Rabu, 21 November 2012

' Kekasihku ' syaitan...

Seorang rakan (A) menceritakan...suatu 
ketika apabila ia masuk ke kelas...
tiba-tiba salah seorang pelajar perempuan 
menjerit ketakutan...

Pelajar itu memberitahu ada lembaga tidak
bermuka yang sentiasa mengekori di-
belakang rakan tadi...

Seorang rakan lain (B) iaitu kawan rapat
(A) memberitahu...bahawa (A) tahu ia
didampingi sesuatu  ( jin Jantan ) dan
makhluk itu menyintainya...

Apabila jin itu masuk badan...jin itu tinggal
di lengan kirinya...dan kerana itu ia selalu
mengeluh merasa sakit pada bahagian 
tersebut...

Sakit itu biasanya samada seperti lenguh-
lenguh seolah-olah baru mengangkat
beban berat atau rasa bisa-bisa...

...dan sepertinya...makhluk itu menjadi-
kan (A) seorang yang agak panas baran.

Biasanya yang akan terjadi...kalau jin itu
' berkebolehan '  maka jin itu akan cuba
menghalangnya dari kahwin..

...atau kalau jadi kahwin...maka ia akan 
selalu merasa marah...meluat benci atau 
cemburu tidak tentu pasal kepada 
pasangannya...

...dan apa juga boleh jadi...kecuali ia
minta rawat juga mengamalkan pendin-
ding diri....

Cuma setakat ini  ada juga kebaikannya
iaitu rakan (A) itu mungkin selamat dari-
pada gangguan kerana jin itu menimbul-
kan kesan penggerun pada dirinya...

...juga mungkin ada kelebihan lain ter-
masuk yang tidak diketahuinya...

Namun kalau dibandingkan kelebihan
dengan keburukannya...jin itu patut ' di-
buang ke dalam tong sampah '...

Walllohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan