak
    tahu..pasti kita akan terpedaya...dan mungkin
    saja syaitan itu berkata...saya sudah merasai
    mati...dan saya tahu...mati dalam keadaan
    Nasrani lebih baik...supaya kita semua dapat
    berkumpul...

    Bagi seseorang yang tidak tahu.dan men-
    yangka itu arwah ibu ayah...saudara...
    rakan...dan sebagainya yang amat di-
    sayanginya masa hidup dan tak akan
    berbohong kepadanya...tentu dengan
    mudah saja menurutinya...

    Terima kasih atas perkongsian tuan-tuan....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam