Sudah dua minggu ibu itu mengalami
sakit perut juga jarang ke tandas...
"...kalau berak pun...sikit saja....itu
pun kecil-kecil macam taik kambing..'
terang si ibu tanpa tapis-tapis lagi...
Ia sudah mencuba berbagai cara...
namun keadaan tetap sama...kerana
itu suaminya minta saya merawatnya.
Saya sebenarnya bukanlah perawat
apa lagi sebagai perawat bertauliah
dalam IT...namun rakan yang juga
guru peringkat dua yang dihormati
iaitu Ustaz Salehuddin ada meninggal-
kan pesan agar gunakan IT itu untuk
diri dan keluarga sahaja...
...tapi kalau ada kekuatan.....boleh
rawat orang lain........dan kalau perlu
barulah minta bantuan pada beliau.
Ini memandangkan ustaz juga sibuk
merawat dan biasanya kalau ustaz
turun merawat di Ranau....pasti ada
saja rawatan pesakit di KK yang ter-
paksa ditunda kerana sibuknya...
Untuk memastikan samada ibu itu
perlu rawatan gangguan...saya buat
'scan'...
Ketika itu ibu yang sedang menutup
mata nampak dengan jelas serumpun
buluh jauh di tengah ladangnya...
dan juga satu lembaga hitam besar...
Ibu itu dapat merasakan ketika mereka
mengejar lembu diwaktu senja beberapa
minggu lalu...ia terlanggar 'seorang anak
kecil' di situ...kerana itulah lembaga ter-
sebut marah dan membalas dendam...
Apabila saya meminta ibu itu menumpu-
kan perhatian kepada bahagian perut-
nya yang sering sakit dan 'keluar dugal'
ibu itu melihat banyak makhluk-makhluk
kecil berbadan seperti ulat dengan dua
taring di bahagian kepalanya...
Saya teringat kepada bentuk baktera...
yang ada bertubuh panjang tanpa kaki
juga kadang-kadang gangguan jin yang
dikesan hospital sebagai serangan kuman.
Saya pernah bertanya pada seorang prof-
fesor juga dari suatu perguruan tenaga
dalam tentang kemungkinan jin merasuk
kuman dalam badan....profesor itu juga
rakan-rakan spontan ketawa kelucuan...
Agaknya soalan saya itu luar jangkaan
atau rakan-rakan anggap saya memang
'pandai melawak'...tapi saya sebenarnya
serius...namun tidak dapat jawapannya.
Cuma setakat ini....saya berpendapat
benda-benda itu datang dari alam jin
dan bukan kuman biasa...
Bentuk lain yang lebih biasa ialah berupa
semut atau labah-labah...
Laluan masuknya ialah pada ibujari kaki
kiri......terus ke bahagian bawah perut...
uluhati juga tulang belakang bahagian
pinggang...
...maka saya guna teknik cubit cabut dari
hujung ibujari kaki tersebut sehingga ibu
yang tadinya sesak nafas kerana angin
padat sehingga ke uluhatinya dapat ber-
nafas dengan mudah...dengan izin Tuhan.
Malamnya ibu itu bermimpi dipatuk ular
hitam...namun ketika esok harinya....
perutnya tadi lagi sakit sebagaimana biasa-
nya sejak dua minggu lalu...
Wallohu a'lam
Assalamu'alaikum Junied.
BalasPadamSemoga sentiasa diampuni, diberkati dan dirahmati Allah swt.
Bolehkan di ajar teknik cubit cabut yang biasa Tuan gunakan..?
Bagaimana caranya ye..
Bi iznillah.
Wa alaikum salam wbkth abufawwaz...
BalasPadamAmiin...terima kasih atas doa dan harapan-
nya...
Insya Allah saya akan cuba menulis menge-
nai teknik ini dalam beberapa hari lagi...
Terima kasih atas perhatiannya...
Wallohu a'lam