Bagi ilmu-ilmu yang berkaitan 'alam mistik' samada
ia berbentuk pendinding...perubatan...ilmu kepen-
dekaran dan sebagainya...maka ia ada 3 golongan...
1.Ilmu bersih (ilmu putih) semata-mata...
2.Ilmu putih...tapi dalam masa yang sama...juga
menggunakan jin...
3.Ilmu jin...
Pada golongan 1...ia adalah yang terbaik...dan pada
golongan 2...samada ia akan kembali ke golongan
1...atau akhirnya terjerumus ke golongan 3....
Namun bagi para pengamal pada golongan satu
ia berkemungkinan menghadapi cabaran dan sekira-
nya seseorang itu terpedaya...maka ia akan jatuh
kepada golongan 2 atau terus ke golongan 3...
Apabila anda pada golongan 1...tapi anda ada jin
saka...maka jin saka itu akan cuba memperdayakan
anda agar menerimanya jadi pendamping...
...atau mungkin juga jin saka atau ilmu dari sumber
lain...seperti jin tak bertuan...tangkal...jin buangan
...jin atau saka pendamping rakan...dan sebagainya.
Biasanya apabila jin tersebut mendamping...maka
anda akan ada berbagai ilmu yang datang tanpa perlu
anda tuntut cari...iaitu mengikut kepakaran jin itu...
Contohnya anda mungkin pandai menilik...melihat
atau berkomunikasi dengan makhluk-makhluk halus
...pandai bersilat...pandai mengubat...ada ilmu peng-
asih...dan sebagainya...
Maka apabila kelebihan itu lebih anda pentingkan
dari keselamatan akidah dan diri....anda pasti akan
terjerumus ke dalam bahayanya...
Itulah caranya jin tersebut cuba 'memikat' anda....
Tenaga dalam dan jin....
Seorang rakan...ia menelan sekeping kertas kecil...
dan ia kemudiannya didampingi 'jin Islam' tenaga
dalam (sebenarnya jin Munafik)...
Seorang ibu..ia mengamal membaca Fatihah 100 kali
setiap malam...kemudian akhirnya ia di datangi jin
jantan berserban jubah...(juga jin munafik)...dan
saya melihat sendiri seorang rakan 'berentap' dengan-
nya...dan jin itu juga guna tenaga dalam...
Kedua di atas tidak belajar pada mana-mana perguru-
an tenaga dalam...malah tak pernah pun amalkan
sebarang ilmu atau latihan pernafasan...
Maka jin seumpama itu akan datang pada siapa saja
yang dirasanya sebagai mangsa mudah tak kira siapa
pun ia...malah walau tak pernah menuntut sebarang
ilmu...
Cuma kelebihan penuntut ilmu itu...mungkin ramai
yang cenderung kepada 'ilmu-ilmu ajaib'...hinggga
mudah hilang pertimbangan...
Seorang rakan belajar pada dua perguruan silat serta
jurus ketika saya meletakkan tapak tangan atas
kepalanya dan merukyah...
...tiba-tiba ia mengangkat kedua tangannya seperti
membuat benteng atau serang balas cara tenaga
dalam...maka saya tahu ia dirasuki jin tenaga dalam.
Itu adalah contoh yang saya lihat malah hadapi
namun bukan semua tenaga dalam itu guna jin....
Kita ada jasad kasar...dan kita ada jasad halus (roh)
maka kita akan dapat buat dua perkara...iaitu sesu-
atu yang jasad kasar boleh buat...dan sesuatu yang
jasad halus (roh) boleh buat...
Banyak pengamal tenaga dalam bersih...seperti
juga pengamal rukyah dan sebagainya...tapi kemu-
diannya terpulang kepada diri masing-masing...
samada ia tetap pada golongan satu atau akhirnya
terjerumus ke golongan dua...atau tiga...
Dan sebaiknya kita ingat...kalaulah jin itu pada
hakikatnya lebih hebat daripada manusia...maka
pasti jinlah yang menjadi khalifah diatas muka
bumi ini...
Apa pun juga perguruan anda...samada ia berbentuk
tenaga dalam...rukyah...persilatan...petua-petua
atau sebagainya...setiap anda berpeluang menghadapi
tipudaya jin...
Wallohu a'lam
assalamua'laikum,wah nice tips bro hmm..macam mana nak kesan atau mengetahui kita berada dalam golongan 1,2 or 3?
BalasPadamlepas saya habiskan 30jurus gerak sejati,saya susah tidur malam,rasa sesuatu bermain di telinga kanan,malas baca al-quran..adakah saya berada di golongan 2 or maybe 3?
"Contohnya anda mungkin pandai menilik...melihat
atau berkomunikasi dengan makhluk-makhluk halus
...pandai bersilat...pandai mengubat...ada ilmu peng-
asih...dan sebagainya..."
adakah maksud menilik yang anta maksudkan tu sama dengan gerak scan?
Wa alaikum salam wbkth Hafiz...
Padam1.Tanya pada diri...samada kita ada
guna pendamping atau didatangi pen-
damping...
Selagi tidak ada...dan kita tidak
ada kebolehan 'luar kemanusiaan'...
mudah-mudahan kita pada golongan
satu....Insya Allah...
2.Gangguan seperti yang Hafiz sedang
alami itu...ia lebih biasa adalah
gangguan jin ilmu...samada dari saka
...jin buangan...atau mungkin jin
dari dulu 'berminat' kepada kita
walau atas apa pun tujuannya...
Jaga amalan...minta 'scan' juga rawatan
serta sebaiknya Hafiz amal ayat Manzil.
Buatkan airnya untuk minum mandi...
pagar ruang rumah atau bilik dan sebagainya...
Biasanya semua itu adalah dari sebab
benda-benda tersebut terkena pukulan
aura amalan...dan kadang-kadang ia
guna cara tersebut untuk menghentikan
amalan kita agar ia tak tak sakit dan
terancam...
Namun benda-benda itu ada juga had ke-
tahanannya...maka jangan putus asa...
Kalau nak lebih cepat rawatan...minta
rawatan berterusan pada guru atau pada
perukyah dan sebagainya secara tetap
dan berterusan...sehingga rasa lebih
lapang dan bersedia tanpa tanpa bantuan
rawatan...
3.Menilik itu maksudnya melihat atau
meramal perkara-perkara yang akan ber-
laku...
Sebaliknya 'scan' itu lebih kepada
mengesan gangguan yang sedang berada
dalam badan...
Insya Allah Hafiz ya...
Wallohu a'lam