Salah satu tanda ada saka ialah anda selalu
bermimpi aneh...dan antaranya selalu ber-
mimpi orang yang sudah meninggal dunia.
Biasanya yang meninggal itu ada kaitan
darah atau keluarga...
Contohnya anda selalu bermimpi si A...
maka ia biasanya bererti...jin yang men-
dampingi anda itu dulunya mendampingi
atau mengganggu si A...
Ciri-ciri mimpi tersebut...ia sering...dan
menimbulkan kesan negatif pada perasaan
seperti rasa nak ikut mati...takut mati...
ketakutan...rasa putus asa...sedih...serta
keresahan dan kegelisahan tanpa sebab
munasabah...dan sebagainya..
Ketika saya menghadiri satu majlis kenduri
arwah...anak pada si ayah yang meninggal
memberitahu...mereka sering merasa ada
sesuatu yang tidak kelihatan datang ke bilik
arwah...
Ada pula kalangan keluarga yang duduk
dalam rumah...tiba-tiba merasa seram
kerana merasa ruh ayah mereka yang
sudah meninggal itu ada dekat dengannya.
Secara umumnya...kehadiran ruh itu tidak
dapat dirasa atau dikesan...kerana ruh itu
pada hakikatnya adalah di alam Barzakh
dan bukan di alam dunia...
Setiap yang dirasa atau dikesan kehadiran-
nya itu...maka makhluk itu adalah makhluk
alam dunia...iaitu jin...
Begitu pula ada anak kecil yang menangis
tanpa sebab setiap malam sejak datuknya
meninggal dunia...kerana menurut seorang
bomoh...anak kecil itu nampak ruh datuk
yang datang kerana rindu kepadanya...
Dan sebenarnya...ia juga adalah jin..
Begitulah pada adatnya sebahagian agama
(bukan Islam) yang menyembah dan mem-
beri makan pada ruh keluarga mereka yang
sudah meninggal...agar ruh-ruh itu tidak
mengganggu mereka yang masih hidup...
Tanpa sedar...ada kalangan kita yang sama
kepercayaannya dengan mereka tersebut...
Malah ia menjadi amalan kebatinan golo-
ngan tertentu...apabila mereka menjadikan
malam Jumaat yang mulia itu sebagai malam
menghidang makanan kepada ruh-ruh
orang mati...kemudian makan makanan-
makanan tersebut yang secara rohaninya
sudah berlumuran dengan air liur jin...
Wallohu a'lam
salam encik junied, klau sy nk berubat dng encik junied secara jarak jauh boleh x, boleh saya dpt kan no hp atau email encik junied, sy ada masalah dng pelalu,
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Kenu...
BalasPadamSaya minta maaf banyak-banyak..saya
belum bersedia untuk memaparkan no.
hp juga email saya secara terbuka...
Tapi kalau Kenu tidak keberatan...
harapnya Kenu dapat beri alamat email-
nya di sini ya...
Wallohu a'lam
Salam ..
BalasPadamMaafkan saya ..
saya nak tanya ..
kenapa ya orang yang bela saka ini seolah-olah memang susah mati ??
adakah disebabkan saka tersebut takut kehilangan tuannya atau pun takut tak diterima oleh mana-mana tuan yang baru??
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamIa biasanya antara dua...iaitu samada
seksaan dunia sebelum mati atau jin
masuk tubuhnya buat ia seolah-olah
hidup sedangkan ia sudah meninggal
dunia...
Wallohu a'lam
...biasanya mungkin kerana jin itu
BalasPadamsayangkan tuannya...tapi ia adalah
satu cara lain untuk memaksa
keluarga tuannya menyediakan 'rumah
baru' ( tuan baru )untuk jin yang
sangat mementingkan diri ini....
Wallohu a'lam