Seorang bapa yang kematian anak lelakinya
kerana barah berkata...apa boleh buat...
dia tidak dapat tahan lagi penyakit dia tu...
Sebenarnya soal mati ini bukan soal tahan
tak tahan...
Penyakit...kecederaan...dan sebagainya
tidak dapat mengambil nyawa seseorang.
Apabila engkau lahir kedunia...sudah ada
padamu ketetapan Tuhan...bila saatnya
engkau akan Tuhan ambil semula ( mati ).
Maka apabila telah sampai masanya....
engkau akan 'jalan'...
Soal mati ini adalah persoalan 'jadual'
iaitu jadual mati......dan sesiapa .juga...
engkau........ibubapamu.....keluargamu...
rakan-rakanmu.......jiran-jiranmu....dan
semua orang....masing-masing telah ada
jadualnya...
Sebagaimana engkau telah lahir ke dunia
ini.....tepat pada jadualnya...
....begitu juga...engkau bakal akan mati
tepat pada jadualnya...
Dan bayangkan...apa yang akan engkau
rasa...seandainya ketika ini.......engkau
telah tahu.....jadualmu....
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan