Jumaat, 2 November 2012

Ilmu Pemusnah Pendinding ?

Ini hari ketiga rakan itu sakit kepala...

Selesai dirukyah...rakan itu terlelap
dan merasa berada di dalam sebuah 
rumah lama...

Ada seorang perempuan berambut
panjang berpakaian serba putih di-
situ...yang berdiri membelakanginya.

Tiba-tiba   muncul  beberapa  ekor
anjing...dan salah satu darinya menye-
ringai dan menampakkan gigi-giginya
yang tajam halus seperti gigi ikan...

Tiba-tiba perempuan muda itu ber-
pusing ke arah rakan tadi...rupa-
rupanya ia bukan seorang perempuan
tapi 'seorang anjing'...

Mukanya seperti anjing tapi muncung-
nya lebih panjang dari anjing biasa...

"...warggh..!" makhluk tersebut men-
yerangnya membuat rakan itu terkejut
dari tidurnya...

Tiga hari lalu kami pergi ke sebuah
rumah lama...dan sejak hari itu....ia
merasa lesu hingga tertinggal amalan-
amalan biasanya...

Ini adalah asalah satu caranya jin mem-
buka ruang serangan kepada seseorang.

Dengan tiupan angin bisanya...anda akan
merasa lesu...mungkin juga rasa kurang
sihat...badan panas bercampur sejuk...
demam..sakit kepala..sentiasa mengantuk
dan sebagainya...

Apabila jin itu merasa anda sudah cukup
lemah...maka apa juga boleh jadi...ia
mungkin masuk badan atau sebagainya.

Tapi kalau terus tabah merawat diri hingga
angin bisanya tawar...( malah biasanya jin
itu akan turut terseksa apabila anda me-
lakukan sesuatu kepada angin bisanya...)
maka ia mungkin akan lari atau berundur.

Saya juga pernah merasai pengalaman se-
demikian selepas merawat seorang rakan
sehingga jadi demam dan bisa-bisa sendi.

Sambil merawat diri...mujur juga berita
ini sampai pada rakan juga guru (pkt2)...
Ustaz Salehuddin...dan ustaz turut rawat
(terima kasih banyak-banyak pada Ustaz)

Seorang rakan memberitahu...biar sekuat
mana amalan pendinding kita...maka sekuat
itu juga jin akan berusaha menembusinya.

Maka  jangan  begantung  harap  kepada 
amalan pendinding...tapi sentiasala berharap
kepada  pertolongan  dan  perlindungan 
Tuhan...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Assalam en junied. sudah agak lama saya mengikuti tulisan saudara. alhamdulillah pengalaman saudara itu telah saya kongsikan bersama rakan2 & keluarga saya tentang kejahatan jin+iblis yang sentiasa mencari jalan untuk melemahkan anak adam. Saya nak kongsi kisah, 4 hari yang lepas waktu pagi ketika mengguna laptop, tiba-tiba pangkal tengkuk menjadi sakit, tidak boleh menoleh ke bawah, kiri dan kanan. 2 hari berikutnya saya sakit kepala dan tidak boleh tidur malam selama 2 mlm. bila tak boleh tidur malam, saya terus bangun lakukan sunat taubat & bacaan yasin fadilat, tetapi masih tidak berkurangan. keesokkan harinya saya minta bantuan bapa saudara untuk dimandikan air kalimah beserta limau.. dengan izin Allah jua barulah malam tadi saya boleh tidur. Cuma saya nak kaitkan dengan catatan saudara junied seberapa tinggi amalan dinding seseorang itu, semakin tinggilah juga usaha iblis untuk menyusup masuk. wassalam - hairol melaka

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Krol...

    Alhamdulillah......dan kerana itu juga
    biar sebanyak mana amalan pendinding
    yang kita amalkan...namun jangan
    sekali-kali bergantung harapan
    kepadanya...kerana...

    ...hanya Allah saja yang Maha berkuasa
    dan dapat melindungi kita....

    Terima kasih Krol atas perhatian dan per-
    kongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam