ASAL USUL GOLONGAN SYAITAN 'ASLI'...
Apabila Iblis ( nama asalnya Azazil ) dihalau dari
Syurga..maka ia turun dan tinggal di muka bumi.
Kemudian Iblis ( yang juga berbangsa jin ) ber-
kahwin dengan jin betina yang sedia ada di bumi
ketika itu...
...maka lahirlah keturunan jin golongan Syaitan
'asli'...yang juga jadi bala tentera Iblis....
PERBANDINGAN ANTARA SYAITAN 'ASLI'
DENGAN JIN 'BIASA'...
1.Syaitan...
Iblis itu tahu ia sesat..tapi ia terus memilih kesesa-
tan dari sebab dendam..keangkuhan dan kesom-
bongannya terhadap manusia...
Maka begitu pula naluri syaitan 'asli'...sama seperti
nenek moyang mereka Iblis...
Sedangkan jin 'biasa' itu seperti manusia...ada yang
yakin ia benar...ada yang yakin ia sesat...dan ada
yang tidak tahu...
Kemudian ada yang taat..dan ada yang derhaka...
ada yang dari taat ke derhaka...ada yang derhaka
berubah jadi taat...dan sebagainya...
2.Syaitan itu lahirnya kafir...dan matinya juga tetap
kafir...semuanya bakal ahli neraka yang kekal...
Tidak ada syaitan 'asli' yang dapat hidayah...malah
syaitan-syaitan itu sendiri terus menjauhkan diri
dari sebab musabab dapatnya hidayah...
Manakala jin itu seperti manusia...ada yang masuk
Syurga dan ada yang masuk neraka...
3.Syaitan 'asli' itu jauh lebih cepat beranak pinak
daripada jin 'biasa'...
4.Tubuh syaitan 'asli' itu lebih halus daripada tubuh
jin 'biasa'...dan dikatakan syaitan 'asli' itu dapat
menghasut jin 'biasa' tanpa terlihat atau disedari
sebagaimana ia dapat menghasut manusia...
5.Syaitan 'asli' itu kerjanya cuma menghasut kepada
kejahatan...sedangkan jin 'biasa' itu bukan sekadar
menghasut...sebaliknya merasuk...menyerang...
menyakiti...serta tinggal berkampung dalam badan
manusia...serta membiakkan penyakit dan sebagai-
nya...
6.Yang dibelenggu dalam bulan Ramadan itu adalah
syaitan 'asli'...sedangkan jin 'biasa' terus bebas...
Kerana jin 'biasa' itu juga ada yang taat dan berpuasa
juga dari derhaka menjadi insaf dan taat dalam bulan
mulia ini...
Maka gangguan jin saka...sihir...jin liar...jin ilmu
yang tergolong dalam jin 'biasa' itu akan berterusan
dalam bulan puasa...
KEJAHATAN MANUSIA DI BULAN RAMADAN...
Ia adalah daripada perangai hatinya sendiri...iaitu
tanpa syaitan yang menghasut pun...hatinya sendiri
yang 'kotor' terus saja mengingini berbagai bentuk
kejahatan....
Ia juga seringkali disebabkan kerana seseorang itu
sudah biasa tunduk kepada hasutan syaitan...maka
walaupun 'gurunya' itu sedang bercuti sebulan...
si murid (hati) terus mengamalkan 'ajaran gurunya'.
Namun bagi anda yang ada gangguan jin 'biasa' be-
rupa jin saka...sihir...jin ilmu dan sebagainya...
maka anda masih mendapat hasutan dan gangguan
darinya...
Hasutan lain yang boleh anda dapat adalah dari
rakan sebangsa anda sendiri...iaitu manusia yang
membawa atau mengajak anda kepada kejahatan.
Maka dalam perkara di atas...jin 'biasa' dan manusia
itu dipanggil syaitan...bukan kerana mereka itu
syaitan 'asli'...tapi kerana mereka buat kerja syaitan
'asli'...
BEZA UTAMA HASUTAN SYAITAN...
Iaitu beza antara hasutan syaitan 'asli' dengan hasutan
hasutan jin 'biasa'...
1.Secara umumnya...hasutan syaitan 'asli' itu tidak
dapat didengar...tapi dapat dirasa berupa ilham
fikiran atau keinginan hati...
Manakala selain berupa ilham atau keinginan...kadang-
kadang hasutan jin 'biasa' itu dapat didengar berupa
bisikan...suara...atau bayangan dan sebagainya...
2.Syaitan 'asli' itu menghasut kepada semua bentuk
kejahatan...dan menyuruh meninggalkan semua bentuk
ketaatan dan kebaikan...
...dan malah akan merosakkan atau menyesatkan se-
seorang manusia itu dari sebab ketaatan dan kebaikan
yang dikerjakannya...
Manakala biasanya hasutan jin 'biasa' itu menyuruh
membuat perkara-perkara tertentu sahaja...dan
menyuruh meninggalkan perkara-perkara tertentu
sahaja...
Maka tanpa hasutan syaitan 'asli' dalam Bulan Ramadan
seseorang manusia itu jauh lebih lapang jalannya ke-
pada kebenaran dan kebaikan...
...dan sebagainya...
SUATU PERSOALAN...
Seorang rakan yang mengalami gangguan jin ilmu ber-
kata..."saya selalu terfikir...kalau betul syaitan itu
ditahan dalam bulan puasa...kenapa saya masih meng-
alami hasutan dan gangguan di bulan itu...
..kadang-kadang saya jadi ragu-ragu...betulkah syaitan
itu kena tahan di bulan puasa..."
Hadis mengenai perkara berkaitan diriwayatkan oleh
Abu Hurarirah ra...maka tanpa sedar rakan itu telah
meragui kata-kata Nabi SAW...seolah-olah nabi itu
tidak bersifat benar...
Rasanya rakan itu sebenarnya mewakili persoalan ramai
lagi kalangan kita di mana-mana juga...
Semoga sedikit penjelasan ini memadai untuk saya dan
untuk anda tahu...bahawa kata-kata Rasulullah adalah
benar...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan