Selasa, 31 Julai 2012

Mati Itu Perpindahan..

Alam  kandungan  itu  ialah  perpindahan  engkau dari
Alam Ruh ke rahim ibu...

Kelahiran itu ialah perpindahan engkau dari kandungan
ke alam dunia ini...

Kematian itu ialah perpindahan engkau dari alam dunia
ini ke alam kubur ( Barzakh )...

Kebangkitan itu ialah perpindahan engkau dari liang
kuburmu ke Padang Mahsyar..

Meniti Siratul Mustaqim ialah perpindahan engkau dari
Padang Mahsyar ke Syurga...atau ke neraka...

Sesiapa  yang  masuk Syurga..maka  ia kekal di Syurga
selama-lamanya...

Sesiapa yang masuk neraka...maka samada ia bakal
berpindah ke Syurga suatu ketika nanti...atau ia tinggal
kekal selama-lamanya...di dalamnya...

Kenikmatan Syurga akan sentiasa bertambah...tanpa
batasannya...maka tidak akan ada sesiapa juga akan
merasa bosan di dalamnya...

Azab neraka juga akan sentiasa bertambah hebat...
maka tidak akan menambah selain penyesalan demi
penyesalan penghuninya...

Alangkah rugi orang yang menjadikan dunia ini Syurga-
nya...dan alangkah beruntung orang yang menjadikan
dunia ini jalan susah payah perjuangannya...hingga ia 
tidak mendapati sesuatu dibalik tirai kematiannya...
selain taman-taman Syurga yang abadi...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan