Jumaat, 30 November 2012

'Kekasihku' Dalam otak...

Ibu itu bermimpi didatangi seorang lelaki
yang sangat tampan...

Lelaki itu mendekatinya dengan 'senyum
hensomnya'...

...lalu tiba-tiba ia cuba merangkul dan
mengucup si ibu...tapi si ibu sempat 
menolaknya sambil memaki hamun...

Namun jejaka tampan yang kulit muka-
nya 'lebih tebal dari selipar jepun' itu
terus tersenyum...

Ketika si ibu terjaga...ia merasa sakit
pada bahagian atas kiri kepalanya....
dan lelaki asing dalam mimpinya itu
juga datang dari sebelah kiri...

Terasa pada si ibu...lelaki itu sedang
berada pada bahagian kepala (otak-
nya) yang sedang sakit itu...

Perkara ini biasa berlaku pada sese-
orang perempuan samada bujang atau
sudah berkahwin yang dicintai jin
jantan...

Aktiviti jin itu pada bahagaian otak se-
masa ia sedang tidur juga sering men-
imbulkan mimpi wanita itu bercumbu
atau malah diperkosai oleh seseorang
lelaki...dan biasanya ia terasa seperti
benar-benar berlaku...

Ini juga menyebabkan timbulnya suatu
keadaan seseorang wanita itu tidak ber-
daya mempertahankan dirinya...kecuali
apabila amalan pendindingnya cukup...

...maka mimpi itu mungkin akan menjadi
samar-samar kerana jin tidak dapat meng-
guasai otaknya...atau jin itu terhalang oleh
sesuatu kejadian yang juga berlaku dalam
mimpi tersebut...

Dalam keadaan jaga...wanita itu mungkin
suka melamun...atau berkhayal...atau
mudah bingung...runsing...sakit kepala
atau sebagainya...

Dan apabila jin itu cuba menghasutnya
agar berlaku curang pada pasangan...
jin itu akan muncul berupa bayangan
wajah mana-mana lelaki yang dipilihnya.

Dan yang demikian itu juga tanpa iman
dan kekuatan...wanita itu mungkin akan
jadi gila bayang pada seseorang lain...

Kesan lain...ia mungkin kuat cemburu
atau gemar marah atau benci tidak
tentu pasal pada pasangan...dan sebagai-
nya...

Wallohu a'lam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan