Baru beberapa minit saya di rumahnya....tiba
tiba rakan itu mengadu sakit mata dan kepala.
Setelah buatkan air doa...rakan itu beritahu
dah agak lega...tapi semasa ia duduk sambil
menutup matanya...ada sesuatu yang tidak
kena...
Jari-jari tangannya bergerak-gerak...kemudian
ia mula mengangkat tangan kanannya...di-
ikuti tangan kiri perlahan-lahan menggayakan
gerak silat...
Saya beralih tempat duduk ke barisan kerusi
sebelah kanannya...sambil terus memerhati-
kan rakan tersebut...
Nafasnya mula menjadi keras dan berat...
Saya menarik nafas perlahan-lahan sambil
membaca beberapa ayat berserta pernafasan
untuk mengunci pergerakannya...namun
kelihatan tak berkesan langsung...
Malah tiba-tiba saja rakan itu bingkas bangun
membuka langkah-langkah silat...
Ia bergerak beberapa langkah ke depan...kemu-
dian perlahan-lahan ia memutarkan badannya
ke sebelah kiri...iaitu ia membelakangkan saya.
Baru lega rasanya...mungkin jin pendekar da-
lam badannya itu saja nak menunjuk-nunjuk
kehebatan bunga silatnya...
Tapi ternyata kelegaan itu tak lama...apabila
tiba-tiba ia memusingkan badannya menghadap
ke arah saya...
Rakan yang sedang dirasuk itu membuka lang-
kah dan sedang menghampiri ke arah saya...
dan ketika itu saya pasti...ia akan menyerang...
Ketika itu hanya kami berdua berada pada
ruang tersebut...nampaknya saya kena hadapi-
nya sendiri...
Saya rasa agak cemas...kerana inilah kali per-
tama saya berdepan secara 'solo' jin pendekar
yang merasuk...
Saya menarik nafas berserta zikir..dan menum-
pukan tenaga kepada kedua-dua tapak tangan
dan saya tolak ke arah rakan tersebut dengan
niat nak melemahkannya...tapi...langsung
tak berkesan...
Saya mengulanginya dua tiga kali...ia tetap
sama...rakan itu terus bersilat dan semakin
hampir...
Dalam dua tiga langkah lagi...saya akan berada
dalam jangkauan serangan jin silat tersebut...
Terdetik pada hati saya nak ubah cara...iaitu
saya menumpukan tenaga ke tengah-tengah
dahi saya...dan gelombangnya saya akan
sasarkan ke dahi rakan tersebut..iaitu secara
langsung juga ke dahi jin yang merasuknya.
'Secara teorinya'...gelombang yang tertumpu
pada satu 'pintu'...akan lebih kuat dan 'tajam'.
Dan kali ini saya lepaskan nafas secara cepat
dan sekaligus untuk membentuk serangan ge-
lombang mengejut...
Dengan izin Tuhan ia sangat berkesan...rakan
yang berkuda-kuda gagah itu terduduk ke lantai...
dan menjadi lemah...
Saya dengar ia beristighfar...saya mendekatinya
dan membaca Ayat-ayat Sihir lalu masukkan
gelombang melalui ubun-ubunnya...
Ini adalah untuk mencegah rasukan semula....
Beberapa minit kemudian rakan itu sudah pulih
tapi masih agak keletihan...
Rakan itu menceritakan...ketika ia menutup
mata itu...ia nampak seorang lelaki seperti
orang Arab...bertubuh tegap dan tinggi sedang
membuka langkah silat...
Pakaiannya penuh dengan tulisan jawi....
Lelaki itu cuba menyerang seseorang...namun
tiba-tiba kakinya tersandung batu...dan ia
terduduk...ketika itulah rakan tersebut sedar.
Rakan itu tidak sedar jasadnya sedang bersilat
dan cuba menyerang saya...
Ini adalah satu cara rasukan jin....iaitu ia me-
misahkan pancaindera seseorang dari jasadnya.
Ketika itu jin tersebut akan menguasainya...
Rakan itu memberitahu jin itu tinggal pada ba-
hagian belakang dalam kepalanya (otak)...dan
sebelum kerasukan ia dapat melihat kabus
putih yang memanjang dari belakang kepalanya
itu naik ke ubun-ubun...
...dan pada bahagian tersebutlah rakan itu mu-
la merasa sakit semasa saya baru datang tadi...
Saya tahu kisahnya moyang rakan ini adalah
salah seorang yang berjuang bersama Dato'
Paduka Mat Salleh semasa ia berkubu di Ranau.
Moyangnya itu memiliki satu baju yang bertu-
lis dengan ayat-ayat Qur'an...dan dikatakan
pemakainya akan menjadi kebal...
Baju itu telah di sembunyikannya agar tidak
diambil oleh keturunannya kerana ianya
banyak pantang untuk menyimpannya...
Moyangnya berjaya...baju itu tidak pernah
ditemui lagi...tapi..mungkin moyangnya
tidak berjaya mencegah jin yang menjaga
baju itu daripada terus menjadi saka kepada
keturunannya...
Bagi rakan itu.....ia tidak pernah mencari
atau malah mungkin ia tak tahu pun...tapi
jin tersebut telah memilih dan tinggal dalam
kepalanya...
Pada anda yang berminat kepada kelebihan-
kelebihan luarbiasa dan tidak peduli kepada
cara apa juga untuk memilikinya...
...ingatlah pada anak-anak...dan cucu keturu-
nan anda...
Banyak kes...alat sihir di buang ke hutan...
ke sungai...malah ke laut...namun...tidak
kepada jin pendampingnya...
Pada tubuh kita ada perumahan mewah dan
selamat...malah ada darah yang sedap di-
makan minum...dan ada 'kerja' nak dibuat....
tentu saja jin tersebut akan terus cuba berta-
han...dan kalau boleh..tinggal sampai ia mati
....atau sehingga 'rumahnya' yang mati...
Wallohu a'lam
AsSalam wbt tuan junied,
BalasPadamBolehkah tuan menjelaskan kaedah serta amalan untuk menghasilkan tenaga gelombang tersebut ?
Seperkara lagi bagaiamana tuan pasti tenaga gelombang tersebut bukanlah berupa kuasa luar seperti jin atau khadam ?
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamSebahagian kaedahnya adalah rahsia per-
guruan...maaf ya....cuma paling asas
fikiran dan perasaan kita boleh masuk
ke alam jin...atau juga menyentuh jin.
Maka tenaga serangan ini memerlukan
latihan pemusatan fikiran dan ilmu
pernafasan serba sedikit dapat mem-
bantu tumpuan serta menghasilkan
sesuatu tenaga.
Paling penting kita amal pendinding
saya amalkan Ayat manzil...Yasin
lau Anzalna...3 Qul serta Ayat Kursi
pernafasan...
...dan kita tanamkam kekuatan dalam
hati kita anti kepada apa juga pen-
damping kerana perasaan ini secara
sendirinya dengan izin Tuhan akan men-
jadi perintang kepada bangsa jin yang cuba mendampingi kita.
Jangan simpan sebarang tangkal azimat
atau apa juga benda yang kita rasa
akan bermanafaat atau membawa tuah
kepada kita ( syirik ) kerana ia akan
menarik jin kepada kita...dan sebagai-
nya...
...jauhkan juga sebarang amalan menyeru
BalasPadamatau bersandar kepada sesiapa juga
makhluk...dan ini semua adalah sekadar
ikhtiar kita....sambil berikhtiar kita
serahkan urusan kita kepada Tuhan.
Seperkara yang kita perlu ambil per-
hatian...biasanya jin ilmu akan cuba
menyelinap dari mana juga ruang ke-
lalaian dan kesilapan kita...maka
sebaiknya kita meneliti diri dari
masa ke semasa.
Dari segi kekuatan...biasanya tenaga
BalasPadammanusia ketara lebih kuat daripada
tenaga ( gelombang ) jin...jika kita
dapati jin itu lebih kuat atau ke-
kuatan gelombang kita dengan jin itu
seolah-olah seimbang...mungkin ge-
lombang kita itu sebahagian kekuatan-
nya atau kekuatannya adalah dari jin
yang mendampingi kita samada secara
kita sedar atau tidak...atau secara
sengaja atau tidak...
Wallohu a'lam
Assalamulaikum,tuan,macam mana nak menangani saka pendekar brkaitan harimau,(di kataka)sbb bila masuk pertghan bulan islam dan akhir emosi mudah marah,dikatakan oleh seorng perawat bila marah jd kuat,sbb sy dr kecil sampai skrng bila marah tak dapat kawal,alhamdulillah xderlh brlaku kejadian yang teruk,.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth abu-abu...
BalasPadamApa juga jin saka sebaiknya guna
kelebihan kata pemutus...atau me-
musnahkan apa juga benda yang
menjadi syarat kepada perdampingan
jin tersebut samada tangkal...batu
batu...cincin...senjata...atau
sebagainya.
Atau kaedah rawatan pemutus dengan
memutuskan sumpah atau perjanjian
atau pemujaan orang-orang tua ber-
kaitan terdahulu.
Cara lain perawat minta jin itu buat
ikrar tinggalkan manusia dampingan-
nya...atau dibunuh...dan sebagainya.
Silalah ya rujuk blog nampak hati
berkaitan kata pemutus....amalan
fatihah pernafasan...3 qul pernafasan
...cara buat air doa sendiri sebagai
amalan tambahan...
Wallohu a'lam