Kini rakan itu semakin kurus kerana
kurang makan...
Siang malam ia berkurung dalam
bilik...asyik menulis...tidak mahu
bercakap walau dengan keluarga
sendiri...
Kadang-kadang ia bercakap sen-
dirian...seolah-olah sedang berbual
dengan sseseorang....
Seorang rakan lain mendedahkan...
rakan itu dulunya menuntut sesuatu
ilmu...di mana antara syaratnya....
ia mesti membaca Quran secara
mengundur...iaitu mula ayat akhir
mundur hingga ke ayat awal....
...dan rakan itu pernah sembahyang
menghadap matahari terbit...
Ia jatuh sakit apabila ia mula solat
dan nampaknya amalan itu sudah
sebati dengan dirinya...malah rakan
itu sudah mendapat rakan baharu
yang tidak dapat dilihat oleh mata
kepala....
Rakan itu berupa seorang lelaki
berserban jubah...pandai membaca
Qur'an...namun tanda-tanda kemu-
diannya menunjukkan makhluk itu
selain beragama Islam...ia juga
beragama Kristian...
...iaitu...ia adalah jin kafir...
Ustaz ( Salihuddin ) cukup gigih ber-
usaha merawatnya..dan saya sekadar
membantu..dan dengan izin Tuhan
rakan itu sembuh dan amalkan IT.
Dalam masa beberapa bulan....kea-
daan rakan itu menjadi normal...
malah rajin membaca buku-buku
agama...
Namun kemudiannya rakan itu ber-
henti beramal apabila jin itu mengajar-
kan...ayat-ayat Qur'an hanya boleh
diamalkan semata-mata untuk men-
cari keredhaan Tuhan...
...maka tujuan selain itu seperti pen-
dinding diri...perubatan dan sebagai-
nya...adalah sesat dan syirik...
Semasa ketiadaan kami...rakan itu
mengamuk dan menggelarkan saya
sebagai samseng ( amboi...sedapnya
bahasa jin tu... ).
Tipudaya jin itu berhasil...apabila
rakan itu berhenti menjaga amalan
...jin itu menguasainya semula...
Wallohu a'lam
Di akhir zaman ini macam-macam cara dan gay tipu daya jin syaitan dan iblis laknatullah.
BalasPadamSungguh menakutkan kerana kita boleh tersasar dan sesat dibuatnya. Nauzubillah .............
Kita kena banyak berdoa pada Allah agar kita sentiasa "ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang diredhainya dan dijauhi jalan yang sesat dan dimurkai."
Salam TC...Insya Allah...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya
...semoga bermanafaat untuk renungan
dan peringatan kita semua...
Wallohu a'lam