Isnin, 23 Julai 2012

Antara Saka Dan Sihir...

Zaman ini...jin saka merupakan perkara biasa
sahaja  dan  berbanding sihir...ia lebih banyak
mengganggu dan merosakkan seseorang.


Namun  antara  saka  ini...ianya  berasal dari
jin  sihir  yang  dihantar  kepada  keluarga-
keluarga tua anda..kemudian ia menurun pada
anda...


Maka biasanya yang terjadi...anda akan meng-
alami gejala gangguan serta penyakit seperti
disihir...


Maka  pengetahuan  tentang saka ini penting
atau  anda  akan  terus  mengalami  berbagai
gejala gangguan atau penyakit yang tak putus-
putus sedangkan anda terus menyangkanya
perkara biasa...


Akibatnya anda terus terbiar tanpa rawatan
yang sepatutnya...sementara jin saka itu
akan semakin terus mencengkam.


Saya pernah masuk mengulas dalam blog
berkaitan penyakit dalam dada...dan saya
yakin sekurang-kurangnya 90 peratus gejala
penyakit dada yang pembaca-pembaca
ketengahkan iaitu penyakit dalam bahagian
dada...merupaka tanda-tanda gangguan saka.


Dan rata-ratanya terlalu bergantung kepada
pihak hospital walaupun doktor tak dapat
mengesan sebarang penyakit....atau sembuh
sedikit tapi masih ada sisa besarnya yang
tak dapat dikesan lagi sebarang puncanya.


Ia umpama anda pergi...atau terjerumus ke 
dalam perang.....tapi anda tak tahu anda
sedang berperang...


Perkara yang paling membinasakan ialah
anda terus lalai...dan mungkin anda sedar
apabila semuanya sudah parah...atau
mungkin anda sudah terlewat...


Dengan pengetahuan ini...sekurang-kurang-
nya anda tahu apa yang sedang anda
hadapi....dan anda tahu apa yang perlu
anda buat...


Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan